Saturday, May 21, 2011

Bicara kata



berbicara cara kita menyatakan perasaan kita. berbicara itu cara kita meluahkan rasa hati. ada kala bila berbicara tak perlu berkata-kata, mungkin cukup dengan riak muka dan gerak badan. andai berbicara dengan kata-kata maka jaga tutur kata awasi lengok bahasa agar tiada yang terluka atau tersalah sangka. kelak nanti mengundang bencana berdendam rasa atau mungkin menyimpan rasa kasih dan sayang.

selalu kita berasa bila berbicara kita yang utama lebih banyak berkata-kata dari mendengar kata. itu bicara orang berada atau juga orang siasah yang sering bikin orang susah.

bila berbicara jangan terlalu meninggi suara, jangan terlalu takbur berkata-kata kelak nanti orang kata bodoh tak terkata.

bicara kita biar yang biasa-bisa tapi penuh bermakna kerana itu nilai budi kita, biar jangan ada yang terluka tapi tidak juga kita yang memendam rasa.

lebih elok kalau kita berfikir sebelum berbicara jangan terlalu diikut hati yang lemah. kerana bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata nanti maaf tiada berguna.





p/s: biacara hati, maaf andai ada bicara ini yang terguris hati jangan disimpan kerana aku telah lama mengerti

Thursday, May 19, 2011

window seat



"window seat please"....itu yang aku pinta,"let me check sir"..sambil tersenyum dan senyuman itu sungguh menawan. lalu dalam hati berkata cantik-cantik staf perempuan yang kerja kat kaunter MAS ni. anyway cantik tu subjective, mungkin pada aku cantik pada orang lain tak cantik. untuk tidak menyusahkan diri aku mengambil kesimpulan semua perempuan itu cantik dan ciptaan tuhan itu sememangnya cantik...

ok biarkan perkara cantik itu di situ, apa yang aku nak cerita adalah perkara lain tapi mungkin ada juga bekaitan dengan cantik.

di "window seat" aku memandang keluar setiap kali burung besi berlepas terbang, melihat apa yang aku tinggalkan di belakang. mengenang kembali waktu yang telah berlalu, mengimbas setiap apa yang telah berlaku dalam hidup ku. tidak pernah terfikir akan terbang sekerap ini meninggalkan anak dan isteri. Tapi waktu itu 6 bulan yang berlalu sewaktu aku menerima kerja ini aku tidak banyak pilihan.

sebulan menjadi penganggur memang perkara yang amat perit dan payah dalam hidup ku. lebih payah bila melihat masa depan anak-anak dan keperluan isteri yang sarat mengandung waktu itu. hati tidak pernah tenteram akal ligat berfikir dan usaha tidak pernah kenal erti jerih.

lalu bila rezeki datang aku tidak menolak, aku terima dengan rasa syukur kerana tuhan itu penyayang. dan kerana itu aku redha biar kali ini aku terpaksa dan kerap berjauhan dengan keluarga.

dan bila burung besi itu sudah berada selesa dia udara, dari "window seat" aku memandang ke bawah. melihat bertapa indahnya kehijauan bumi dan birunya laut ciptaan tuhan. lalu berfikir untuk apa tuhan ciptakan ini semua dan untuk siapa diciptakannya. mungkin kerana ada insan yang bernama manusia tidak faham untuk apa ia dijadikan lalu bumi tuhan diratah untuk memenuhi tuntutan nafsu.

merenung kelur dari "window seat" melihat kepulan awan yang putih dan lembut indah dan bersih, namun siapa sangka bisa menggegar burung besi yang gagah membelah angkasa setiap kali merempuh gumplan awan lembut itu. dan adakalnya awan putih dan lembut itu bertukar menjadi kelam dan berat tanda ia marah tapi pemurah. memaksa burung besi terbang ke tepi, dan aku belajar lagi yang lembut itu gagah sebenarnya.

dari "window seat" aku memandang ke hadapan melihat apa yang menanti, ku lihat hanya kelam dan kosong. tapi aku pasti aku menuju pada satu destinasi, cuma aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuhi dalam perjalanan ke destinasiku.

kini ku sedar mengapa tuhan tidak beritahu kita apa yang akan kita tempuhi dalam meniti hidup ini, tapi tuhan berikan kita akal dan hati untuk kita mengemudi hidup ini. kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

di "window seat" aku merenung diri, apa yang telah aku lalui, sedang aku lalui dan bakal aku lalui....terasa ada air mengalir sejuk di pipi,


P/S: melihat dunia dari atas depan dan belakang, apa yang kita nampak itulah diri.