Satu trip yang gagal pada 16 dan 17 Mei 2009, hari Jumaat 15 mei 2009 abang aku call kata trip ke one phantom bank on. Trip nie sepatutnya kami pie last month tapi batal pada saat akhir kerana yang pegang kuasa pun sibuk nak memancing dengan keluarga..
Tepat pukul 11.30 pagi kami bertolak dari Jeti Tanjung harapan menaiki boat oleh kerana yang pie kali ni ramai so terpaksa naik 2 bot, 14 orang satu boat so semua ada 28 orang....ramai tu dan aku dah mula rasa tak seronok pasal terlalu ramai sure bersesak masa memancing nanti...13 orang kira dah cukup baik...tapi nak buat camner aku cuma menumpang orang so ikut ajer la...
Ini salah satu boat yang digunakan...kami sampai ke one phantom bank tepat kol 12.30 tghari kira awal sebab cuaca baik dan laut tak bergelora. Dalam perjalanan aku tangok masing-masing dah excited nak mancing dan plan apa teknik nak guna...dari casting,bottom,trolling dan jigging semua nak dicuba...last aku tertidur syok pulak kena angin laut...
ini lah dia one phantom bank ianya adalah sebuah rumah api terletak ditenggah laut sempadan antara Malaysia dan Indonesia kalau boat terlajak kau orang tidur dalam rumah pasung Indonesia itu dah kira baik kalau tak jadi rezeki lanun...actualy ini rumah api yang baru yang bawah ni rumah api lama
Sebaik sampai saja masing-masing terus sediakan joran nampak sanggat tak sabar nak mancing, aku dan abang aku terus pie ke rumah api sejukkan badan dengan aircond lepas tu mencari makanan dan tolong masak untuk lunch. kat rumah api nie ada dua penjaga dan satu orang navy dok mengawasi rumah api nie...
ini adalah antara deretan joran....28 orang seorang bawa 3 joran kecuali aku 2 batang joran. So berapa banyak joran semuanya cukup untuk menggelilingi rumah api ini. Tu yang buat aku tak ada mood nak pancing...dan sudah seperti yang aku jangka mmg akan ada masalah, bila kerap kali tali bersimpul dah tu berebut-rebut nak mancing..
Dari pagi sampai petang belum ada seorang pun dapat medaratkan ikan yang bersaiz besar malah selar dan tamban boleh dikira berapa ekor....masih tak putus asa ini lah sifat seorang kaki pancing sabar....woi!!! dah mahgrib tak tau nak berenti dulu ker
Aktiviti malam hari cari umpan dengan mencandat sotong dan mencari todak hajat hati nak pancing alu-alu...malang sekali sotong dan todak tak mahu timbul boleh kira berapa ekor yang dapat dah tu berebut pasal masaing-masing nak umpan...paling tak best malam tu aku dah hampir berjaya mendaratkan seekor alu-alu tapi disebabkan tali pancing yang bersimpul dengan orang lain ikan yang dah depan mata terjun kebawah semula...pendek kata malam tu ramai yang kempunan pasal banyak tali yang putus. Tido lagi baik...
aktivit sebelah pagi mood nak mancing tak ada aku ambil gambar nie demi mengagumi kebesaran ilahi...dalam tak ada mood dapat juga naikkan tamban dan selar dua tiga ekor ( aku saja tak ambil gambar malu ikan besar tapak tangan ) cukup buat lauk lunch nanti...
aku dah kemas joran malas nak memancing rasa seronok dah hilang lagi pun dah nak balik walau yang lain masih belum putus harapan, aku tengok kapal lagi baik....
17 mei 09 tepat jam 11.30 pagi kami bergerak balik.....masa dalam boat semua muka layu dan letih ikan tak dapat tak ada sesiapa nak berborak..cuba kalu dapat ikan besar tentu cerita sampai kat darat tak habis punyer....dalam dok diam tetiba abang aku bersuara patut la tak ada ikan air "mati" salah haribulan dah....air mati maknanya laut tak berarus dan ikan jadi pasif...dalam hati aku berkata dah balik baru nak tengok haribulan....anyway trip ini akan berulang lagi one phantom bank bulan tujuh kami kembali selama seminggu trip gagal harus ku tebus....
Ibu bapa, elak pilih kasih dengan anak-anak
16 hours ago
14 comments:
wah seronok mancing..best2
gagal kali ni
jangan putus asa
usaha tangga kejayaan
cuba lagi lain hari..
hehehe..
eliza:
memancing mmg seronok paling seronok bila kena ikan tu melawan tak boleh nak citer.....ya aku akn cuba lagi dapat ikan yang best2 aku antar rumah kau
ok hntar ikan yg betul tau...bukan gambar ikan ja...hehehe
Ngaaaa...ko hantu memancing ropanya...kekeke. Alaaa...tak dapat ikan besar tu kira adat la tapi yang aku tak tahan nak gelak, dah balik baru nak tengok kalender...ahahaha
Aku nak kirim ikan kerapu dari ko la untuk trip bulan 7, bley? hehehe
ahh...aku dah tau tempat tu...apa ra beb....tak roger gua...tu pasal badacuda lompat balik...
mancing dpt ikan ke 0rg?
adoi!......tak boleh jadi.nak pujuk cik abang gi mancing jugak ni
Eliza:
kau kena tunggu bulan tujuh baru boleh antar ikan hehehe
Sulela:
aku bukan atu tapi suka mancinga jer...ada rezeki bulan tujuh aku antar kat kau
Pentoi:
best al lu dah tau so mau joint ka bulan tujuh nanti...satu minggu kita berkampung kat sana...sorry la last minit...tapi tak rugi lu tak pie mmg ikan tak ada..panas dapat la
Sha:
Sedih woooo dua-dua tak dapat..cuma dapat tengok ajer
Ida:
roger la gua kalau mau pie mancing aku nak ajak pentoi sekali
oit....
nih yang teman nak mengamuk nih...
miké pegi idak mengajak...
dah dekat 2 tahun teman ngidam nk ke one phantom bank nih...
takper takper...
uik... takkan talang pun tak naik... ko biar betui...
ko pernah gi mancing udang kat mercong?jom ikut ikut nanti...ni sekarang tak leh sebab kena tengok jadual dulu..mancing udang pun kena tengok jadual yang terpampang kat umah aku tu..udang kat sana.memang best..
dugong darat:
rilex bro kalau ramai nak pie aku boleh arrange kalau ada 13 orang cantik dah tu...mmg tak ada bro dapat sekor alu-alu jer tu pun kecil...air mati bro silap ari bulan dahhhh
Ida:
Aku tak pernah mancing udang kat sungai tapi kolam tu biasa la...macam best jer nanti roger al aku
bro, langit tak selalu cerah...bgtu juge dgn naseb pemancing..
ke ikan dah cerdik, mkn umpan jer mata kail dia tak usik?
hehe..
abgBro:
Betul bro langit tak selalu cerah masa sampai pun dah renyai-renyai...
pasal ikan nie dah pie sekolah maka aku akan buat ulangan dengan umpan yang lebih susah...
boleh...nanti aku roger join father aku gi mancing sungai,dekat muara..bawk enjin jer.tak pun leh guna pendayung.umpan cacing jer...senang kan?kalau takd apat udang ko boleh beli bawak balik.sekilo RM25 jer
Post a Comment