mari kita rehatkan otak dari memikirkan perkara-perkara yang serius seperti cerita artis kawin hari ini esok cerai lagi. cerita sensasi artis kena tangkap pasal lalok or citer pasal pak menteri yang tak puas hati dengan jamban awam yang tak bersih. Huh dah 50 tahun memerintah masih tak boleh sattle lagi masalah besar nie.
apa kita pikirkan pulak perkara-perkara yang remeh yang selalu terlepas pandang oleh mata kita hatta mata para pak menteri atau penghulu kampung kita. Tapi bukan cerita pasal seorang seorang pemuda yang mati kat SPRM atau juga yang mati kat PDRM.
jangan risau pasal isu remeh ini esok lusa pasti basi. sedih betul bila mereka yang kita perlu percaya jadi benda yang paling tak boleh dipercayai.
Hari ini aku nak tanya pasal majoriti vs minoriti. benarkah yang majoriti itu selalunya betul dan perlu diutamakan dari yang minoriti. benarkah yang majoriti itu selalunya lebih kuat.Oleh itu semua perkara yang kita buat harus memberi faedah pada yang majoriti. jadi bagaimana pula dengan golongan minoriti apakah mereka dipinggirkan kerana mereka tak mendatangkan kesan. ( kecuali dalam undi pilihanraya )
Pernahkah kita terpikir bahawa mereka yang selalunya berjaya itu majoritinya datang dari mereka dalam kategori minoriti. Sejarah membuktikan bahawa islam berkembang dari pada mereka yang sedikit bilangan mereka namun mereka mampu menang dalam beberapa peperangan. Namun hari ini Islam mempunyai pengganut yang terbesar namum mereka adalah antara yang terlemah (tak payah pergi jauh tegok dalam negara sendiri).
Okay mungkin skop Islam tu terlalu besar maka kita kecilkan pada skop bangsa melayu di tanah melayu (Malaysia.. nanti ada cop aku rasis plak). Di Malaysia mereka yang berketurunan melayu (termasuk mamak,jawa,banjar dan sebagainya yang lebih dikenali sebagai bumiputera). merupakan penduduk majoriti tapi bila kita tengok dari segi kejayaan bukan dalam politik tapi ekonomi di mana majoriti kita. antara 10 yang terkaya di malaysia berapa orang yang dari majoriti dan berapa pula minoriti yang menjadi majoritinya.
okay aku stop sini takut nanti ada tak puas hati mati lak aku. cuma nak tanya di mana kita ingin letak diri ini sama ada di kalangan majoriti yang minoriti. atau sebaliknya.
....apa motif nie.....sat lagi lori sampah mari.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
salam..bro mamai,
saya tertarik dengan entri majoriti vs minoriti, yang saudara paparkan di dalam blog.
Untuk menjawab soalan ini, anaklaut terpaksa merujuk kepada TEORI ULITITARIANSME, yang telah diperkenalkan oleh JOHN STUART MILLS, seorang ahli falsafah Jerman ( 1784-1873 ).
Beliau menyatakan dalam teorinya, seandainya apa-apa perkara yang dilakukan dalam masyarakat sesebuah tamadun itu yang mendatangkan lebih kebajikan dan telah masyarakat secara MAJORITINYA menyokong sesuatu perkara, adalah dikira baik, untuk orang ramai. maka kita terpaksa menyokong.
Contoh: Perbuatan Mengugurkan Bom Atom di Jepun adalah tindakan yang paling tidak bermoral, namun, seandainya, dengan pengeboman bom tersebut akan dapat menamatkan Perang Dunia ke 2, adalah baik.
Walaubagimana pun dalam banyak hal, selalunya majoriti adakan diberi keutamaan dalam semua asepk masyarakt berbanding manoriti.
Dalam penentuan majoriti dan majoriti juga sangat berkait rapat dengan Teori Deontologikal yang dikemukan oleh Immanuael Kent, juga seorang ahli falsafah Jerman, yang lahir dalam tahun 1724- 1804)
Saya menggangap entri ini sangat menarik kerana entri saudara ini membuka perbincangan secara ilmiah dan percambahan minda saya di petang yang damai ini.
terima kasih bro, sudi singgah di anaklaut.
wasalam,
anaklaut
Syabas mamai. Aku setuju dengan kenyataan ko, majoriti yang berjaya berbanding minoriti yang berkaya.
Pada aku, there is something wrong somewhere.
Aku pernah terfikir nak publish post pasal 20 terkaya di Malaysia yang mana kebanyakan namanya adalah bukan bumi. Tapi aku tidak berani. (ISA menakutkan aku).
Syabas. Entry ni memang best.
sometimes when we win...we lose...
ps...aku masih disini...walau tanpa bicara...aku sentiasa ada...:-)
dlm bidang perniagaan, golongan peniaga adalah minoriti dan golongan pengguna adalah majoriti, di India tiada mngira bangsa ttp kasta dan diantara mereka ada yg trmasuk senarai trkaya di dunia...
minoriti dan majoriti akan ujud selagi ada usia dunia, apa yg penting dua golongan ini akan aman damai sekiranya dikuasai oleh keadilan Islam
tapi selalunya majoriti yang akan menang dan minoriti akan di pandang sepi...
betul gak kate tuan mamai nih... tanpa mino bagaimana nak jadi major... kankankan
samaada majoriti atau minoriti, dua2 penting
anaklaut:
bagus sungguh penyelidikan kau berkenaan teori dentologikal yang di perkenalkan oleh Immanuael kent tu aku dah baca lama dulu, dalam buku teori falsafah moden dan pemikiran lama. mmg satu buku yang menarik.
apa pun kita perlu fikirkan apa nasib yang minoriti rasanya
grunge:
bila pemikiran kita dan suara kita dihadkan oleh undang-undang yang kita rasa tak perlu tapi ujud mmg amat menyukarkan
patungcendana:
but all the time we lose hehehehe
masih menunggu bahasa puitis selamba mu
abgBro:
siapa yang akan mengimbangi mereka ini cuma itu persoalannya. jika semua masih ada kepentingna
sItEDI:
itulah lumrah hidup kita majoriti adalah priority
baginda reformasi:
bermula dengan kecil maka kita jadi besar bilah dah besar kekalkan kuat
aku mula le rasa kerdil nk komen...
xpe....lepas fokus pd pembacaan aku komen balik..hehe
tak de maknanya kalau majoriti kalau tak saling membantu....minoriti kecil tapi saling sepakat.
intan:
kalau kau tak komen hilang la seri lama aku nie
ber_uwang
sepakat membawa berkat harap jangan sokong membawa rebah.
biar kecil tapi bersatu aku setuju
majoriti vs minoriti menggamit fikiranku kepada amalan demokrasi, pokok persoalan benarke apa yg diamalkan oleh negara yg berlandaskan demokrasi itu idea pemerintahan mereka datangnye dari kumpulan majoriti, tidakkah yg membuat dasar dan yg memerintah adalah kumpulah minoriti.....fenin fenin
bg dalia MAJORITI tak semestinye KUAT..ni dah dibuktikan time Rasullah berperang dalam perang badar..pengikut Rasullah sket je..tp leh menang perang tu...
kadang2..pilihan majority x berkuality;)
*mamai..thx 4 da idea..bernas sgt!!
eny nk wat survey pasal recyclin kot 4 da research!!!
;)
wpon majoriti menang, pendapat minoriti tidak boleh diabaikan...
smua manusia ada hak...wpon die dari kelompok yg kecil
sat lagi lori sampah nak mai...
Aku sokong Baginda Reformasi
"tiada minor bagaimana nak jadi major"
dah..aku dah pening kalau baca banyak kali ni..huhuhu
noorlara:
lama aku tak nampak cik lara nie kau faham juga akhirnya
dalia:
sekarang sepatutnya lagi kuat pasal dah ramai betul tak
eny:
tak berkualiti pasal mereka pentingkan kuantiti.
good luck with your assingment
@tune:
aku setuju tiada siapa patut diabaikan
bropyan:
besar tul lori sampah depa antar
jaja:
aku pun setuju hehehehe
zia:
jgn pening mamai ajer ahaks
mamai aku berada di dalam golongan minoriti..golongan sedikit yang kuat berangan nak jadi kaye tapi tak kaye...kaya je aku mampu beli untuk makan bersama roti apabila tiba hujung bulan macam ni...kira aku ni miskin lah
ida:
kau golongan majoriti kot aku pun sama ajer...tapi kena usaha lebih supaya kita jadi minoriti yang majoriti
Bagi aku, maksud ko tu terlalu luas bagi pemikiran aku yang berada dalam golongan minoriti. Dari segi ekonomoney, aku dalam golongan majoriti. Aku masih berusaha untuk masuk ke dalam golongan minoriti itu. Tapi aku lebih suka masuk ke dalam golongan minoriti yang kuat ilmu agama...
Errrr...kalau ko tak faham, abaikan jelah...ahahaha
Post a Comment