Saturday, October 17, 2009

catatan dari gerik...

aku ingat minggu nie aku nak berehat di rumah sahaja memandangkan aku dah berjalan jauh last week. tapi nampaknya hajat tak kesampaian bila aku dengan berat hati menjadi driver lagi untuk ke gerik. ada undangan perkahwinan dari saudara sebelah wife aku, nak biar dia bawa kereta sendiri hahaha aku tak percaya lagi pun tak sampai hati tengok mak mertua aku yang datang dari pahang tumpang kereta orang lain nak gerik.

rasanya penat drive ke jitra last week masih belum hilang lagi nie dah kena sambung drive untuk satu perjalanan yang jauh lagi. oleh kerana aku belum pernah lagi ke gerik maka aku gagahkan juga diri ini. first time aku tengok pekan gerik tidak la besar sanggat tapi menarik juga aman dan tenang rasanya.

cuma masalahnya nak cari hotel di sini susah sikit bukan tak ada tapi aku tak selesa dengan hotel low budget nie ( ada pengalaman ngeri yang pernah aku alami ). nasib aku baik bila dapat bilik di rumah rehat gerik lega rasanya. aku sudah berkira jika tiada hotel yang baik sedikit di gerik aku akan terus ke resort hutan belum or ke resort lenggong.

dalam perjalanan ke gerik aku amat kagum dengan bentuk muka bumi yang bergunung- ganang di sepanjang jalan. malah aku tidak rasa letih dan mengantuk bila melihat keindahan dan kehijaun bumi tuhan ini. dalam kepala otak aku tadi aku sudah berkira cuti sekolah hujung tahun nie aku ingat nak repeat sekali lagi mungkin aku nak ke hutan belum sebelum ke kelantan seterusnya ke terengganu dan menuju ke pahang kemudian singgah di negeri sembilan dan johor dan balik ke melaka dan akhirnya berehat di selangor. rasanya macam tak larat BLM 1300 cc aku nak meronda sebegitu jauh...perlukan kereta yang lebih besar nampaknya...

aku harap masih sempat untuk aku menghadirkan diri di event MIMPI BERAT malam esok, hajat di hati nak jumpa kawan-kawan dari blog yang hadir di sana. ( aku akan berusaha ke sana )

p/s: tak sangka LIVERPOOL kalah dengan SUNDERLAND ini sedikit merosakan mood aku nak bercuti.....

Friday, October 16, 2009

sedikit cerita dari kisah lalu

kala membaca entry sItEDI yang bertajuk jawapan pada persoalan, aku dapat tahu yang dia juga bersekolah di satu sekolah dengan aku dulu di Sekolah Menengah Agama Islam or SMAI atau lebih galamer sekolah LAPIS di Merlimau sebelum di tukar kepada SMKA Merlimau. sItEDI adalah junior aku walau aku tak berpeluang jumpa dengan dia...tapi cerita sItEDI membuat aku terkenang kisah lalu suka duka aku bersekolah di sana.

sekolah LAPIS (aku suka panggil begini) bukan sekolah bantuan penuh kerajaan tapi adalah kepunyaan majlis agama islam. so keadaan sekolah ini amatlah daif sekali. terus terang aku katakan bahawa kelas aku adalah menumpang di sekolah rendah kebangsaan merlimau kala itu. dan di sekolah rendah itu jugalah aku belajar dari darjah satu sehingga darjah 6. lepas tu sambung dari tingkatan satu sampai tingkatan lima huh jemu rasanya bersekolah di tempat yang sama.

kedaifan sekolah LAPIS memang ketara bila mana bilik darjah kami hanya di pisahkan oleh sekeping papan hitam yang tergantung separuh. kami boleh melihat pelajar sebelah dengan hanya membongkokan badan sahaja. kalau nak pinjam kapur pun tak payah ikut pintu, cuma raba sahaja dari bawah pasti dapat dan kalau lebih sopan lagi hulurkan tangan pasti ada yang bagi kapur. worst thing kelas aku tiada dinding yang proper hanya terdiri dari papan pembahagi dewan. andai hujan maka tempias hujan akan masuk ke dalam kelas, lagi teruk jika hujan lebat kami tidak dapat belajar kerana semua berkumpul di tenggah-tenggah kelas macam kambing takut hujan. but I am always wait for this moment pasal masa nie la dapat duduk rapat dengan girls hahahahaha

antara peristiwa yang tak dapat aku lupakan one bright day sedang aku belajar bahasa arab (dont ask me in arabic aku dah lupa segalanya what a shame)..tetiba sebiji telur ayam jatuh betul di depan ustaz subuh ( guru bahasa arab) and sepontan ustaz aku bersilat dalam kelas dan melompat atas meja. yang buat ustaz aku bersilat tu bukan sebab telur ayam jatuh tapi ayam betina tu yang berkokok kat atas alang papan hitam kelas kami dah tu betul-betul atas kepala dia. jujurnya aku katakan kelas aku memang tempat ayam bertelur well early morning kami akan bersihkan kelas dari tahi ayam dan burung and telur ayam rezeki untuk budak-budak yang dok asrama. asrama kami tak jauh hanya di tinggkat atas kelas bagi girls and boys a bit far tapi still boleh dengar kalau menjerit. anyway aku tak dok asrama sebab rumah dekat ajer.

tapi kami tak pernah rasa malu dengan keadaan itu sebab kami datang menutut ilmu bukan nak glamer pada masa itu. berkat usaha dan derma orang ramai kami berjaya menaik taraf kelas dengan lebih baik dinding kelas di ganti dengan tembok batu. cuma papan hitam masih lagi sebagai pembahagi kelas.

di LAPIS ini studennya tak la ramai mana pun pada masa tu cuma ada satu kelas tiap tingkatan and average student tiap kelas dalam 30 students max pun 37 students. ustaz dan ustazah pun tak ramai boleh di kira malah kami boleh kenal semuanya. di LAPIS nie aku ada seorang guru yang aku sayang namanya Rokiah or lebih glamer as cikgu rocky tapi aku selalu panggil dia ibu kala orang lain panggil dia bonda (hanya mereka yang rapat dengan dia panggil begini).cikgu rocky ajar aku subject sastera pada masa tu (jgn ingat budak sekolah agama tak belajar satera yer) aku rapat dengan ibu kerana dia banyak bagi dorongan pada aku. jujur ku katakan aku bukan student kegemaran ustaz dan ustazah lain sebab aku tak sehebat pelajar lain,yang ini akan ku ceritakan kemudian nanti...

jasa ibu pada aku tak akan aku lupa, pada aku dia seorang guru yang baik dan memahami off course pasti ada yang tak sebulu dengan ibu bukan sahaja student tapi guru lain juga begitu.cuma aku tak mahu campuri urusan itu pada aku ibu tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk mengahadapi dugaan. aku terkilan aku tak dapat berada bersama dengan ibu kala dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat menderita sakit buah pinggang. sungguh lama dia menderita sakit itu sejak sebelum aku kenal dia lagi....

Al Fatiha buat Ibu Rokiah Hj Ahmad...guruku.....kamu tetap dalam ingatan

Thursday, October 15, 2009

burung kakak tua...

burang kakak tua itu petah bercakap, tutur katanya manis sekali umpama penlipurlara menghiburkan hadirin. segala rupa manusia terpegun dan kagum dengan tutur kata si kakak tua. mereka bertepuk tangan bersorak gembira tak ubah seperti ungka mengejar si kera. mereka mengangguk-angguk kepala umpama si merpati memikat si jantung hati mengiyakan kata-kata si kakak tua.

burung kakak tua ketawa suka hati melihat gelagat manusia, kenyang perutnya dapat kacang dan kuaci hasil pemberian si manusia tadi. si kakak tua senang hati melihat manusia mudah sekali tertipu dengan hanya sedikit bulunya yang cantik berwarna warni biar suaranya tak semerdu serindit.

burung kakak tua itu berkata-kata lagi kali ini lebih menarik dan petah lagi segala manusia yang hadir kagum lagi, masih percaya lagi.

si kakak tua gelihati kerana dia sendiri tidak pernah faham dengan apa yang dia tuturkan. dia sendiri tidak pernah mengerti dengan makna dan maksud ayat-ayat yang di ucapkan. tapi manusia-manusia ini masih teguh berdiri menantinya saban hari.

jauh satu sudut seorang pemburu dengan tenang dan sabar memerhati gelagat si burung kakak tua, menanti peluangnya tiba si kakak tua pasti akan leka. rezekinya pasti ada nilai si burung kakak tua bukan seribu tapi pasti berjuta....


p.s: khas untuk mereka yang sedang berhimpun dari 13-16 oktober ini....

atau kita...

tak cinta
atau
kita tidak belajar untuk mencintai

tak jumpa
atau
kita tidak belajar mencari

tak faham
atau
kita tidak belajar memahami

tak sayang
atau
kita tidak belajar menggasihi

tak terima
atau
kita tidak belajar memberi

tak hormat
atau
kita tidak belajar menghormati.

tak tahu
atau
kita tidak mahu ambil tahu

atau kita yang membatasi diri kita sendiri...

Wednesday, October 14, 2009

bob the servivor

genap dua minggu sudah rasanya bob berada di rumah sejak balik dari klinik kerana kemalangan tempoh hari dulu.



ini masa bob semasa baru balik dari klinik dia tak nak masuk rumah cuma nak baring kat laman. puas panggil dia cuma pandang ajer dan masa tu dia hanya boleh bangun separuh badan ajer.

nampaknya bob semakin cergas sekarang berbanding dua minggu lalu, cuma masih perlu banyak berehat. Bob sudah boleh berjalan seperti biasa walau agak lambat berbanding dulu. bob lambat sebab dia kena kerap berhenti dan berehat untuk mnegambil nafas semula. cuma sekarang ada improvement dia dah boleh berjalan jauh dan boleh naik dan turun tangga seperti biasa cuma lepas tu dia akan tercungap-cungap macam orang tak cukup nafas.

masa lepas kemalangan hari tu bob tak boleh berjalan cuma mengesot dan berbaring sahaja. nak makan pun aku terpaksa suapkan sebab dia tak boleh nak duduk betul. tapi sekarang dah okay bob dah boleh duduk normal. malah dia dah pandai minta makan dari aku,



cuma aku tak boleh bagi bob makan banyak sangat takut nanti dia susah nak bernafas sebab usus dia akan mengembang dan menyebabkan paru-paru dia tersekat dan menyukarkan dia bernafas.



kalu tengok betul-betul perut bob nampak kempiskan tapi bahagian dada dia nampak desar dan buncit. ini kerana semua usus bob sudah berada di bahagian dada yang juga menempatkan paru-paru dan jantung dia. so kalau terlalu banyak makan ini membahayakan diri bob.

sekarang bob ada patang larang antaranya:

1. bob tak di benarkan tidur di luar pada waktu malam takut dia bergaduh dengan kucing lain. maklum la walau dia jantan tapi dia sekarang nie tenggah lemah.

2. bob tak boleh berlari dan melompat dan juga terlalu aktif macam julie ( adik beradik bob ). nanti dia akan cepat penat dan takut kecederaan dalamnya berulang.

3. bob tak boleh makan banyak-banyak nanti gemuk susah

4. bob kena selalu di belai sebab mama dia tak layan dia dah. mungkin bob lain daripada adik beradik.

5. bob tidak di benarkan berada dekat dengan kereta. malah dia pun dah truma dengar bunyi kereta.

walau apa pun aku lega sebab tak buat operation untuk bob kerana ketidakpastian itu. cuma tenggah dok fikir macam mana nak buat usus bob kembali ketemapt normal. minggu nie nak bawa bob ke klinik untuk rawatan susulan ubat dia pun dah habis.

p/s: lega juga pasal bob sudah mula mencium ketiak aku seperti dulu hahahaha geli wehhhh.....serius ketiak aku tak ada bulu dan lebih putih dari dalam iklan yang takut angkat tangan tu tak caya tanya wife aku hahahaha...

Tuesday, October 13, 2009

1Malaysia dan Malaysia Malaysian

Apa pun sebutannya apa pun pendekatanya ianya tetap satu. konsepnya sama kehendaknya sama matlamatnya sama.
cuma mereka memutar belitkan caranya agar mereka gah punya nama. sedangkan kita sudah lama berada di dalamnya dan hidup bersama bekerja bersama makan bersama, cuma mereka baru menyedarinya. sebab mereka sebenarnya yang tak hidup di dalamnya kerana mereka pentingkan nama dan kedudukannya.

kita hormati agama mereka sebagaimana mereka menghormati agama kita
kita hormati hak mereka sebagaimana mereka menghormati hak kita
kita hormati keluarga mereka sebagaimana mereka menjaga kehormatan keluarga kita
kita hormati semuanya dan hargai segalanya biar tak sama warna.

kita orang biasa-biasa tak susah hendak melakukannya cuma mereka orang yang luar biasa yang punya kuasa sukar melaksanakannya, katanya memperjuangkan hak bangsa hakikatnya untuk kepentingan keluarganya.

kita orang biasa dunia ini fana, tapi mereka yang luar biasa katanya dunia ini harta ana....

p.s: sedikit luahan kesal dari timbunan sampah....
sebentar tadi di bilik meeting ali kata nak jadi presiden MCA, raju cakap dia nak jadi ketua pemuda PAS, ah cheng bersuara nak jadi perwakilan MIC...cuma joseph tak nak masuk UMNO dan PKR atau mana-mana parti. aku kata tak kisahlah mana-mana pun boleh. janji kita buat bersama hidup bersama hormat bersama tak susah pun.

Monday, October 12, 2009

tenanglah wahai hati

wahai hati tenanglah dikau
sesungguhnya itu hanya ujian
usah dituruti bisikan syaitan
kelak kemusnahan melanda diri
sesal kemudian tidak bermakna lagi

wahai hati tenanglah dikau
benci itu sifat yang keji
bersamanya iblis menyertai
kesesatan itu amat disukai
usah kau robek iman yang nipis ini

wahai hati tenanglah dikau
kemaafan itu sifat terpuji
usah kau tambah titik hitam di sini
anggaplah kesilapan itu kelemahan diri
kepadaNya kita berserah agar diberkati

wahai hati tenanglah dikau
biar setenang air di kali
sejuknya mendamaikan sekali
riaknya membias amarah ke tepi
sujudlah dikau pada Ilahi

p/s: adakalanya kemarahan ini menguji kesabaran hati, ingin sahaja ku laungkan kebencian ini tapi untuk apa jika tidak dimengerti.andai kebencian ini menguatkan diri aku rela terima agar tiada yang merana sesungguhnya itu lebih bermakna

Sunday, October 11, 2009

tahniah, congratulation and good job

first of all aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan congratulation pada UMNO dan MCA serta pada BN khususnya kerana mengamalkan semanggat murni dengan mengitar semula.

tahniah kepada kita semua juga kerana pemimpin kita telah menunjukan tauladan yang baik kepada kita semua.



tahniah Yang Berkuasa Isa Samad...lepas ni kita akan lebih banyak buat kesilapan teknikal untuk menjayakan kemajuan dan menjaga kebajikan rakyat.

mungkin akan ada lebih banyak RASUAH TEKNIKAL yang boleh kita lakukan selepas ini kerana ia memang berkesan untuk menjayakan dan merancakkan perkembangan ekonomi kita dan khususnya untuk kroni-kroni kita.




mungkin tidak terlewat juga untuk wish congratulation to Dr Chua kerana berjaya merebut semula tempat dalam MCA.

lepas ini kita boleh upah director filem yang selalu buat silap arahan teknikal untuk buat filem PORNO TEKNIKAL bagi memeriahkan lagi industri perfileman negara kita

and to BN good job to you all, its prove that all technical mistake is work for us to ensure you hold the power.


p/s: aku juga membuat kesilapan sampah teknikal di sini maka aku mohon maaf....kerana secara teknikalnnya kita semua silap. so trough simple logic technically we are born to make technical mistake.