Friday, September 18, 2009

resah



resah itu mencampakku ke daerah
bernama sepi berteman gelisah
dari sudut hatiku yang parah
lesu sujud di atas sejadah
ku panjat bait-bait indah
kepadaNya ku berserah
segalanya ku pasrah
kurniaNya ku redha

Thursday, September 17, 2009

bas kilang ke bas keling

suatu petang di bawah pohon cempedak berhadapan dengan sebatang jalan kelihatan sekumpulan budak-budak duduk melepak. menghabiskan masa mereka sementara menunggu waktu senja sebelum mak-mak mereka mejerit pulang atau diperhambat dengan batang senduduk atau getah paip.

bawah pohon cempedak itulah tempat alterantif mereka melepak setelah pondok sri tanjung diambil oleh orang-orang tua kampung untuk bersidang selain dari kedai kopi. buka tak ada tempat lain cuma bawah pohon cempedak itu segalanya telah sedia ada dengan pangkin dan meja yang dibuat dengan tujuan untuk dijadikan tempat menunggu bas. memandangkan tempat menunggu bas jaraknya sebatu satu.

"weh sami..kau nak pergi mana lepak la dulu" tegur seorang budak yang tinggi lampai dikalangan kumpulan budak-budak itu.

"aku mau pergi ambil susu la mana lagi...tarak nampak ka ini tong susu banyak besar"..jawab sami sambil memberhentikan basikalnya dengan menyeretkan seliparnya di roda. sah basikal tak ada break la tu..

"sami...susu kasi aku sikit boleh ka..aku mau minum la itu hari susu kau bagi tarak manis la sami"...sampuk budak yang berbadan gempal.

"kau ada taruk susu manis ka hijau...lain kali kasi taruk susu baru manis itu susu"...balas sami

tiba-tiba sebuah bas berwarna biru lalu di hadapan budak-budak itu.

"sami, sami itu bas kilangkan"...tanya salah seorang budak dari kumpulan budak-budak itu.

"deiii.. man itu bukan bas kilang da..itu bas keling"..jawab sami

"apasal pulak bas keling..itu bas tulis kilang la"..budak yang tinggi lampai mencelah.

"kasi tengok itu dalam bas semua orang keling...semua ada hitam...itu bas keling la"..jawab sami lagi

"abis kau keling la sami sebab kau hitam"...sampuk budak yang bertubuh kecil molek dan yang paling kecil dikumpulan budak-budak itu.

"cittt aku India la bukan keling"...marah sami

"tarak sama ka sami...aku tengok sama ajer..yang dalam tu hitam kau pulak gelap"...kali ini dicelah pula budak yang bertubuh gempal yang sejak tadi hanya tersengih.

"tarak sama..aku india sikit atas dari itu keling..bapak aku cakap"..jelas sami tidak puas hati.

"bapak kau kerja mandur JKRkan sami"..soal budak yang tinggi lampai itu.

"tarak sikit atas dari mandur"..jawab sami lagi

"Oooo manager la"..kata budak tinggi lampai

"bukan-bukan sikit bawah manager"..jawab sami bangga...

"mannnnnnnnnnnn kau tak pergi mengaji lagi yer...dah sami kau jangan layan budak-budak tu... mampus kau dibuli nanti"...tiba-tiba ada suatu suara perempuan menjerit dari atas rumah.

"weh blah la kang kena hamun pulak...aku nak pei menggaji nanti jumpa kat masjid"..arah budak yang berbadan kecil sambil berlari menyeret basikal sebelum kena hambat pasal tak megaji.


P/S: sekarang sami sudah jadi doktor...cayala sami

Wednesday, September 16, 2009

cerita orang biasa-biasa

aku bukan seorang ketua kampung
banggun pagi minum di kedai kopi
cerita politik ngalah wakil negeri
anak buah masih menggali ubi

aku bukan seorang YB
baca akhbar tiap pagi
namun isunya masih tak mengerti
tok ketua masih di kedai kopi
pak nelayan jaringnya bocor lagi

aku bukan seorang pak menteri
keluar negara hari-hari
dalam negeri masih sepi
YB masih baca akhbar lagi
pak tani kebunya dilangar babi

aku cuma orang biasa-biasa
banggun pagi-pagi cari rezeki
masuk lambat kena maki
duduk rumah anak bini caci

aku cuma orang biasa-biasa
cukup tempoh buang undi
tok ketua masih di kedai kopi
YB masih baca akhbar lagi
pak menteri keluar negara lagi

aku cuma orang bisa-biasa
mengkritik bukan menderhaka
jauh sekali untuk membenci
cuma harap agar dihargai

aku cuma orang biasa-biasa
bukan tidak reti menghormati
cuma minta agar dihoramati
pada kuasa yang telah diberi

Tuesday, September 15, 2009

balik kampung oh ,oh balik kampung

"assalamualaikum mak...aman nie"...aku memberi salam sebaik sahaja deringan telefon di hujung sana berjawab

"mualaikumusalam...hah kau man kenapa"...segera dibalas oleh mak

"mak..saper yang dah sampai kat rumah tu"..tanya ku

"semua dah ada nie..ateh kau baru jer sampai dari JB.." balas mak

"aman mungkin sampai lambat sikit jalan jem nie"...kata ku pada mak walau tak ditanya

"apasal lak kau lambat..kau kat mana nie"..tanya mak lagi

"aman on the way nak balik kampung la nie...kat KL lagi nie"..jawab ku

"ehhh apasal ke sana lak kau pergi..bukan kau pergi kerja tadi"...tanya mak kehairanan

"yer la nie baru balik dari kerja la..jalan jem teruk nie"..balas ku

"bukan kau kerja kat melaka ker..yang kau pie KL buat apa"..mak masih kehairanan

"tak ada apa-apa sajer nak merasa balik kampung"..jawab ku dengan tidak bersalahnya

"kau nie buang tabiat ker apa...orang semua dah ada kat rumah yang kau pie ke KL buat apa.." mak meninggikan suara, mau tak orang lain dah sampai rumah aku pulak yang gatal-gatal ke KL dah tu petang raya pulak tu

"bodoh punya budak"...tiba-tiba ada suara menyampuk dari belakang

"kau nie gila ker apa, yang kau ke KL apahalkan dah stuck dalam jem"...si lawyer dah take over phone dari mak, nie yang aku malas nak layan..tapi walau dia suka marah-marah hakikatnya lawyer dan aku sangat rapat.

"hehehehe orang nak merasa balik kampung la"...jawab ku ringkas dan telephone aku matikan malas nak layan kang lecture dengan lawyer ni...

okay itu antara dilog ringkas aku semasa first time aku balik kampung satu masa dahulu. first time aku merasa bersesak di hiway bersama dengan ribuan kenderaan lain untuk pulang ke kampung tapi aku enjoy bila melihat orang lain tak sabar-sabar nak sampai kampung sambil melayan lagu raya...hehehehe terasa syahdu la pulak.

ya sepatutnya tahun itu aku memang sepatutnya betul-betul balik kampung beraya tapi hak aku itu telah dinafikan oleh dia pada tahun sebelumnya. tahun malang dan suram bagi seorang raja cinta dalam menyambut syawal. dan demi untuk memenuhi impian dan janji balik kampung masa raya maka aku tunaikan juga hajat hati biar itu kerja gila.

tepat jam 1.30 petang aku drive kereta dari office di Cheng Melaka menuju ke Shah Alam dan terus ke PJ sebelum menuju ke Sungai Besi untuk bersama-sama ribuan manusia dan kenderaan menuju ke selatan untuk balik kampung.
baru aku tahu seronoknya balik kampung cuma aku tak berteman raya tahun itu jika tidak mungkin lagi seronok rasanya.



p/s: baju melayu siap gantung kat belakang baru nampak real macam orang balik kampung untuk beraya.

Monday, September 14, 2009

learn to say no

satu hari yang sibuk hari ini rasanya lebih banyak menghabiskan masa di atas jalan raya berbanding di office hari ini. rasanya total hours aku berada ada di office cuma satu jam sahaja hari ini.

awal pagi rush ke KLIA untuk menyiapkan kerja yang tertangguh last week. pada awalnya tidak mahu pergi tapi memandangkan sudah tiada siapa lagi yang mahu ke sana terpaksalah gagahkan juga diri ini.

bila buat kerja dengan hati yang tidak ikhlas memang tidak menyeronokan. akibatnya kerja yang mudah menjadi susah dan memakan masa yang lama. otak aku jam hati menyumpah seranah. I should say no this morning since this is not my job, if the PIC can MC today and I should take MC too. senang sungguh mereka lari dari tanggungjawab, just make one phone call or sms "I am on MC today" that its.

wah MC masih boleh pergi klinik yer tapi tak mampu nak ke tempat kerja citt podah...asal isnin MC, bila isnin MC itu trend dah masak ler dalam kepala aku nie. tapi hari ini aku masih bersangka baik lagi mungkin kamu ke hospital or klinik nak check bila tarikh expired kamu kot maklumlah umur dah lanjut dah nak pencen...aku tak akan marah macam nie kalau tak nampak kamu di puchong sedang bershopping. just tell me the true may be I can consider it.

hanya kerana kau lari dari tugas I have to rush here and there today. rasanya aku drive kereta dah macam orang masuk rally tak pun dan macam driver F1. kalau setakat kereta Kimi or Lewis Helmilton sayur ajer aku overtake la hari nie provided mereka drive trough PIT lane la.

you know my friend from today onwords I learn to say no....unless really you need my help.


p/s: sorry guys...otak aku jem la pulak...looking for ice to cool it down.
ada sesiapa pernah tengok orang telan broadband tak...aku rasa macam nak telan ajer broadban nie...

Sunday, September 13, 2009

siapa harus kita dahulukan

selesai sudah sesi bershopping untuk anak-anak dan wife aku hari ini. harap tiada lagi rengekkan dari mereka bertanya bila mahu bershopping baju raya lepas ini. dari pagi hingga kepetang menghabiskan masa dalam shopping kompelks di shah alam, akhirnya berjaya juga mendapatkan apa yang dihajati mereka. namun aku tidak ada apa-apa yang hendak dibeli tapi itu tak penting yang pastinya baju melayu aku sudah siap walau saat akhir beli kain.

meredah lautan manusia memang amat aku tidak gemar, sebab itu biasanya tugas bershopping nie aku serahkan pada wife aku. manakala aku lebih rela menjaga anak-anak di rumah atau bawa mereka ke tempat permainan. namun hari ini ku gagahkan juga diri meredah lautan manusia yang berbagai rupa dan gaya.

memang banyak ragam manusia aku jumpa dan paling aku suka bila tengok pasangan melayu yang bercumbu macam tak tahu malu walau di bulan mulia. tapi aku percaya mereka berpuasa kerana tak oulak nampak mereka makan.

sesekali terpandang juga gadis melayu yang ayu dan manis sibuk memilih baju cuma rasa terharu bila tengok baju yang dipakai mereka itu. sungguh sopan sekali bila bertudung namun lurah bukitnya masih jelas kelihatan. lenggan mereka sungguh gebu putih dan mulus. bila bergerak ke belakang aduhai lagi sopan terasa seperti aku di kelas aerobik bila seluarnya lebih ketat dari spenda aku.

tidak kurang juga yang lelakinya berseluar tapi nampak bontotnya dan lebih bangga dengan subang dan rantai emasnya. ah mungkin mereka ada penyakit yang sukar untuk di ubati sebab itu mereka memakai tangkal sebegitu rupa.

pagi tadi baca blog sahabat perjalanan jauh, by Yusus Mujahidin sahabat yang tidak jemu dan gentar memperjuang dan mengembangkan islam di kalangan non muslim di malaysia. satu usaha yang murni dan tak ramai individu seperti kita mampu berbuat begitu. teruskan usaha mu wahai sahabat biar ramai yang mengkritik kamu angap itu sebagai satu cabaran dan pasti kau akan dapat ganjaran.

cuma aku tertanya-tanya di mana peranan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan yang mendakwa mereka memperjuangkan islam sedangkan kita semakin tenggelam. adakalnya aku terfikir siapa yang harus kita dahulukan dalam usaha mengembangkan fahaman islam ini.....


p/s:
kala ini aku teringat pada fransico bong @ muhammad dan tan kek wa @ muhammad hidayah....maafkan aku teman kerana tidak dapat bersama kamu semoga kamu tabah mengharungi cabaran sebagai saudara baru. semoga di syawal nanti kitakan ketemu kembali.