"window seat please"....itu yang aku pinta,"let me check sir"..sambil tersenyum dan senyuman itu sungguh menawan. lalu dalam hati berkata cantik-cantik staf perempuan yang kerja kat kaunter MAS ni. anyway cantik tu subjective, mungkin pada aku cantik pada orang lain tak cantik. untuk tidak menyusahkan diri aku mengambil kesimpulan semua perempuan itu cantik dan ciptaan tuhan itu sememangnya cantik...
ok biarkan perkara cantik itu di situ, apa yang aku nak cerita adalah perkara lain tapi mungkin ada juga bekaitan dengan cantik.
di "window seat" aku memandang keluar setiap kali burung besi berlepas terbang, melihat apa yang aku tinggalkan di belakang. mengenang kembali waktu yang telah berlalu, mengimbas setiap apa yang telah berlaku dalam hidup ku. tidak pernah terfikir akan terbang sekerap ini meninggalkan anak dan isteri. Tapi waktu itu 6 bulan yang berlalu sewaktu aku menerima kerja ini aku tidak banyak pilihan.
sebulan menjadi penganggur memang perkara yang amat perit dan payah dalam hidup ku. lebih payah bila melihat masa depan anak-anak dan keperluan isteri yang sarat mengandung waktu itu. hati tidak pernah tenteram akal ligat berfikir dan usaha tidak pernah kenal erti jerih.
lalu bila rezeki datang aku tidak menolak, aku terima dengan rasa syukur kerana tuhan itu penyayang. dan kerana itu aku redha biar kali ini aku terpaksa dan kerap berjauhan dengan keluarga.
dan bila burung besi itu sudah berada selesa dia udara, dari "window seat" aku memandang ke bawah. melihat bertapa indahnya kehijauan bumi dan birunya laut ciptaan tuhan. lalu berfikir untuk apa tuhan ciptakan ini semua dan untuk siapa diciptakannya. mungkin kerana ada insan yang bernama manusia tidak faham untuk apa ia dijadikan lalu bumi tuhan diratah untuk memenuhi tuntutan nafsu.
merenung kelur dari "window seat" melihat kepulan awan yang putih dan lembut indah dan bersih, namun siapa sangka bisa menggegar burung besi yang gagah membelah angkasa setiap kali merempuh gumplan awan lembut itu. dan adakalnya awan putih dan lembut itu bertukar menjadi kelam dan berat tanda ia marah tapi pemurah. memaksa burung besi terbang ke tepi, dan aku belajar lagi yang lembut itu gagah sebenarnya.
dari "window seat" aku memandang ke hadapan melihat apa yang menanti, ku lihat hanya kelam dan kosong. tapi aku pasti aku menuju pada satu destinasi, cuma aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuhi dalam perjalanan ke destinasiku.
kini ku sedar mengapa tuhan tidak beritahu kita apa yang akan kita tempuhi dalam meniti hidup ini, tapi tuhan berikan kita akal dan hati untuk kita mengemudi hidup ini. kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
di "window seat" aku merenung diri, apa yang telah aku lalui, sedang aku lalui dan bakal aku lalui....terasa ada air mengalir sejuk di pipi,
P/S: melihat dunia dari atas depan dan belakang, apa yang kita nampak itulah diri.
15 comments:
bro mamai ...
Benar.
thnks pakcik .. dis post .. give me motivation utk air mata yg mngaLir hari ni .. so a sad day :(
salam bro.
saya ada rasa perit tu macam mana.
suami saya pernah berada dalam keadaan yang sama.
tapi kami sebagai isteri sentiasa menyokong dan percaya dengan kebolehan suami dan seterusnya bertawakal pada Tuhan.
syukur :)
yup
very true uncle..:)
saye suka di langit..
berada di antara langit dan bumi
terasa diri bukan kepunyaan sesiapa selain allah..:)
berada antara hidup dan mati di situ..
huhuhu..-->menangis sama..sbb tu jarang update blog yer..
indahnya pemandangan from window seat seindah kehidupan yg tiada permasaalahan
mamai..semoga semua urusan di permudahkan..dan sentiasa dirahmati dan dilindungi yang maha esa.
salam bro mamai...lama saya tak datang sini..maklum la dah lama tido..td bunyi kapaltebang bro lalu kat bumbung umh saya terus terjaga..tipu sume fakta tuh!!
As'kom.
Selalu terbang di awan biru? bawalah sye skali. :) Ternyata cerita kita mungkin hampir2 sama.3 bulan sya di Alor Gajah ini merantau, tanpa saudara mara. Seolah2 kehidupan sye baru bermula, sedangkan telah hampir 5 tahun sye selesa di Bandar Puncak Alam. Keputusan yg bukan mudah dan bukan semua org mampu bertahan. Alhamdulilah, klau umur kita panjang, kita berjumpa lagi.Insyallah. Wsalam.
salam
sehat bro?
wahh..terbang ke mana?
semoga selamat smpai dan pulang ke destinasi. Ameen
alam ini adalah bukti kekuasaan Allah
bro nangis ke?
wa pon nangis gk nih...
best of luck utk apa jua..doakan wa gak!:-)
assalam..
penuh pengertian ;)
pakcik mamai sudah kembali!
sokong kata-kata uncle.kite manusia selalu lupa tujuan asal kita di sini...
salam uncle...
dunia yang penuh cabaran dan liku2 hidup kan..apapun..harus kita tempuhi dengan tenang....
langit itu kebebasan...
Post a Comment