pernah dengar pasal speed reading, rasanya dah biasa dengarkan, iaitu satu kaedah membaca buku dengan pantas tanpa ketinggalan isi-isi penting. aku pernah belajar kaedah ini dari cikgu aku masa aku in form 6 dulu, sebab kalau ambil form 6 nie ada banyak buku nak kena baca.
oleh kerana aku dah lama tak jadi student maka aku jarang baca buku lalu kaedah speed reading nie aku dah lama tinggalkan. tapi sejak aku terlibat dengan dunia blog nie aku kembali belajar menggunakan kaedah speed reading terutama bila melibatkan entry yang panjang-panjang.
tapi rasanya kurang sesuai untuk diaplikasikan di komputer, ini kerana speed reading memerlukan kita meletakkan jari kita dan membaca mengikut gerakan jari kita di sepanjang baris atau ayat. ( macam mana aku nak terangkan aku pun tak tahu ). tapi yang penting kita harus fokus pada setiap ayat atau perkataan yang penting sahaja dimana segala ayat atau perkataan yang tidak perlu kita harus abaikan. ( senang citer cari isi atau point ajer )
biasanya penulis buku, suka menulis dengan ayat yang melirik seperti membuat sebuah drama bersiri atau novel cinta agar buku mereka nampak tebal dan menarik, tetapi isi atau point hanya dua tiga kerat ajer.
setelah ada kenal pasti isi atau point maka catitkan atau buat nota supaya tidak lupa, dari nota ini baru kita buat ayat sendiri yang mudah kita faham. untuk lebih berkesan kita digalakan juga membaca summary dahulu atau sinopis bagi mendapat gambaran secara kasar tentang perkara yang diperkatakan atau diceritakan dalam buku tersebut.
p/s: speed reading amat berkesan pada mereka yang suka membaca dan rajin membaca, setakat baca blog aku tak ada faedah hahahaha
Lirik lagu Yang Ku Punya - Hazreen Amreena
11 hours ago