Friday, February 20, 2009

Catatan Sedih Seorang Rakyaat.


Aku hanya serang rakyaat biasa dikalangan jutaan rakyaat yang terdapat dinegara ini.
sebagaimana mereka aku juga mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, mempunyai keluraga dan pekerjaan.
tidak ku sangkal bahawa negara ini aman dan rezekinya murah sehingga ramai pendatang berebut2 masuk ke sini mencari rezeki dan menumpang tuah.

Sesungguhnya ku katakan kemakmuran dan kemewahan ini datangnya dari rakyaat sendiri. Rakyaat yang tidak membezakan kaum, bangsa dan agama. Rakyaat yang sama-sama belajar dari episod sejarah hitam dahulu sedar akan pentingnya menjaga antara satu sama lain dan menghormati antara mereka.

Namun ironiknya ada diantara mereka dengan bangga mengatakan bahawa kemakmuran dan kemewahan ini adalah hasil usaha mereka. Sehingga mereka menjadi rakus dan ingin membolot semuanya malah mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya apa yang mereka miliki tidak terlepas ketanggan yang lain.

Lihat sahaja hari ini di dalam akhbar dan berita mereka sanggup melakukan semua perkara bagi menebus kembali apa sahaja yang terlepas dari tanggan mereka. Sedangkan pada masa ini negara sedang mengalami situasi yang ekonomi yang malap, beribu rakyaat kehilangan kerja.

Aku juga terasa akan kesan kemelesatan ekonomi ini, setiap hari tidur tak lena memikirkan masa depan anak dan isteri. Saban hari risau bilakah giliran aku pula diberhentikan kerja apa pula yang akan kulakukan selepas ini.
Setiap hari berkira berapa harus berbelanja dan berapa harus disimpan sehingga ingin membeli kek untuk hari jadi isteri pun terpaksa berfikir dua kali.

Namun apa yang mereka lakukan hari ini berebut akan kerusi, supaya mereka dapat duduk dengan selesa biar rakyaat bersila di atas tanah tak bertikar.

Wednesday, February 18, 2009

Cukai Buang Air Besar: Berita Harian

ADELAIDE: Penduduk akan dikenakan bayaran setiap kali menggunakan tandas mengikut cukai baru yang diperkenalkan bagi membantu menangani masalah kemarau.

Skim berkenaan akan menggantikan sistem sedia ada yang mengenakan bayaran kumbahan berdasarkan nilai rumah dan bukan keluaran sisa buangan air berkenaan.

Ahli unit penyelidikan ekonomi dan dasar, Jim McColl dan Profesor Pengurusan Air Universiti Adelaide, Mike Yong merancang memperkenalkan langkah berkenan di sini.


"Ia menggalakkan penduduk mengurangkan buangan kumbahan dan memendekkan masa untuk mandi, menggunakan semula air cucian mesin basuh atau menghubungkan air hujan ke tangki paip dalaman untuk mengurangkan kadar bayaran," kata Young.

"Malah, bagi penduduk yang tidak mengepam tandas mereka seperti biasa kerana kurangnya sisa buangan dihasilkan, kuranglah bayaran yang dibayar," katanya. � Agensi


Indah Water mungkin suka dengan berita ini............bolehlah lepas nie lobi gerombolan.
tapi satu aku hairan Indah Water ni, rumah kosong tak perpenghuni pun kena bayar bil.

Definasi Bogel

Sumber DBP:

bogel(bogél)1. tidak memakai sebarang pakaian, telanjang: dia dijumpai mati dlm keadaan ~; telanjang ~ telanjang bulat; bunga ~ bunga yg tidak mempunyai ranggi; 2. tidak mempunyai sebarang hiasan (di badan, di dlm bilik, di rumah, dsb): dia ~ saja, tidak ada satu pun barang kemas di badan; ruang tamunya ~ saja; berbogel bertelanjang: anaknya yg masih kecil ~ lagi; membogelkan menelanjangkan: dia ~ anaknya sebelum memandikannya; kebogelan dlm keadaan bogel.Kamus Dewan Edisi Empat

Merujuk kepada maksud bogel dari DBP secara ringkasnya tidak berbaju atau tidak ditutupi sebarang hiasan atau sehelai benang.

Persoalannya benarkah Eli berbogel seperti yang di siarakan dalam akhbar dan berita....
aku tak punyai bukti atau gambar yang dapat mengesahkannya, tapi yang aku nampak dalam berita cuma muka Eli yang sedang tidur.
..........menurut sumber yang pernah melihat gambar Eli, mangatakan waktu gambar Eli diambil beliau masih lagi berpakaian...Cuma tidak berpakaian dalam katanya...

Jadi berbogelkah Eli ????????

Tuesday, February 17, 2009

Siapa yang silap

Malaysiakini: Ali Rustam: Sewajarnya Eli letak jawatan Feb 17, 09 1:20pm

Aku tertarik dengan statement dari mamat ni....

"Ini juga sebenarnya satu pengajaran kepada rakyat dan diharap dalam piliharaya kecil DUN ini kelak, pengundi tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

pengajaran kepada siapa agaknya...........rasanya BN harus belajar lagi supaya mereka sedar bahawa rakyaat sudah bijak sekarang. Pilih BN seumpama memperbodohkan diri sendiri...rakyaat telah belajar dari kesilapan mereka dahulu dengan memilih BN.