Friday, October 30, 2009

semalam



tika mentari berlabuh di hujung alam
lalu menyingkap tirai malam
sedetik ku terpandang semalam
terlihat dosa-dosa nan silam
terasa hidup menjadi kelam
kala menyusuri denai alam
liku perjalan penuh curam
umpama sungai melewati jeram
terasa hidup hujungnya suram
ingin ku bermunajat disepertiga malam
mengharap hati setenang kolam
terleraikah dosa-dosa nan silam






301009..PPUM....10.00 am

Thursday, October 29, 2009

kembalikan cahaya bulan

kembalikan cahaya bulan itu
agar terang malam yang berbalam
menyuluh jalan pada yang kelam
biar kembali megah semalam

kembalikan cahaya bulan itu
biar pengemis rindu kembali bertandang
si pungguk kembali berlagu girang
dan bintang bersinar terang

kembalikan cahaya bulan itu
biar sang punjangga terus bepuisi
mendendangkan lagu isi hati
semoga hilang segala benci

kembalikan cahaya bulan itu
biarkan sang embun menyirami bumi
meyejukkan hangat sang malam
panas dibakar cahaya neon

Wednesday, October 28, 2009

yang mana satu harus ku campakkan..entry begang

tiap kali aku nak buka blog kengkawan pasti akan ada keluar perkataan ini address not found.....try again so aku sebagai seorang yang penyabar masih menuruti arahan dengan clik try again itu. tapi kalau dah banyak kali aku clik masih tak boleh juga hati mana yang tak marah yer tak...

terdetik di hati yang mana satu aku harus campakkan sama ada si COMPAQ aka HP ( satu jenis tapi lain nama ) atau si beruk awan biru yang satu ketika dulu ada artis yang aku minat cakap berbaloi-baloi lantas membuat aku dengan tanpa lenggah membelinya.

lalu akal ku berkata kalau kedua-duanya aku campak hanya kerana menurut hati yang bengang nanti esok lusa aku nak guna apa. lalu hasrat mencampak itu aku matikan dan sebelum aku bertambah begang baik aku matikan juga si COMPAQ aka HP ini berserta si beruk di awan biru yang berbaloi-baloi ini.

nampaknya ada blog kawan-kawan yang tak sempat nak komen...sebab aku tak suka komen sesuatu entry sebelum membacanya terlebih dahulu..esok akan ku cuba lagi di opis.

lalu aku berhajat untuk menonton TV siaran sukan memang kegemaran aku selain dari siaran yang ada cerita alam sekitar tu...malangnya di tv skrinya hanya biru dengan sebaris ayat yang berbunyi "services currently not available"...sakit mata ini berserta hati yang begang lagi...

aku marah bukan apa dengan budak macam-macam ada ini, kalau lambat bill di bayar pandai pulak dia call tak pun bagi mesin bersuara yang sampaikan pesanan agar segera diselesaikan bayaran atau aku tidak dapat tengok terus. kalau nak tengok sila bayar RM10 ringgit upah sambungan yang di masukan dalam bill...memang dia macam-macam ada cara untuk buat duit... tutup tv nak tidur kononya.

lagi begang bila tengok si bob ambil tempat tidur aku....mentang-mentang aku lambat tidurkan dia malam ini...boleh di landing sebelah bini aku.

woittttt bob nyahhhhhhhh kau dari tempat peraduan ku. kau tahukan yang itu aku dah bayar mas kahwinnya secara tunai berserta lafaz sah dari tok kadi bersaksi dua orang saksi yang cukup syaratnya....

blahhhhhhh la bob aku nak tidur nie....kau tahu tak malam nie malam apa!!!!!!!!!!!!!

sembang kedai mamak

pagi ini aku merajinkan diri minum pagi bersama anak-anak buah di kedai mamak yang tak jauh dari office aku, kalau jerit pun dia orang boleh dengar jika rehatnya terlebih masa. bestnya minum di kedai mamak yang satu ini bukan sebab roti canai atau teh tariknya yang sedap. tapi surat khabarnya boleh dibaca dengan free (ada sesetengah kedai letak tanda bayar dulu baru baca) sementara menunggu teh dan roti sampai. bertambah best surat khabarnya ada banyak pilihan dari berita yang meloyo kepada berita yang hairan ada juga yang beritanya bersinar tak kurang juga berita kosmopolitan dan metropolitan yang satu pejabat dan aliran. ada juga surat khabar satu malaysia yang aku tak reti nak baca kerana tulisanya tapi gambarnya cukup menarik.

sudah jadi kebiasaan aku baca surat khabar dari belakang ke depan ruang sukan memang jadi pilihan yang muka depan tu umpama cerita picisan. dah tiga hari berturut-turut cerita pasal kemenangan satria merah menewaskan setan merah masih hanggat diperkatakan aku baca sambil tersenyum. sambil anak-anak buah mencebikan bibir tanda meluat hahahaha pasal team pilihan mereka kalah.

"tak apa pagi nanti orang meriam akan bom satria merah" berkata seorang anak buah aku merujuk kepada game yang akan berlansung pagi ini.

"ohhh itu tidak mungkin terjadi walau dah ada history namun tak mungkin berulang lagi"....jawabku selamba kerana aku penyokong satria merah yang tegar.

sudah habis bahagian sukan aku baca, maka menuju muka depan yang tajuknya besar dari isinya..(untuk makluman ruang tenggah aku skip pasal biasanya banyak iklan walau ada sedikit cerita tentang agama). masih cerita yang sama di mana-mana akhbar sealiran. kes JAMBATAN RUNTUH...SPRM nak SiASAT..tapi kerap kali SESAT atau TERSEKAT....KERAJAAN SUMBANG DUIT RM10000.00 kepada keluarga mangsa untuk tampung kos pengkebumian, MURAHNYA HARGA SATU NYAWA...dan berbagai lagi baca ajerla sendiri.

tiba-tiba surat khabar sealiran dihempas atas meja oleh one off anak buah aku seraya berkata "cis ini cerita dalam akhbar semua nak menipu"...aku tak bertanya apa yang menipu cuma agak mungkin dia tak puas hati dengan tragedi JAMBATAN RUNTUH agak aku.

"dalam akhbar ada dua benda yang tak menipu"...sampuk another one off staff aku

"apa dia yang tak menipu tu"..aku berminat nak tahu

"WAKTU SEMBAHYANG dan RESULT NO EKOR"....jawab staff aku yang satu itu

terpegun aku mendengarnya sambil dalam hati berkata "aku tak pernah ambil tahu pasal kedua-duanya"...kenapa air teh nie rasa pahit....

Tuesday, October 27, 2009

bila siasatan akan selesai

semua orang sedia maklum dengan tragedi yang menimpa adik-adik kita di kampar perak so tak perlu aku nak ulas panjang, baca sajer di akhbar tengok berita malah banyak blog yang buat entry berkenan tragedi merobek isi hati.

cuma aku kesal dengan dengan apa yang berlaku belumpun reda isu runtuh masjid,isu runtuh stadium dan isu runtuh bangunan.

setiap kali tragedi berlaku apa yang akan kita dengar statement standard yang di ulang sehingga dah boleh dihafal oleh budak sekolah "kita akan siasat dengan terperinci perkara ini"...disebabkan terlalu terperinci maka tiada hasil siasatan. atau ada yang perlu disembunyi dari kita hasil dari siasatan itu.

wahai pak menteri dan mereka yang membodek pak menteri yang hanya turun tunjuk muka sehari lepas itu hilang berhari-hari. apakah kamu ingin tunggu sehingga ada di antara keluarga kamu yang mati dalam tragedi seperti ini baru kamu menjerit dan meroyan agar tindakan disegerakan....

sedarlah wahai mereka yang di beri tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan ini adalah kesalahan kita yang dewasa. dan ini adalah dari kelalaian kita maka mereka yang kecil itu menjadi mangsa. sedang mereka itu tiada upaya hanya sekadar menurut apa dikata dan hanya ingin bersuka.

wahai pak menteri untuk kesekian kali ku pinta hentikanlah projek komisyen sebegini. usah diruntuhkan pada moral dan hormat yang kami beri.

kita belum lagi buat loji nuklear atau pun membina roket atau membuat stadium tercanggih di dunia hatta kita tidak juga membina jambatan terpanjang merentas benua. kita hanya membina jambatan yang merentas sungai yang tak sebesar sungai golok......


p/s : kala mendengar berita ini pagi tadi terus teringat pada 2 orang anak ku yang bersekolah takziah pada ibu bapa yang kehilangan anak mereka dalam tragedi jambatan runtuh ini.

aku akan terus menunggu hasil siasatan ini bila dan siapa akan di pertanggungjwabkan atau hanya wayang politik.

bila banyak berkata

bila banyak berkata
buat kita terpesona

bila banyak berkata
sehingga kita terleka

bila banyak berkata
ada janji kita tak dikota

bila banyak berkata
ada hati sering terluka

bila banyak berkata
ucapan maaf tidak bermakna

bila banyak berkata
jarang akal diturut serta

bila banyak berkata
yang cerdik itu kita

bila banyak berkata
hak yang lain tidak dikira

bila banyak berkata
setiap dosa itu pahala

bila banyak berkata
berjanji tentang syurga

bla banyak berkata
kita juga yang ke neraka

bila banyak berkata
kita terlupa siapa yang Esa

bila banyak berkata
diam itu adakalanya sempurna



p/s: maaf andai aku terlalu banyak berkata-kata pada sesuatu yang tidak sampai akan ertinya yang kabur isinya pada yang terluka hatinya. dan dari sungai-sungai sampah yang mengalir laju tanpa arah tuju sesat munuju ke kuala, tengelam dan timbul antara arus deras dan adakalanya tersangkut pada jeram-jeram batu yang tajamnya perit mencarik akal ku. bercerai lerai lalu dikutip satu persatu dicantum menjadi satu biar tak sempurna. di saat hanyut di sungai waktu yang berliku, ku serap segala lumut dan lumpur menjadi selut lalu mendap menjadi lembah wadi dengan harapan ia menyubur alam ini.

Monday, October 26, 2009

undang-undang dan kuasa



antara undang-undang dan kuasa siapa lebih berkuasa...
antara undang-undang dan kuasa siapa lebih bermoral
antara undang-undang dan kuasa siapa lebih tinggi
antara undang-undang dan kuasa siapa lebih mulia
antara undang-undang dan kuasa siapa yang ikut siapa
antara undang-undang dan kuasa siapa yang jadi mangsa
antara undang-undang dan kuasa siapa pemangsa
antara undang-undang dan kuasa untuk siapa
antara undang-undang dan kuasa untuk apa

antara undang-undang kita dan undang-undang yang Esa
di mana kita....

esok...

esok nak pergi kerja dengan pakai baju berwarna merah...tak sabar nak masuk office rasa malam ini terlalu panjang.

di lain masa akan ketemu lagi jangan ada dendam di hati...
kehebatan telah terbukti....perjuangan telah selesai dah Raja merah telah di mutlakkan buat kali ini..


P/S: never walk alone-2, glory, glory-0

Sunday, October 25, 2009

never walk alone...

debaran makin terasa,
detik masa seakan tekanan di dada
pertarungan dua merah yang perkasa
menentukan siapa layak bergelar raja

lauggan never walk alone mengegar jiwa
menghambat setan merah ke neraka
ayuh prajurit-prajurit merah yang setia
maruah padang Anfield harus dijaga....

the reds let us chase the red devil out from Anfield


p/s: LIVERPOOL akan buktikan Manchester United tiada apa-apa...harap tiada bola pantai berwarna merah malam nie