Friday, April 10, 2009

Persimpangan Altantuya........



Selesailah sudah babak perbicaraan kes pembunuhan paling sensasi dalam Malaysia apabila pembunuhan ini dikaitkan dengan tokoh politik negara...

Semalam hukuman mati telah dijatuhkan ke atas Sirul dan Azilah kerana didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya seorang warga Mongolia. Satu pembunuhan yang paling kecam apabila C4 digunakan untuk meletupkan mayat...

Namun masih ada persoalan yang belum terjawab.....

1. Siapakah yang memberi arahan kepada Sirul dan Azilah supaya Altantuya dibunuh, kerana sirul dan Azilah tiada kaitan dengan Altantuya dan pada mulanya tidak mengenali mangsa....

2. Benarkah yang akan digantung nanti Sirul dan Azilah kerana sepanjang perbicaraan kita tak pernah nampak muka Sirul dan Azilah

3. Darimana datangnya C4 yang digunakan oleh Sirul dan Azilah untuk meletupkan jasad Altantuya......jika dari pasaran gelap maka Malaysia dalam bahaya.

4. Mengapa tindakan dan siasatan tidak diambil oleh Polis Malaysia bila mana ada akhbar luar melaporkan bahawa terdapat individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan ini...

Apa pun hukuman telah dijatuhkan oleh tuan hakim, dan yang pasti aku akan terus menyusuri persimpangan Altantuya ini, pagi, petang dan malam setiap hari. dan persimpangan ini kekal misteri

Patin vs Rohu akupentoi

Disebabkan aku mc semalam kerana selsema dan ditambah pula kekalahan Liv pada Chl so aku ada banyak masa terluang, lepas anak-anak aku pie sekolah aku sambung tido semula pasal kepala aku masih sakit lagi...jam 11 pagi aku bangun mandi pas tu cari makanan tetiba perut kebulur.

Dah siap semua aku buka blog update la sikit pastu check blog kengkawan tak banyak yang update, kecuali blog bro Hisham TT, sojar C4 ada satu citer, and pas tu pie blog akupentoi pun tak ada yang baru, awat bro tak ada citer baru ka...

Petang aku pei rumah abang aku kat puchong perdana pasal dah janji nak beli barang untuk memancing kat one phantom bank sabtu nie....sampai sana dia belum balik kerja lagi....boring punnya pasal aku layan memancing kat tasik depan rumah abang aku tu (teringat kat rohu pentoi)...

Tuhan itu maha kaya kalau dia nak bagi rezeki kat kita tak kira masa dan tempat, hasilnya aku dapat seekor patin dan seekor keli afrika



Spesis : Patin
Berat : 7 kilo
lokasi : Tasik Puchong Perdana yang kat depan Masjid
Masa : 20 minit untuk didaratkan
umpan : dedak

Syok juga layan patin ni, Pentoi jangan jeles yer rohu kau pun best juga



Spesis : Keli
Berat : 5 kilo
lokasi : Tasik Puchong Perdana yang kat depan Masjid
Masa : 10 minit untuk didaratkan
umpan : cacing

Tapi yang tak best ikan yang dinaikan bukan menggunakan pancing aku pasal aku tak bawa pancing, sebab tak plan nak memancing pun kat situ.

Yang best bila masa layan ikan tu, dia punya layan hanya pentoi ajer yang tau

Esok aku pie phantom bank buat servey dulu kalau hasil lumayan boleh aku ajak kau pie sekali pentoi itu pun kalau kau tak mabuk laut....

Thursday, April 9, 2009

Bad Day.....Liv

Aku betul-betul bengang hari nie buat penat ajer aku banggun awal pagi semata-mata nak tengok team aku main pagi nie. Dalam aku demam selsema aku gagahkan juga badan tengok game, mula game tu bila tengok Liv score aku dah rasa macam demam aku nak baik dah....

Bila Chl samakan mata aku mula rasa sakit sikit badan tapi masih ada harapan lagi mungkin separuh masa kedua Liv boleh score...aku tahan lagi mata aku supaya tak tidur.

masuk second halfh aku tengok Liv main dah kucar-kacir tak macam mula game. Chl keep pushing and attack Liv akibatnya second half Chl score dua biji. Aku pening kepala terus aku off tv dan sambung tidur...

Pasal game pagi tadi hari ni aku tak pie kerja tambahan pulak badan aku memang tak sihat dah cukup cantik la tu sambung tidur......lagipun kalau pie kerja sure aku kena kutuk pagi nie, mana boleh tahan woooo kalah kat tempat sendiri 3-1 tu.....

Esok aku tak tahu lagi mamcam mana mereka kat opis masih meyimpan dendam kat aku pasal aku selalu kutuk team dia orang bila kalah.....

Wednesday, April 8, 2009

UBAN.....

Uban ialah rambut yang berwarna putih yang tumbuh diantara rambut yang berwarna hitam. Uban biasanya di kaitkan dengan faktor usia semakin berusia seseorang itu maka rambutnya akan bertukar menjadi putih. Uban juga dikaitkan dengan faktor genetik seseorang atau keturunan.Contohnya keluarga aku sendiri dari arwah ayah aku sehingga ke adik beradik aku semuanya beruban yang boleh di kategori kritikal bila mana rambut hitam boleh dikira berbanding rambut putih.

Bila kita bercakap tentang uban atau rambut yang berwarna putih orang akan berasa amat takut, aku tak pasti mengapa mungkin sebab mereka rasa diri mereka sudah terlalu tua. Oleh itu ramai yang sanggup berhabis duit mewarnakan rambut semata-mata ingin menutup uban mereka.

Bercerita tentang uban aku terkenang masa zaman aku kecil-kecil dulu,sebab pada aku uban ini membawa rezeki pada aku. Mana tidaknya mak aku selalu menyuruh aku mencabut ubannya terutama bila waktu tenggahari lepas makan. Cabut uban ni dapat upah sehelai uban bersamaan 10 sen kira berbaloi la 10 sen masa tu. Tapi arwah ayah aku tak suka kalau aku cabut ubanya kerana beliau berangapan uban itu umpama cahaya di akhirat (itu aku tak tahu ) tapi arwah ayah ku dulu seorang ustaz...

Tapi zaman sekarang upah cabut uban dah mahal, last week aku saja mintak anak buah aku cabut uban tapi upahnya RM10.00 bagi uban yang tak sampai 10 helai sebab aku memang tak banyak uban pun berbanding adik beradik aku yang lain....
yang pastinya seronok bila orang cabut uban nie mata rasa macam nak tidur ajer...so baru aku sedar hari tu mengapa mak aku suka kalau aku cabut uban masa tenggahari....rupanya dia nak tidur patut la bila aku kata aku dah cabut 20 helai dia tak kisah walaupun aku tipu hehehehe dapat RM2 wooooo.....



Tapi pada ku uban ini juga disebabkan cara pemakanan kita, mungkin kita makanan yang kita makan pada masa kini menyebabkan rambut kita lebih cepat beruban berbanding orang dahulu. Apa pun aku tak kisah apa warna rambut aku ini yang penting aku tetap aku, hitam atau putih atau apa jua warna rambut kita hati mesti selalu mau baik....

Akhirnya terjawab jua

Segala penantian kini telah terjawab
hati yang gundah kini tenteram
kau telah memberi jawapan yang pasti wahai bukit-bukit ku
malam ku lena diulit mimpi indah..

segala dendam kesumat antara bukit kini terlerai
pertarungan yang segit penuh gegak gempita kini reda
bukit-bukit aman tenteram, segala gerombolan dan hantu telah dihalau keluar
sang petapa lari lintang pukang bersama mahagurunya
mereka sedar bahawa hikmat dan kuasa rakyaat adalah yang terkuat

namun sang pejuang sedikit terkilan.....
biar dua bukit dapat dipertahan
namun satu batang tidak dapat digengam
biar apa pun perjuangan belum lagi berakhir kerana ia baru bermula

Tuesday, April 7, 2009

Bila hati berdebar.........

Penantian itu satu peyiksaan
setiap saat yang berlalu bagaikan satu jam lamanya
hati kian berdebar menantikan kata putus dari mu
makin ku hitung saatnya makin ku rasa masa seolah-olah tidak berganjak
biar terdapat bunga-bunga kata yang mengembirakan hati
namum hati ini masih menanti kata putus yang pasti
pertembungan hari ini memberikan seribu makna buat kau dan aku
suasana kian kelam disini namun dapat ku rasakan kemeriahan mu di sana
ingin rasanya ku turut serta tapi apakan daya jarak dan masa menghalang kita
oh bukit-bukit ku hati ini kian tidak tenteram......

Dendam Dua Bukit

Setelah berpurnama berlalu sang petapa telah bangkit dari pertapaan untuk membuat perhitung dihari ini....kekalahan di dalam pertarungan lalu amat memalukan dan petapa bersazam untuk menebus kembali kekalahan yang mengaibkan itu. Kali ini dengan berbekalkan hikmat Hang Tuah ( pantang melayu derhaka peringkat ke 14 setengah ) dan keris taming sari tak bertuan petapa turun dengan penuh keyakinan. Telah ditetapkan pertarungan akan diadakan di dua bukit dan lawan yang ditentang juga bukan calang-calang orangnya. Bagi menguatkan lagi semangat maka sang petapa telah meminta pertolongan dari mahagurunya. Dikhabarkan sang mahaguru ini dahulu amat handal dan sukar dikalahkan namun disebakan tiada persefahaman sesama puak maka merajuklah sang mahaguru membawa diri mengasingkan diri( biasa la sifat orang tua yang dah lanjut usia .

Maka demi tidak mahu tewas lagi maka satu rombongan telah dihantar oleh sang petapa bagi memujuk sang mahaguru agar kembali. Namun tuntutan yang diminta oleh sang mahaguru bukan sedikit petapa harus memastikan bahawa ketuanya melepaskan tampuk pemerintahan dan segala keturunan,saudara mara dan pengikutnya juga harus disingkirkan. Atas nama kemenangan maka segala tuntutan sang mahaguru dipenuhi maka setelah berpuashati sang mahaguru pun megisi borang peryertaan sekali lagi dan bersetuju membantu petapa.

Sebelum hari pertandingan bermula seperti yang ditetapkan maka sang mahaguru sibuk turun padang menjampi serapah di kedua-dua bukit agar petapa menang dalam pertanding. Ini kerana sang mahaguru sedar bahawa lawan yang bakal ditentang di kedua-dua bukit amat handal kalau tidak masakan sang pertapa tewas dipertandingan yang lalu. Sang mahaguru sedar jurus yang digunakan oleh lawanya adalah dari jurus gabungan pakatan rakyaat bertiga yang terkenal amat kental. Maka sang mahaguru dan petapa melipat gandakan lagi usaha dengan cuba membawa segala hantu agar dapat membantu mereka dalam pertandingan.

Malangnya hantu ini amat mahal untuk dibayar namun itu bukan penghalang bagi petapa dan mahaguru kerana mereka orang beruwang. Tapi segala tipu muslihat sang pertapa dan mahaguru dapat dihidu oleh lawan mereka akibatnya ramai hantu telah ditangkap dan dimasukan kedalam botol untuk dihanyutkan ke laut..

Setelah habis segala daya usaha sang petapa dan mahagurunya mampukah mereka megalahkan lawanya yang mendapat sokongan rakyaat....

Asia Pasific Graduation



Siapa kata kalau masuk PAS kita tak boleh maju....gambar ni di ambil semasa majlis graduation pilot dari Asia Pacific flying academy baru-baru ni malang tidak tidak dapat di siarkan text ucapan penuh Tuan Guru tapi yang pasti Islam tak menghalang kemajuan dari segi ilmu,sosial,politik dan ekonomi.....

Monday, April 6, 2009

Mana satu bapak.......



Suatu petang yang indah, empat jejaka maskulin bersiar-siar di sebuah taman perumahan
jangan tertipu dengan penampilan kacak mereka....

Jejaka Maskulin 2009



Status : Bujang ( sedang mencari yang cun sahaja )
Pekerjaan : Entrepreneur yang halam ( tak pasti halal atau haram )
Umur : Rahsia ( sesuai untuk jadi bapa )
Hobi : ZZZZZZZZZZZZZZZ, Gaming, Eating and as you wish



Status : rahsia
Pekerjaan : rahsia
Umur : rahsia
Hobi : rahsia

Sunday, April 5, 2009

Finally win......



Liverpool win the EPL game this morning after long 90 minute game with Fullham....thanks to Yossi Benayoun for late score in additional time.....



another Liv victory away game after beat MU......