Wednesday, February 25, 2009

Hujah TV 9

Malam tadi abang aku hantar sms suruh aku tengok chanell 9. so aku pun tukar la ker chanell 9 walaupun masa tu tenggah syok tengok TV 3. Bila tukar jer ke channel 9 aku tengok ada ler 2 orang mamat nie yang amat popular dulu dan sekarang sdang di temuramah. Lupa aku nak bagi tau rancangan tu tajuknya hujah yang di hoskan oleh Dr Agus first time aku tengok rancangan ini. actualy rancangan nie unruk mereka yag bertanding dalam pilihan umno nanti so mereka dipanggil untuk berhujah tentang isi-isu semasa, kebetulan malam tadi kedua2 panel nie pulak layak bertanding dalam perebutan kerusi naib presiden umno ( berebut kerusi bias la kerja orang umno )

So dipendekkan cerita rancangan ni sebenarnya untuk mereka ambil kesempatan hentam parti pembangkang dan menunjukan bertapa petahnya mereka berhujah. Tapi yang best malam tadi pada aku la kedua-dua panel nie hanya menunjukkan kebodohan mereka yang banyak berbanding kecerdikan mereka terlalu sedikit. Mana tak lain orang soal lain pula yang dijawabnya dan tak releven lansung.

Pada aku ianya hanya menunjukan bertapa tak relevennya UMNO pada masa sekarang nie, Peralihan kuasa pada mac ini kata seorang dari panel nie akan membawa perubahan dalam umno bagi menarik kembali minat anak2 muda dan orang melayu supaya menyokong umno kembali. Tapi bila aku tengok mereka yang bertanding dalam pemilihan umno nanti semuanya muka yang sama yak ada muka baru yang betul-betul menyakinkan bahawa umno akan berubah. So macam mana la orang nak sokong bila ianya pasti akan membawa rebah....

Lawak " patik mohon sembah derhaka tuanku " bukan bahasa istana "patik mohon berbeza pendapat tuanku"
baru bahasa istana. apa punya ngok la ornag umno nie tu la suruh belajar bahasa satera tak nak....
patut la Melaka tak ad sultan pasal ramai rakyaat dia yang akan derhaka

Mereka memperjuangkan hak orang melayu tapi pada masa yang sama menidakkan hak orang melayu....tak caya cuba kau orang tengok betul2..

Ketua Darjah


Teringat aku masa zaman sekolah dulu, bila setiap penggal buka sekolah awal tahun cikgu kelas akan suruh kami pilih ketua darjah. Tugas ketua darja ni bukanya mudah banyak kerja kena buat tapi memang glamour terutama dengan budak perempuan la. Antara bidang tugas ketua darjah masa dulu macam kat bawah ni.

1. Tugas paling utama seorang ketua darjah ialah, jadi ketua bagi salam bila cikgu masuk kelas korang mesti ingat ayat biasa ni "Bagun selamat pagi Cikgu" atau "Assalamualaikum cikgu”

2. Kena jaga kelas supaya sentiasa senyap terutama bila masa cikgu tak hadir kelas sebab mesyuarat. Kadang-kadang tu memang sajer cikgu tak nak masuk.Perkara pertama ketua darjah akan buat ialah tulis kat papan hitam“Cikgu Mesyuarat siapa bising akan diambil nama.

3. Pastikan kelas kena sentiasa bersih, pagi-pagi ketua darjah akan pastikan setiap murid bersihkan kelas ikut jadul dan tugas. Seperti sapu sampah, padam papan hitam dan lap habuk kat tingkap.

4. Ambil buku tulis dan hantar buku tulis ke bilik guru kira macam orang suruhan cikgu la. Tapi yang bestnya memang seronok kalau dapat pie bilik guru ni rasa macam orang penting la.

5. Nie lagu satu tugas penting yang rasa glamour bila sampai waktu PJ(pendidikan jasmani ) cikgu akan suruh ketua darjah pie ker bilik stor untuk ambil alat-alat sukan. Time nie ketua darjah akan bawa sorang atau dua untuk dijadikan balaci ambil alat sukan.

6. Waktu perhimpunan bias hari isnin pagi, ketua darjah akan dok depan sekali dan ambil nama murid yang datang lewat.
Adalagi tugasan lain yang akan dilakukan oleh ketua darjah ni tapi tak penting sanggat kira tugas tak rasmi

Kriteria Seorang ketua darjah
1. Selalunya dari murid yang paling pandai dalam kelas yang periksa selalu dapat nombor satu.

2. Biasanya dari kalangan murid perempuan sebabnya murid perempuan nie kurang nakal dalam kelas dan selalu ikut cakap cikgu.

3. Anak cikgu adalah diutamakan sebagai calon ketua darjah, sebab kalau anak cikgu tu kira memang dah pandai dan baik punya masa dulu la, sekarang nie anak cikgu pun mamcam setan.

Cara Perlantikan Ketua darjah biasnya melalui dua kaedah:

1. Melalui cara undian terbanyak dalam kelas, melalui kaedah ini ketua darjah mulanya mesti mendapat pencalonan dari kalang murid kelas. Undian akan dibuat dengan mengira siapa yang mendapat sokongan terbanyak ( angkat tangan siapa sokong)

2. Kaedah kedua nie kira keputusan muktamad dari cikgu sendiri, Biasnya guru kelas akan memilih sendiri murid yang disukai seperti criteria yang disebutkan di atas. tiada bantahan diterima oleh itu ketua darjah macam nie tak berapa disenangi oleh pelajar lain.

Apa pun jua pengalaman menjadi ketua darjah mengajar kita bagaimana hendak mejadi seorang pemimpin kelak.