Saturday, May 23, 2009

Ayah kitten under car....

semalam dalam pukul 6.40 sedang aku dok sibuk buat kerja and reply email yang bertimbun-timbun yang tak sempat aku baca paginya pasal kena meeting kat customer place. Tiba-tiba satu sms masuk kat hp aku....dalam hati aku berkata...."apa pulak masalahnya dah abis waktu kerja da"....sebab aku ada one customer yg mmg gemar call or sms aku lepas waktu kerja....

Sekali check rupanya sms dari wife aku...."ayah cepat balik ada kitten under car takut nak keluar rumah ni"....aduh masaalah besar nie...wife aku mmg takut dengan kucing yang paling tak best anak kucing lak tu...bukan wife aku saja anak-anak aku pun takut...macam la anak kucing tu nak makan dia...yang aku nie pun lupa hari jumaat wife aku pie "areobik"...

dengan sekadar segera aku pack barang terus balik dengan gaya pemanduan Jason Button memandu Brawnnya.....perjalan yang biasanya 40-45 minit jadi 20 minit ajer....
sampai umah tengok ada empat ekor anak kucing mmg ada kat bawah keta tu...comel sungguh





sebenarnya kucing ini mmg tak bertuan tapi aku selalu beri makan kat ibu kucing nie
masa anak kucing nie lahir jiran aku dah ambil anak kucing nie and masukkan dalam kotak dia ingat nak bela tapi ibu kucing nie bawa lari anak dia....seminggu aku tak nampak anak kucing nie kecuali ibunya yang datang mintak makan...dan petang semalam dia bawa anak-anaknya ke rumah aku pulak....



Kesian aku tengok anak kucing ni aku masukan dalam kotak and letak kat porch rumah aku....hari ini aku kena pie office ambil kotak yang lebih besar agar lebih selesa..lepas nie aku nak pie pets shop beli ubat nak cuci anak kucing nie..dan secara tak lansung jadilah peliharan aku....tapi aku tak boleh bawa masuk rumah sure wife dan anak aku melaung.....

tengok anak kucing nie aku teringat kat...punggut,cik tam,labu, pussy dan tiger kucing yang pernah aku bela...kucing yang pandai memanjat tapi tak pandai turun.....

Friday, May 22, 2009

aku....aku.....aku......mamai....

aku tension.....
aku kecewa.....
aku sakit hati....
aku benci...
aku kantoi...
aku mamai...

ini mengubat hati ku....binatang pun tak lupa tuan dia....tapi kita manusia....





kalau tak dapat view sorry la yer aku dah malasssss........

Kalau ini keputusanya....

Berbulan-bulan lamanya tak pernah sehari aku tak mengikuti dari yang sah kepada yang haram dari lelong yang tergantung daripada haram kembali ke yang sah biar kurang 24 jam....

Dari semalam aku dok gelisah....hari ini keputusannya dah sah walau bukan itu yang aku harapkan tapi itu sudah aku jangkakan.

kalau ini keputusannya....aku dah malas dah nak cakap apa-apa aku cuma nak tunggu edah. lepas ni turun naik mahkamah tak sudah-sudah...tuan hakim pooodahhhhhhh hari ini kau cakap sah esok kau cakap saya tersalah....

lagi tinggi mahkamah kau pergi lagi banyak mahkamah aku merayu...hehehehe...hahahaha....kalau ini keputusannya....citt pooooodahhhhhhhhh....terima ajerlah rakyaat pun dah lelah...

Thursday, May 21, 2009

Cinta......

cinta itu buta...
cinta itu gila...
cinta itu suci...
I love u...
U love me...
cinta untuk ain...
selamat pagi cinta...
syurga cinta...
cinta melankolik...
cinta fotokopi...
cinta kolestrol..
cinta antara benua...
sejernih cinta...
cinta hati...
cinta ku kau bawa pergi...
cinta sana...
cinta sini...
ayat-ayat cinta...
kau yang ku cintai...
cinta buat aku hilang harga diri...
cinta buat aku dihargai...
cinta buat aku rendah diri...
cinta buat aku sakit hati...
cinta buat aku berdendam diri...

Hidup ini dikelilingi cinta...
mari kita raikan cinta...
anugerah dari cinta...
kita kenali diri...

mari kita raikan cinta...
cintai alam sekitar...
agar hidup lebih segar...
cintai sungai kita...
untuk anak cucu kita...
cintai laut kita...
biar para nelayan gembira...
cintai hidupan kita...
mereka juga mahluk seperti kita...

mari kita raikan cinta...
cinta kita buat yang hakiki...










cissssss.... mamai u broke your own rule.....

Lelong......

Nie aku ada dapat SMS lawak petang tadi sojar tanpa C4 yang rajin antar.....

untuk dijual.
warna hitam
diguna oleh Kerajaan Negeri Perak
hanya 3 bulan.
harga boleh dirunding..
bukan Camry...
tapi Zamry..

siapa la yang create sms nie tau orang UMNO sure depa marah nie....

Wednesday, May 20, 2009

Trip yang gagal.....air mati.....

Satu trip yang gagal pada 16 dan 17 Mei 2009, hari Jumaat 15 mei 2009 abang aku call kata trip ke one phantom bank on. Trip nie sepatutnya kami pie last month tapi batal pada saat akhir kerana yang pegang kuasa pun sibuk nak memancing dengan keluarga..

Tepat pukul 11.30 pagi kami bertolak dari Jeti Tanjung harapan menaiki boat oleh kerana yang pie kali ni ramai so terpaksa naik 2 bot, 14 orang satu boat so semua ada 28 orang....ramai tu dan aku dah mula rasa tak seronok pasal terlalu ramai sure bersesak masa memancing nanti...13 orang kira dah cukup baik...tapi nak buat camner aku cuma menumpang orang so ikut ajer la...



Ini salah satu boat yang digunakan...kami sampai ke one phantom bank tepat kol 12.30 tghari kira awal sebab cuaca baik dan laut tak bergelora. Dalam perjalanan aku tangok masing-masing dah excited nak mancing dan plan apa teknik nak guna...dari casting,bottom,trolling dan jigging semua nak dicuba...last aku tertidur syok pulak kena angin laut...



ini lah dia one phantom bank ianya adalah sebuah rumah api terletak ditenggah laut sempadan antara Malaysia dan Indonesia kalau boat terlajak kau orang tidur dalam rumah pasung Indonesia itu dah kira baik kalau tak jadi rezeki lanun...actualy ini rumah api yang baru yang bawah ni rumah api lama



Sebaik sampai saja masing-masing terus sediakan joran nampak sanggat tak sabar nak mancing, aku dan abang aku terus pie ke rumah api sejukkan badan dengan aircond lepas tu mencari makanan dan tolong masak untuk lunch. kat rumah api nie ada dua penjaga dan satu orang navy dok mengawasi rumah api nie...



ini adalah antara deretan joran....28 orang seorang bawa 3 joran kecuali aku 2 batang joran. So berapa banyak joran semuanya cukup untuk menggelilingi rumah api ini. Tu yang buat aku tak ada mood nak pancing...dan sudah seperti yang aku jangka mmg akan ada masalah, bila kerap kali tali bersimpul dah tu berebut-rebut nak mancing..



Dari pagi sampai petang belum ada seorang pun dapat medaratkan ikan yang bersaiz besar malah selar dan tamban boleh dikira berapa ekor....masih tak putus asa ini lah sifat seorang kaki pancing sabar....woi!!! dah mahgrib tak tau nak berenti dulu ker



Aktiviti malam hari cari umpan dengan mencandat sotong dan mencari todak hajat hati nak pancing alu-alu...malang sekali sotong dan todak tak mahu timbul boleh kira berapa ekor yang dapat dah tu berebut pasal masaing-masing nak umpan...paling tak best malam tu aku dah hampir berjaya mendaratkan seekor alu-alu tapi disebabkan tali pancing yang bersimpul dengan orang lain ikan yang dah depan mata terjun kebawah semula...pendek kata malam tu ramai yang kempunan pasal banyak tali yang putus. Tido lagi baik...



aktivit sebelah pagi mood nak mancing tak ada aku ambil gambar nie demi mengagumi kebesaran ilahi...dalam tak ada mood dapat juga naikkan tamban dan selar dua tiga ekor ( aku saja tak ambil gambar malu ikan besar tapak tangan ) cukup buat lauk lunch nanti...



aku dah kemas joran malas nak memancing rasa seronok dah hilang lagi pun dah nak balik walau yang lain masih belum putus harapan, aku tengok kapal lagi baik....



17 mei 09 tepat jam 11.30 pagi kami bergerak balik.....masa dalam boat semua muka layu dan letih ikan tak dapat tak ada sesiapa nak berborak..cuba kalu dapat ikan besar tentu cerita sampai kat darat tak habis punyer....dalam dok diam tetiba abang aku bersuara patut la tak ada ikan air "mati" salah haribulan dah....air mati maknanya laut tak berarus dan ikan jadi pasif...dalam hati aku berkata dah balik baru nak tengok haribulan....anyway trip ini akan berulang lagi one phantom bank bulan tujuh kami kembali selama seminggu trip gagal harus ku tebus....

Tuesday, May 19, 2009

Sebuku Roti....Sekeping kad.....



Tiada yang istimewa pasal roti ni masih sekeping roti biasa berperisa kopi...
roti ini telah di belikan oleh staff aku tenggahari tadi pasal aku tak keluar lunch.
staff aku nie memang faham kalau aku meeting sampai waktu lunch tak keluar secara automotik mereka akan membelikan makanan untuk aku. Lagi pun aku memang biasa lunch dengan staff-staff aku nie.

Bila selesai meeting tadi aku masuk opis aku tengok roti dah atas meja siap dengan air di sebelah roti tu aku nampak ada sekeping resit dengan harga roti RM1.80 sebuku (resit tu tak la aku snap gambarnya atas sebab2 yang aku rasa perlu. Tapi yang menariknya tentang resit ini aku tengok siap dengan tanda tanggan dan tertera nombor kadnya dan total amount RM3.60 bermakna tuan punya kad ini membeli dua buku roti.

Aku terus panggil staf aku yang beli roti tu dan tanya dah makan lom sambil senyum dia jawab dah makan roti tadi. aku tanya lagi kenapa beli pakai kad dia tak jawab tapi senyum ajer so aku faham maksud senyum tu...terus aku ambil wallet aku tengok ada beberapa note bewarna merah aku ambil bagi kat staff aku....belum sempat dia cakap apa-apa aku tanya cukup tak sampai next week pasal next week dah gaji...dia cuma angguk kepala ajer.

Sekarang aku nak makan roti ni pun tak sampai hati.....aku terkenang zaman aku susah dulu masa tu mana ada kad hutang nie...tapi buku 555 ada la. Dalam hati ku berkata dalam zaman sekarang ni masih lagi ada mereka yang nak makan pun terpaksa berhutang cuma caranya lebih moden....apa pula nasib mereka yang betul-betul susah apa yang mereka makan....

Kerana sebuku roti ni aku tersedar dari mamai dan bersyukur bahawa aku masih dapat makan ....masih dapat menyara keluarga ku