Friday, January 22, 2010

kasih sayang mana taruk

aku pinjam word nie dari brader yang baca puisi masa plore di CM bulan lalu. besar makna word nie pada aku especilly pada team paradoks.

aku dah lama tak baca surat khabar sealiran, tapi entah macam mana pagi ini boleh terbaca pulak surat khabar ini dan aku jadi marah dan sedih dengan berita ini



hati aku jadi sedih dengan makcik ini, aku tak tahu apa masalah yang dia hadapi dengan anaknya. dan apa pula masalah anaknya yang membuatkan dia bertidak sedemikian. walau apa juga masalah yang dihadapi tapi perbuatan anak ini amat aku tak boleh terima.

biar bertapa teruk atau hinanya ibu kita namun mereka masih lagi ibu, ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. ibu yang membesarkan kita dengan kasih dan sayang. ibu yang menghalalkan susu yang kita minum dari badannya ketika kita kelaparan.

ya mungkin kita berkata, bukan kita yang pinta untuk lahir ke dunia ini namun harus kita ingat tiada siapa dapat menentukan apa yang akan terjadi.

jika benar kita tidak minta dilahirkan ke dunia ini, mengapa tidak sahaja kita pisahkan nyawa kita dari jasad.



ini mak aku dan aku sayang mak aku, bila baca berita ini terasa aku ingin balik kampung sekarang juga, aku ingin peluk dan cium mak aku, aku ingin minta ampun dari mak aku atas segala kesalahan aku. kerana aku pernah terasa hati dengan mak masa aku remaja dulu.

aku ingin berterima kasih dengan mak aku, walau aku rasa aku bukan yang terpilih namun aku sedar mungkin itu perasaan aku sahaja dulu. berkat kasih dan didikan mak aku kini mampu berdikari, aku mampu menyara isteri bersama tiga orang anak yang aku kasihi. kini aku faham perasaan menjadi seorang ayah dan aku faham bagaimana menjadi seorang ibu yang sering mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

buat kamu yang bergelar perempuan kala kamu mengahwini seorang lelaki dan bergelar isteri maka terputus la hubungan kamu dengan ibu dan bapa kamu, benar kamu harus mematuhi perintah suami namun tidak bermakna kamu tidak boleh berbakti buat kedua ibu dan bapa kamu.

dan buat kamu yang bergelar lelaki kala kamu mengahwini seorang perempuan dan begelar suami maka bertambahlah tanggungjawab kamu. haruslah kamu ingat tanggungjawab kedua ibu dan bapa isteri kamu adalah di atas bahu kamu terutama bila isteri mu tiada adik beradik lelaki.

buat isteri ku, yang juga bergelar ibu ingin ku ucapkan terima kasih kerana kesabaran dan hormat mu ke atas ibu ku dan kasih sayang mu terhadap anak-anak ku.

buat mereka yang bergelar isteri, terima kasih aku ucapkan kerna kesabaran kamu dlam melayan kerenah mertua mu, harus kamu ingat hormat mereka sama seperti kamu hormat akan kedua ibu dan bapa kamu. dan pasti pengorbanan kamu adalah ganjarannya di kemudian hari...

dan buat lelaki bergelar suami, hormat la isteri kamu sebagaimana kamu menghormati ibu kamu.

Thursday, January 21, 2010

bukan semua orang bernasib baik

kita memang sering mengharapkan satu kehidupan yang baik dan bahagia selamanya, oleh itu kita sering berusaha ke arah itu tanpa mengenal jemu. namun kita jangan lupa disebalik usaha kita, ada faktor lain yang menentukan kebahagian hidup kita.

namun bukan semua orang bernasib baik seperti kita, jadi usahlah kita mencerca mereka yang kurang bernasib baik itu. kita tidak tahu apakah masalah yang menimpa mereka, mungkin mereka sudah puas berusaha namun takdir tidak menyebelahi mereka. angap sahaja itu ujian buat mereka dalam menjalani liku kehidupan ini. adalah lebih mulia jika kita yang mempunyai sedikit kelebihan ini membantu mereka dari terus mencerca. kerana tuduhan dan hinaan kepada mereka tidak akan membantu malah hanya membuat mereka berasa lebih terhina....


p/s: hidup ini ibarat roda bukankah begitu, ada masa-masanya kita akan ke bawah. dan harus kita ingat lagi tinggi kita naik lagi sakit bila kita jatuh

Wednesday, January 20, 2010

ah tak mengapalah

aku: harga gula dah naik lagi sekarang nie katanya nak kurangkan subsidi

dia: ah tak mengapalah....gula tak baik untuk kesihatan

aku: harga tepung naik lagi..katanya kerajaan dah tak bagi subsidi

dia: ah tak megapalah kita makan nasi bukan tepung

aku: harga ayam naik lagi katanya bekalan tak mencukupi

dia: ah tak mengapalah bukan kita makan ayam hari-hari

aku: harga minyak naik lagi, katanya kerajaan tak boleh tanggung subsidi

dia: ah tak mengapalah kita tak bawa kereta hari-hari

aku: gaji kita tak naik lagi tahun ini

dia: apa nak mati ke,tahu tak semua barang sekarang nie mahal, kita dah la gaji kecik, nak bayar kereta, rumah, anak nak sekolah, eh macam-macam lagi lah nak kena bayar. semua nak duit sekarang nie.

aku: ah tak mengapalah kita rakyat subsidi....undi kita saper peduli...


p/s: sudah empat tahun aku bekerja kat company ini, yang ownernya seorang cina, apa yang aku belajar biar satu sen sekalipun ia tetap duit dan selagi boleh claim mereka akan claim no free.......pada mereka no words tak mengapalah..

Tuesday, January 19, 2010

panas dalam salju

suhunya dalam bilik hanya 18 darjah celcius diluar hujan gerimis menambahkan lagi kedinginan pagi,kala orang lain berjeket menahan kesejukan aku berpeluh kepanasan. ternyata kediginan pagi itu tidak dapat menahan kepanasan emosi aku biar puas aku cuba mengawal perasaan ini.

kala yang lain hanya diam membatu tanpa sepatah kata, tunduk membisu mengiakan apa yang dikata biar hati tidak bersetuju. namun aku bukan begitu menurut tanpa hala tuju prinsip aku bukan begitu. yang benar tetap benar dan salah tetap salah bukankah mudah begitu, tak perlu nak berdalih tak perlu nak berdebat.

kita belajar terima hakikat biar yang benar itu amat menyakitkan namun itulah ubat, untuk apa menipu diri hanya sekadar untuk merasa gembira sedang hati berkata ianya dusta. kelak nanti kita juga yang akan merana kerana kebenaran lambat laun terbukti juga.

andai salah kita terima hukumannya namun itu bukan penamatnya yang penting kita belajar dari kesilapan agar tidak mengulanginya,jika tidak sia-sialah hidup ini.

tidak bersetuju bukan bermakna kita tidak boleh bersatu, tapi itulah cara kita membina hidup yang lebih maju. hidup ini memang penuh dengan alasan namun akhirnya kita juga yang akan buat pilihan untuk kedepan, kebelakang atau tunggu untuk mati.

dalam sejuk menahan kepanasan, mulut ku tidak boleh ditahan sesuatu harus ku katakan, yang terpendam harus diluahkan. agar aku tidak bercakap-cakap di belakang, biar semua mata memandang namun itu bukan penghalang.

kini aku yang rasa kesejukan sedang yang lain merasa kepanasan, lupa ku katakan kepura-puraan itu lebih menyakitkan.



p/s: adakalanya bos juga perlukan bantuan sebab itu kita di ambil bekerja kerana percaya pada keupayaan kita. apa yang perlu jangan ambil kesempatan pada kelemahan orang lain.

Monday, January 18, 2010

leceh betul la

"wa dah ada kat dalam McD"..mesej dari Aloy ke hp aku, masa tu aku dah ada depan dia pun, cuma aloy masih konpius antara dalam dan luar atau aku yang salah faham...hahaha mungkin patung boleh terjemahkan...

"dah makan ker..wa belanja"..aloy ofer aku, tapi aku biasa la malu nak pau student tapi kalau triple x yang ofer tadi aku belasah walau dah kenyang...

"aku dapat info dari A.K.O.D.O tadi, kita tak payah pie ker bangunan MBSA, cuma pie kat office yang dekat laman budaya tu, mintak kebenaran kat situ ajer"...aku menyampaikan maklumat kepada aloy seperti mana yang disampaikan oleh akudo pada aku sebelum aku bertolok jumpa aloy. akudo secara tidak lansung sudah menjadi seketeri..

"ada office ker kat situ"..aloy seperti kurang percaya

"kita pie usha dulu, menurut kata akudo office tu kecil ajer...kalau tak ada kita pie la MBSA"..cadang aku dan dengan tanpa membuang masa kami bergerak ke sana sambil di buntuti oleh triple x yang kurang bercakap dari tadi.

"bro kita parking kat galeri seni ajer la"..aloy memberi cadangan dan aku menurut ajer perintah, cuma parking penuh pulak di galeri, katanya ada pameran photographer dari student mana entah...

cari punya cari jumpa juga akhirnya dengan office yang dimaksudkan oleh akudo itu, memang tak besar officenya.

"bang tumpang tanya ini pejabat pengurusan tasik dan taman reakreasi MBSA ke"..aku bertanya pada seorang pemuda yang kebetulan nak masuk office tu.(ciss mamat tu lebih muda dari aku la)

"ya, ada apa" tanya mamat tu

"maaf ini waktu rehat ker" aku bertanya pada mamat tu bila mana aku ternampak seorang tangaci yang berbaju biru MBSA terngaga mulutnya tidur dalam office tu.

"ya jawab mamat tu" sambil tengok jam..yang pasti waktu itu sudah pukul 2.30 ptg, setahu aku orang kerajaan rehat pukul satu...tak apalah lupakan itu orang kerajaan la katakan

setelah aloy menjelaskan panjang lebar pada mamat tu akan tujuan kami ke situ, dengan selamba mamat tu cakap."maaf itu kena tanya kat pejabat galeri kerana kawasan tu di bawah pengurusan galeri"...merujuk kawasan yang aloy maksudkan.

"lagi pun sebarang permohonan kena buat di pejabat MBSA, kat sini kami hanya menyelengara sahaja"...sambung mamat tu lagi, aku sudah mula rasa geram kerana masa call pejabat MBSA mereka suruh ke office di situ, bila dah sampai lain pulak ceritanya. orang kerajaan la katakan

dengan hati yang bengang aku, aloy dan triple x menapak ke pejabat galeri dengan harapan permohonan di luluskan.namun jawapan dari kerani pejabat galeri masih sama tak boleh sebab ada majlis kenduri kahwin hari itu. katanya jemputan 1000 orang. bila aku tanya majlis habis pukul berapa, jam 6 petang jawabnya, so tak sempat nak buka khemah katanya. orang kerajaan la katakan mana boleh kerja lebih masa tapi kalau rehat terlebih masa no hal.

aku, aloy dan triple x buntu sekejap nampaknya terpaksa kembali kepada plan asal. hajat nak buat meeting tergempar tapi bila aloy ajak jumpa hafiz and aisyah kat rumah anai-anainya masalah jadi selesai seketika.

aku suka dengan cadangan aisyah dan kawasannya pun aku suka walau ada sedikit kesukaran, rasanya buat masa ini itulah kawasan yang menarik, tak tahu kalau aloy jumpa lagi tempat yang menarik....

apa-apa pun kita tunggu sahaja jemputan dari paradoks team untuk event mimpi yang akan datang nanti, yang pasti rugi kalau tak datang masa event ini....

Sunday, January 17, 2010

wasiat cinta

andai kau bercinta
bercintalah kau dengan sejujurnya
kerana cinta itu luas maknanya

andai kau berkasih
curahkan sepenuhnya kasih mu
kerana kasih itu tiada batasnya

andai kau menyangi
sayangilah sepenuh hati
kerana sayang itu penyeri

andai kau kecewa
kerana bercinta usah kau menderita
kerana jujur itu sukar dimiliki

andai kau kecewa
kerana bercinta usah kau membenci
kerana benci hilanglah rasa kasih dan sayang


p/s: kenapa aku jiwang hari nie gila ahhhh