Saturday, September 5, 2009

Menanti Saladin

beribu tahun kau telah pergi
membawa bersama sejarah pahlawan
meninggalkan nama digeruni
namun hormat kau perolehi
biar kawan mahupun lawan

di sebalik ke ketegasan mu
tersimpan seribu kelembutan
bersama amarah mu
kau sertakan kemaafan
buat kawan mahupun lawan

datang mu membawa kebebasan
datang mu memberi pedoman
pergimu mu dengan ketakwaan
pergimu bersama tangisan
dari kawan mahupun lawan

hari ini aku menanti
adakah Saladin muncul kembali
membawa kegemilangan yang hilang
memimpin panji-panji kebenaran
bersama kawan mahupun lawan



...Yusuf bin Ayyub (1137-1193)...

Friday, September 4, 2009

di waktu itu dan akhirnya

sejak aku jumpa sue dan kawan aku tu masa berbuka pusa di rumah mereka tempoh hari, aku rasa macam dah tak ada privacy lagi ramai kawan yang call rumah dan juga call HP aku. Mereka ingin mendapatkan kepastian benarkah aku dan N sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. cuma mak, abah dan adik beradik aku saja yang belum tahu sedangkan kawan-kawan dah ramai yang tahu. mereka call kerana tak percaya dengan apa yang berlaku antara aku dan N kerana aku adalah raja cinta dahulu. Malah ada juga yang suka dengan apa yang berlaku sebab itu yang mereka mahu sejak dulu dan mereka puas bila perkara itu berlaku. cuma aku masih terasa kesal dengan N kenapa mesti terlalu awal di hebahkan perkara itu. menggapa tak tunggu seperti mana yang aku pinta dulu.

dan dalam banyak-banyak call itu ada satu call yang buat aku terharu bila dia juga kawan ku semasa di U. amat sedih dengan apa yang berlaku dan untuk menghilangkan sedih ku dia sanggup menjadi pengganti agar aku tidak sunyi.

Maafkan aku kawan bukan aku tak sudi, tapi aku tak mahu ada hati yang kecewa lagi nanti. aku tahu ada orang yang lebih menyangi kamu dan aku juga tak mahu menyakiti hati kawan ku. sudah lama dia cuba merapati mu tapi kamu seperti tidak tahu, kini kau sudah tahu jadi terimalah dia kerana aku masih mampu menjaga diri ku.

sebulan berpuasa amat cepat berlalu dan hari yang aku tunggu sampai juga. aku sudah nekad apa yang jadi pada hari itu aku akan terima. Pagi itu selepas balik dari sembahyang raya seperti biasa keluarga ku akan berkumpul dahulu dan saling memohan kemaafan didahulukan dengan mak dan abah dan dituruti abang dan kakak. seperti bisa kalau pagi raya minta maaf tak sah kalau tak ada air mata dan tak terkecuali aku pada pagi tu. tak pernah aku mengalirkan air mata pada pagi raya tapi hari itu amat lain. aku menangis tika minta ampun daari mak dan abah. semua orang jadi hairan bila aku menangis biasanya yang menangis pagi raya akak, adik dan kakak ipar ku sajer. yang laki-laki semua kedekut air mata.

"mak, kak long, kak teh, kak num ( aka ipar ku ) dan siti ( adik aku ) semua tolong masuk bilik kejap...ada benda aman nak cakap"...aku beri arahan selepas sesi bermaafan selesai.

"apahal lak nak masuk bilik nie..orang nak pie beraya kat umah nek la"...kak teh si lawyer bersuara.

"ala masuk ajer la...kejap ajer ada benda aman nak cakap nie..penting untuk masa depan"...balas ku

"dah cepat la masuk kang lambat nak pie beraya nie"...aku mengesa mereka semua..sambil aku bergerak masuk bilik di ikuti mak dan adik-beradik perempuan aku. saja aku tak ajak yang lelaki buang masa sebab aku dah tahu jawapan mereka.

"ha..cakap la cepat kita orang semua dah ada dalam bilik nie..apa yang penting sangat"..sergah kak long aku.

"..sabar yer semua daha adakan okay pertama sekali semua orang kena tarik nafas panjang-panjang." sambil aku mengayakannya

" bengong bandak nie...cepat la cakap orang dah kebulur la nak makan ketupat"...sampuk adik ku yang bongsu yang cuma beza setahun dari aku usianya.

"..okay semua orang dengar sini aman tak jadi kawin ujung tahun ini"..aku bersuara dengan lemah tapi tapi yakin.

"..apa kau cakap tak jadi kawin kenapa"..tanya kak long.

"..apasal lak tak jadi kawain kau tak ada duit ker atau ada hal lain...N tahu tak"..tanya si lawyer.

"...eh kau nie biar betul raman..jangan nak main-main dah tak lama lagi tau...apasal kau nie."...mak bersuara cemas dan semua soalan tu di tanya serentak

"..mak tadi aman dah minta ampun dan aman dan minta maaf kau kau orag semua..sekali lagi aman nak minta maaf." aku menarik nafas dalam-dalam dan suasana dalam bilik cemas seketika

"...aman dan N dan putus tunang.." aku jelaskan fuhh terasa lega rasanya bila dapat luahkan semuanya.

" kau dah gila ker apa nie raman...bila kau buat keputusan nie, kenapa tak beritahu mak, kau jangan buat macam nie raman"...dan serentak dengan itu satu tamparan hinggap ke badan aku. seperti ku duga mak tak akan dapat terima ini

"..nie mesti kau dah buat salah dengan N patut la dia tak telepon dan tak datang sini sebulan puasa hari tu...kau nie memang tak gunalah raman"...mak dah mula menangis dan tak cukup lagi dengan tu mak lepaskan geram pada aku...aku cuma mampu menahan pukulan mak dan aku redha semua itu.

"..cakap raman kenapa kau buat macam nie...mak malulah dengan orang kampung..semua orang dah tahu kau tu nak kawin ujung tahun nie...kenapa kau buat mak macam nie.." mak masih belum puas kali nie kaki mak pula yang singgah kat badan aku. dan satu ketika aku hanya mampu bertahan di balik pintu. tanggisan mak semakin kuat. menyababkan abang aku di luar masuk ke bilik. aku pandang abang sulung aku sambil mengelengkan kepala. abang aku tak jadi masuk syukur di faham masa itu.

"cakap dengan mak siapa budak yang kau selalu telefon tiap-tiap malam tu..nie mesti pasal diakan..yang kau layan budak tu kenapa kan kau dah jadi tunang si N..."leter mak bersama dengan air mata dan tangannya yang tak berhenti mencubit dan memukul aku.

"kenapa kau tak cakap dengan kak teh...kenapa kau tak beritahu kita orang awal-awal pasal nie...hey bodoh la kau nie"...si lawyer menyampuk manakala kak long dan kakak ipar aku hanya diam.

"sudahlah tu mak jangan la pukul abang andak lagi..bukan abang andak yang salah, tapi kak N yang salah..siti dah tahu semuanya lama dah..." adik bungsu ku mencelah dan aku terperanjat bila dia cakap dia dah tahu..habis rancangan aku kalau betul dia tahu.

"siti selalu nampak kak N kat KL dengan orang lain dan kawan-kawan dah cakap kat siti yang kak N dan abang andak dah tak ada apa-apa lagi...dia orang cakap yang kak N minta putus"...sah memang adik aku tu dah tahu macam mana aku boleh lupa yang adik aku juga satu U dengan aku dan kawan-kawan dia tu dah macam kawan aku juga dan lebih malang diakan roomate sue dulu....

keadaan jadi bertambah tegang bila kak teh pulak marah kat adik aku pasal tak beritahu apa yang dia tahu. ciss atas kebodohan aku benda mudah jadi bertambah kusut. dengan berat hati aku menjelaskan apa sebenarnya berlaku dan kenapa aku buat begitu. Kak teh orang paling tak setuju dengan cara aku pada dia "yang salah tetap salah"..aku faham sebab dia lawyer.

tapi aku bukan begitu..pasti ada sebab orang buat salah dan adakalanya bukan itu yang mereka mahu. wahai kakak ku tahukah kau memaafkan itu lebih mulia dari menghukum, ya memang aku salah tidak beritahu perkara sebenar tapi tahukah kau andai perkara sebenar itu di ketahui pasti akan memberi banyak tanggapan serong ke atas dia. dan dia seorang wanita sudah pasti akan lebih banyak menerima cemuhan berbanding aku lelaki. lumrah bagi lelaki kalau memutuskan hubungan tapi satu kejengkelan andai perempuan yang berbuat begitu pasti mak dan ayah dia menanggung lebih malunya nanti.

seperti ku duga mak dan kakak aku sukar untuk merima kenyataan dan lebih sukar lagi untuk mereka menerima N. marah mak pada N sehingga ke hari ini cuma sudah berkuranggan harap dia sudah memaafkan N.

untuk tidak menghampakan hajat mak melihat satu majlis kenduri kawin tahun itu. adik aku dengan suka rela jadi ganti lagipun dia dah ada calonya juga dari U dulu. untung la dia dapat guna semua barang-barang aku tu..tapi tak apa itu sebagai hadiah dari ku.

sedar tak sedar aku dah lama dalam kereta aku dan pada hari itu aku melangkah lemah menuju ke majlis persandingan itu. sungguh berseri ku lihat sepasang mempelai di atas pelamin duduk bersanding dan hati menjadi sayu bila warna baju pengantin itu sama warna yang aku rancang dahulu. ya warna light purpple idaman ku berserta songket emas memang nampak menawan raja sehari itu, sedang raja cinta melangkah tewas.

"man..N minta restu dari Man..doakan agar kami bahagia"...pinta pasangan raja sehari itu

"...bukan restu aku yang harus kau pinta..tapi restu dari ibu dan ayah..mereka lebih layak merestu kamu berdua"..balas ku.

"man...maafkan segala kesalahan kami ke atas kau"...pinta sang raja dari ku.

"kawan kamu tiada buat apa-apa kesalahan dengan ku dan tiada apa hendak aku maafkan kalau ada sekali pun dah lama aku maafkan"...balas ku sesungguhnya tiada benci di hati ku ini.

hari itu berlalu dengan cerah dan ceria dan si raja cinta melangkah pulang dengan longlai tewas di medan cinta. dan di pujuk hati yang lara melangkah bersama sejemput kasih, seuncang rindu, sebekas sayang dan sebeban duka berbalut nestapa.....selebihnya telah ditinggalkan pada cinta yang telah di pulangkan


tamat....

hey si raja cinta apakah kau sudah benar tewas....

Thursday, September 3, 2009

di hujung jalan



telah ku lalui jalan yang panjang
menyusuri denai berliku
meredahi onak dan duri
mengharungi tandus sahara
bersama kaki kematu
merenangi 7 lautan gelora
berbekal kudrat seribu

telah ku kecapi angin salju
talah ku nikmati manisnya madu
telah ku rasai pahitnya hempedu
telah ku lena di buai mimpi syahdu
telah ku jamah buah larangan
telah ku petik bunga idaman
megah ku berdiri 7 benua

kini ku di hujung jalan
pekat kelam kabut menunggu
persimpangan ku tak pasti
takut ke kiri apakah azab menanti
malu ke kanan bekal ku tak mencukupi
kaku menanti mengharap simpati...



p/s...otak aku kelabu sampah banyak membeku

wajah berupa

dari wajah yang berupa
bersama watak yang berbeza
bercerita tentang kita
mencari siap yang lebih mulia
mengangung tinggi darjatnya

namun kita masih orang yang sama
hakikatnya kita tiada beza
siapa kita untuk menilai budi
siapa kita untuk menggukur diri
jauh sekali menganugerah dosa dan pahala

jasad diri bukan milik kita
dikurnia roh untuk berdiri
dihadiah akal bagi mengadili
biar kita lebih mengerti
agar kita mencari di mana ilahi

Wednesday, September 2, 2009

dalam kepala mu itu ada otak lembu



dalam kepala mu itu ada otak lembu, apa bezanya antara kamu dan mereka andai ini caranya kamu menyuarakan perasaan kamu. tahukah kamu bahawa agama mu tidak mengajar kamu melayan agama lain sedemikian rupa malah agama mu itu mengajar agar menghormati agama kaum lain. kenapa..itu kerana agama kamu itu suci dan benar tapi kamu telah mencemar kesucian agama kamu itu.

sekarang apa bezanya kamu dengan mereka, kamu marah bila mereka mencaci agama kamu..hakikatnya kamu serupa dengan mereka sebenarnya. agama kamu menyuruh kamu agar mengajar mereka dengan harapan agar terbuka hati mereka mengikuti agama mu. tapi nampaknya kamu yang mengikuti cara agama dan budaya mereka.....hmmm kesian kamu.

kamu malu kerana ada rumah berhala mereka yang akan di bina di sana, tapi kamu tak malu bila terlalu banyak masjid yang di bina dengan tiang berhias seribu, berkilau cantik dan megah di mata dunia tapi jemaahnya hanya satu....

kamu tak malu bila anak bangsa mu berpelisiran di taman bunga dan sibuk bercumbu, kamu tak malu bila anak dara kamu berbaju tapi nampak bulu. kamu tak malu bila anak lelaki mu berseluar tapi terkeluar anunya. kamu tak malu bila isteri kamu bertudung tapi terserlah punggungnya...

kenapa kamu malu untuk menegur mereka, kenapa kamu tak berdemo di depan mereka. kenapa kamu tak pijak kepala mereka, kenapa...ya kerana kamu tak malu akan itu.

kenapa kamu tidak hormat mereka sebagaimana kamu minta mereka hormat kamu...


p/s maaf kalau ada yang rasa terganggu tapi inilah hakikat kita ingin di hormati tapi tidak mahu menghormati.

aku puas dan bebas



setelah berhari-hari aku merayau mencari segenap kedai dari yang sebesar-besar kedai kepada yang sekecil-kecil kedai. dari sebesar-besar bandar ke sekecil pekan akhirnya aku berjumpa juga dengan apa yang aku cari hanya depan mata. Ya majalah gedung yang jadi kontroversi akhir-akhir ini bila mana ramai yang kecut perut dengan majalah yang hanya berharga RM4.00 ini yang jauh lebih murah dari C4 dan komisyen sebuah kapal selam.

majalah yang jauh lebih enak dibaca dari majalah yang menjolok mata tapi isi tak ada yang umpama buku cerita "mona gersang"...akhirnya aku faham kenapa majalah kartun ini jauh lebih berharga dari projek PKFZ dan rumah yang beharga RM3.5 juta tu. sehingga ramai yang berebut nak baca termasuk KDN dan orang dari Kementerian juga rasanya.

aku puas dan lebih puas pasal aku dapat majalah ini pada 31 Ogos 09. harap ini bukan yang pertama dan terakhir dari gedung kartun dan andainya yang pertama dan terakhir aku sudah mempunyai edisi pertama yang masuk dalam koleksi.



okay lupa pasal kartun itu...sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku puas dan bebas semalam bukan hanya sebab aku menyambut hari kemerdekaan tapi aku puas dan bebas sebab aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai umat islam. aku sudah bayar zakat fitrah ku semalam dan kau orang tahu apa yang aku rasa sebaik sahaja aku bayar zakat ini.

aku rasa amat puas dan amat bebas seperti satu beban yang diletakkan atas bahu ini telah diangkat. aku rasa amat ringan semalam sesungguhnya aku amat merasakannya seperti hutang seumur hidup aku telah aku lunaskan. ini bukan pasal berapa banyak yang aku bayar untuk zakat atau berapa cepat aku bayar tapi ianya lebih kepada nilai di sebalik bayaran zakat itu.

walau berapa banyak kita bersedekah tapi kalau zakat ini kita tak mampu nak bayar sedangkan kita antara orang yang mampu maka kita adalah orang yang paling miskin di muka bumi ini.

pasti kamu semua akan merasakanya juga nanti....kepuasan dan kebebasan yang tak terkata

Tuesday, September 1, 2009

aku dan kau

kau tak tahu apa yang aku tahu
tapi aku tahu apa yang kau tahu

kau tak tahu kalau aku diam membisu
tapi aku tahu walau kau tak beritahu

siapa kau kalau tanpa aku
tapi aku tak pernah kisah kalau kau tiada

tiada kau tanpa aku
tapi aku tetap ada walau tanpa kau

kau cari aku
tapi aku tak pernah cari kau

kau perlukan aku
tapi aku tak pernah perlukan kau

kau mungkin pandai
tapi aku kepandaian itu

kau mungkin hebat
tapi aku cipta kehebatan itu

jadi kau jangan anggap kau bagus
kerana aku jauh lebih hebat dari kau


p/s: monolog diri orang tak bebas....juga harus dibaca dengan menukar kau kepada aku dan aku kepada kau di situ ada sesuatu

Monday, August 31, 2009

merdeka malaya

merdeka
merdeka
merdeka

itu laungan keramat
itu laungan kebebasan
itu laungan perjuangan
itu laungan pembangunan

merdeka ku mulut terkunci
merdeka ku tangan bergari
merdeka ku minda sepi
merdeka ku masih dijajahi

merdeka
merdeka
merdeka

merdeka ku pada malaya

Sunday, August 30, 2009

di waktu itu...saat menuju akhir

diam tak diam dah tiga minggu berpuasa, mak masih lagi bertanya tentang N yang tak datang ke rumah aku berpuasa. aku cuma menjawab "entah..mungkin dia sibuk nak periksa tu"...tapi mak seperti dapat menghidu sesuatu tetang aku dan N. di tambah pula lakonan aku dan Ina yang menjadi membuatkan mak lagi betambah bising.

so far so good semuanya berjalan lancar dan au masih dapat menyimpan rahsia ku dari pengetahuan semua orang. sehingga satu petang sue menjemput aku berbuka puasa di tumahnya.

"man petang nie kau berbuka puasa kat rumah aku yer"..sue call aku pada satu petnag semasa aku di tempat kerja.

"Al Amin pun dah lama takjumpa kau..dia asyik tanya mana apak..nanti sue buat sambal goreng untuk kau..petang nie kau datang tau"...sue sambung lagi.

"okay la sue nanti petang aku datang lepas balik dari kerja"..aku memberi persetujuan lagi pun dah lama aku tak jumpa sue dan kawan aku tu di tambah lagi Al Amin yang dah macam anak aku tu. Al Amin memang rapat dengan aku sehingga kini bila aku dah lama tak datang jumpa sue pasti dia akan bertanya. lagi pun aku rindu ngan sambal goreng sue dan dia memang tahu itu sejal dari kami di U lagi kalau aku melepak kat rumah dia pasti dia akan buat sambal goreng untuk aku. Sue memang dan kawan aku tu memang sahabat baik kau dan kerana itu juga ketiga-tiga anak aku pasti aku letak "AL" di permulaan nama agar sama dengan nama dengan anak-anak sue dan agar aku tak melupakan sahabat baik ku itu.

seperti yang dijanjikan petang tu aku berbuka di rumah sue dan memang amat menyeronokan bila dapat berbuka dengan sahabat lama. dan seperti biasa bila dah berjumpa pasti ada banyak cerita lama akn keluar dan kami tak pernah jemu menceritakannya. satu lagi kalau aku dah jumpa ssue dan kawan aku nie alamatnya memang aku kena bermalam di rumah mereka kalau tak Al Amin pasti akan ikut aku balik ke rumah. pernah sekali Al Amin tak nak balik rumah masa sue dan kawan aku tu datang ke rumah aku dan akhirnya aku juga yang kena hantar dia balik.

"man..sue nak tanya kau sikit nie boleh tak"..pinta sue dari aku sedang kami dok berehat semasa balik dari tarawih.

"la kau nak tnaya apanya sue..tanya ajerla macam tak biasa ajer"...kata ku.

"man..macam mana kau dengan N sekarang..kau nak nikah tak lama lagikan"..kawan aku menyampuk

"macam biasa la...aku pun dah ready semua..kenapa"..tanya aku pula.

"man..kau ada sorok apa dari kami ker man"..tanya kawan aku tu lagi...aik sejak bila pulak dia nie banyak tanya.

"nak sorok apanya nie...aku macam biasa ajer la"..dengan sedikit tergelak. tapi dalam hati dah ada cuak apakah mereka tahu apa yang sepatutnya mereka tak tahu.

"man...luarnya kau memang nampak biasa tapi hakikatnya kau tak seperti bisa"...jawab sue

"weh sejak bila aku jdi luar biasa nie"...cuba berseloroh

"kami dah tahu semunaya man..dah seminggu kami tahu..tapi kami nak tahu dari kau sendiri"...sue pula mencelah dan aku nampak ada sedikit kesedihan di wajah sue.

"apa..yang kau orang tahu nie cuba bagi tahu aku"..pinta ku pula.

"antara kau dengan N...kau dan dia dah berpisahkan..." jawab sue dan aku lihat sue dah mula mengalirkan air mata.

"dari sipa kau orang tahu semua nie..." aku bertanya lagi

"dia yang bagi tahu kami dan sekarang aku nak tahu dari mulut kau sendiri"...kata kawan ku

"kalau dia yang bagi tahu aku tak boleh nak cakap apa-apa lagi pada kau orang semua..maafkan aku bukan aku tak mahu beritahu tapi aku malu dengan kau orang"..jelas ku dalam hati ku ada sedikit kekesalan terhadap N kerana terburu-buru kenapa dia tak tunggu seperti mana aku arahkan.

"lagi pun aku yang silap dalam hal nie...aku kurang ambil tahu hal dia, aku sibuk bekerja...aku tak nak berithau aku takut kau orang marah pada aku nanti"...sambung ku lagi.

"kau jangan nak tipu lagi..N dah ceritakan semuanya pada sue..dan kami tahu kau bukan seperti itu"...jawab sue dan dia dah mula menanggis.

"sue marah kat N dan juga sue marah dekat N****din..kerna buat kau macam tu. tapi sue lagi marah kat kau kerana kau tak pertahankan hak kau..sue tahu macama mana kau sayang pada N"...terang sue dengan nada sendu.

"man..kau yang banyak tolong kami dulu..kau ingat macam mana kau nasihatkan kami dan beri semanggat pada aku dulu. sewaktu kami dalam situasi kau nie dulu. kau yang pujuk aku dan sue dan kau juga yang cakap dulu kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu...". kata kawan ku mengungkit cerita lalu. ya cerita yang sama bila mana sue masa tu juga sudah jadi tunangan orang.

"bukan kau juga yang cakap dulu man yang kita kena utamakan diri kita dan hati kita sebelum kita jaga hati orang lain. sue dengar cakap kau dulu dan sue tak menyesal kerana sue bahagia sekarang"...sue pula menyampuk dengan diiringgi airmata.

"kau lupa macam mana kau bersusah payah untuk mendapatkan N dulu, kau saggup habiskan masa dan segalanya demi N dan kini kau lepaskan dia macam tu sahaja..kenapa kau buat macam nie man..atau kau dah ada yang lain dan sue tak rasa macam tu"..sambung sue lagi.

"sue dan kawan aku..bukan niat aku nak merahsiakan ini dari kau orang semua tapi aku terpaksa sebab aku tak mahu kau marah pada N"..aku cuba tenangkan perasaan sue.

"apa yang terjadi antara aku dan N tak sama dengan apa yang terjadi antara kau dan kawan aku dulu....dan kau ada sebab kukuh untuk meninggalkan bekas tunangan kau dulu sue...dan aku cuma memberi pandangan dan nsihat aku pada kau orang dulu yang lainnya kau orang yang usahakan sendiri sehingga kau bahagia sampai kini"...kata ku lagi

"tak ada bezanya man....kami percaya pada kau dan berterima kasih pada nasihat dan pandangan yang kau berikan dulu, kalau tak kami tak mungkin sampai kesaat ini"...jawab sue

"memang sue marah dan kecewa dengan N tapi suelagi marah dan kecewa pada kau Man..kau menyerah dengan mudah setelah kau bersusah payah pada awalnya"..wah aku pulak kena sekolah.

"sue...memang aku sayang N dan kau tahu itu dari dulu lagi dan kerana sayang itu aku belajar untuk melepaskan apa yang aku sayang demi masa depan orang yang aku sayang"...jawab ku

"aku tahu itu yang terbaik untuk dia dan aku pasti dia akan bahagia seperti mana kau bahagia sekarang"..aku sambung lagi

"jadi macam mana dengan kau...dengan perasaan dan hati kau"...tanya sue

"itu perkara yang akan ku uruskan kemudian..aku redha dan mungkin ini terbaik juga untuk aku"..jawab ku lagi dan malam itu suasananya memang tak ceria walau petangnya amat ceria....

dan hati ku lagi tak ceria kala melihat sahabat ku turut bersedih dan bagaimana pula nanti mak dan abah aku akan menerimanya nanti....