Friday, December 24, 2010

sebulan sudah berlalu

diam tak diam sudah sebulan aku berkerja di tempat baru, setelah selama sebulan aku berhenti dari tempat lama. tempat kerja yang paling singkat aku berkerja dalam sejarah hidup aku.

masih aku ingat ketika aku mula-mula joint kerja yang sekejap itu first month aku dah rasa ada yang tak kena dan aku dapat rasa yang aku tidak akan lama di situ. ada banyak perkara yang tak kena dari yang patut berlaku namun aku cuba bersabar. untuk membawa perubahan kerana itu nawaitu masa aku terima kerja tu, masa aku datang untuk interview. namun hari tak indah seperti yang kita selalu harapkan mereka lebih suka begitu dari menerima yang baru lalu aku dipaksa berundur sebelum waktu.( melayu memang sukar untuk maju )

sebulan aku menjadi penganggur di rumah memburu kerja baru, siang dan malam demi masa depan anak-anak, isteri dan bakal baby baru. rasa cemas, gusar dan adakala mahu juga berputus harap. lebih lagi bila mengenangkan apa yang akan terjadi jika aku tidak bekerja lagi.

namun untuk masa depan anak-anak aku kuatkan juga semanggat biar jauh mahupun dekat tempat interview aku tetap tuju. yang penting aku harus ada kerja untuk terus benafas demi keluarga. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu bertapa aku berserah kepadanya.

Alhamdulillah, tuhan itu maha pengasih dan lagi pemurah sudah diperuntukkan rezeki untuk setiap mahluk ciptaannya. cuma kita harus berusaha mencari. genap sebulan aku menjadi penganggur terhormat akhirnya aku diterima juga bekerja disebuah syarikat berstatus MNC. (tak pernah terduga akan berkerja di sini kerana bukan bidang aku ).

aku lebih bersyukur kerana apa yang diberi oleh syarikat baru jauh lebih baik dari apa yang aku pinta, jauh lebih baik dari tempat aku berhenti kerja itu. (kerana terpaksa lebih tepat). di sini setelah sebulan aku rasa amat selesa bersama mereka, walau bukan seagama dan sebangsa namun mereka mudah menerima atas nama kerjasama. di sini aku cuba mencurah segala ilmu yang ada kerana mereka sudi menerima dan demi untuk aku dan keluarga.

Dan sebulan ini juga genap usia baby baru aku....selamat datang ke dunia ini



aku percaya apa yang aku perolehi hari ini adalah rezeki untuknya yang bernama Muhammad Al Shafiq.......

21 comments:

Daun said...

rezeki ada dimana mana, jangan patah semangat

ILA HonEyBuNNy said...

alhamdulillah...

Muhammad al syafiq.....sedap nama...

Azuan said...

rezki ade d mana3...usaha je kena lebih huhuu

Acik Erna said...

alhamdulillah..dan tahniah..kerana selamt sudah..mendapat kerja baru dan baby baru..alhamdulillah atas kurniaannya..

yusuf mujahidin ™ said...

salam. Tahniah bro

:)

Unknown said...

salam uncle.. lama dh tak singgah sini..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

haa...

gamba tido lagi

huh

bila mau buka mata al-shafiq?

achik nur nak nengok ni..

Sharinginfoz said...

lena betul shafiq tidur

Kay said...

salam,
chomelnyer Muhammad Al-Shafiq!!!
tahniah dpt baby baru...anak itu rezeki anugerah ALLAH juga.

(baca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam - rezeki tak putus hingga akhir hayat dan baca surah Al-Imran & solat sunat Dhuha untuk dimurahkan rezeki) insyaallah.

lel said...

tahniah utk baby baru uncle!
happy2 selalu :)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

selamat...

Anonymous said...

wah! diam diam..berisi ye mamai!

Alhamdulillah! rezeki anak..hero lagi nmpk gayanya ye! hehe...tahniah mamai.



Kadang2 kerja dgn lain2 bangsa ni lagi baik dari kerja sebangsa. Tapi tak semua kompeni begitu..kann??

lumut said...

OMG,
comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..hehe

Pisey said...

hai baby comel. haha! tegur baby je (;

zia said...

wahhh..tahniah pakcik..so cute baby tu..setiap apa yg kita lalui itulah rezeki kita..

Rozita said...

Tahniah..baby baru. Lahir ujung tahun ye

atie said...

salam mamai...

tahniah atas kedua2 nya.... Allah maha pemurah lagi maha penyayang... semoga berbahagia selalu...

Mohamadazhan.com said...

alhamdulillah, moga terus dimurahkan rezeki. rezeki anak baru tu

beautiful_rose said...

rezeki anak...alhamdulillah mungkin hikmah di sebalik kelahiran kan =)




hope2 di permudahkan kehidupan pakcik mamai sekeluarga...ameen =)

enyheartsdiamond said...

hye muhammad al- syafiq.. comelnya kamu <3

tahniah uncle! ;)

enyheartsdiamond said...

tahniah uncle :')

comelnya syafiq :))