actualy aku dalam kesedihan minggu ini, asyik terkenang kat bob tidur malam pun teringat kat bob. aku sedih bila semalam dan tenggahari tadi melawat bob di klinik tengok keadaan bob yang tercungap-cunpag menahan kesakitan buat aku ingin menangis pulak.
bob ialah seekor anak kucing ku yang baru berumur empat bulan, masih ingat entry ini
ayah kitten under car
di sini segalanya bermula cerita bob dari kecil sehingga besar actualy lom cukup besar lagi. dalam empat orang adik beradik bob hanya dia yang manja dan special.
last firday night around 11.00 am aku dengan tidak sengaja telah terlanggar bob semasa balik dari kedai. bob yang memang suka mengejar kereta aku bila setiap kali aku pulang dari kerja atau dari mana sajer. tapi malam itu aku sangka bob ada dalam rumah so awareness aku sedikit kurang.
inilah bob masa lepas di kena langar aku sangka tiada apa-apa kecederaan kerana tiada sebarang tanda pendarahan atau luka. aku lihat bob masih mampu berdiri dan berjalan.
namun sebentar kemudian aku lihat nafas bob turun naik dengan cepat aku jadi panik sekejap. aku cuba periksa bob masih gagal mengesan sebarang kecederaan tapi bob sudah tidak dapat berdiri cuma baring. aku suspect ada tulang yang patah dan mengalami kecederaan dalam.
hendak ku bawa ke klinik sudah tak sempat kerana sudah lewat malam sudah pasti tiada klinik yang buka di shah alam. cuma pada ke esokkan harinya aku dengan segera membawa bob ke klinik di shah alam.
pemeriksaan doktor didapati kecederaan dalam bob adalah serius doktor mengatakan usus bob telah menutupi paru-parunya dan ini yang membuatkan bob sukar bernafas. namun hari itu hari sabtu so x ray tak dapat dijalankan untuk mengesahkan punca sebenar cuma hari isnin baru boleh x ray.
dan semalam bob telah di x ray. doktor call aku dan mengesahkan yang kecederaan dalaman bob agak parah dan chances untuk servive 50-50.
ini gambar x ray bob yang sebelah kiri tu menunjukan hampir keseluruhan usus bob telah menutupi paru-parunya. dan yang sebelah kanan adalah gambar paru-paru seekor kucing yang normal. doktor suruh aku buat pembedahan tapi hanya UPM sahaja yang melakukan pembedahan sedemikian rupa. namun mengikut padangan doktor walau dengan cara pembedahan sekalipun risk amat tinggi dan chances bob nak survive adalah rendah.
lepas lunch tadi sempat melawat bob di klinik dia amat teruja bila nampak aku tadi. mungkin dia juga menanti kedatangan aku.
bob gagahkan diri untuk banggun bila nampak aku, bila buka pintu sangkar terus hulur kepala mintak aku ambil dia. mungkin bob nak balik rumah agaknya dia boring kat klinik tu.
sempat juga berborak dengan doktor tadi, dia cakap operation masih tak pasti dapat menyelamatkan but kalau aku nak pergi ke UPM dia tak halang cuma dia cakap the operation cost very high and chance to survive very low most of this case bila operation will casuse death. arghhhhh pening aku....sorry bob aku tak tahu nak buat apa
malam tadi nak tido masih terbayang bob, dia yang suka cium ketiak aku kadang-kadang sampai dia tertidur dok meyondol ketiak aku....
mana ada binatang or orang yang suka cium ketiakkan hatta wife or aweks kita pun lom tentu sanggup cium ketiak walau sayangnya melanggit....