Amah or Bibik or Maid
huh kecoh satu Malaysia bila Indonesia bekukan kemasukan rakyat mereka untuk bekerja sebagai amah or bibik or maid
kenapa ndonesia bekukan....
senang ajer alasannya kerana ada rakyat mereka yang bekerja sebagai amah or bibik or maid kat Malaysia nie kena dera.
disebabkan pembekuan itu ramai la rakyat Malaysia yang panik.
ada yang tak datang kerja pasal anak tak ada orang nak jaga
ada yang tak datang kerja pasal toilet tak ada orang nak cuci
ada yang tak datang kerja pasal rumah tak ada orang jaga
ada yang tak datang kerja pasal tak ada orang nak masak kat rumah
Kerana pembekuan juga timbul krisis rumahtangga
siapa patut jaga anak..laki bini nak kerja
siapa nak kemas rumah laki bini penat balik dari kerja
siapa nak masak pasal laki bini tak tau masak
siapa nak basuh baju laki bini alah kat sabun
siapa nak lipat baju lagi bini sibuk nak berparty
untung pembekuan ini kat siapa pula...
pertama sure kat amah, bibik or maid pasal gaji mereka dengar nak naik
tak cukup weekend dapat cuti lagi
kedua kerajaan Indonesia pasal duit kita habis kat negara mereka
Ketiga para perompak pasal rumah tak ada orang jaga tuan rumah sibuk bekerja..
Siapa yang jadi mangsa akibat pembekuan.
pasti semua tahu anak-anak yang jadi mangsa pasal tak ada orang nak jaga
sekolah entah kemana.
ibu dan bapa yang dah tua pasti kena hantar ker rumah orang tua pasal anak dan mertua kena kerja
bagi menggelakkan perkara ini terus berlaku maka Kerajaan Malaysia khabarnya telah merayu agar Indonesia pertimbangkan semula.
Tapi apa pulak cerita Kerajaan Indonesia bila ada rakyat mereka yang menjadi amah or bibik or maid yang mendera anak majikan tak cukup dengan itu curi harta majikan bawa balik Indonesia.
Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan Malaysia dengan kes-kes macam nie...
tak mengapa kita rakyat Malaysia yang baik hati.
aku senang dengan hidup aku yang tak ada amah or bibik or maid bukan tak mampu tapi aku rasa reletionship aku dengan keluarga lagi erat.
tak apa aku kena lipat baju...
cuci toilet tak jatuhkan imej aku...
basuh berak anak bukan masalah...
kemas umah aku dan wife walau selalunya wife aku hehehehe
makan masakan wife sama macam masakan mak aku...
so perlukah aku ada amah or bibik or maid..........