Friday, May 8, 2009

Bonda.....



Buat Mak yang tidak sedikit pun terkurang sayangnya....
sesungguhnya kasih sayang mu tidak pernah berbelah bagi...
susungguhnya kesabaran mu dalam membesarkan dan mendidik ku amat tebal...
sesungguhnya tidak mampu ku tebus segala pengorbanan mu...
sesungguhnya ingin aku sujud di kaki mu memohon ampun atas dosa ku...

Buat Mak yang amat aku sayang...
tidak ada sedikit pun rasa marah di hati ini biar rasa pedih dahan senduduk masih terasa...kerana ku sedar pedih libasan senduduk itu kini membuat aku menjadi seorang yang berjaya..

Buat Mak yang aku sanjungi...
tidak ada sedikit pun rasa rajuk di hati ini bilamana kau hanya tersenyum melihat telingga ku di tarik hampir tercabut oleh abang..hanya kerana aku tak tahu sifir 3..tapi kini aku mampu bergaji berangka-angka...

Buat Mak yang ku rindui...
"aman" dah tak kisah pasal cicin yang mak nak hadiahkan tu sebab lulus periksa...kini aman dah beranak tiga...cuma mak jangan lupa sambal goreng dan asam pedas bila aman balik kampung..

selamat hari ibu buat semua mak,ibu,bonda dan yang sewaktu dengannya di mana jua anda berada....

MARAH....

Iman ku setabal kulit bawang akhirnya koyak....
amarah ini tak dapat ku bendung....
apinya marak membakar perasaan sehingga hitam...
amarah ku tak mengenal mangsa....
persetan dengan kuasa yang ada...
aku juga manusia mereka juga manusia...
cis derhakakah aku pada bangsa....
amarah ku harus direda sebelum ia mula membinasa....






note : buat yang kena marah hari ini saya mohon kemaafan marah ini belum reda.....

Thursday, May 7, 2009

Coke...Bullet ...Life



Hanya kerana nafsu aku telah membeli sebotol coke petang semalam untuk teman aku tengok bola pagi tadi......aku sememangnya cuba sedaya upaya untuk memboikot minuman ini tapi akhirnya aku tewas pada nafsu aku sendiri....
Dalam hati ku berkata RM2.20 tidak menjadikan mereka kaya...



Hasilnya dengan sebotol coke berharga RM2.20 itu aku telah dengan secara lansung membeli sebutir peluru untuk bangsa penganas Yahudi...



Dengan sebutir peluru yang aku sumbangkan dari sebotol coke berharga RM2.20 itu aku telah meragut satu nyawa saudara ku di Palastine.......
sungguh murah nyawa mereka hanya RM2.20....hasil dari nafsu ku yang berharga RM2.20.....arghhhhhhhhh kejamnya aku

Akhirnya hitam sudah semuanya.........

Hari ini pada padaku sudah hitam semuanya.....
bila mana kebenaran dan hak dinafikan oleh mereka yang berkuasa.....
bila mana mereka yang bergelar bapa negara merampas hak dari anak-anak mereka....
bila mana hari ini perasaan hormat aku telah hilang selama-lamanya.....
bila mana hari ini kita terpaksa berundur dari perjuangan tapi bukan bermakna kita tewas...

Wednesday, May 6, 2009

Dia dah Mai.....

Tu dia, dia dah mai dah kecoh la lepas nie ramai yang hilang, lepas makan pun kena cekup nak pie celebrate birthday orang mati pun kena cekup, buat kebajikan supaya BERSIH pun kena cekup beri nasihat supaya buat baik pun kena pecat..
tak tau mana mau lari lepas ni nak sembunyi tang mana silap haribulan dalam jamban pun depa dok geledah.....

Jalan raya pun depa dah sekat macam mana nie sok aku ada mesyuarat penting kat utara...kalau tak pie aku kena pecat ngan boss huh susah nie, aku naik kapal terbang takut depa suruh aku landing kat Thailand, tak mau aku pie sana pasai sana ada selsema haram....

Pening pala aku nie weh....udah la pagi tadi Arsenal kalah hampeh buat penat aku berjaga.....apa pun pagi nie aku nak tengok Barcelona and Chelsea sambil tu aku cari la akai camna nak ke utara sok....

Tuesday, May 5, 2009

Bosan

Inilah hasilnya bila aku sudah bosan duduk kat opis nie tak tahu apa nak buat. Bukan tak ada kerja tapi aku tak tau nak start dari mana. Baru habis meeting yang paling membosankan actually aku nie mmg malas nak pie meeting terutama meeting yang tidak ada result apa-apa....cuma menyusahkan untie bancuh kopi yang terpaksa buat espresso untuk aku supaya aku tak mengantuk......

Bukan aku tak boleh balik tapi kalau kau balik sekarang pun bukan boleh sampai rumah on time dah tu kena bersesak dalam jam lagi huh malas aku.....baik aku balik lewat sikit sure jalan clear lagi pun boleh berlakon depan boss yang aku nie rajin ahaks...

Bagi tidak membuang masa aku so aku decorate la sikit blog aku nie untuk sesuaikan dengan citarasa aku yang separuh muda....

Hitam pasal aku mmg minat kaler hitam ( hitam itu menawan )
Putih pasal aku nak match dengan hitam baru ada lambang kehidupan ( hitam dan putih )
Merah pasal aku minat kat Liverpool ( Bukan UMNO yer )
Hijau pasal aku suka akan kedamaian ( sikit-sikit pengaruh PAS mungkin )

Hari pun dah gelap masa untuk aku pulang untuk melelapkan mata pagi nie ada game MU vs Arsenal yang harus aku tonton dan raikan kekalahan MU hahahah semoga MU kalah

Monday, May 4, 2009

Jam.......



Worst day in my life yesterday, I spend 5 hours in my cars from Malacca to Shah Alam yesterday due to bad traffic jam.... Normally I spend only 2 and half hours maximum my driving time from Malacca to Shah Alam, But yesterday it's took me 2 hours for 22KM journey from Pedas-linggi to Senawang.......and as usual some of Malaysian driver who dont know about the road law they still using the emergency lane which is reserve for Ambulance or Police...and yesterday 2 ambulance stuck in the jam due some driver use the emergency lane. What they feel if one of their relative is inside the ambulance and really need to reach hospital ASAP.

What make me very disappointed yesterday is where I have to pay a toll to use the hiway yet I still stuck in traffic and end up I miss the Liverpool match last night with Newcastle.......

Aku Tak Faham



Aku tak Faham
apa yang aku faham
mereka kata aku tak memahami
tapi mereka tak mejelaskan agar aku faham
akhirnya mereka sendiri tak faham
bagaimana ingin memahami aku......

Mesyuarat Pemuda PAS Merlimau



Mesyuarat pertama yang diadakan oleh ketua pemuda PAS kawasan merlimau yang baru dilantik bersama-sama dengan beberapa orang ahli. Mesyuarat ini di adakan pada 1 mei 2009 tepat jam 9.30 malam bertempat di Pasti Assolihin. Beberapa aktiviti telah dicadangkan bagi mengerakan pemuda PAS Merlimau sepanjang tahun 2009. Aku datang sebagai pemerhati dan memberi sedikit nasihat

Kesungguhan yang ditunjukan oleh mereka amat aku kagumi, biar pun dalam keadaan serba kekurangan terutama dari segi kewangan dan kemudahan lain. Namun niat mereka yang ikhlas adalah yang penting dalam memperjuangkan dan memperkembangkan PAS di Melaka terutama di Merlimau.

Semoga mereka mendapat sokongan semua, jika anda mempunyai idea dan pendapat bagi mengerakan aktiviti mereka dan menambah tabung kewangan Pemuda PAS merlimau bolehlah hantar kepada saya.