Monday, January 3, 2011

di waktu itu:.....mereka



tahun 2010 telah pun 3 hari berlalu meninggalkan seribu kenangan buat hidup ini. dalam kita kehilangan sesuatu kita juga ketemu pada sesuatu yang indah. lebih indah lagi bila sesuatu itu seperti tidak mungkin berlaku. biar sudah penghujung tahun baru ketemu namun masih tidak terlewat dari tidak bertemu terus.



Jika 14 tahun dahulu sejak aku kehilangan N aku rasa aku tak mungkin bertemu mereka ini. Mereka yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku dan mereka orang yang aku rindu. bukan sengaja meninggalkan mereka kerana rasa terkilan atau merajuk hanya kerana N tidak sama sekali. apa yang berlaku antara aku dan N tidak pernah terfikir untuk memutuskan hubungan dengan mereka tapi terpisah kerana jarak dan masa namun di hati tidak sekali aku lupa.



along 14 tahun dahulu hanya seorang seorang budak sekolah rendah yang tahu apa itu tanggungjawab dan terus kekal begitu sehingga kini. rindu along pada waktu kecil dahulu tika sama-sama bermain kejar-kejar dan sembunyi, bergelak ketawa lupa segala duka terubat segala derita. terasa seperti ingin mengalir air mata melihat kedewasaan along tika ini. saat berbicara kisah lalu tak terduga ianya akan berlaku, terima kasih along kerana masih menerima biar aku dan N tidak bersatu.



kak ngah, masih lagi comel seperti 14 tahun dahulu masih lagi periang dan nakal namun begitu menceriakan suasana. bagaimana aku hendak lupakan dia jika tiap kali ketemu pasti dia yang teruja paling suka membuli satu ketika dulu. manja kak ngah masih kekal sehingga kini cuma mungkin bertambah berseni dengan idea kreatifnya yang penting kak ngah masih sporting. cuma kak ngah perlu control selera takut nanti tak mampu nak dukung macam dulu.



abe, 14 tahun dahulu hanya kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa selain dari susu dalam botolnya dan permainan. tak sangka seorang kanak-kanak lelaki yang pernah aku basuh beraknya yang tidur di atas badan aku dan tidak lupa juga dia yang pernah buat bibir aku berdarah dengan penukul getahnya....huh lasak budak nie. tapi kini abe sudah dewasa tingginya mengalahkan aku. cuma hairan abe menjadi pemalu mungkin sebab along dan angah ajar begitu.



dan mereka berdua Nabila and Husna aku tak berkesempatan ketemu pada waktu itu, biar tidak mengenali mereka namun terasa seperti sudah lama bersua. mesra tidak terkata menerima aku tiada beza. mereka juga menceriakan hari-hari akhir tahun 2010 itu tahniah pada husna yang medapat 5A dalam UPSR lalu. rasa bangga dengan mereka semua kerana berjaya dalam pelajaran semoga akan terus berjaya.



dan buat kak ku terima kasih kerana masih sudi menerima diri dan keluarga ku ini sebagai sebahagian dari ahli keluarga mu. biar atas apa jua yang berlaku kamu sekeluarga ada tetap dari sebahagian hidup ini. mungkin dan dia (N) tidak bersama namun kita masih sekeluarga kerna itu ketentuanNya.....