Saturday, November 7, 2009

hujan dah turun, banjir dah kembali

sudah seminggu hujan turun setiap hari menyirami bumi malaysia, semalam dalam kereta sempat dengar berita kat sinar fm (aku orang lama) kelantan dan terengganu banjir telah kembali. lebih 2 ribu orang telah dipindahkan akibat rumah ditengelami air. maka tak lama lagi akan kedengaran berita tajuk sama banjir meragut nyawa di tv, radio mahu juga akhbar lama (tak ada permit melainkan untuk akhbar sealiran).

cerita yang sama, tragedi yang sama, amaran yang sama, bantuan yang sama, simpati yang sama, dari bencana yang sama dan semuanya sama seperti tahun-tahun yang lama...

dan metaliti kita masih sama tak belajar dari yang lama walau ceritanya sama....

kalaulah malaysia ini seperti netherland@holland@dutch@belanda dah lama kita lenyap dari peta dunia....

Friday, November 6, 2009

ada kisah dari zaman sudah

ada sebuah kisah dari zaman sudah tapi tak ada yang nak ambil kesah. kerana dia hidup susah yang berkuasa juga buat tak endah. sudah hidup dia susah maka pagi-pagi dia toreh getah sebelum pergi sekolah. tapi dia tak pernah mengalah penat lelah dia tetap redah. cuti sekolah dia kerja kat kilang buat sarung tangan getah tapi tak apalah asal dapat duit sudah. biar dia susah tapi dia belum mahu mengaku kalah kerana itu untuk orang yang lemah. berkat doa mak dan abah dia berjaya dapat segulung ijazah, alhamdulillah.

walau ada ijazah dia tak kesah kerja kilang walau gajinya murah, kerana hajat hati cuma nak bantu mak abah. dari bawah dia kerja sikit-sikit lama-lama nanti naiklah sebab semanggatnya tidak pernah punah. dia tak pernah nak marah kerana dia susah sebab dia tahu rezeki dari allah.

allhamdulillah sekarang dia sudah rasa sedikit mewah dengan rezeki allah. mungkin juga berkat doa mak dan abah. walau dia berjaya sudah tapi orang bawah tak pernah dia dilupkanlah. sebab dia pun pernah jadi orang bawah sebab dia pun pernah rasa susah. dia tak suka nak marah-marah orang bawah walau kerja tak pernah sudah walau orang bawah sering bagi masalah.

tapi hari ini dia ada sedikit marah dengan orang bawah, dia dah penat nak bagi nasihatlah ada sahaja masalah. bila ambil tindakan dikata tak adillah tak berperikemanusianlah, lupa daratanlah, hai macam-macamlah. dia dah malas nak susah-susah nasib kamulah kalau dah tahu susah tak payahlah nak hidup cara orang mewah.

bersyukurlah dengan rezeki allah, kalau nak lebih kena usahalah. kalau nak harap rezeki datang bergolek wahhhh payahhhhh. bukan susah nak senang tapi memang senang kalau nak cari susah, dah berkali-kali pesanlah.

Thursday, November 5, 2009

salah boss ker

boss: Customer telah bersetuju untuk tukar delivery trip dari 4 ke 2 sahaja per day. ini bermakna tiada lagi OT pada waktu malam dan kamu semua akan kembali kepada normal working hours.

staff 1: tapi kenapa boss.

boss: customer mahu kita kurangkan kos barangan dan dengan ini juga syarikat dapat menjimatkan kos penghantaran dan kos operasi serta elektrik.

staff 2: boss kami akan menerima kesan jika OT tiada, gaji kami kecil boss.

staff 3: betul boss, bukan sahaja OT tiada elaun kerja malam juga tiada boss.

staff 1: boss kami ada banyak tanggungan, nak bayar kereta dan rumah lagi boss.

staff 3: ya la boss masa beli kereta dengan rumah kami dah budget kalau ada OT mesti cukup gaji kami.

staff 2: boss tak bolehkah berbicang semula dengan pihak atasan dan customer.

boss: saya telah membawa perkara ini ke pihak atasan dan juga berbicang dengan customer tapi telah di tolak. namun kamu tidak perlu risau kerana kamu semua masih lagi berkerja seperti biasa dan cuma OT sahaja akan berkurang.

staff 1: boss ini tak adil pada kami, boss jangan la sekat periuk nasi kami, kalau OT tak ada susah kami. boss tak apa gaji dah banyak ( dengan nada marah )

staff 2: ya boss lagi pun kami dah lama kerja kat sini.

boss : tiada siapa yang sekat periuk nasi kamu kecuali kamu sendiri yang menyekat periuk nasi kamu. kamu selalu kata syarikat tak adil, boss tak adil tapi pernahkah kamu berlaku adil pada syarikat dan saya. waktu OT malam kamu masuk lambat saya tak marah, masa OT juga kamu semua tidur siap dengan bantal dan tilam syarikat tak marah.
bila rehat kamu sering terlajak tapi bila gaji lambat masuk kamu memekak. itu tak kira lagi harta syarikat yang kamu guna untuk kepentingan sendiri. Van rosak kamu pandai komplen tapi kamu guna van buat catering, company tak dapat komisyen pun. kamu tak datang kerja ambil cuti pasal kedai buger tak ada orang jaga tak ada pulak saya kata tak boleh. kamu MC lebih dari 14 hari tak pulak company potong gaji. basuh kereta baru yang lebih mahal dari kereta saya pakai air company tak pulak company mintak bayar bilnya.

staff 3: susah kami macam nie boss banyak benda nak kena bayar nie.

boss: habis tu salah saya dan company ke. sudah saya katakan dari dulu OT bukan untuk kamu nak joli beli benda yang tak kamu perlu sebab OT belum tentu selalu.

staff 1: nampaknya kena cari kerja baru macam ni kalau boss tak boleh tolong.

boss: silakan saya tak halang kerana ada berpuluh ribu yang menanti tempat kamu.


dan hari ini staff 1 tak datang kerja. boss pun tak tanya dan malas nak cari bukan company nie tutup pun kalau dia tak datang kerja.

p/S; staff lain hanya tunduk membisu walau ada kelat di wajah tanda tidak setuju. nak buat macam mana kalau hidup terlalu nak bergaya

kecewa

dengan lagu dan irama
ku luahkan jua rasa kecewa

Oh tak mungkin
tak munngkin liverpool seri lagi

aku macam nak pecat ajer Benitez tu

Wednesday, November 4, 2009

sembang kedai mamak II

hari ini aku ikut lagi staff-staff aku bersarapan di kedai mamak yang ada surat khabar free tu. aku pie pun bukan pasal ketagih dengan roti canai mamak tu yang kuah karinya masam, tapi aku pie pasal aku sajer nak meyibukkan diri dengan staff-staff aku itu ajer. sambil tu boleh baca surat khabar free dan memahami kenapa staff aku selalu masuk lambat bila pie berehat.

kalau dah sampai kedai mamak nie tak baca surat khabar free memang la rugikan. jadi aku pun ambil la surat khabar yang melambak yang beritanya sah-sah sealiran. off course ( gaya iklan potong ) aku baca surat khabar dari belakang. rata-rata berita utama muka belakang tajuknya pasal LIVERPOOL. memandangkan pagi ini ada game antara Liverpool dengan Lyon untuk kelayakan kalah mati champion league (andai LIV kalah pagi ni sah Benitez aku pecat).

"ha macam nie la bagus baru buat kerja"..tiba-tiba one off staff aku bersuara.

"saper yang buat kerja...kenapa selama nie dia tak buat kerja ker"...aku menyampuk ingin tahu

"ya la dulu bila ada kes rasuah payah kita nak dengar mereka ambil tindakan..biasanya senyap ajer kalau ada pun cuma alasan bukti tak kukuh"..staff aku yang sorang tu menjawab dan aku faham rupanya dia merujuk kepada isu ahli exco dan pegawai politik yang ditangkap oleh SPRM kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

"tapi kenapa hanya tangkap mereka yang melibatkan kes yang kecil ajer, macam mana dengan kes yang melibatkan rumah berharga RM24 juta, kes bawa anak bini berjalan kat oversea, kes stadium runtuh, kes masjid runtuh, kes jambatan runtuh, kes lingam bila agaknya ada tangkapan yer"...bersuara seorang lagi staff aku yang macam nampak tak puas hati.

"Oooo itu bukan rasuah la itu komisyen namanya pasal itu tak boleh tangkap"..jawab staff aku yang mula-mula tadi

"habis rasuh tu macam mana..apa beri duit kopi kat polis RM20, bagi kat pegawai pejabat daerah RM200.00 untuk cepatkan permohonan, bagi kat pegawai puspakom RM50 untuk luluskan inspection itu kira rasuah yer."..staff aku yang sorang tu masih tak puas hati.

"weh, macha kira berapa semua nie...dah lewat nie jom masuk kerja"...aku minta mamak tolong kirakan dah lama rasanya kat kedai tu.

"tak per boss hari nie saya belanja"...pinta staff aku yang mula-mula tadi

"bukan rasuah ye belanja saya nie"..kata ku

"tak boss..ikhlas..tapi besok saya nak minta cuti la boss"...jawabnya sambil tersenyum..


p/s: kau orang rasa bila bila JAIS nak tangkap pakwe dan makwe yang selalu bercumbu kat tepi tasik dan dalam kereta depan stadium tu yer...sebab isu tangkap bekas Mufti pun jadi hot topic hari nie di kedai mamak

Tuesday, November 3, 2009

kan dah cakap..tak percaya juga

"woi jangan la kau orang buat "dia" macam tu kesian kat dia"...suara budak yang berbadan kecik itu bernada simpati

"ala bukan nak buat apa pun kita nak test ajer"...budak yang bertubuh tinggi lampai itu menjawab

"yer la kita nak tengok ajer dia tau ker tidak"...sokong seorang lagi budak yang berbadan gempal dan berkulit cerah.

"memang "dia" tak tahu punya dia kecik lagi la"..budak berbadan kecik itu masih tidak putus asa merayu

"kejap ajer la...penakut la kau nie"...sergah budak bertubuh tinggi lampai itu.

"okay la, okay la nak buat kat mana nie"...budak berbadan kecik tu bersetuju...pantang sungguh dia kalau ada yang kata dia penakut. walau dia berbadan kecik tapi dia tidak pernah ada rasa takut.

"tempat biasa la kat mana lagi"..jawab budak yang berbadan gempal yang juga sebaya dengan budak berbadan tinggi lampai itu.

tanpa membuang masa ketiga-tiga budak tersebut berjalan dengan laju menuju ke tempat yang dimaksudkan sambil mengusung sebuah kotak.

"alamak dalam la"...budak berbadan kecik itu bersuara sebaik sampai ke tempat yang dicadangkan.

"tak apa kita campak ajer dalam tu"..cadang budak berbadan gempal

"nanti macammana nak ambil dia...dalam tu lemas dia nanti"..masih ada rasa simpati pada hati budak yang berbadan kecil itu

"hiss kau nie ngok la nanti pakai la timba tu kita ambil la lagi pun mesti dia tahu berenang punya"...dengus budak yang bertubuh tinggi lampai. dia memang sudah mula mahu marah dengan alasan dan pertayaan budak berbadan kecil itu. padanya itu hanya eksperimen bagi membuktikan yang teorinya itu betul

"tapi mak long cakap "dia" mana tahu berenang lagi pun "dia" tu kecil lagi la"...budak berbadan kecik itu masih lagi menaruh harapan agar eksperimen tu tidak dijalankan.

"dah kau nak tengok ker tak..kalau tak nak kau pie balik la penakut betul la"..tiba-tiba budak berbadan gempal menyampuk..."mana kotak tu aku nak ambil "dia"..budak berbadan gempal tu bertanya lagi.

"nah..ambil la "dia"..aku tak takut la"..budak berbadan kecil itu pun hanggat hati juga.

dan tanpa membuang masa budak bertubuh tinggi lampai itu terus mencampak "dia" ke dalam perigi dengan tanpa ada perasaan belas ikhsan.

"hah kau tengok tu kan dia nak berenang tu..kau tak caya"..budak bertubuh tinggi lampai bersuara bangga.

"tapi tu "dia" nak tenggelam tu cepat la ambil..."dia" tak tahu berenang la tu"..budak bertubuh kecil itu memberi arahan bila melihat akan situasi yang mencemaskan itu.

"woit budak-budak apa yang kau orang buat kat perigi tu..kau orang kau orang buang apa tu"..tiba-tiba satu suara nyaring menjerit dari anjung rumah yang tak jauh dari perigi yang juga merangkap tuan punya perigi.

"alamak tok donan la mampus...blah la woit kang kena belasah"..budak berbadan gempal memberi arahan dan tanpa buang masa dia melarikan diri dulu.

"woit tunggu la nie saper nak keluarkan dia nie kang mati dia dalam nie"..jerit budak berbadan kecil pada kawan-kawannya yang sudag lari menghilangkan diri.

memandangkan jeritannya tak diperduli maka dia juga turut lari sama untuk menyelamatkan diri. tinggallah "dia" dalam perigi dan pada kali terakhir budak berbadan kecil itu lihat "dia" sudah pun tenggelam.

dan pada esoknya tok donan tuan punya perigi terpaksa keringkan air perigi bila dia jumpa anak kucing mati dalam periginya.

"kan aku dah cakap anak kucing tak tahu berenang kau tak percaya tengok "dia" dah mati lemas"..budak berbadan kecil itu bersuara sedih kesal dengan kawannya yang berbadan gembal dan tinggi lampai itu.....


p/s "dia" tu nama anak kucing budak yang berbadan kecil itu..budak kecik tu sanggat sedih pasal "dia: amti lemas

Monday, November 2, 2009

puisi hidup ku

bukan sebuah potret indah
untuk kau tatap sepenuh rasa
untuk kau puji setiap masa
untuk kau letak disingahsana
bukan juga sebuah arca

hanya sekadar satu prosa
tafsirnya bernada melankolik
tiada juga bait-bait madah
tiada juga indah puitis bahasa
tiada juga erti dan makna

mungkin juga hanya sebuah metafora