Friday, February 13, 2009

My Another Sad Day


13 Feb 09, 5.30pm : Hari ni adalah antara hari yang sedih buatku, kali terakhir aku bersedih selepas jatuhnya Kerajaan PKR di Perak akibat politik lompat katak. Aku harap 4 ekor katak ni kena langgar lori, biar mati katak atau dibuat sup katak.

anyway hari ni aku sedih bukan kerana ada katak yang melompat atau aku kalah dalam pertandingan lompat katak tapi kerana Staff aku melompat ( Berenti Kerja).

She one of my best staff that I ever have, very committed with job that I give. But its matter of future that we can't stop people from moving for the better life.

Wish you all the best and good luck, until we meet again....
Please take care my daughter in-law..

Thursday, February 12, 2009

Top Penderhaka

Di sini saya senaraikan nama mereka yang mendehaka kepada Sultan dan hukuman yang mereka terima dalam Sejarah dari Zaman Sultan Melayu Melaka hingga kini

1. Hang Jebat
Membela sahabat baik yang dituduh bermukah dengan gundik sultan oleh pembesar yang gila kuasa dan sultan telah minitahkan supaya Hang Tuah dihukum bunuh.

Hukuman : Di Hukum bunuh oleh sahabat yang dibela kerana taat kepada sultan.

2. Laksamana Bentan
Merupakan seorang laksamana yang hebat berkihdmat penuh taat setia kepada sultan. Hanya kerana seulas nangka yang di jamah oleh isterinya yang mengidam maka sultan murka dan membelah perut isteri Laksamana Bentan. Lalu Laksamana Bentan telah membunuh Sultan.

Hukuman : Di Bunuh oleh sultan dan 7 keturunan tidak boleh jejak ke Kota Tinggi.

3. Si Bongkok Tanjung Puteri
Bacalah sejarah si Bongkok aku tak sanggup nak cerita, antara pejuang yang menentang penjajah yang dilupakan sejarah....

Hukuman : Di bunuh adik sendiri kerana perbezaan pendapat ( orang Johor patut baca sejarah nie )Sejarah tak mengiktiraf perjuangan bangsa Melayu tetapi di label sebagai Lanun

Lirik lagu Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

4. Madey
Merupakan seorang pembesar yang terbilang, gemilang berjaya menidakkan kedaulatan sultan malah melucutkan kuasa sultan.

Hukuman : Terlepas hukuman kerana sultan dah tak ada daulat dan power.

5. Ir Nizar
Bekas menteri yang dipaksa letak jawatan oleh sultan kerana kerusinya telah dicuri oleh orang.
malah beliau sendiri memohon derhaka (mancho mamat nie ).

Hukuman: Hilang jawatan dan di label sebagai penderhaka moden

6. Karpal Singh
Tindakan ingkin menyaman sultan... susah kalau sultan jap ada power jap tak ada power

Hukuman : Kena siasat dek Mata-Mata selama 2 jam. entah bila pulak nak kena ISA tu ura-ura nak bawa dah ada cuma
pak lah jer tak restu.

Tapi dalam ramai2 penderhaka seorang jer yang terlepas hukuman.............
ada ramai lagi penderhaka kat dalam Malaysia nie tapi aku listkan yang top pada aku.

realitinya semua yang derhaka mendapat pujian dan sanjungan.....kecuali orang yang terlepas dari hukuman

Wednesday, February 11, 2009

Di mana kebebasan media kita

Perkara yang menarik untuk saya bincangkan megenai kebebasan bersuara di negara kita.
Sebentar tadi saya telah terbaca di dalam Malaysiakini menyatakan KDN hari ini telah merampas 2oooo naskah Suara Keadilan. Semalam Malaysiakini melaporkan akhbar Harakah juga telah di rampas.

Pada pandangan saya tindakan KDN merampas kedua-dua akhbar pembangkang ini ada amat keterlaluan. Di mana rasionalnya akhbar ini di sekat daripada sampai kepada pembaca. Ianya hanya menunjukan bahawa media kita tiada kebebasan dan menyekat maklumat dan berita sahih dari sampai ke pengatahuan rakyaat.

Apakah hanya kerana akhbar ini akhbar pembangkang dan menyiarkan berita yang bertentangan dengan Kerajaan maka ianya harus di sekat. Benarkah berita yang dilaporkan oleh akhbar ini tidak tepat malah berunsur hasutan.

Jika Harakah dan Suara Keadilan tidak melaporkan berita yang tepat maka akhbar mana pula yang dikatakan melaporkan berita yang tepat.

Terus terang saya katakan bahawa kebanyakan akhbar yang terdapat di pasaran yang saya baca sebenarya tidak melaporkan cerita yang sebenar malah ada diantaranya terlalu " Bias".

Ini menyebabkan saya mencari alternatif lain bagi mendapat sumber dan maklumat yang tepat dan sahih.

Untuk tujuan perbincangan sila hantar ulasan anda supaya kita dapat sama-sama berkongsi
saya berharap setiap ulasan dari anda biarlah dengan berhemah bukan dengan emosi.

Tuesday, February 10, 2009

Why.....

Salam perkenalan buat semua pembaca blog mamai. Ini merupakan blog saya yang pertama dan merupakan kali pertama saya menulis blog. Terlebih dahulu saya memohon kemaafan kepada semua seandainya tulisan saya yang setrusnya dalam blog ini akan menyinggung perasaan orang yang tertentu atau pihak yang tertentu.

Mengapa saya tergerak ingin menulis blog.

1. Saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan dengan penulis blog lain tentang pelbagai perkara
dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya samada dalam dan luar negara.

2. Saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan penulis dan pembaca blog.

3. Saya ingin menambah ilmu dan belajar dari semua orang tidak kira dari lapisan masyarakat di Malaysia.

4. Bagi manambahkan lagi kenalan

Ini mungkin mukadimah biasa yang dah basi kita dengar oleh itu saya berharap anda dapat memberi tunjuk ajar dan komen.


Salam
Mamai