rasa macam dah lama tak update new entry, aku masih tak ada mood tambahan pulak beruk di awan biru aku macam hampeh. so aku cuma berjalan ke blog kawan-kawan ajer.
hari ini aku nak buat entry terakhir untuk bob, sekadar untuk kenangan pada aku. aku jumpa bob masa
di sini kala dia masih kecil lagi.
sesungguhnya aku memang tak sangka yang bob akan pergi dengan begitu cepat, sebab aku sangka dia dah sembuh dari kemalangan dulu.
last week thursday evening masa balik dari kerja seperti biasa bob akan tunggu depan rumah dan seperti biasa tiap kali aku buka dia yang akan masuk rumah dulu. tempat biasa dia tuju sofa aku yang tak mahal tu. bob akan mencakat sofa tu untuk tajamkan kuku. aku tak marah dia pasal aku tahu jasmine aku pasti akan minta sofa baru.
petang itu aku lihat bob macam biasa la dengan mengada-ngada dia tu mengesel kepala kat kaki aku sambil minta makan. kalau tak di beri makan selagi tu dia akan mengikut kemana sahaja aku pergi. aku biasanya beri dia makan kat luar sebab mama,big sis dan julie tak berani masuk rumah.
lepas makan bob masuk semula dalam rumah macam biasa dia bermain dan melepak dekat aku sambil bermanja. oleh kerana aku sibuk berjalan ke laman kawan-kawan so aku kurang layan bob malam tu. tiba-tiba aku lihat bob tak ada, aku tanya kat adik mana bob, adik cakap bob kat luar. memang menjadi kebiasan aku akan biarkan bob keluar untuk dia membuat aktiviti dia yang sepatutnya sebelum masuk tidur.
tapi malam tu aku sedikit hairan bila dah lewat bob masih tak masuk lagi, lalu aku suruh adik panggil bob masuk, tapi adik cakap bob tak ada. aku tak sedap hati lalu keluar cari dia nak pulak malam tu hujan gerimis. aku panggil dua tiga kali nama bob tapi dia tak datang. biasanya kalau aku panggil sekali ajer nama dia pasti dia dah datang kadang-kadang tu dia dengar aku petik jari ajer pasti dia dah belari masuk.
aku tak puas hati aku keluar untuk cari dia, sebaik ajer aku keluar aku nampak bob baring di depan pintu pagar. pelik juga kenapa dia baring kat situ sedang hari hujan. aku panggil lagi dia tak banggun. aku bertambah cuak bila aku lihat bob masih tak bergerak bila aku datang kat dia. bila sampai dekat aku lihat bob dah kaku tapi tubuh dia masih panas lagi waktu itu. cuma aku lihat hidung dan mulut dia dah biru. aku jadi kelu sekejap bila lahat bob macam itu. terus aku inform wife aku yang bob dah tiada. wife aku macam tak percaya sebab bob amat sihat masa petang itu dan sewaktu dia keluar bermain masa wife aku ngah menyidai baju masa tu.
aku check badan bob untuk pastikan sebab kematiannya takut dia bergaduh atau di patuk ular atau dilangar kereta. tapi aku dapati tiada sebarang kesan cedera dan luka pada badan bob. menyebabkan kematian bob menjadi satu misteri pada aku, nak kata dia sakit aku tak nampak dia sakit pun. dengan berat hati aku tanam jasad bob pada malam itu juga kerana tak sanggup aku tengok bob yang kaku itu. sorry bob kubur mu tak ada pohon kemboja yang ada cuma pohon inai sebab kau selalu menyorok kat situ.
ini aku suspek adalah bapa kepada bob sebab dari ciri-ciri fizikal dan dia datang rumah aku masa malam bob mati. aku lihat dia mencium tempat bob mati tu dan pernah juga aku nampak dia bersama mama bob masa musim mengawan hari tu. kucing ini bertuan tapi mungkin tak di jaga berdasarkan bulunya yang kotor. dan malam itu aku mandikan dia dengan shampoo bob. masa mandikan dia aku angap itu adalah mandian terakhir bob. sepatutnya aku mandikan bob last saturday dan plan nak bawa dia ke klinik. yang pasti kucing ini tidak melawan masa aku mandikan dia sama macam bob.
dan ini mama bob, memang susah nak ambil gambar mama nie amat liar kecuali waktu makan sahaja. dua tiga kali tangan aku kena gigit masa nak ambil gambar nie. oh ya mama ni rasanya bunting la pasal perut dia amat besar dan bulan lepas aku lihat dua tiga ekor kucing jantan asyik mengekori mama. dan malam aku tanam bob mama juga memberi penghormatan terakhirnya dia tengok ajer aku tanam bob.
ini big sis kakak kepada bob berusia setahun lebih, amat liar jangan harap nak pegang dia nie. tapi dia baik selalu jaga bob dan teman bob masa bob sakit. big sis juga tidak suka masuk rumah.seperti mama, big sis juga susah untuk aku ambil gambarnya. ini adalah gambar paksa setelah aku umpan dia dengan friskie.
yang ini julie adik beradik bob juga. seperti mama dan big sis julie juga amat liar dah susah aku nak ambil gambar dia. dan untuk entry ini aku korbankan tanggan aku masa ambil gambar julie, dia dah cakar dan gigt tangan aku tadi. aku geram ajer dengan budak nie bila aku dapat mandikan dia macam bob. dia suka masuk rumah tapi jika bob masuk itu pun separuh jalan ajer lepas tu dia keluar balik.
dan ini gambar bob, pada malam itu sebelum dia pergi. bob memang suka tolong aku lipat baju, walau dia lebih banyak mengacau aku dari menolong. sedih juga bila aku marah dia malam tu pasal kacau aku.
tiga hari bob tak ada memang terasa, kerana dia yang akan kejut aku tiap-tiap pagi. dia akan duduk depan pintu toilet sampai aku sudah mandi. lepas tu tunggu aku bersiap kat bilik and turun sama-sama sebelum aku beri dia sarpan pagi. kalau waktu malam memang bob tidur dengan aku kadang-kadang tidur kat jasmine.
masih terkenang bila malam sebelum dia pergi itu, aku makan satay dengan dia dan menjadi kebiasaan aku beri dia makan dari mulut aku. bob makan apa sahaja yang aku beri tapi friskie adalah kegemarannya.
dan pada malam aku tanam bob si comel aku tak kasi aku tanam bob, katanya bob sakit suruh aku bawa ke klinik. dia sayang kat bob walau takut kalau bob datang dekat dia geli katanya. tapi bila aku cakap aku nak buang bob tak kasi dan siap menangis lak tu.....
sesungguhnya pemergian bob memang amat terasa masaih terbanyang bob kala aku update entry ini. kerasa setiap kali aku beronline pasti dia ada di sebelah aku kadang-kadang tu dia sajer dok atas laptop nie.......good bye bob