Saturday, October 24, 2009

setiap....



setiap perlayaran pasti ada pelabuhan
setiap pelabuhan pasti ada pengharapan
setiap pengharapan pasti ada perjuangan
setiap perjuangan pasti ada pengorbanan
setiap pengorbanan pasti ada kemanisan

setiap perjalanan pasti ada persimpangan
setiap persimpangan pasti ada perhentian
setiap perhentian pasti ada pengalaman

setiap percintaan pasti ada kekecewaan
setiap kekecewaan pasti ada pengajaran

setiap permulaan pasti ada penamat
setiap penamat pasti ada matlamat

setiap petemuan pasti ada perpisahan
setiap perpisahan pasti ada kesedihan
setiap kesedihan pasti ada kegembiraan

dan setiap yang berlaku pasti ada sesuatu
dan setiap kehidupan pasti ada kematian itu yang pasti......

Friday, October 23, 2009

bila bulan tak bercahaya

bila bulan tak bercahaya
sang pungguk berlagu sendu
telah hilang pengemis rindu
pekat malam dirundung pilu

bila bulan tak bercahaya
sang punjangga berpuisi lara
mengharap lilin membakar diri
agar pena terus menari

bila bulan tak bercahaya
sang bintang bersinar duka
teman malam tidak bermakna
silau neon membakar luka

bila bulan tak bercahaya
bahang malam kian membara
rajuk embun engan menyirami
layu cinta di hamparan hati

bila bulan tak bercahya
hilanglah puisi dan lagu
tiada lagi melodi syahdu
yang tinggal bait pilu
menemani hati yang sayu


ps: bila hati sudah tidak suka...madu itu rasanya cuka

Thursday, October 22, 2009

gemuk

hanya kerana gemuk permohonan mengikuti krusus KPLI ditolok. hilang selera makan sekejap bila aku dengar berita di TV3 ( jarag pun tengok berita kat TV3 ). bukan pasal aku nak gemuk atau aku nak memohon buat KPLI tapi marah pada alasan bodoh macam nie

hanya orang yang kurus sahaja boleh mengajar, hanya orang yang kurus sahaja yang pandai, hanya orang yang kurus sahaja yang pantas, hanya orang kurus sahaja yang cantik dan menarik.

sungguh hinakah menjadi orang yang gemuk sehingga tiada peluang dan ruang untuk mereka.

susahkah kita untuk menerima seseorang atas sebab kebolehan,kepandaian dan kelayakan mereka. bukan atas sebab sifat fizikal mereka yang hanya sementara.

benar kita manusia hanya terpesona dengan yang cantik dan menarik biar pada hakikatnya yang cantik itu tidak semestinya baik.

bila kita terlalu mencari kesempuranan maka sering kita terlupa pada nikmat yang ada pada kekurangan.


p/s: bila la aku boleh naikan berat badan nie....gemuk tak salah tapi kesihatan perlu di jaga biar berpada-pada. tapi usah juga membebankan diri pada sesuatu yang kita suka tapi tak rela.

ke mana hilangnya

telah ku hantar sepasukan penjejak yang pakar bagi mencari dia yang hilang. namun hampa, pulang sang penjejak membawa khabar duka "kami tidak mampu mencarinya dia begitu hebat tiada jejak dapat dikesan"...aku kecewa.

aku tidak berputus asa lalu aku kerahkan kumpulan anjing pengesan terbaik ku. untuk menghidup setiap udara dan bayu mungkin ada rasanya di situ. namun anjing ku pulang dengan lidah terjelir meminta makan.

demi dia aku teruskan usaha. ku cari pendeta dan tabib terhandal di seluruh pelusuk dunia namun hampa tidak pernah hilang."maaf bayangnya juga tidak dapat kami lihat"...

aku termanggu hilang usaha, buntu dan kesal hilang segala akal..."di sana ada sungai pergi kau berwudhu dan sujud di sini..kau akan ketemu jawapannya"...tiba-tiba suara itu menyapa "segalanya ada dalam diri hilangnya kerana kau tak menghargai"....suara itu berkata lagi..

........................................................

bila mata ku tertutup

kala mata ini terbuka melihat
keindahan itu ingin ku miliki semuanya
ku telanjangi segala yang tertutup
ku selimuti segala yang termaktub

tika mata ku terbuka melihat
kilau kaca bersinar di mata
buat aku terleka pada kerdip cahaya
malap permata tidak ku gilap

kala mata ku tertutup
keindahan itu amat meyeksa
yang termaktub itu syurga
indahnya dunia itu sementara

tika mata ku tertutup rapat
kilau kaca mematikan jiwa
malap permata menyinar gelap
sesal permata tidak ku gilap

Wednesday, October 21, 2009

manusia makin...

manusia makin kejam
manusia makin kejam
manusia makin kejam

cinta manusia tak kenal darah daging,
cinta manusia hanya kenal nafsu

manusia makin zalim
manusia makin zalim
manusia makin zalim

hidup manusia tidak pernah menghargai
hidup manusia hanya penting diri sendiri

manusia makin lalai
manusia makin lalai
manusia makin lalai

lihat sahaja kemusnahan dunia ini
lihat dari mata hati...

p/s: "kanak-kanak mati didera ibu dan teman lelaki" siapa baca paper hari ini. apa dosa dan salah anak itu.

Tuesday, October 20, 2009

hidup kena kreatif....

hidup di dunia ini berbagai bentuk dan kerenahnya, dan masalah ada di mana-mana. adakala masalah yang sama kita temui namun penyelesaianya berbeza kerana manusia berbagai ragamnya.

kita bukan hidup bersendirian dalam dunia ini tapi bersama-sama,walau adakala kita kata aku ingin berdikari namun pada hakikatnya kita perlu bantuan untuk berdiri, yang ini kita tak boleh lari.

teguran bukan bermakna membenci tapi mengambil peduli kerana kita punya sifat mengasihi. walau sering disalah erti malah kerap kali yang berkata "ada aku kesah". tapi itu usah diambil hati kerana tugas kita sebagai khalifah harus menegur benda yang salah. atau kita juga turut akan ditimpa musibah.

memberi tidak bermakna kita tidak boleh menerima walau adakala kita nampak seperti hina. namun itu adalah lebih mulia dari sombong kita yang tidak bertempat.

hidup ini harus berani, andai takut jatuh usah berlari tapi harus ingat jika lambat kita yang rugi. kecewa bukan bermakna itu pengakhiran pada hidup ini. biar esok tidak pasti tapi pengalaman pasti jadi pengajaran untuk hidup yang bakal dilalui.

memaafkan itu lebih baik dari membenci kerana dendam bukan sifat terpuji tapi yang dikeji. tiada guna amal berhari-hari andai hati tidak murni.

hidup ini memang tak pasti tapi perlu kreatif, dewasa itu bukan pada usia baik yang muda, remaja atau yang tua tapi pada masa dan keadaan yang disesuaikan.....

Monday, October 19, 2009

mimpi-mimpi

dari sebalik mimpi-mimpi
kau jelmakan menjadi realiti
bersama berat akal mentafsiri mimpi
tidak seberat beban yang kau galasi
kala kau jinjing mimpi satu persatu
lalu kau cantum menjadi satu

puisi-puisi mentera mimpi
membangkitkan "cendana" dari peraduan
jauh dari dasar tasiknya
kini ku sedar berat itu bukanya beban.

berat hati ini meninggalkan mimpi
di sini telah aku dipertemukan
dunia maya menjadi nyata
indahnya mimpi tidak ku duga
biar malam tidak berpurnama

berat kaki melangkah pergi
dengan harapan mimpi kembali lagi






p/s: to team paradoks you all really great and to all friends that I meet. PC,Pentoi,Adib and Adi nice to know you guys