Ku nyatakan sayang
namun bagimu
sayang ku tak seluas lautan biru
ku bisikan rindu
namun bagimu
rindu ku tak seindah langit nan biru
ku lagukan cinta
namun bagimu
cinta ku tak seindah melodi shahdu
ku puisikan kasih
namun bagimu
kasih ku umpama angin lalu
ku gubah kasih,sayang, rindu dan cinta
namun bagimu
gubahan ku tak seindah karang di lautan.
jam menunjukan pukul 10.00 malam, hujan turun renyai-renyai aku masih lagi bersendirian di tepi pantai di pulau besar berteman deru ombak yang mengulangi pantai yang sama tanpa rasa jemu. Angin malam yang betiup beserta rintik hujan buat aku kesejukan. aku mengelamun otak membawa aku kembali kepada kenangan lalu menysuri saat-saat indah waktu aku dan N di U dulu. Kembali ke alam realiti aku merenungi diri dimana silap diri ku ini, aku mencari setiap sudut apa kekurangan yang aku tidak perasaan sehingga N minta dilepaskan.
"Man...N..sunyi di sini"..kata-kata itu bermain dalam mindaku..ya mungkin ini silapku . aku tidak memberi perhatian pada N. Walau setiap malam aku menelefon N namun mungkin itu tidak mencukupi mungkin N perlukan aku sentiasa disisi menemani dan berkongsi masalah pelajarannya seperti mana dulu. tapi aku tak mampu berbuat begitu jarak aku dan N membuatkan aku tak bisa sering bertemu seperti dulu. mungkin setakat berkongsi masalah dengan N di telefon tidak mencukupi, N mungkin perlu lebih perhatian dari ku. Mungkin aku terlalu fokus pada kerja ku sehingga aku jarang dapat bersama dengan N. walau aku meluangkan masa di hujung minggu bersama dengan N namun mungkin ini juga tidak memadai untuk aku memahami masalah N.
ya aku tahu ini mungkin silap ku...tapi aku harus bekerja untuk masa depan aku dan N. masa depan yang aku rancangkan agar N bahagia seperti mana yang aku janjikan. namun aku juga sunyi kala N tiada di sisiku untuk aku berkongsi masalah tempat kerja ku. aku juga perlu tempat mengadu bila mana aku sering di marahi boss ku walau itu bukan silap aku. tapi aku lelaki...lelaki tak perlu tempat mengadu dan lelaki harus kuat menghadapi cabaran. N seorang perempuan dan sifat perempuan itu lemah dan perlu teman kala sunyi.
"ya aku yang salah...N demi sayang ini aku terima kesalahan ini"....bisik hati ku. tak mungkin aku menyalahkan N dan aku tidak pernah salahkan biar atas apa yang berlaku dan itu memang sejak dari dulu lagi dan biar ia begitu.
"dik! tak nak balik ke darat ker"...tiba-tiba satu suara menegurku dari belakang.aku menoleh kelihatan seorang pakcik di belakang ku.
"dah 11.30 malam nie, feri dah nak bergerak jap lagi....pakcik tenggok kau kat sini dari petang tadi termenung tepi pantai"...sapa pakcik tu lagi.
"nie feri last ke pakcik"...tanya ku
"ya! nie yang last...kalau tak esok pagi la kau balik tu pun pukul 10.30 pagi."...jawab pakcik...sebenarnya pakcik ni la yang bawa feri tu aku perasan petang tadi.
"ramai ke pakcik dalam tu"...tanya ku
"tak ramai cuma kau dan pakcik dan tekong ajer...kenapa"..tanya pakcik
"tak ada apa-apa"..jawab ku, lega pasal tak ramai orang sambil berjalan menuju ke feri.
"yang kau nie dok termenung sorang-sorang dalam hujan tu kenapa...putus cinta ker"...pakcik feri cuba nak berborak dengan aku semasa dalam feri.
"pakcik kalau saya berenang dari sini boleh sampai tak ke jeti anjung batu tu...agak-agak berapa jauh yer"...aku cuba alih topik..walau dalam hati ada niat aku nak berenang dari tadi lagi.
"tak jauh, ada la dalam 15 batu..tapi kalau kau yang berenang memang boleh sampai."...jawab pakcik ada sedikit tersenyum
"boleh sampai yer pakcik nanti saya nak cuba la"...kata ku cubaan alih topik berjaya
"Boleh memang boleh sampai pun...sampai ajal kau la"....ciss jawapan yang merendahkan diri ku. walau aku ngah frust aku masih mahu hidup lagi...dan aku rasa jawapan tu macam perli aku jer.
lebih kurang 30 minit perjaanan feri sampai ke jeti anjung batu, suasana jeti sudah sunyi dan jam sudah menunjukan jam 12.00 malam. aku ucapkan terima kasih pada pakcik feri.
"kau tu terus balik rumah jangan nak meyimpang lagi"...pesan pakcik feri..macam tahu-tahu aku tak nak balik lagi.
sampai di rumah semua orang dah tidur fuhh lega rasanya kalau tak sure ada banyak soalan terutama dari mak, maklumlah keluar rumah petang tadi tak bagi tahu sesiapa. aku terus ke bilik air membersihkan diri dari air hujan dan tempias air laut rasa segar badan tapi pikiran ku masih buntu.
siap mandi aku capai telefon terus call N, dengan harapan apa yang kami bicarakan siang tadi hanya satu ilusi sesungguhnya aku masih berharap begitu jauh di suduh hati ku. aku berharap dengan panggilan aku ini dapat merubah segalanya. dengan pantas jari ku menekan nombor telefon rumah N sememangnya nombor itu telah pun ku hafal dari dulu lagi.
"hello.." suara perempuan menjawab panggilan ku tapi aku pasti itu bukan suara N tapi suara housemate N.
"N ada tak tolong panggil dia kejap"..pinta ku dari housemate N. housemate N juga satu U dan satu course dengan aku dulu
"Man...N ada kat luar dengan kawan dia"...jawab housemate N
"lelaki ker perempuan"...tanya ku walau dalam hati aku sudah tahu pasti dia
"ala dengan N****DIN..." jawabnya
"man...kau bergaduh dengan N ke dari petang tadi dia menanggis lepas dia call kau"...sambung housemate N.
"selalu ker N****DIN datang jumpa N"..aku tak jawab pertanyaan housemate N sebaliknya aku yang menyoal dia. dan sangkaan ku betul..cuma sedikit terkilan bila dia masih mampu menemani N di pagi hari.
"tiap malam dia datang...tapi N kata kau tahu"...jawabnya ikhlas
"Hmm tak apa kau tolong panggil dia sekejap"...pinta ku dan dari dalam talian aku denga housemate N menjerit memangilnya.
"Hello..man...maaf N di luar tadi"...tanpa di pinta N memberitahu.
"tak apa man tahu...N dah makan ker"...jawab ku walau aku tahu pada waktu itu sudah pagi nak makan apanya yang tak makan cuma aku sajer...aku makana angin laut petang itu.
"man...N minta maaf yer pasal petang tadi buat man susah hati"...masih bersuara hiba lagi...
"tak apa..man okay..so macam mana sayang masih dengan permintaan sayang petang tadi ke"...aku bertanya dengan harapan jawapannya seperti ku pinta.
"Ya..man, dia tak dapat lupakan N dan sanggup berjumpa dengan man sekiranya man mahu dan dia sanggup merayu dari Man"...dan suara itu berserta dengan tanggisan lagi.
"bagaimana dengan sayang pula...apakah sayang juga tak sanggup kehilangan dia"...tanya ku
"Man...tolong jangan tanya itu pada N...sesungguhnya hati N ini terlalu menyangi Man..tapi hati N juga sayangkan dia..N tak tahu..tolong jangan seksa hati N ini"...N menggis bertambah kuat..."sayang tak mungkin aku akan meyeksa hati mu..biar hati ku yang terseksa tika ini..aku amat memahami hati mu"...aku berkata dalam hati
"sayang..dengan berat hati ini man lepaskan sayang...demi masa depan sayang"...aku berkata lemah. aku tahu kala itu aku orang paling bodoh melepaskan apa yang telah lama ku miliki demi..akulah si raja cinta yang bodoh masa itu.
"mannn...ampunkan N..." semakin menjadi tanggisannya...perempuan tadi kau yang pinta dan sudah ku berikan seharusnya kau gembira.
"sudahlah sayang...jangan menanggis lagi..sayang tahukan man tak suka tengok sayang menanggis"..aku cuba memujuk
"N..tak tahu macam mana nak cakap dan macam mana nak jumpa man nanti"...untuk apa jumpa aku lagi.
"kita masih lagi seorang kawankan jadi tak perlu nak malu...dan man tak marah pada N pun..man tahu ini semua silap man juga"...aku tetap berusaha memujuk dan aku tahu bukan senang nak pujuk N.
"man..tak silap yang silap N...N yang bodoh tak pernah mengenang jasa, man dah banyak tolong N tapi N lupa semuanya, N tak tahu nak buat macam mana"...N masih belum reda dari tanggisannya
"sayang..apa yang man buat selama ini adalah ikhlas dan tidak pernah man minta balasan dari sayang itu sememangnya sayang tahukan"...kata ku agar dia tak rasa terlalu bersalah
"man..N tak tahu nak cakap apa dengan makcik dan pakcik...dan juga kat mek di kampung tentang perkara ini"..suaranya sedikit tenang.
"sayang tak usah risau pasal tu...nanti man akan fikirkan...sudahlah sayang pergi la tidur dah lewat nie esok nak ke kelas. dan man ada meeting esok di KL dengan boss". aku cuba minta undur diri..
dan pagi itu aku tak dapat tidur masih memikirkan bagaimana harus ku jelaskan pad mak dan abah serta keluarga ku dan yang paling penting bagai untuk aku melepaskan N dari masalanya....