diam tak diam usia pertunangan kami sudah memasuki usia 10 bulan, begitu pantas masa berlalu mendekatkan aku dengan hari bahagia buat ku dan N. hari yang akan menjadikan impian aku dan N sebagai kenyataan hari di mana semua orang dambakan dalam hidup. Hari bahagi bila orang yang kita sayang menjadi pasangan hidup kita yang akan menemani kita sepanjang hayat sebagaimana yang di janjikan. hari-hari yang akan aku kongsi susah dan senang dan hari-hari kami membesarkan zuriat sebagaimana yang dirancang...yess hari itu hampir tiba cuma tinggal 2-3 bulan sahaja lagi.
sesungguhnya dalam tempoh pertunangan itu terlalu banyak dugaan yang datang, namum sebagai seorang yang berfikiran waras dan tabah aku berjaya harunggi juga..jika tidak jangan panggil aku "raja cinta". aku berkerja dengan lebih keras lagi untuk mengumpul duit untuk persedian hari bahagia itu. Aku bertuah pasal bank rakyat memang mesra rakyat dengan tak banyak soal loan pribadi aku diluluskan...dengan duit itu aku bagi mak untuk buat rumah baru. Mesti kena buat rumah baru yer tak. mak aku tak nak menyambut menantu dengan rumah buruk maklumlah bakal menantu kesayangan. Rumah dah siap aku cari perabot terutama untuk bilik aku pengantin aku nanti mestilah kena baru hey nie raja cinta mahu jadi raja sehari sehaurnya serba baru dan cantik...warna purpple adalah pilihan hati kami dan segala perabot dan peralatan aku dan N yang pilih.
oh ya aku lupa nak beritahu masa itu N sudah pun tamat pengajian dan sepanjang tempoh itu N menghabiskan masa di rumah ku...mau belajar jadi memasak dan belajar menjadi isteri serta menantu yang baik katanya...hahahaha senagnya dalam hati ku. Off course aku tak adalah ambil kesempatan atas dia walau ada banyak peluang kecuali berdua-duaan kala bulan mengambang saling berbincang tentang masa depan. Hanggat juga badan kala embun pagi turun bila berdua nie yer.
lupa juga aku nak beritahu yang N sebaik sahaja tamat belajar telah aku pohonkan untuk membuat krusus lanjutan perguruan di UKM dan permohonan itu berjaya. Demi kasih dan sayang pada N segala perbelanjaan di UKM aku tanggung bukan apa aku suka kalau N jadi cikgu dan mak aku pun setuju. Jadi cikgu ini senang katanya ada banyak masa dengan keluarga dan tak pening kepala. tapi bila aku tengok kak long aku yang jadi cikgu tu selalu ajer pening kepala tension katanya ajar budak-budak. Masih ku ingat lagi bila mana aku menemankan buah hati ku mendaftar krusus di UKM aku sekali lagi terserempak dengan camie ciss dia pun membuat krusus lanjutan juga ker. apalah masalah akan menjelma selepas ini jika N kerap bersama dengan camie (maaf camie bukan nak membenci kau tapi kita tetap kawan).
aku juga dah carikan rumah sewa untuk N agar dia dapat ke tempat kuliah dengan mudah nanti tak pening kepala dan semstinya semua belanja aku yang taja untuk buah hati ku.
langit tak selalu cerah mendung datang tanpa di undang macam petang nie yang tetiba mendung ajer kat luar tu. pada hari itu ya hari lahir N dan seperti biasa sebagai kekasih yang setia mana boleh aku tak wish dan bagi hadiah untuk dia. hari indah menjadi kelam dalam sejarah hidup aku.
"Hai sayang..happy birtday wish ku pada N"...aku call N hari itu demi N hari itu aku sanggup half day kerja cuma aku tak dapat jumpa dia.
"thank you Man"...ucap N tapi aku dapat rasa tiada suara ceria seperti selalu atau setipa malam bila aku call dia tidak seperti malam tadi walau aku dah buat ucapan yang pertama padanya sebelum aku tidur.
"kenapa nie sayang macam tak suka ajer man call"...aku bertanya
"tak ada apa-apa cuma penat N penat ajer nie"...jawab N seperti tidak ikhlas bukan macam bisa.
"sayang, man ada beli present untuk sayang nanti weekend nie balik melaka, man bagi yer"...aku cuba hidupkan suasana.
"lagipun this weekend dah nak puasakan...sayang balik tau"...ya masa itu seperti hari dan waktu ini puasa akan datang pada hujung minggu dan sudah pasti itu saat yang aku runggu.
"maafkan N, rasanya N tidak dapat balik melaka lagi"...tiba-tiba N bersuara hiba di hujung talian.
"kenapa sayang apa yang tak kena ada masalah ke or sayang nak balik kampung sayang ke hujung minggu nie"...aku panik sekejap cuba mencari sebab.
"maafkan N, man. N tak tahu macam mana nak cakap N sayang man"...ciss memang la aku tahu dia sayang aku tapi apa kenapa nak menangis. perempuan nie sometime susah juga nak faham yer..benci dia menangis sayang pun kena menangis juga ker..murah sungguh air mata.
"sayang, Man tahu la. sayang tu sayang kat man so apa masalahnya tak boleh balik melaka...cuba cakap dengan man apa msalahnya"...aku cuba memujuk
"Man...N nak minta sesuatu dari man andai man benar-benar sayang kat N"...cis bukan kata satu seribu pun aku ku usahakan
"cakap ajer apa dia sayang seandainya man mampu akan man tunaikan man janji"...aku ikhlas bila aku kata begitu
"Man, N nak minta man..." suara N tersekat dengan tangisan, dan aku jadi tak sedap hati.
"nak minta apa sayang, nak minta kawin cepat....hai tak sabar dah ke. bukanya lama lagi dua bulan lebih ajer"..aku cuba berseloroh.
"man...bukan itu N hendak minta.." tangisan N semakin menjadi.
"habis tu sayang nak apa dari Man..cakap la sayang akan man kotakan"...aku cuba tenang.
"man...N nak minta Man putuskan pertunangan ini..." suara N di akhiri dengan tangisan yang sayu dan aku jadi kaku aku terdiam seketika dan...
"man...N tahu man adalah lelaki yang terbaik buat N malah man sanggat baik dengan keluarga N begitu juga dengan keluarga Man terutama Pakcik dan Makcik yang sanggup terima N"...aku masih termanggu.
"man...telah banyak berkorban untuk N selama ini dan tak terbalas oleh N...tapi N tahu man ikhlas dan sayang man pada N juga ikhlas...N tahu itu semuanya...tapi hati N ini.." tangisan N semakin menjadi berselang seli dengan kata-katanya.
"man..maafkan N, sesungguhnya N tak berniat melukakan hati Man. tapi hati N sepi di sini bila jauh dari man..N selalu teringatkan man tapi man tiada disisi N sunyi..tiada orang nak teman N disini N rindukan man..rindu seperti masa kita belajar di U dulu"...aku masih membisu
"man...N celaru dan dalam pada masa itu N telah berjumpa dengan seorang kawan dari U dulu juga kawan man. dan dia selalu temankan N di sini....maaf man hati N juga menyangi dia dan dia juga menyangi N seperti mana man juga"..
"hati N tak tahu nak pilih yang mana, N buntu...dan dia sanggup terima N biar N dah bertunang dengan man andai man lepaskan N..dia dah berjanji akan jaga N sebagaimana man menemani N selama ini....N amat sayang pada man percayalah tapi N juga sayang akan dia....tolonglah N"...dia terus bercerita tanpa aku pinta..
"dia juga amat menyangi N dia juga selalu teman N di sini kala N sunyi, dia pernah kata pada N yang dia tak dapat lupakan N walau sehari, pernah dia pergi kerja tak pakai spenda kerana terlalu mengingati N..." ciss itu pun nak cerita dengan aku ker setakat lupa pakai spenda teringat kat awek. aku tak heran la orang lain boleh buka spenda awek dia pasal nak buktikan awek dia setia pada dia....porahhhh cuma yang ini aku marah
"tiada tempat lain lagi dapat N minta tolong kecuali dari man...kerana N tahu man sering tolong N bila N dalam kesusahan..man juga tempat N mangadu bila ada masalah...N tahu man marah dan kecewa dengan N. tapi tak mengapa N terima N mengaku N bersalah dan N malu pada man dan keluarga man...." aku masih diam otak aku beku sekejap semangat ku hilang tubuh ku longlai mujur aku dalam bilik masa tu kalau tak sure mak nampak aku...
"sayang...siapa dia orang tu sayang kata dia kawan man juga dulu di U...man nak tahu siapa nama dia"...aku berkata tenang ada sedikit kekuatan di hati ini.
"memang man kenal dia lebih dari kenal...N takut nak beritahu nama dia nanti man marah dia"...suara N terketar-ketar.
"sayang...tiada sebab untuk man marah dia. man dah janji akan tolong apa saja untuk sayang dan man akan tolong sayang sampai bila-bila. cuma man ingin tahu siapakah kawan man tu yang berjaya...." aku tak boleh cakap masa tu.
"man...N tahu hati man terluka masa ini N mohon maaf sekali lagi tiada niat untuk melukankan hati man, hati N ini terlalu degil.." N tak dapat habiskan ayatnya kerana masih menangis...banyak betul air mata dia.
"sayang...hati man terluka itu tak penting tapi man tak mahu hati sayang yang terluka dan man tak mahu lihat sayang menderita nanti...dan lebih perit nanti ada hati lain yang terluka...lebih baik biarkan hati man seorang yang terluka daripada dua hati yang akan terluka kemudian hari nanti..cuma man nak tahu siapa kawan man tu" aku cuba bertenang dan gagahkan diri. aku ini seorang raja mana boleh tunjuk lemah.
"man...dia antara kawan yang rapat dengan man dulu nama dia..."N****DIN"...." N berhenti di situ.
sahabat kau memang hebat aku respect kau kerana berjaya mencuri dia dari aku walau aku kawal dengan ketat bunga ku. dan bunga itu ku jaga dengan penuh minat dah penuh pengharapan. ku baca dan ku siramkan dengan air mawar agar bunga ku sentiasa segar mewangi namun kau menyelinap dan mencuri dari ku dalam terang.
"sayang...ucapkan congratulation man pada dia...man akan bagi tahu apa jawapan man atas permintaan sayang tu malam nanti...man nak pergi cari tempat untuk berfikir sekejap"...aku letakan telepon walau di hujung aku masih dapat mendengar suara N merayu memohon kemaafan....
sesungguhnya aku jadi orang yang kebingunggan sekejap aku tak tahu apa nak buat, apa yang aku tahu aku keluar rumah tanpa beritahu mak aku. start motor aku menuju ke anjung batu sambil dalam perjalanan otak penat berfikir apa yang diucapakan oleh N tadi...
"ina..bagi abang satu tiket ke pulau besar" pinta aku pada gadis yang jual tiket di jeti anjung batu.
"abang...dah petang nie nak buat apa ke pulau besar..lagi pun feri ini yang terakhir"...jawab gadis penjual tiket itu
"tak apa..bagi ajer kalau abang tak sempat nak balik nanti abang call Ina"...kata ku pada gadis penjual tiket itu..alah dia nie orang kampung aku la..
hanya aku dan dua orang pelancong asing dalam feri menuju ke pulau besar, aku masih lagi keliru dengan apa yang berlaku. otak aku ligat mengenang masa lalu cuba mencari salah ku cuba memahami kesilapan yang aku lakukan sehingga aku di sisih sebegitu...sesekali memandang air laut yang berombak seperti ada niat yang tak baik di sebaliknya hati ini.
apakah aku harus mengalah atau mengaku kalah dengan perperangan ini. haruskah aku sebagai raja cinta berundur dari perjuangan atau haruskah aku menyerahkan tawanan aku kepada musuh yang juga kawan ku.....
p/s sesungguhnya dialog itu adalah benar dan masih jelas dalam ingatan ku.....