Saturday, September 12, 2009

kerbau si kopek

"jom pie kedai kopek"...ajak man panjang chief of the group pada kami semua sedang kami duduk berehat di pondok bunga tanjung.

"nak buat apa...kau tak posa ker"...sambut dak Nas

"posa la aku tak tinggal lagi...kita main tikam-tikam nak kat kedai kopek aku ada modal nie"...balas Man panjang

"boleh juga aku ada 50 sen...mana tau dapat modal lagi"..sampuk dak Hijau kalau dah chief ajak semua kena setuju dan aku, man manjang, dak naz, hijau dan dak adi berbondonglah kami ke kedai kopek yang hanya beberapa ratus meter ajer dari tempat melepak.

"kopek nak main tikam-tikam"...jerit man panjang sebaik sampai di kedai si kopek

"hai ya..lu orang lagi ka...berapa papan mau main"...muka kopek sedikit kelat bila melihat kami datang. matanya yan sepet menjadi lagi sepet.

"apasal kopek..kau tak suka aku datang yer..kalau kami tak mainsaper lagi nak main tikam-tikam kau tu"...man panjang jerkah kopek

"kopek bawa satu papan...nak yan baru punya...jangan bagi yang dah main nanti kau tipu"..aku memberi arahan.

sebentar kemudian kopek keluar dengan membawa satu papan tikam-tikam baru..."ini tikam-tikam ada luit dengan melecun..balu punya"..terang kopek

aku lihat di atas papan tikam-tikam ada gambar hadiah mercun duit 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50, sen dan satu ringgit. memang lumayan hadianya.

"kopek satu 5 senkan"...tanya man panjang sambil mencabut helaian kertas di atas papan tersebut. dan dituruti kami semua.

"hai ya..solang-solanglah cabut..susah mau kila ini macam"...jerkah si kopek bila melihat kami berebut-rebut mencabut daun tikam-tikam tersebut. dan itu memang taktik pun agar kopek tak sempat nak kira.

"pek...nie aku dapat 5 sen..aku cabut lagi yer tak payah kira"..man panjang menunjukan daun tikam-tikam pada kopek

"wah aku dapat 50 sen"...jerit dak nas pulak

"kopek nie lagi 20 sen aku cabut lagi 4 daun kira tolak yer"..sampuk aku pulak.

"hai ya..lu olang satu-satu maaa..susah mau kila la.." kopek mula pening kepala bila setiap orang dah mula kena duit dan daun tikam satu papan sudah hampir habis.

"kopek ni last daun aku cabut nie...tapi tak ada pun hadiah merecun nan duit singgit yang kena...kau tipu yer semua duit 5 sen,10 sen, 20 sen dan 50 sen ajer yang menang"..man panjang bersuara tak puas hati.

"hai ya..mana aku tau ini tikam-tikam bukan aku bikin ma"..jawab kopek.

"ahh kau tipu la kopek..kau dah tukar semua niekan..dah aku tak nak main lagi"..man panjang masih tak puas hati.

"ya la kopek kau tipu nie aku pun tak nak main lagi dah"...sampuk dak adi.

"dah jom balik"..ajak man panjang..

"woit bulak.. bayar dulu ma ini sudah abis satu papan"..marah si kopek bila tengok kami mahu pergi.

"mau..bayar apa pulak kau tipu..itu tadi sudah tolak dengan yang menang"...kata ku dan terus blah.

"hai..ya wa sulah agak lu olang mesti mau main tipu punya"...sambil kopek marah-marah dan terdengar seperti dia memanggil sesuatu sebentar kemudian kelihatan seekor mahluk berwarna hitam berlari keluar.

"woit lari black keluar tu"..jerit hijau dan lintang pukang kami lari menyelamatkan diri, bukan pasal takut kat black tapi malas nak bayar...lagipun black tak berani nak kejar kami

"cilaka kopek dia tipu tak ada pun daun tikam-tikam yang ada satu ringgit"...man panjang bersuara sebaik sampai di tempat melepak kami.

"ah kita pun dah banyak tipu dia"..celah dah adi.

"aku tak puasa hati dengan kopek...apakata malam nie kita operasi"..saran man panjang

"nak operasi apanya.." tanya aku

"kita kacau kerbau si kopek malam nie...kita campak sarang kerengga kat kandang dia, pokok mutan kat rumah aku tu bnyak saran kerengga:"...man panjang bagi idea.

"cantik juga tu malam nie pun malam 7 likurkan pelita pun banyak senang nak operasi"..sampuk hijau.

"dah jom kita ambil sarang kang tak sempat dah"..saran man panjang dan kami semua bergerak ke rumah man panjang.

esok paginya satu kampung gempar bila kerbau-kerbau si kopek yang besar dan kecil berkeliaran di atas jalan. dan pagi itu pak ali yang selalu azan subuh di masjid tidak dapat berbuat demikian kerana jalannya terhalang dek kerbau pendek si kopek.

dan pagi itu kami hanya memerhati kopek dan anak-anaknya berserta black menghalau kerbau pendeknya ke kandang semula. menurut cerita kopek ada oran sabotaj kandan kerbau pendeknya dengan membaling sarang kerengga buka satu tapi tiga sarang yan dia jumpa. atas desakan tok imam kopek terpaksa menjual semua kerbau pendeknya.

sejak dari hari itu kami tak lagi bermain tikam-tikam di kedai kopek dan dia pun tak jual tikam-tikam. operasinya telah di ambil oleh kedai money...mangsa seterusnya...


p/s: jangan tanya kenapa nama dia kopek yang aku tahu dia selalu mengopek daun trup tu

Friday, September 11, 2009

bila tak mengenal dosa

pada semua yang haram itu
telah kau bersabda halalkan

pada semua yang makruh itu
telah kau berfatwa agar disunatkan

pada setiap keburukan itu
telah kau katakan ada kebaikan

pada semua hukuman itu
telah kau nyatakan kekejaman

pada setiap halangan itu
telah kau jeritkan kebebasan

pada semua dosa-dosa itu
telah kau hebahkan adanya pahala

kau menjerit, melaung, melolong
kata mu memperjuangkan hak
hakikatnya kau memusnahkan yang Hak


p/s: bila kita sendiri meninggalkan harapan
apa lagi yang hendak kita harapkan.....
apa gunanya air mata darah andainya tidak berguna..
apa ertinya penyesalan andai kita megulanginya
apa maknanya hidup sekiranya kita telah lama mati
apa guna berjuang andai tewas sebelum ke medan
apa gunanya impian andai tiada usaha

Thursday, September 10, 2009

run... black..run...

petang itu seperti bias black akan duduk di tepi padang membiarkan angin petang meyapu lembut mukanya sambil memerhati sekumpulan budak-budak bermain bola dengan riangnya. mereka ketawa dan menjerit di tenggah padang sambil mengejar bola yang sebiji. Ingin sekali black menyertai kumpulan budak-budak itu namun dia sedar kehadirannya tidak akan di terima oleh mereka.

pernah juga dulu black cuba untuk bermain bola dengan mereka namun akibatnya teruk black terima. persitiwa pertama yang black terima bila mana sedang dia duduk memerhati kumpulan budak-budak itu bermain bola. tiba-tiba bola yang di tendang salah seorang budak tersebut tersesat ke arah black dan dengan tanpa membuat masa black mengejar bola tersebut dengan harapan dia dapat menunjukan skill bermain bolanya dan sekali gus budak-budak tersebut akan kagum dengan kebolehanya dan seterusnya mereka akan mengajak black bermain dengan mereka.

percubaan pertama black memang berjaya bila mana dia berjaya menagkap bola tersebut, tetapi bila black cuba untuk menendang bola tersebut ke arah budak-budak itu. black lihat mereka semua melangkah pulang dengan longlai meninggalkan black. tinggal black sendirian bersama bola dan black masih menyimpan harapan esok mereka akan sudi bermain dengannya kerana bola bersamanya.

namun esok petangnya black rasa hampa bila kumpulan budak-budak itu datang bersama dengan bola baru. namun black masih tidak mahu berputus asa dan dia merasakan dia harus lebih mesra dan bertindak dahulu. dengan tanpa membuang masa black belaru meluru ke arah kumpulan budak-budak itu sambil menjerit riang meminta agar di berikan bola kepadanya. tapi perkara sebaliknya berlaku budak-budak tersebut bertempiaran lari bila melihat black sambil menjerit "lari! lari! lari! black kejar..." sungguh sedih hati black petang itu bila mereka semua lari pulang.

namun black tidak berputus asa petang esoknya black sekali lagi menunggu kumpulan budak-budak itu datang bermain bola. dia nekad petang itu dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bermain bola dengan budak-budak tersebut. sebaik sahaja mereka memulakan permainan black dengan segera berlari mengejar bola dengan penuh harapan. sekali lagi budak-budak tersebut bertempiaran lari bila melihat black sambil menjerit-jerit.

black tidak putus asa dia sudah nekad sejauh mana pun mereka berlari black akan turuti niatnya hanya satu mahu berkawan dan bermain bola. sedang black teruja mengejar tiba-tiba black lihat ada tiga orang budak berhenti dan memungut sesuatu di atas tanah. black rasa gembira bila melihat ada yang berhenti berlari "munkin mereka dapt menerimanya" bisik dalam hati black sambil berlari ke arah tiga orang budak tersebut.

sebaik sahaja menghampiri tiga orang budak tersebut black merasakan badannya sakit seperti di baling dengan batu. rupa-rupa tiga orang budak tersebut yang membaling batu ke badannya, black panik dan tak mengerti mengapa dia harus di baling dengan batu dia menjerit minta simpati namun tiga orang budak itu tidak berhenti dari membalingnya dengan batu malah makin banyak yang di baling ke badannya.

kerana tidak tahan dengan kesakitan black terpaksa berpatah balik lari untuk menyelamatkan diri. malangnya tiga orang budak itu terus mengejar dan membaling batu ke arahnya sakit badan black tidak terperi dan dia terus menjerit minta simpati sambil berlari sekuat hati menyelamatkan diri.

dan sejak dari peristiwa itu black sudah berkecil hati dan dia hanya menyimpan niat bermain bola di dalam hati.

sedang black duduk terkenang peristiwa tempoh hari sebiji bola bergolek ke arahnya dan di kejar oleh seorang budak laki-laki. black hanya memerhati bola bergolek di tepinya sambil membuat muka simpati.

"kau tu najis mana boleh main bola dengan kami"..kata budak laki-laki yang mengejar bola tadi sambil mengacah ke arahnya. black hanya berundur sedikit.

"wooittt man sudah la jangan kau kacau black tu dia dah insaf dah tu"...jerit kumpulan budak-budak di tengah padang...

"apa dosa aku mereka tidak mahu bermain bola dengan ku..tidak ku pinta lahir begini..sudah suratan aku hanya mampu berlari dengan empat kaki"...bisik hati black pilu...sambil lidahnya terjelir air liur meleleh...

Wednesday, September 9, 2009

lawak politik....

aduh penat baru balik dari KLIA Kargo...ingat boleh siap kerja kat sana tapi nampaknya kena ulang lagi disebabkan masalah kominikasi yang tak betul..hampehhh.

bila balik office tanya saper buat arrangement semua gelabah dan start salahkan antara satu sama lain...cepat betul kawan bertukar jadi lawan walau sedang bertepuk tampar.

aku bukan nak marah, just nak tanya siapa yang buat arrangement..yang takut buat apa..bukan aku boss pun..walau memang la masa tu kepala aku dah nak keluar tanduk...

BOSSSS...apa daaaaa...buat malu anak buah sajer....mau tai chi pun berpada la


Pemimpin UMNO Sekijang tak puashati dengan Pemuda UMNO bahagian Sekijang bersalam dengan Pemimpin PKR..DSI Anwar lepas sembahyang Tarawih...cittt apa punya pendek akal da..sampai salam pun tak boleh, biasa la lepas sembahyang kita bersalam mohon maaf.

sangkut la sekejap politik kat pintu pagar masjid tu nanti balik ambil la semula tak ada saper nak pun

....Tuhan tak pandang kamu dari parti mana.....

parti lain tu lantak dia la mereka tak ke masjid.

Tuesday, September 8, 2009

bicara orang bodoh-bodoh

hari ini minyak naik lagi
berkata pak menteri
muka masih berseri
rakyat melonjak suka hati

esok harga barang naik lagi
berkata tokey kapitalis
muka senyum nampak gigi
rakyat buat tak peduli

semalam gula tak ada lagi
pak menteri baru bangun pagi
muka masih berair liur basi
rakyat senang hati

kelmarin jalan baru diturapi
hari ini korek lagi
duit 60 billion banyak lagi
wakil rakyat berbesar hati

mari kita bina masjid lagi
jumaat kita jemaah masih ramai
berseru para mufti fatwa harus diikuti
rakyat anguk-anguk lagi

hey! di sana ada rumah berhala dibina
mari kita berdemontrasi
kita pikul kepala babi
kita seret kepala lembu
di surau jemaah masih satu

mari kita bersatu
untuk negara yang satu
megah berkata pak menteri yang satu
duit kau duit aku
duit aku, duit aku
rakyat anguk-anguk setuju

jangan kau ambil peduli
hanya bicara orang bodoh
anguk-anguk tanda setuju
jangan kau geleng-geleng
esok dapur mu tak berasap lagi

Monday, September 7, 2009

rambutan si tupai

pagi sabtu cuti sekolah hari tu aku bangun agak lewat pasal malam tadi aku meronda jadi jaga kampung. lagi pun hari tu aku tak perlu menolong abah menoreh getah atau ke kebun koko seperti selalu. abah tak sihat hari tu jadi dia perlu berehat dan aku juga hendak merehakan badan.

namun tidur ku terganggu bila aku dengar abah bising-bising kat dapur.

"apa nak jadi la dengan budak-budak kampung nie"...abah menyuarakan rasa ak puas hati pada mak yang sibuk menyediakan sarapan

"apa kenanya dengan budak kampung nie abah kau"..tanya mak aku...aku masihlagi mamai dalam kelambu tapi aku pasti akan perbulan itu

"nie kecoh kat kedai so'dah pagi tadi rambutan tupai kena geledah"..jawab abah aku

mendengar paerkataan geledah tu aku bingkas bangun dari tidur dengan keadaan mamai aku menuju ke meja. huh nasi goreng mak sedap tu..

"basuh muka dulu"..sambil mak menepuk tangan aku yang baru nak capai nasi goreng.
potong stim betul, akubangkit cuci muka tak gosok gigi.

"kau kemana malam tadi man..kol berapa kau balik"..tanya abah aku

"Hmmm kol 2 kot..malam tadikan meronda" jawab ku ringkas

"ada kau nampak apa-apa ker malam tadi"...tanya abah aku lagi

"nampak apanya bah..biasa ajer"..jawab ku sambil makan nasi goreng mak buat teh O kegemaran aku lak tu.

"malam tadi ada orang kerjakan rambutan tupai"..sambung abah.

"kerjakan macam mana tu bah..." tanya ku

"rambutan tak di curi tapi pokok rambutan tu di tebangnya"..jawab abah aku

"wah kes berat nie..saper punya kerja nie kena siasat cepat nie"..aku makan cepat-cepat dan tak mandi terus ke rumah man panjang chief aku tu.

"mannnnnnnnnnn"..aku jerit nama man panjang dari bawah rumah dia.

"man tido lagi la raman"...jawab mak man panjang

"mak long kejutkan dia ada hal penting nie"...pinta ku dari mak long aku tu

"kau naik la kejut dia sendiri dalam bilik tu"...suruh mak long aku

tanpa aku buang masa aku terus naik rumah menuju ke bilik man panjang. rumah dia dah macam rumah aku juga. aku gerak man panjang yang sedang lena tidur enak di buai mimpi sampai meleleh air liur basi.

"man..bangun la nie ada kes besar nie"..aku gerak goncang man panjang yang memang liat nak bangun tidur.

"oittttt bangun la kau dah mati ker"...jerit aku lagi bila man panjang tak mahu bangun.

"arggh ada apa pagi-pagi buta nie kau cari aku"...tanya man panjang dalam separa sedarnya.

"rambutan tupai...dah kecoh kat kedai so'dah pagi nie..abah aku bagi tahu tadi"..balas ku dan emndengar rambutan tupai man panjang bingkas banggun.

"macam mana boleh kecoh lak nie aku tengok elok ajer malam tadi"..jawab man panjang.

"kau pasti ker elok..saper yang kerja malam tadi"..tanya aku

"aku, dak nas dan hijau la dak adi kan ronda dengan kau malam tadi"...jawab man panjang.

"habis macam mana boleh kecoh lak nie"..tanya aku

"abah aku cakap buah tak hilang tapi pokok rebah"...sambung aku lagi

"memang la kami tak ambil buah pun cuma tebang ajer pokok tu tapi aku pasti aku dah ikat pokok tu elok-elok memang tak tumbangnya"..jawab man panjang.

"abis macam mana nie pokok dah rebah...tupai dah kecoh kat kedai tu"..terang aku pada man panjang.

"ahhh biar la yang dia lokek sangat pasal apa baru ambil dua tiga biji dah kecoh tuduh mencuri...ha padan muka dia"..jawab man panjang.

ya aku teringat peristiwa petang semalamnya bila mana sedang kami sedang sibuk berkubang kat sungai sebelah kebun rambutan tupai tu. aku dan geng telah terliur dengan rambutan tupai yang dok merah bergayut kat pokok tu. lalu dengan rakusnya kami memetik rambutan tu, alah bukan banyak pun cuma dua tiga tangkai ajer buat makan sambil berkubang.

malangnya tupai ada kat kebun petang tu dan entah apa angin dia petang tu kejar kami masa ngah dok ambil rambutan dia. akibatnya kami lari lintang pukang dan lebih malang bila man panjang ngah salin baju akibatnya dia lari telanjang.

lagi tak best bila tupai tabur kaca kat dalam sungai tempat kami berkubang. ini betul-betul buat man panjang marah...

padan muka tupai..nasib baik satu pokok ajer ditebang buat satu kebun tak ke haru...


p/s: tupai tu nama glamer apek tokey rambutan kat kampung aku dulu nama betul dia aku tak tahu...yang aku tahu dia selalu tembak tupai tapi tak pernah pulak aku nampak dia buang tupai tu...

Sunday, September 6, 2009

misi malam merdeka

"baik..semua orang berkumpul di tempat biasa petang ini jam 5.00 petang tepat, kita akan bincang kembali plan yang dibuat" arah man panjang selaku ketua operasi. man panjang memang seorang yang berkaliber dan pintar dalam membuat perancangan dan sering membuahkan hasil.

"aku mahu kau orang semua update tugasan yang telah di berikan kepada kamu semua..ingat misi ini penting dan kita tidak mahu gagal"...arah man panjang lagi
dan kami semua beredar untuk melaksanakan tugas masing-masing seperti yang telah di berikan.

seperti yang diarahkan petang itu tepat jam 5.00 petang kami berkumpul semula di tempat yang dijanjikan pagi itu.

"hmm semua sudah ada ke"..tanya Man panjang. selaku ketua dia harus ambil tahu teentang semua kedatangan ahlinya

"semua dah ada kecuali dak Nas..dia kata teruskan mesyuarat dulu sebab tugas dia berat sikit jadi dia mungkin lambat"...jawab Adi salah seorang ahli yang paling komited dan on time dalam meeting dan perjumpaan

"baik kita mulakan perbincangan aku mahu kamu semua update tentang tugas yang diberi dan apa risikonya..kita mulakan dengan Hijau dulu" arahan di beri kepada Hijau

"okay aku sudah tinjau semua jalan masuk dan keluar pagi tadi...semua clear tiada kawalan. kita akan masuk dari belakang dan keluar dari depan kerana mudah untuk menyelamatkan diri jika berlaku sebarang gangguan. cuma masalahnya laluan keluar sukar sedikit tebingnya terlalu tinggi, sebarang kesilapan akan menyebabkan kecederaan.".terang hijau selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk meninjau jalan masuk dan keluar.

"jalan keluar itu masalah jadi ada cadangan, kita tak boleh ada sebarang masalah masa kita amat singkat"...tanya man panjang.

"masalah itu boleh di selesaikan, kita boleh guna satu kawasan yang agak landai di situ sebagai jalan keluar tapi kita perlukan seorang untuk menunggu di bawah sekurang-kurangnya dapat menjaga keselamatan"..terang hijau lagi dengan penuh keyakinan.

"kita tak punya cukup orang team ini cukup-cukup ajer..seseorang harus buat dua kerja nampaknya"..kata man panjang.

"tak apa aku boleh jalankan tugas itu sebab aku kerja mudah sikit"..sampuk Adi dan masalah selesai.

"baik kita teruskan dengan dak Adi pulak"...pinta man panjang

"aku dah buat tinjauan juga pagi dan juga tengah hari tadi..kawalan keselamatan seperti yang di jangka rondaan di buat ikut masa seperti mana yang lepas-lepas dan aku akan berkawal kala kau orang jalankan operasi"...terang adi selaku pengawal keselamatan

"bagus..sekarang bagaimana dengan sasaran pulak man kecik sudah aku tanda semua sasaran"..pinta man panjang agar man kecik update tugasanya.

"ya boss aku dah tanda semuanya pagi tadi aku dah servey semua sasaran sedang cantik dan mengikut perkiraan kita akan mendahuli mereka awal sehari kawasan tenggah adalah paling sesuai"..terang man kecik sebagai pakar meengenal pasti sasaran.

"nampaknya setakat ini semuanya bagus cuma dak Naz belum lagi sampai untuk update kita dari aspek ancaman kita yang paling utama jony"...kata man panjang namun selalng beberapa minit dak Naz sampai dengan senyum.

"aku dah satttlekan semuanya Jony tidak akan menjadi ancaman pada kita malam ini aku dah uruskan dia...memang dah lama aku dendam dengan Jony"..kata dak Naz dengan bangganya dapat selesaikan misinya

"baik semuanya sudah selesai malam ini kita kan membuat serangan seperti dirancangkan..kita akan berkumpul dan mulakan operasi jam 11.00 malam dan tamat dalam masa 30 minit. jangan ada sesiapa yang terlewat dan terlebih masa kalau tidak misi tak berjaya sebarang kegagalan amat buruk padahnya. bleh malu satu keluarga dan sebaik selesai kita berkumpul di sini semula untuk meraikanya"..perintah man panjang dan perintah dari ketua harus di turuti.

dan malam itu kami semua seperti yang rancangkan memulakan serangan pada bahagian tenggah seperti di terangkan. dengan gaya ala ninja muka bertutup dan berbaju hitam memang sukar untuk musuh mengesan kami. dan batuan dari cahaya bulan pada malam purnama menyenangkan tugasan kami.

misi berjalan dengan jayanya pada malam itu tanpa sebarang ganggua. musuh tidak dapat mengesan kehadiran kami keluar dan masuk amat mudah dan hasilnya pada malam itu kami perolehi dengan lumayan.

"merdeka, merdeka, merdeka"...teriak kami kala jam tepat menunjukkan jam 12.00 malam kami meraikannya dengan meriah.

"huh mana jony yer selalu dia yag kacau daun bila tiap kali kita beroperasi"..kata man panjang pada dak nas

"aku dah tidurkan dia dengan racun tikus siang tadi..aku campur dengan telur dan campak depan dia nampak gelojoh ajer dia makan"...terang dan nas..

"hiss kejam la kau nie..tapi aku suka pasal tak ada la dia kejar aku lagi bila balik mengaji"..sambil gelak keringan

dan malam itu kami amat happy rancangan menjadi...enjoy sepuanya dan makan sepuasnya. dah pagi baru kami pulang.

"mannnnnnnnnnnnnn! kau curik tembikai dah ah fatt lagi yer"..jerit mak aku dari laman rumah,

"cisss macam mana lupa nak buang kulit tembikai malam tadi nie happy punya pasal la." getus ku dalam hati mata jadi tak mengantuk apa nak cari alasan nie....



p/s: walau dah 52 tahun merdeka tapi misi malam itu tetap dlam kenangan misi terakhir di ladang tembikai...rambutan tupai pun nampak sedap