Friday, September 30, 2011

selamat tinggal

langkah kaki makin longlai
dengup jantung makin kencang
nafas semakin lelah
pandangan kian kelam
pendengaran kian kabur
pancaindera kian mati
kudrat ku tinggal sekerat
yang tinggal hanya semangat
maafkan aku wahai kawan
andai diri rebah sebelum ke penghujung jalan
yang tinggal teruskan berjalan
selagi matlamat belum tercapai
ku iringkan doa untuk kejayaan
bersama ucapan selamat tinggal


p/s:..jika hidup mengejar impian jangan kau mati sebelum ajal

Thursday, September 8, 2011

telan

nak ku telan takut mati
nak ku luah takut mati
nak ku simpan tak sampai hati

ada persoalan dalam diri
ada jawapan sedang dinanti
ada hati yang terluka nanti
atau
ada diri yang mati....


p/s: bila dalam situasi aku lebih suka telan kerana aku akan mati bersamanya....

Tuesday, August 9, 2011

Bila ada peluang


Kita sering marah bila ada yang mengambil kesempatan dari peluang yang ada sehingga kita rasa ia menjejaskan dan menghina kita.

kita tidak pernah nak marah bila kita sendiri membuka peluang itu pada orang lain, malah kita sendiri tak pernah terfikir untuk merebut peluang yang sememangnya hak kita...mengapa ya.

bila satu pihak nampak peluang yang terbuka dari kelalaian pihak lain atau ketidak sungguhan pihak satu lagi. maka itu bukan salah mereka tapi salah kita.


P/S: Aku selalu percaya bahawa ISLAM itu bukan untuk sesuatu kaum atau bangsa tapi ISLAM itu milik semua. dan aku selalu percaya bahawa ISLAM itu mudah cuma kita yang buatnya susah,

Monday, August 8, 2011

bazar Ramadhan

wah dah masuk hari ke 8 berpuasa untuk tahun ini..dan setakat semalam aku masih berjaya untuk tidak pergi ke pasar ramadhan, hari ini esok dan lusa masih dalam perancangan untuk mencapai objektif tidak ke pasar ramadhan..isnyaallah kalau segalanya baik aku berjaya.

Dulu-dula aku memang suka pergi pasar ramdhan dan memang saat yang dinantikan terutama masa solo la. sebab apa aku pie pasar ramadhan dulu hahahaha antara sebab utamanya

1. kat pasar ramadhan ada banyak makanan dan pilihan dengan harga yang berpatutan
2. kat pasar ramadhan peniaga-peniaganya semua baik-baik belaka, kalau last minute sure ada diskaun tak pun bagi percuma (sedekah)
3. kat pasar ramadhan peluang untuk aku jumpa kawan lama
4. kat pasar ramadhan dulu aku pernah tolong mak angkat aku berniaga
5. kat pasar ramadhan yang bestnya ada ramai awek cun nak pulak student kolej.tapi masih lagi ada sopan dan malunya
6. kat pasar ramadhan ada awek yang jual nasi ayam cun dan aku cuma dapat tengok dia setahun sekali ajer....

itu dulu la dulu zaman aku masih belum nak berapa menjadi orang, zaman aku lebih suka menjadi curang, curang pada diri sendiri la...

sekarang (cuma tahun ini sebenarnya) aku mula nak boikot pasar ramadhan, kenapa aku nak boikot hmmm aku pun tak pasti tapi ini antaranya,

1. kat pasar ramadhan masih ada banyak makanan dan pilihan tapi pada harga yang tak perpatutan.
2. kat pasar ramadhan nilai sedekah tu dah kurang pada para penianganya.(tu yang aku rasa walau tak semua )
3. kat pasar ramadhan susah dah aku nak jumpa kawan lama ( mana tak semua jenis berbuka kat hotel )
4. kat pasar ramadhan mak angkat aku pun dah tak berniaga lagi dah..(wah rindu sama dia)
5. kat pasar ramadhan masih ramai awek yang tak bestnya masih bertudung tapi masih lagi nampak gebunya...(lu pikir la sendiri)
6. Kat pasar ramadhan masih ada lagi awek jual nasi ayam tu tapi la nie dia dah tak berapa nak cun. dan yang pasti laki dia tu musuh aku dulu...

pergi pasar ramadhan nie selalunya membawa penyakit bak kata kawan aku penyakit sikit-sikit lama menjadi bukit.... mana taknya bila pie pasar ramadhan sure nak yang tu seringgit yang nie seringgit yang sini seringgit yang sana seringgit last penuh satu meja. kemudian pergi ke tong sampah akhirnya...

yang paling utama aku tak pie pasar ramadhan pasal aku rasa wife aku masak lagi sedap macam mak aku masak....so aku tak perlu nak pie pasar ramadhan.

okay that all antara alasan aku tak ke pasar ramdhan...disamping itu aku ingin menghayati makna puasa itu...sebab pada aku sekarang ini pada sesetengah orang puasa itu adalah merupakan satu pesta untuk makan...



p/s: masih rindu pada zaman kanak-kanak dulu bila mana waktu nak berbuka paling seronok bila dapat bertukar-tukar juadah dengan jiran....sekarang cuma dalam kenangan

Sunday, July 17, 2011

aku bukan melayu impian

maaf kerana aku tidak menjadi melayu sebagaimana yang kau mahukan. melayu yang hidupnya dalam tanggungan. melayu yang setiap dengur tidurnya dalam kekenyangan. melayu yang matinya dalam kebisuan.

maaf, aku bukan melayu seperti yang kebanyakan. aku melayu yang ingin mencari kebebasan. melayu yang bukan hidupnya dipenjara kemewahan, aku ingin jadi melayu yang berkata kerana kebenaran.

maafkan aku jika aku bukan melayu idaman. melayu yang hidupnya tunduk pada bangsawan, tapi aku ingin jadi melayu yang cendikiwan. malayu yang tahu menilai siapa kawan yang mana lawan. melayu yang mensyukuri nikmat Tuhan bukan berterima kasih pada kerajaan.


P/S: aku tetap melayu yang sayang bangsanya sendiri cuma aku tak mahu menjadi melayu yang tindas bangsa sendiri......kerana itu yang aku banyak belajar dari sejarah.

Saturday, July 2, 2011

telan

suka atau tidak terpaksa juga ku telan,terasa amat pahit sekali kalah pahitnya hempedu, tapi itulah dia kenyataan, kenyataan yang harus aku terima samada suka atau tidak kerana tiada lagi pilihan.

bak kata kawan ku ini takdir tuhan, segalanya ketentuan, siapa aku ingin mencabar tapi diri ini penuh dengan kelemahan. Bila emosi menguasai sukar untuk diri mengawal perasaan. bila kata-kata tidak lagi berbaur mesra tapi hanya kekecewaan.

mungkin aku harus mengundur mencari ketenangan dari terus menambah kekeruhan, biar la memendam agar reda segala kegundahan. hidup adakalanya kita tidak ada banyak pilihan, begitu juga dengan aku, cuma terlalu asyik dalam kealpaan. lupa pada diri alpa pada kedudukan,hanya menumpang pada sebuah perasaan.

suka atau tidak memang ini satu kenyataan mungkin masanya untuk aku perbetulkan segala kesilapan, mungkin juga harus ku lepaskan segala perasaan kerana itu takdir tuhan.........kamu benar wahai kawan aku yang dalam keduguan.

tuhan ku pohonkan agar Kau kurniakan ia segala kebahagian...agar mengecap segala impian.




p/s: mungkin harus kembali bersendirian...

Tuesday, June 28, 2011

bila hati tak lagi bererti

biarkan sahaja begini mungkin iannya lebih mudah, lebih mudah tidak memahami dari terus hidup dalam berteka teki. mencari jawapan tapi tak pernah yang pasti, menyeksa diri sendiri. kadang kala ingin sekali terasa untuk lari, lari sejauh yang mungkin menyendiri dari situasi.

namun situasi itu berada dekat dalam hati, lalu sejauh mana dapat pergi untuk menghidari hati sendiri, itu mungkin tidak akan terjadi. ingin sekali berharap agar dimengerti perasaan dan hati ini tapi tidak pernah dipuduli. terasa seperti diri mengemis simpati.

untuk apa berharap lagi kerana semuanya sudah pasti yang hati ini tidak pernah bererti. hidup memang begini bukan semua yang dihajat pasti dimiliki. selagi diri mampu berdiri cuba untuk tidak membenci.


p/s: andai hidup terpaksa membakar diri biarlah begini

Sunday, June 12, 2011

first Impression

apa yang silap tentang first impression kita adalah selalu membuat andaian yang buruk atau terlalu baik tentang sesuatu perkara. terutama pada benda yang baru kita jumpa atau bakal kita jumpa....

....turun naik flight membuat aku rasa sangat penat, enam jam dalam flight dari KLIA ke Beijing sangat membosankan cuma bertuah bila dinaik taraf ker business class (mungkin sebab kekerapan aku terbang ke beijing)..

first impression bila duduk dalam business class ni rasa macam best, tapi memang best pun bila kita diutamakan dari segala segi, tapi bila terbang pada malam hari amat rasa amat terganggu bila tak boleh nak tido dengan lena, bila mana tiap kali aku tidur paramaugari yang cun datang menggangu, dia tolong selimutkan, tolong hantar minuman tiap jam, tolong tengok aku selesa ker tak, hmmmm rasa macam nak ajer aku suruh dia tidur sebelah aku tu, lagi pun seat kosong. dari dia bersusah payah pergi balik tiap jam.

kalau kat economy class memang aku tido memanjang dari tanpa orng kacau pun, ada tak ada bila ada group pelancong yang excited bercerita nak ker Beijing, tu nak pie sana nak pie sini nak beli itu nak beli ini. mungkin itu pertama kali mereka datang Beijing kot so first impression memang la gila best. rasa macam aku nak plaster ajer mulut tu. Macam la aku tak ada impression macam tu masa mula-mula datang dulu.

cuma sekarang nie aku dah rasa boring tiap kali datang ker Beijing rasa macam terpaksa berbanding rasa teruja. memang first time dulu rasa macam tak nak balik tapi bila dah kerap macam nie rasa nak balik ajer.

duduk kat apartment sorang-sorang memang amat membosankan nak pulak waktu malam, saat orang semua bersama isteri dan anak-anak, dan aku beseorangan mengadap TV yang satu apa aku tak fahama walau ada banyak Chanel. now aku faham kena VP aku selalu ajer kerja bila dia ada kat Beijing hantar email tak kira siang, malam, pagi dan petang. Nampak gaya aku pun dah berjangkit penyakit dia bila ada kat Beijing nie.

First dulu bila dapat kerja nie rasa memang amat seronok dapat berjalan sana sini tapi......rasa lebih seronok bila keluarga ada disisi.

namun demi keluarga aku harus, mungkin bila ada peluang lain aku akan grab it...tapi rasa dah tak larat nak pindah kerja selalu. all the time bila aku masuk tempat kerja baru my first impression adalah tempat tu memang baik.....kecuali di Healwell first impression aku ada seperti yang aku rasa.its "House of Hell" instead of "House of Healin"....its prove me.



what is your impression tentang buah nie...ceri yang merah, aku suka tapi tak seperti yang aku bayangkan.



tapi aku masih mampu makan dengan banyak, walau perut memulas.....


p/s: apa yang kita sangka itu selalunya tidak seperti yang diharapakan....

Tuesday, May 31, 2011

Jalan Mati



pilihan apa yang ada lagi ditangan
diluah mati apa lagi ditelan
kesal itu bukan lagi pengertian
tapi hanya sekadar satu keluhan.

lalu apa yang harus difikirkan.
bila dulu akal kau lemparkan
dan nafsu itu jadi pedoman.
sumpah itu dulu sekadar mainan
kini menanti hanya balasan

dulu kau bangga jadi jagoan
tiap yang lemah jadi cacian
tiap teguran kau angap penghinaan
dan pujian itu satu kegilaan

bila tiba dipenghujung jalan,
kaki tak lagi mahu kedepan
bahu tak lagi bisa menampung beban
mengigil segala angota badan
kini diselubungi ketakutan

kini kau dipenghujung jalan
takut dibayangi kesilapan
lalu apa lagi erti segala pujian
dengan harapan agar dilepaskan
kerna kini kau kenal siapa Tuhan....


P/S: bila hidup ini tiada lagi pilihan baru kita sedar rahmat tuhan.....

Tuesday, May 24, 2011

second chance

hidup ini memang tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan kesalahan, dan memang itu lumrah kita sebagai manusia. kerana manusia itu tidak sempurna (bukan untuk aku jadikan alasan).

setiap kesalahan pasti ada hukuman, dan hukuman itu demi keadilan berat atau tidak bergantung pada kesalahan.

namun dalam hati sering bertanya apakah hukuman paling berat yang pernah kita jatuhkan...

andai kita tidak pernah memberi peluang kedua untuk mereka memperbaiki kesilapan dan rasanya itulah hukuman paling berat yang kita pernah jatuhkan.




p/s: berikan aku peluang untuk memperbaiki diri dari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. masih belajar dari kesilapan

Saturday, May 21, 2011

Bicara kata



berbicara cara kita menyatakan perasaan kita. berbicara itu cara kita meluahkan rasa hati. ada kala bila berbicara tak perlu berkata-kata, mungkin cukup dengan riak muka dan gerak badan. andai berbicara dengan kata-kata maka jaga tutur kata awasi lengok bahasa agar tiada yang terluka atau tersalah sangka. kelak nanti mengundang bencana berdendam rasa atau mungkin menyimpan rasa kasih dan sayang.

selalu kita berasa bila berbicara kita yang utama lebih banyak berkata-kata dari mendengar kata. itu bicara orang berada atau juga orang siasah yang sering bikin orang susah.

bila berbicara jangan terlalu meninggi suara, jangan terlalu takbur berkata-kata kelak nanti orang kata bodoh tak terkata.

bicara kita biar yang biasa-bisa tapi penuh bermakna kerana itu nilai budi kita, biar jangan ada yang terluka tapi tidak juga kita yang memendam rasa.

lebih elok kalau kita berfikir sebelum berbicara jangan terlalu diikut hati yang lemah. kerana bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata nanti maaf tiada berguna.





p/s: biacara hati, maaf andai ada bicara ini yang terguris hati jangan disimpan kerana aku telah lama mengerti

Thursday, May 19, 2011

window seat



"window seat please"....itu yang aku pinta,"let me check sir"..sambil tersenyum dan senyuman itu sungguh menawan. lalu dalam hati berkata cantik-cantik staf perempuan yang kerja kat kaunter MAS ni. anyway cantik tu subjective, mungkin pada aku cantik pada orang lain tak cantik. untuk tidak menyusahkan diri aku mengambil kesimpulan semua perempuan itu cantik dan ciptaan tuhan itu sememangnya cantik...

ok biarkan perkara cantik itu di situ, apa yang aku nak cerita adalah perkara lain tapi mungkin ada juga bekaitan dengan cantik.

di "window seat" aku memandang keluar setiap kali burung besi berlepas terbang, melihat apa yang aku tinggalkan di belakang. mengenang kembali waktu yang telah berlalu, mengimbas setiap apa yang telah berlaku dalam hidup ku. tidak pernah terfikir akan terbang sekerap ini meninggalkan anak dan isteri. Tapi waktu itu 6 bulan yang berlalu sewaktu aku menerima kerja ini aku tidak banyak pilihan.

sebulan menjadi penganggur memang perkara yang amat perit dan payah dalam hidup ku. lebih payah bila melihat masa depan anak-anak dan keperluan isteri yang sarat mengandung waktu itu. hati tidak pernah tenteram akal ligat berfikir dan usaha tidak pernah kenal erti jerih.

lalu bila rezeki datang aku tidak menolak, aku terima dengan rasa syukur kerana tuhan itu penyayang. dan kerana itu aku redha biar kali ini aku terpaksa dan kerap berjauhan dengan keluarga.

dan bila burung besi itu sudah berada selesa dia udara, dari "window seat" aku memandang ke bawah. melihat bertapa indahnya kehijauan bumi dan birunya laut ciptaan tuhan. lalu berfikir untuk apa tuhan ciptakan ini semua dan untuk siapa diciptakannya. mungkin kerana ada insan yang bernama manusia tidak faham untuk apa ia dijadikan lalu bumi tuhan diratah untuk memenuhi tuntutan nafsu.

merenung kelur dari "window seat" melihat kepulan awan yang putih dan lembut indah dan bersih, namun siapa sangka bisa menggegar burung besi yang gagah membelah angkasa setiap kali merempuh gumplan awan lembut itu. dan adakalnya awan putih dan lembut itu bertukar menjadi kelam dan berat tanda ia marah tapi pemurah. memaksa burung besi terbang ke tepi, dan aku belajar lagi yang lembut itu gagah sebenarnya.

dari "window seat" aku memandang ke hadapan melihat apa yang menanti, ku lihat hanya kelam dan kosong. tapi aku pasti aku menuju pada satu destinasi, cuma aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuhi dalam perjalanan ke destinasiku.

kini ku sedar mengapa tuhan tidak beritahu kita apa yang akan kita tempuhi dalam meniti hidup ini, tapi tuhan berikan kita akal dan hati untuk kita mengemudi hidup ini. kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

di "window seat" aku merenung diri, apa yang telah aku lalui, sedang aku lalui dan bakal aku lalui....terasa ada air mengalir sejuk di pipi,


P/S: melihat dunia dari atas depan dan belakang, apa yang kita nampak itulah diri.

Monday, April 18, 2011

Dedicated to: Hujan Balik Ke Langit




Permulaan perkenalan dengan dia semasa di events MIMPI PASAR MALAM oleh PARADOKS. pertemuan tidak pernah dirancang dan tidak juga aku pernah mengenalinya. Cuma dia hadir kerana untuk bertemu kenalan blogernya PATUNG CENDANA.

Perkenalan yang singkat ini terus membawa dia insan yang istimewa sebagai salah seorang dari ahli keluarga kami. Lalu gelaran Kak Long diberi mungkin kerana aku dan isteri tiada anak perempuan. dan yang lebih penting anak-anak amat menyenangi dan menyanginya.

Hubungan Kak Long dan isteri ku yang lebih senang Kak Long panggil dengan panggilan umie membuatkan mereka amat akrab dan mungkin juga kerana itu "umie" dapat merasakan derita dan kesakitan saat kak long pergi.

..........................apa yang dapat aku katakan dia amat istimewa dalam keluarga ku, Kak Long sifatmu amat meyenangkan kami. Dan kamu sebagai seorang muallaf yang hanya baru beberapa tahun mengenal islam. namun Kak Long jauh lebih baik dari sesetengah mereka yang hanya islam dalam keturunan.

Kak Long, pemergianmu tidak terduga belum puas rasanya untuk umie, papa dan adik-adik berkongsi kasih sayang dengan kak long. Biar kita tidak sedarah namun kak long tetap istimewa dalam keluarga kita.

Sesungguhnya saat melihat Kak Long terbaring kaku di Hospital terasa kaki papa tak mampu lagi untuk berdiri. Bila kala penutup muka Kak Long dibuka papa pejamkan mata berharap itu bukan Kak Long. Papa berharap Kak Long hanya tidur untuk berehat kerana papa tahu kak long sanggat penat.

Namun kami redha dengan pemergian Kak Long dan kami akan sentiasa merindui Kak Long seperti hari-hari yang dulu. Doa kami akan sentiasa mengiringi Kak Long agar akan sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Maafkan papa Kak Long kerana terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk ketemu Kak Long walau kita berdekatan. Kerana papa yakin dengan kekuatan Kak Long, papa yakin dengan semanggat Kak Long, yang mampu menghadapi segala dugaan.

Terima kasih Kak Long kerana hadir dalam hidup kami, kerana memberikan kami kasih sayang Kak Long biar sebentar cuma namun ianya amat berharga buat kami.

Sayang kami pada Kak Long selamanya.....selamat beristirehat Kak Long dan isnyaallah DIA akan memelihara Kak Long sehingga kita semua di kejutkan nanti.....

Dan setiap kali HUJAN TURUN PASTI BERSAMANYA RAHMAT DAN HUJAN TELAH KEMBALI KE LANGGIT....AL FATIHAH


p/s: Nur Qistina Reny bte Jelani insan istimewa ikuti perjalan hidupnya sebagai Muallaf.....

Sunday, March 6, 2011

yang ingin ku tuliskan

penat sudah memikirkan keadaan ini, sampai bila akan ada kesudahannya, sampai bila harus bermain dengan teka-teki, sedang hati sudah lama pasti. ingin sahaja berkata-kata tapi berat lidah untuk mengucapkannya,berat hati takut mengundang bencana.

adakala cuba untuk sedaya-upaya untuk melupakannya namun tak terdaya, makin kuat dan nyata pada perasaan ini. keadaanya tidak sama kerana ianya berpunya bukan seperti yang dipinta.

terasa seperti ingin dilepaskan dari segala kenangan....dan biar dia mencari kebahagian.



p/s: segalanya sudah berlalu dan kenangan itu hanya sebahagian dari rencah hidup yang dilalui...doakan kebahagian

Monday, February 14, 2011

sekadar satu ingatan....



menjadi manusia ini memang tidak pernah ada mudahnya, hidup memang penuh dengan cabaran, hidup penuh dengan godaan. bila nafsu mengatasi fikiran sering sahaja yang dikejar tak kesampaian apa yang dikendong bertaburan.

mengapai bulan tidak pernah ada salahnya yang silapnya bila telupa pada bumi tika bulan ditelapak tangan. andai diri tidak tahan dilambung badai usah kau idam mutiara di dasar lautan. cukup berlabuh di pengakalan mengutip teritip di batuan.

hidup ini umpama meniti titian, keseimbangan harus diutamakan, andai tidak keruan maka tergelinjir dicerunan. mungkin hidup tidak banyak pilihan namun pasti ada sesuatu pada setiap bahagian.

kala melihat bintang berkelipan usah kau leka mengayam kaca ditangan, ini bukan bidalan tapi kenyataan agar menjadi tauladan. hidup bukan sekadar ikutan, tapi harus bijak mencari jalan, usah sesat dalam kesesatan, maka tiada guna segala sesalan.

waktu-waktu yang berlalu itu bukan untuk kau tinggalkan tapi untuk dijadikan pengajaran.kesilapan adalah lumrah kehidupan tapi usah jadikan alasan. ianya untuk kau perbetulkan agar tahu arah tujuan.

benar hidup penuh tafsiran, itulah gunanya akal dan fikiran, andai hilang pedoman ikatkan diri pada tiang iman. ingat hidup bukan bersendirian, jangan alpa pada gurauan, setiapa perkara ada batasan begitu juga dengan perbuatan.

andai hidup dalam kesepian usah kau tangiskan kerana itu hanya ujian, sekadar menguji ketabahan. benci dan dendam usah kau jadikan amalan, kerana itu kawannya syaitan. memaafkan itu satu pujian di dalamnya penuh ketenangan.

ini sekadar satu ingatan agar menjadi renungan. sebesar-besar kapal di lautan masih kecil pada pandangan. sebesar-besar manusia kita di daratan namun masih kecil disisi Tuhan.




p/s: aku bukan tuhan tapi hanya sekadar menjalankan suruhan. andai ia mnegores perasaan maka angap sahaja ini coretan picisan......

Wednesday, February 2, 2011

sekian lama



berselindung disebalik wajah
senyuman yang tersembunyi
kelat dan pedih di dalam hati
tidak pernah sekali dipeduli

bait-bait puitis sang puisi
bukan lagi penawar tapi racun di dalam diri
mengalir bukan lagi darah tapi nanah
menahan sebak di dasar jiwa

melodi syahdu bukan lagi pengubat rindu
tapi dendam yang membuak di dalam kalbu
penantian itu bukan pilihan
janji itu bukan untuk dikotakan

beralun lagu kemegahan
bergema setiap sudut alam
mengarak panji-panji kebebasan
yang lena usah dikejutkan

andai kecewa sebelum ke hujung jalan
lepaskan diri dari bebanan
biar mudah meninti titian
suratan indah itu takdir tuhan

sekian lama menanti
sekian lama membatu
sekian lama menjadi dungu.....

Monday, January 3, 2011

di waktu itu:.....mereka



tahun 2010 telah pun 3 hari berlalu meninggalkan seribu kenangan buat hidup ini. dalam kita kehilangan sesuatu kita juga ketemu pada sesuatu yang indah. lebih indah lagi bila sesuatu itu seperti tidak mungkin berlaku. biar sudah penghujung tahun baru ketemu namun masih tidak terlewat dari tidak bertemu terus.



Jika 14 tahun dahulu sejak aku kehilangan N aku rasa aku tak mungkin bertemu mereka ini. Mereka yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku dan mereka orang yang aku rindu. bukan sengaja meninggalkan mereka kerana rasa terkilan atau merajuk hanya kerana N tidak sama sekali. apa yang berlaku antara aku dan N tidak pernah terfikir untuk memutuskan hubungan dengan mereka tapi terpisah kerana jarak dan masa namun di hati tidak sekali aku lupa.



along 14 tahun dahulu hanya seorang seorang budak sekolah rendah yang tahu apa itu tanggungjawab dan terus kekal begitu sehingga kini. rindu along pada waktu kecil dahulu tika sama-sama bermain kejar-kejar dan sembunyi, bergelak ketawa lupa segala duka terubat segala derita. terasa seperti ingin mengalir air mata melihat kedewasaan along tika ini. saat berbicara kisah lalu tak terduga ianya akan berlaku, terima kasih along kerana masih menerima biar aku dan N tidak bersatu.



kak ngah, masih lagi comel seperti 14 tahun dahulu masih lagi periang dan nakal namun begitu menceriakan suasana. bagaimana aku hendak lupakan dia jika tiap kali ketemu pasti dia yang teruja paling suka membuli satu ketika dulu. manja kak ngah masih kekal sehingga kini cuma mungkin bertambah berseni dengan idea kreatifnya yang penting kak ngah masih sporting. cuma kak ngah perlu control selera takut nanti tak mampu nak dukung macam dulu.



abe, 14 tahun dahulu hanya kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa selain dari susu dalam botolnya dan permainan. tak sangka seorang kanak-kanak lelaki yang pernah aku basuh beraknya yang tidur di atas badan aku dan tidak lupa juga dia yang pernah buat bibir aku berdarah dengan penukul getahnya....huh lasak budak nie. tapi kini abe sudah dewasa tingginya mengalahkan aku. cuma hairan abe menjadi pemalu mungkin sebab along dan angah ajar begitu.



dan mereka berdua Nabila and Husna aku tak berkesempatan ketemu pada waktu itu, biar tidak mengenali mereka namun terasa seperti sudah lama bersua. mesra tidak terkata menerima aku tiada beza. mereka juga menceriakan hari-hari akhir tahun 2010 itu tahniah pada husna yang medapat 5A dalam UPSR lalu. rasa bangga dengan mereka semua kerana berjaya dalam pelajaran semoga akan terus berjaya.



dan buat kak ku terima kasih kerana masih sudi menerima diri dan keluarga ku ini sebagai sebahagian dari ahli keluarga mu. biar atas apa jua yang berlaku kamu sekeluarga ada tetap dari sebahagian hidup ini. mungkin dan dia (N) tidak bersama namun kita masih sekeluarga kerna itu ketentuanNya.....