abang! abang! saya...cepat-cepat aku capai hp, semua kepala memandang aku meeting terganggu sebentar.
"sorry guy's incoming message, Please continue with our discussion" kata ku. Sambil aku ambil kesempatan baca message tadi aku tak boleh tunggu nama yang tertera di skrin hp menggangu aku. Nama yang sudah lama aku cuba lupakan, nama yang aku bertekad nak padam dari senarai yang perlu dihubungi cuma tak berkesempatan atau keberatan.
"salam....aper habaq dan sihat ker?
N nak jemput kenduri kawin nie pada 9/8/XX
bertempat di Kelab darul ehsan, jam 2 ptg datang yer"
tumpuan aku terganggu bila membaca message ini, aku tak boleh fokus pada perbincang dalam meeting puas aku cuba.
banyak kali aku terlepas dan kantoi bila kena soal. lagi sekali semua mata memandang aku dengan pandangan yang curiga. Selalunya aku tak macam ni aku selalu fokus dengan semua meeting dan banyak bersuara.
fikiran aku melayang jauh... kembali pada suatu ketika dulu,
pada masa yang indah antara aku dan dia.
pada suatu ketika tiada seiapa dapat pisahkan kami berdua,
pada suatu ketika kami berjanji setia,
pada suatu ketika bunga itu harum semuanya,
pada suatu ketika kata-kata indah belaka,
pada suatu ketika dunia ini milik kami berdua
ya pada suatu ketika dulu.
dan pada suatu ketika itu juga semuanya hilang begitu sahaja.
dengan seketika sumua janji punah begitu sahaja tiada kata indah tiada bunga harum
dan ketika itu juga dunia ku gelap seketika.
hanya ketika itu hadir orang yang ketiga, merampas kebahagian yang aku miliki kebahagian yang aku idamkan untuk selama-lamanya. Lebih menyakitkan hati ku bila orang ketiga itu dalah orang yang akrab dengan ku dan memahami niat hatiku orang yang ku anggap sahabat sejati.
"Man,aku mohon kemaafan dari kau,aku tahu kau amat menyangi N dan amat mencintai N dan dia juga amat menyangi mu Man. Aku tahu Man kau lebih dulu memiliki N tapi aku juga amat menyangi N cuma aku tak seberani kau Man untuk meluahkannya".
kata-kata yang tak akan dapat aku lupakan...ciss kau memang hebat sahabat tapi aku lebih sayangkan persahabatan ini demi kamu aku undur diri.
"Man maafkan N, tiada niat untuk melukakan hati Man. N benar-benar menyukai Man tapi hati ini juga menyangi dia"
arghh mudah sungguh berkata-kata lidah tak bertulang apa nak kata...tapi aku rela agar kau lebih bahagia sayang.
demi sayang aku pada sahabat dan kekasih tak mungkin aku rela melihat kalian bersedih. kebahagian kalian adalah keutaman aku biar dibina di atas hati ku yang hancur.
itu satu ketika dahulu...pada ketika ini mampukah aku menghadirkan diri mampukah aku berpura-pura kala airmata tak lagi bermakna.