Kerana kita masih lagi orang
masih belum mengenal manusia
manusia itu mulia sifatnya
orang itu berbagai ragam rupanya
Kerana kita masih lagi orang
selalu besifat cela dari yang mulia
namun masih lagi berbangga
dengan silap dan dosa
kerana kita masih lagi orang
silap dan salah amalan kita
bongkak dan sombong budaya kita
mulut berbicara ikut suka
akal yang mulia jarang diguna
namum masih tak terlewat menjadi manusia
kita yang masih lagi orang
selami hati insafi diri
mari kita sucikan dosa
rendahkan diri memohon maaf
sujudkan diri meminta ampun
kerana mereka manusia bersifat mulia
memaafkan itu amalan mulia
sedangkan Dia yang maha kaya
sentiasa ampunkan manusia
bersama kita bersihkan dosa
sucikan diri dari yang hina
atau kita manusia yang ingin menjadi orang
yang mana kita............
keluhan sang pencari sampah
aku orang yang mencari secebis rezeki,
secarik ilmu dari celah timbunan sampah
bukan untuk meminta simpati
tapi memohon keikhlasan di hati....
Tempatan Fest 2024
1 day ago