Sometime aku betul-betul tak paham dengan masyarakat kita nie. Last two days aku lunch kat Qaseh shah alam as usual.
ka sini ada satu tempat parking yang dikhaskan untuk mereka yang kurang upaya atau lebih mudah cacat atau OKU bahasa komersial. Parking lot ini memang betul-betul depan Qaseh nie.
masa aku datang tempat parking memang penuh tapi masih ada lagi yang kosong cuma jauh sedikit so aku dengan staff aku parking jauh sikit.
Tapi bila aku sampai kat Qaseh tutup aku nampak sebiji BMW nie masuk kat tempat parking orang cacat atau OKU nie. dalam hati berdetik kaya OKU sekarang nie tapi bila aku tengok yang keluar tu dua orang lelaki yang sihat walafiat tubuh badannya malah lagi tegap dan gagah.
hati aku mula terbakar nak ajer aku maki mamat dua orang nie. Apa dia tak paham simbol orang atas kerusi roda yang besar tu. Jika tidak kerana staff aku cool downkan aku dah tentu aku pie sound punyer. Tapi untuk menunjukkan protes aku aku ambil gambar nie depan mamat tu.
sambil ambil gambar nie aku sempat juga sindir mamat 2 ekor nie " fizikal tak cacat tapi otak yang cacat" aku harap dia dengar apa yang ku cakap sebab aku cakap kuat
Disebabkan incident nie aku tak ada selera nak makan kat Qaseh aku ajak staff aku blah makan kat tempat lain kami pergi ke restoran Geng.
masa on the way tu aku sempat ambil gambar nie and mamat tu perhatikan aku lagi. Aku apa peduli aku harap dia baca entry nie.
one thing benda macam nie aku memang benci what make so difficult to us to respect other people right.
tak ada guna pakai kereta besar dan bertali leher walau tengah panas kalau otak cacat tak boleh nak pikir.
walau tempat itu kosong tak bermakna kita boleh guna sesuka hati.....
ada kalanya yang punggut sampah tu boleh berfikir lebih baik dari yang tukang buang sampah
Saturday, July 18, 2009
Friday, July 17, 2009
perfect husband
sekadar hiburan di pagi hari....
adakalanya bila terlalu jujur orang akan ambil kesempatan
adakalanya bila terlalu baik hati juga orang akan ambil kesempatan
sukar untuk kita percaya akan orang
sukar juga jika kita tak percaya orang
kerana kita bukan hidup bersendirian
malah lebih sukar jika kita tak percaya akan diri kita sendiri....
Thursday, July 16, 2009
cinta nan satu
sebentar tadi kawan ku
bertanya tentang cinta
cinta pertamanya indah biar sementara
tapi buat kita ingin rujuk semula
lalu ku berkata tak usah
nanti kelak kau merana kali kedua
katanya sayang
kata ku itu di mulut belum tentu di hati
kelak kau merana hati
mahu pisang berbuah dua kali
kata ku
cinta manusia itu banyaknya nafsu
untung sikit dapat susu
ayat baik dapat anu
esok lusa siapa yang malu
sendiri mau tahu
cinta nafsu seronoknya cepat berlalu
merananya berminggu-minggu
semunya tak tentu
lemah iman nyawa melayang sebelum waktu
mak ayah tanggung malu
sungguh benar ada cinta sejujur hati
kata ku mungkin satu dalam seribu
sukar sungguh kau cari tapi pasti
kata ku lagi cinta hati
tidak jauh beribu kaki
cuma sejengkal jari
selami hati kau akan ketemui
cinta yang satu pada Ilahi
sekadar sebuah tulisan sampah tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah pergi

Wednesday, July 15, 2009
5283 < 65 > 5348
Harap tak terlambat nak ucap tahniah and takziah pada yang menang dan yang kalah kat MU (Manek Urai ) bukan Manchester United ( aku harap next season MU kalah EPL ).
Tahniah:
Buat calon PAS sebab menang dalam pilihanraya kecil Manek Urai walau majoriti cuma 65.
nampaknya PAS kena kerja kuat untuk kembalikan keyakinan rakyat. Harap abg Ujie dapat bukitkan yang peraih ikan boleh buat kerja lebih baik dari yang ada MBA or PHD.
Tahniah:
Buat calon BN ( UMNO ) yang berjaya megurangkan majoriti undi PAS kepada 65. sekurang-kurangnya BN dapat buktikan yang masih ada lagi sokong BN ( guna duit tu lain cerita it part of strategi).
Cuma BN kena pikir dengan lebih jelas lagi, idea buat Jambatan tu rasanya tak relevent kalau 20-30 tahun dulu mungkin boleh diguna.
Rasanya BN harus fikir pasal buat Jamban baru dan air bersih untuk penduduk Manek Urai. Tak guna ada Jambatan baru kalau hanya digunakan untuk tempat orang buang hajat pasal jamban rumah dah roboh. Tak guna ada MBA or Ijazah or PHD kalau perkara basic tak boleh nak fikir.
Takziah:
Buat calon PAS kerana majoriti yang merosot satu pengajaran buat PAS, carilah mana silapnya.
Buat Calon BN ( UMNO ) kalah dengan majoriti yang kecil tapi itu bukan perkara baru 2004 dulu PAS kalah dengan majoriti kecil juga.
Perkara yang disesalkan
1. Dengar cerita TPM ulang alik dengan Helikopter untuk kempen BN siapa punya helikopter tu yer. Banyak sungguh duit beli minyak heli tu. Persoalanya ada tak SPRM nak siasat kes nie kalau la benar duit yang digunakan oleh orang yang naik heli tu benar2 guna duit rakyat macam mana yer.
2. Dengar cerita juga terdapat mereka yang ditangkap kerana menyamar sebagai SPR nak masuk Manek Urai, tapi sayang tiada tangkapan dibuat polis hanya menyuruh penyamar pulang. SPR tak nak siasat ker mana tau yang nak masuk tu pengundi hantu tak kira la nak pangkah untuk PAS or BN yang pasti perbuatan itu salah.
3. Dilaporkan juga terdapat pengundi yang beratur ambil duit dari seseorang dah tu bukan sikit RM300.00 khabarnya. Agak-agak ada tak SPRM nak siasat perkara nie, ini bukan masalah bagi duit untuk undi PAS or BN tapi masalahnya perbuatan beli undi itu yang salah.
4. Kes puteri UMNO kena baling dengan batu sampai cedera heboh dalam berita perdana tapi kes muslimat PAS kena caci tak ada pulak berita yer.
hmmm sampah sarap kat Manek Urai tu siapa la yang tolong clearkan.
kesian kat makcik dan pakcik yang dah tua tu kena sapu sampah nak tolong jauh pulak.

Tuesday, July 14, 2009
cerita daerah sepi
situasi 1
daerah sepi ini penuh misteri
tiada manusia rela hati mahu ke sini
daerah yang penuh dengan seribu rasa luka
daerah yang menceritakan seribu duka
daerah yang mancengkam derita jiwa
daerah yang dingin dan beku hati
mengapa aku dicampak ke sini
aku menjerit, melaung, melolong sekuat hati
tangan ku melambai, mengapai tanda di sini
argh !! mengapa mereka tidak peduli
apa sudah butakah mereka
apa sudah tulikah mereka
daerah sepi ini hanya di depan mata
keluarkan aku dari daerah ini.
Situasi 2
daerah sepi ini penuh misteri
daerah yang memberi seribu makna
daerah yang mendamaikan jiwa
daerah yang mengetarkan rasa
daerah yang penuh dengan seribu keindahan
daerah yang membuat aku mengenal diri
aku datang dengan rela hati
aku menjerit melalung sekuat hati
tangan ku menepis, menolak, menyiku sepenuh hati
kaki ku meyepak, menerajang, menendang sepenuh hati
apakah mereka buta
apakah mereka tuli
biarkan aku di sini
daerah sepi jauhkan mereka dari mata

Monday, July 13, 2009
11hadiah gores dan menang dan mentaliti lama
Hari nie nak cerita pasal politik sikit maklum la esok dah nak pilihanraya kecil MU.
cuma aku terasa bodoh pasal bab politik ni.
11 july 09: PM umum 11 hadiah untuk rakyat malaysia senarai hadiah tu ada kat atas aku curi dari d'anje.
memang la aku tak pandai tapi bila sampai bab hadiah nie aku buka mata sikit saper tak nak barang percuma yer tak.
Bila aku tengok senarai hadiah dari PM jadi marah pulak...terasa macam kena tipu dengan amoi gores dan menang ajer. " abang menang hadiah istemewa tapi abang kena bayar sikit"...huh hadiah aper kebendanya kalau kena bayar.
Okay ada satu lagi hadiah untuk mereka di Manek Urai yang juga di khabarkan oleh TPM kita pada mereka di manek Urai.
Jambatan baru untuk penduduk jika BN menang..hehehehe aku tak tau siapa la yang bodoh nie rakyat or pemimpin rakyat.
Tuan TPM segala kebajikan rakyat adalah tanggungjawab pemerintah tak kira sesiapa pun. kalau nak dapat jambatan baru kena sokong BN baik tak payah. Sokong PAS or PR pun boleh buat sekiranya mereka yang memerintah lebih-lebih lagi kalau memerintah kerajaan pusat kot. Aduh kenapa la masih lagi pakai Otak Lama tu.
Lagi banyak aku ikut politik nie lagi mamai aku dah malas ler nak tulis...
selamat mengundi penduduk Manek Urai anda berhak pilih sesiapa pun cuma pikirkan siapa yang bakal anda pilih...
PS :
Hadiah Pertama diskaun touch n go....berapa ramai yang ada touch n go or smart tag nie...berapa ramai orang kampung yang kerap guna hiway.
tapi last saturday aku angin satu badan pasal cari tempat nak reload touch and go dari Karak ker Kuantan tak ada satu tempat pun yang jual reload.
Subscribe to:
Posts (Atom)