Monday, February 14, 2011
sekadar satu ingatan....
menjadi manusia ini memang tidak pernah ada mudahnya, hidup memang penuh dengan cabaran, hidup penuh dengan godaan. bila nafsu mengatasi fikiran sering sahaja yang dikejar tak kesampaian apa yang dikendong bertaburan.
mengapai bulan tidak pernah ada salahnya yang silapnya bila telupa pada bumi tika bulan ditelapak tangan. andai diri tidak tahan dilambung badai usah kau idam mutiara di dasar lautan. cukup berlabuh di pengakalan mengutip teritip di batuan.
hidup ini umpama meniti titian, keseimbangan harus diutamakan, andai tidak keruan maka tergelinjir dicerunan. mungkin hidup tidak banyak pilihan namun pasti ada sesuatu pada setiap bahagian.
kala melihat bintang berkelipan usah kau leka mengayam kaca ditangan, ini bukan bidalan tapi kenyataan agar menjadi tauladan. hidup bukan sekadar ikutan, tapi harus bijak mencari jalan, usah sesat dalam kesesatan, maka tiada guna segala sesalan.
waktu-waktu yang berlalu itu bukan untuk kau tinggalkan tapi untuk dijadikan pengajaran.kesilapan adalah lumrah kehidupan tapi usah jadikan alasan. ianya untuk kau perbetulkan agar tahu arah tujuan.
benar hidup penuh tafsiran, itulah gunanya akal dan fikiran, andai hilang pedoman ikatkan diri pada tiang iman. ingat hidup bukan bersendirian, jangan alpa pada gurauan, setiapa perkara ada batasan begitu juga dengan perbuatan.
andai hidup dalam kesepian usah kau tangiskan kerana itu hanya ujian, sekadar menguji ketabahan. benci dan dendam usah kau jadikan amalan, kerana itu kawannya syaitan. memaafkan itu satu pujian di dalamnya penuh ketenangan.
ini sekadar satu ingatan agar menjadi renungan. sebesar-besar kapal di lautan masih kecil pada pandangan. sebesar-besar manusia kita di daratan namun masih kecil disisi Tuhan.
p/s: aku bukan tuhan tapi hanya sekadar menjalankan suruhan. andai ia mnegores perasaan maka angap sahaja ini coretan picisan......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
salam...bro,
hidup memang penuh dugaan....
dan tabahlah dalam menempuh hidup ini..
apa khabar??
salam,
berhati-hatilah dalam menjaga hati kerana di situ letaknya iman, tumpahnya takwa...andai hati kita dicemari dosa dan noda, maka matilah hayat sekeping hati itu untuk bertasbih kepada-Nya.
(^_^)
"waktu-waktu yang berlalu itu bukan untuk kau tinggalkan tapi untuk dijadikan pengajaran.kesilapan adalah lumrah kehidupan tapi usah jadikan alasan. ianya untuk kau perbetulkan agar tahu arah tujuan."
btul2..
tu gmbar plore ye? macho je ats basikal. hehe
Salam Mamai,
lama sudah tidak ke sini. Ape khabar?
Salam Maulidur Rasul utk kamu sekeluarga yep!
xD
kalau kita berdiri di atas bumi, memang nampak dunia ini besar.
tapi kalau kita berada di bulan, kita akan nampak dunia ini kecil sahaja.
hanya dgn satu kata maaf ..
peLbagai perkara b0Lay diseLesaikan .. :)
walaupun sepi..Allah tetap setia menemani kita..
:)
biarlah beringat sebelum lupa..
t.k atas peringatan
hai, apa khabar.. salam maulidur rasul, btw i like this post.. ayat yang boleh membuat saya berfikir..
salam maulidur rasul...
salam kenal dan salam ziarah, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!
uncle...baca surat cinta ke tu...hehhehe
Mamai..... salam sahabat semoga bahagia selalu
aku kagum dengan orang yg pandai puitis2 ni...
picisan yg memberikan maksud yg mendalam
salam
memaafkan memang sifat terpuji tapi kadang-kadang kak rose sendiri payah nak maafkan orang yang pernah buat silap, tu satu keburukan pada diri akak yang susah nak lupus
assalam.. dugaan sbg guru buat kita supaya kita tahu mna kelemahan kita :)
salam en.mamai.. srius, da lm sungguh sy x komen apa2 d blog ni.. moga terus bkeyakinan dlm khidupan ni..
itulah bezanya kita dengan haiwan, iblis mahupun syaitan. kita manusia ini sentiasa ada batas yang menghalang dari bertindak keterlaluan melepasi peraturan dunia apatahlagi Quran dan Al hadis
salam singgah..
perlu sedar akan kedudukan kita sebenarnya
panjang gila bro mamai tulis! apa2 pown nak komen pic je macho hahah lain darit xleh nak komen xbaca hahah!
salam...bro mamai.
terima kasih singgah blog saya..
:))
sungguh mendalam dan puitis...tp setiap satu kehidupan itu ade maksud tersendiri
>>____<<
mmg menangkap
terbaikk bro mamai
sekadar ingatan dari picisan
buat si picisan lain
yiihaaa
setuju .. orang yang cerdik itu bukanlah orang yang tak pernah melakukan kesalahan tetapi adalah orang yang cepat belajar dari kesalahan.
kawan,,
sorry aku lama tak balas komen..aku sihat mcm tu lah..keep maintain medication..aku dah totaly resign from dunia hotel..running a small bzness with my sister..insyaAllah..bsnez kecik2 je..how are u and family..ym aku memang jarang on..hope to chat witn u soon.. :)
aku tak lupa kau mai.
Post a Comment