Thursday, December 30, 2010

andai ku mampu

andaiku mampu
inginku hadiahkan
bahagia untukmu

andaiku mampu
akan ku serahkan
hati ini buatmu

andaiku mampu
akan ku petik bulan dan bintang
ku kalungkan di hatimu

andaiku mampu
ingin sekali ku selimutkan awan malam
biar lena di peraduanmu

namunku tahu
tidak mungkin aku mampu
kerana itu aku berjanji padamu

kernaku tahu andaiku mampu
tidak mungkin akan ku
tunaikan janji padamu

namun aku mampu
jika kau izinkan ku
terus berada di sisimu

kernaku tahu aku mampu
mencitaimu setulus hatiku
kerna ku tahu kau untuk ku



p/s: kita sering berjanji pada benda yang kita tak mampu....

Friday, December 24, 2010

sebulan sudah berlalu

diam tak diam sudah sebulan aku berkerja di tempat baru, setelah selama sebulan aku berhenti dari tempat lama. tempat kerja yang paling singkat aku berkerja dalam sejarah hidup aku.

masih aku ingat ketika aku mula-mula joint kerja yang sekejap itu first month aku dah rasa ada yang tak kena dan aku dapat rasa yang aku tidak akan lama di situ. ada banyak perkara yang tak kena dari yang patut berlaku namun aku cuba bersabar. untuk membawa perubahan kerana itu nawaitu masa aku terima kerja tu, masa aku datang untuk interview. namun hari tak indah seperti yang kita selalu harapkan mereka lebih suka begitu dari menerima yang baru lalu aku dipaksa berundur sebelum waktu.( melayu memang sukar untuk maju )

sebulan aku menjadi penganggur di rumah memburu kerja baru, siang dan malam demi masa depan anak-anak, isteri dan bakal baby baru. rasa cemas, gusar dan adakala mahu juga berputus harap. lebih lagi bila mengenangkan apa yang akan terjadi jika aku tidak bekerja lagi.

namun untuk masa depan anak-anak aku kuatkan juga semanggat biar jauh mahupun dekat tempat interview aku tetap tuju. yang penting aku harus ada kerja untuk terus benafas demi keluarga. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu bertapa aku berserah kepadanya.

Alhamdulillah, tuhan itu maha pengasih dan lagi pemurah sudah diperuntukkan rezeki untuk setiap mahluk ciptaannya. cuma kita harus berusaha mencari. genap sebulan aku menjadi penganggur terhormat akhirnya aku diterima juga bekerja disebuah syarikat berstatus MNC. (tak pernah terduga akan berkerja di sini kerana bukan bidang aku ).

aku lebih bersyukur kerana apa yang diberi oleh syarikat baru jauh lebih baik dari apa yang aku pinta, jauh lebih baik dari tempat aku berhenti kerja itu. (kerana terpaksa lebih tepat). di sini setelah sebulan aku rasa amat selesa bersama mereka, walau bukan seagama dan sebangsa namun mereka mudah menerima atas nama kerjasama. di sini aku cuba mencurah segala ilmu yang ada kerana mereka sudi menerima dan demi untuk aku dan keluarga.

Dan sebulan ini juga genap usia baby baru aku....selamat datang ke dunia ini



aku percaya apa yang aku perolehi hari ini adalah rezeki untuknya yang bernama Muhammad Al Shafiq.......

Monday, December 20, 2010

mungkin belum harinya

Andai hari ini bukan milik kita
pasti esok masih ada
namun jika esok juga bukan milik kita
maka usahlah berasa kecewa,
kerana pasti ia akan menjelma jua
sabar itu pembimbing segalanya

Mungkin masanya belum tiba untuk kita
biar yang dikejar dihadapan mata
Biar yang dinanti telah menjelma
namun andai ia masih berkata
itu bukan lagi hak kita
maka usah kita merasa derita.

Mungkin kita harus lega
bila ia bukan lagi milik kita
angap sahaja kita belum bersedia
kecewa itu hanya memusnah jiwa
usahlah berprasangka pada takdir yang Esa
kelak kita tergelincir dijalan yang fana

Mungkin belum harinya
namun pasti akan ada waktunya
disaat kita merasa bahagia
namun jangan sekali terlena
yang manis itu racun padanya
sedikit tergoda derita selamanya

Mungkin belum harinya
yang gelap itu pasti bercahaya
yang berkilau belum tentu permata
yang indah itu sementara
gundah itu juga seketika
namun harus kita terus percaya......



p/s: adakala bila kita rasa ianya milik kita kita lupa ada yang lain lebih memerlukan...

Saturday, December 11, 2010

di sini terhenti

biar mereka datang
biar mereka pergi
namun aku tetap di sini
setia menanti walau tak pasti

ku letakkan sedikit harapan
pada hati yang kian mati
mengaharap sinar di hujung sepi
agar hilang segala sunyi

andai ini satu mimpi
izinkan aku terus lena
kerana ku pasti mimpi ini
mana mungkin menjadi realiti

biar mereka datang silih berganti
aku tetap di sini setia menanti
kerna di sini kasih ku terhenti
pada hati yang tak mungkin dimiliki

kala hari hilangnya mentari
kasih ku utuh berdiri
kerna kau tahu siapa diri ini
kerna kau lebih mengetahui
siapa dirimu di sisi
walau aku juga tak pasti.................


p/s: dunia ini tidak pernah meyimpan dendam tapi kita yang menjadi kejam

Sunday, December 5, 2010

di waktu itu..kembalikan hidup ku

perbualan aku dengan N sebentar tadi masih lagi bermain di fikiranku, hati ku tertanya-tanya apa sebenarnya maksud N bila dia bertanya begitu apakah masalahnya bila dia dengan tiba-tiba ingin kembali kepada ku. perbualan tadi benar-benar menganggu tumpuan pemanduan ku sihingga nayris aku kemalangan.

jam 1 pagi aku selamat sampai ke rumah, tapi fikiranku masih tidak selamat sampai ke distanisnya masih ligat befikir. hati ku berkata pasti ada masalah antara N dan Dia kalau tidak masakan N akan berkata demikian.

"man, kau dah makan... kalau belum tu nasi ada kat dalam perik lauk bawah tudung saji atas meja tu, mak masak asam pedas ikan kembung"...lamunan ku terhenti bila mak menegur ku. mmg perut ku lapar kala itu tapi selera ku tertutup biar ikan kembung masak asam pedas itu lauk kegegemaranku.

"dah mak. aman dah makan dah"....ku sangka mak dah tidur sebab sudah larut malam tapi itulah dia seorang ibu yang sentiasa mengambil berat tentang anak-anaknya biar adakalanya hatinya terluka.

aku terus menuju ke bilik, ku capai towel terus menuju ke bilik mandi ingin menyegarkan badan dari lekitnya peluh. sejuknya air paip di awal pagi masih tidak dapat melepaskan diri dari perbualan tadi.

"ah biarkan saja buat apa aku pening kepala memikirkanya, itu bukan masalah aku lagi untuk apa aku terus bersusah payah utuk dia setelah apa yang aku lalui"..hati ku berbisik.

ya kalau dikenangankan memang bukan perkara yang mudah untuk aku melupakan N dari hidupku. biar aku merelakan perpisahan itu namun aku juga manusia biasa ada hati dan perasaan bohong andaiku kata aku tidak kecewa dengan perpisahan itu. apa yang aku lakukan dulu hanya untuk meyakinkan N bahawa aku dapat menerima perpisahan itu dengan hati yang terbuka agar dia tidak perlu rasa terlalu berdosa.

hakikatnya aku manusia yang tewas, seorang raja yang tewas dalam medan perangnya sendiri.

"woit, kenapa nie muka toya semacam ajer pagi-pagi nie"..jerkah zamri dari belakang pada satu pagi tika aku sedang sibuk mengira barang di store.

"ha kau pendek, tak reti beri salam ker tak nampak aku ngah kira barang nie nak harapkan kau memang tak buat la jawabanya"...zamri adalah supervisor store aku yang lebih dikenali dengan panggilan pendek. Pendek bukan sebab dia pendek tapi jarinya salah satu jarinya pendek. pendek akibat tersepit pintu store sehingga putus hujung jari hantunya.

"kau kenapa man dua tiga minggu nie aku tengok kau tesion semacam ajer ada masalah ke, dah tu asyik nak marah-marah tak tentu pasal masalah kecik pun kau nak mengamuk. hari tu budak aku cakap kau tendang kerusi dalam store pasal dia orang salah kira barang"..zamri mula nak membebel.

"memang patut pun aku marah dah pasal barang salah kira line production stop dan tu aku kena taruk dengan boss"...aku mempertahankan diri.

"betul la tu, tapi kau tak pernah marah-marah dulu. kalau marah pun kau diam ajer tak ada la sampai nak mengamuk. kau ada masalah ker man, cerita la kat aku"..zamri cuba meneka seperti faham apa yang apa aku lalui.

"biasa la masalah kerja apa lagi"..aku cuba mematikan perbualan.

"lu jangan nak temberang gua la man, gua boleh baca lu la. lu bukan macam nie punya orang"..ah sudah si pendek nie dah mula jadi apek jual sayur kat pasar lak.

"apahal lak nie pendek aku okay ajer la tak ada masalah apa pun"...budak nie lagi dilayan mau tak kerja aku nanti

"bro, apa lu ingat wa baru sehari kenal lu ker. wa tau la wa tak belajar tinggi macam lu tapi wa tak bodoh la. lu nie dah tahap teruk tau tak. dulu lu kerja tak ada buat silap. lu tak ada termenung masa kerja lu tak ada marah-marah kalau ada masalah lu kasi selesai bukan kasi bincang. tapi sekarnag lu sudah lain la bro"...sudah si pendek nie dok perhati aku ker. dan bermula dari hari itu segalanya tentang aku berubah.........

Friday, December 3, 2010

mengharap sebuah harapan

"apa diharap pada angan-angan andai ia tidak mampu menjadi mimpi jauh sekali menjadi kenyataan" dia merengus sendirian keliru pada sebuah harapan

"tapi kalau kau tak punya angan-angan masakan kau dapat bermimpi dan jika kau tiada mimpi mana mungkin kau mencapai realiti"...dia cuba memulihkan keyakinan, keyakinan pada sebuah mimpi yang kian kelama harapannya.

"apa gila kau"..."kau tahu yang itu tidak mungkin terjadi tidak mungkin akan berlaku biar kau tunggu 1000 tahun lagi"...dan dia masih tiada keyakinan malah dia yakin harapan itu telah lama lenyap.

"lalu kau ingin mengaku bahawa kau telah kalah pada perjuangan yang belum lagi kau masuk ke medannya. apa kau menolak akan kata hikamat kau dulu bahawa tiada bahagia tanpa ada usaha tanpa ada perjuangan"....dia masih cuba mengembalikan semanggat agar pulih sebuah harapan.

"ya aku sedar itu, tapi aku juga sedar bahawa setiap perjuangan pasti menuntut pengorbanan dan kau dan aku sendiri tahu....."

"apa kau takut untuk berkorban lagi, dan ini bukan untuk kali yang pertama kau berkorban dan bukan kali pertama kau kalah bukan kali pertama kau mengalah lalu apa ruginya andai kau berjuang untuk sebuah harapan"...

"tidak aku tidak takut untuk tewas tidak takut untuk terkorban cuma aku takut terlalu ramai yang akan terluka terlalu ramai yang akan kecewa kerana sebuah harapan yang kau dan aku tahu tidak mungkin menjadi kenyataan".....

"ahhhhhh persetankan mereka itu semua kau juga inginkan kebahagian yang sekian lama kau harapkan yang sekian lama kau korbankan. apa kau ingin lepaskan peluang yang ada di hadapan mata ini. apa kau ingin terus memendam sebuah harapan dan menjadikan ia satu lagi koleksi angan-angan yang tidak mungkin menjadi mimpi tak mungkin menjadi realiti"..........

"hahahahaha kawan terima kasih kerana menyedarkan aku, mungkin pengorbanan ini adalah kebahagian buat diri ku seperti waktu-waktu yang lalu. maka ini adalah kemenangan buat diri dari sebuah perjunagan yang tewas biar tak pernah aku masuk ke medanny. dan andai ini kebenarannya aku rela harapan ini menjadi angan-angan menjadi mimpi yang tak sudah dan biarkan aku terus mengenang selagi aku belum mati......."


p/s: eksperimentasi dari satu kekalutan dan kecelaruan fikiran mengenal pasti kebenaran antara logik dan akal yang sejengkal.

Sunday, November 21, 2010

6 bulan yang berlalu

seperti yang ku duga, kedatangan ini seawal yang lalu bukan dialukan, biar tangan betaut eratnya salamaman biar mulut menguntum senyuman namun hati merasa kepanasan. biar ku cuba mencipta kemesraan ku telan semua cacian ku hulur ke maafan ku luahkan segala pengalaman agar ada perubahan biar ada kemajuan.

Namun sayang segala keikhlasan pada ilmu yang dicurahkan hanya menjadi tomohan umpama mencurah air di atas daun keladi. sifat iri hati nyata lebih menguasai daripada ingin memperbaiki kelemahan diri. sehingga terasa diri ini asing dalam kemeriahan bangsa sendiri yang berkata aku sujud lima kali sehari. namun lain di mulut lain di hati manis bermadu pada kata-kata tapi bercuka pada dasarnya.

pada bulan yang berlalu aku tetap gagahkan diri dan berkata ini hanya sementara bukan mudah untuk mengubah sesuatu budaya. biar pedih pada luka yang bertaburan berselirat di setiap jalanan aku redha dan berserah kerana tahu Tuhan tetap bersama.

namun enam bulan yang berlalu luka ku kian parah hati kian hilang kesabaran antara luka yang berdarah terasa lebih sesak bila di hidang sedulang penghinaan. lalu antara ikhlas dan maruah diri aku rela berundur diri tidak mungkin akan ku biar mereka menginjak diri ini lagi. Untuk apa bertahan pada satu yang tidak ada kepastian, mereka lebih selesa berada dalam ruang keselesaan itu dari membina kemajuan.

pengunduran diri ini adalah satu yang mereka harapkan kerana itu adalah satu kemenanggan dan tanpa mereka sedar mereka telah lama tewas.

kini diri lebih bahagia biar berada bukan dalam mereka yang sebangsa namun mereka rela menerima demi sebuah pembaharuan.....


p/s memang sukar untuk mengubah sesuatu budaya tapi kita rugi jika kita tidak pernah ingin mencuba kerana hasilnya mungkin tak terhingga

Thursday, November 11, 2010

bila bahagia datang kita kehilangan

Tak pernah terfikir bila bahagia akan datang, biar sering kita memburu bahagia, memohon padaNya agar dikurniakan bahagia.

Anehnya hidup bila kita sering kehilangan bahagia biar dalam sedar. kita hanya melihat bahagia berlalu begitu sahaja dari hidup kita.

Lalu kita mencari bahagia itu semula merayu padaNya, namun kita tidak pernah belajar bagaimana hendak menjaga bahagia itu.


p/s: apa yang ada pada kita hanya kebahagian selepas kita kehilangan.

Friday, October 1, 2010

hujan air mata

biar sujud ku tak sekerap sujud mu sehingga lusuh sejadah mu. juga ku sedar zikirku tidak sehebat zikir mu syahdu memecah malam yang sunyi. ku akui doaku tidak sesayu doa mu namun tiap kali bila ingin ku beradu ku panjatkan doa padaNya agar kau sentiasa dalam kesejahteraan dan peliharaanNya biar hati ini sering dihujani air mata.....

Thursday, September 9, 2010

Aidilfitri

sana sini bau rendang.
sana sini bakar lemang
sana sini rebus ketupat
sana sini jangan lupa bayar zakat

selamat hari raya dari mamai sekeluarga biar lama dah tak ke udara namun kalian semua tetap segar dalam ingatan....maaf segala salah dan silap.

Monday, August 30, 2010

empat bulan yang berlalu

antara sedar dan tidak sudah empat bulan berlalu,empat bulan yang penuh dengan liku. empat bulan bukan masalah yang besar harus di tempuhi tapi empat bulan yang penat dengan ragam manusia.

bila manusia yang lebih pentingkan ego dan status diri, namun empat bulan aku tak pernah nak ambil penduli. niat masih lagi membara aku datang bukan mencari glamour tapi sekadar ingin meyedarkan bahawa mereka telah lama lena.

bertahun lena dalam kesenangan yang pada hakikat membawa rebah pada diri sendiri. masih bermimpi pada hujan-hujan emas tanpa sedari batu yang menimpa diri. namun mereka masih engan mengerti lalu kehadirin diri ini sering disalah erti. lalu pelbagai fitnah ditaburi buat diri terasa tidak dihargai.

aku sedar ini pasti akan datang sebagai ujian, jika ingin berundur pasti bulan pertama aku sudah berundur.namum niat masih lagi kuat di hati, berundur bermakna aku juga seperti mereka. namun ujian semakin hebat ku rasa tekanan semakin kuat menimpa rasa diri semakin terhimpit.

sukar untuk bernafas lega namun aku masih bernyawa, dan selagi ada nyawa pada badan ini aku pasti tekad untuk terus berdiri dan andai aku pergi aku akan pastikan aku berjalan dengan megah.....



p/s:....duit itu bukan kepuasan sebenar tapi berjaya melakukan perubahan itu adalah tidak ternilai

Thursday, August 19, 2010

gila

nafas semakin pendek
udara semakin sesak
degup jantung semakin kencang
penat dan lelah bukan alasan
yang dicari hanya jalan keluar
bukan penyelesaian hakiki

berjalan itu berlari
berlari itu menuju mati
dikejar bayang-bayang sendiri
tiada ruang untuk bersembunyi
yang dikesal takdir Ilahi
bukan silap diri sendiri

dunia ini bulat bukan bersegi
tidak mungkin ada sudutnya
mana mungkin ada hujungnya
atas dan bawah turun dan naik
berputar pada paksi mengikut giliran
pada masanya yang hadir akan pergi

hidup bukan menongkat bumi
yang rebah itu jasad diri
yang tinggal roh Ilahi
pilihan pada syurga dan neraka
akal dan nafsu yang tentukan
yang tersesat masih ada jalan pulang

Friday, July 30, 2010

bukan istimewa

aku hanya manusia biasa yang mencari sedikit kebahagian dari celah-celah kedukaan yang terpisah dari kenangan.

tidak pernah mengharapkan sebarang pemabalasan dari sebuah pengorbanan. jauh sekali meminta-minta kerana kenal diri ini bukan sesiapa dan untuk sesiapa.

hanya sendirian mengharapkan kepastian dari sebuah kehidupan, demi manusia yang tidak pernah dapat memuaskan hati.

bukan juga meminta diri ini dipercayai tetapi aku belajar untuk mempercayai biar terluka berulang kali.....

Saturday, July 24, 2010

sinar

dari luasnya lautan
dan dalamnya samudara
tanpa gentar kau terokai dasarnya
kerana kau tahu di situ
tersembunyi keajaiban ilahi

dari setitik ilmu yang diberi
kau jelmakan anugerah ilahi
dengan niat untuk berbakti
biar kekayan dapat dikongsi
kerna tahu dunia bukan untuk dimiliki

biar dugaan datang dan pergi
namun kau utuh umpama karang
teguh berdiri dihempas badai
setia menunggu sinar mentari
agar kehidupan terus abadi

sesungguhnya

Tuesday, July 20, 2010

PLORE 2....yang di tunggu



ada cerita di sebalik kata-kata,
mendengar dan mentafsir ikut akal
bukan hanya dengan budi bicara.
adakala kata-kata itu bisu tanpa suara
yang ditafsir itu gerak dan gaya
disitu letaknya rasa dari jiwa....

Wednesday, June 30, 2010

demi mimpi dan realiti

hidup mengejar mimpi
di celah-celah lorong sunyi
mengadai maruah diri
atas alasan bukan kehendak diri
tapi takdir dari ilahi
tuhan yang tentukan begini
lalu biar tubuh terus dinodai
biar mimpi menjadi realiti

hidup mecari realiti
dari segengam mimpi
bulat tekad menebus harga diri
penghuni singahsana di langit tinggi
kala malam hari mencemar duli
turun ke lorong sunyi
rakus melahap tubuh suci
demi hidup mengejar mimpi

tercicir itu realiti
yang dikesali takdir ilahi
yang dibuang itu akal dan harga diri
kaku dan keras di lembah sepi


p/s: otak dah jem nak kena buang sampah-sampah nie

Sunday, June 27, 2010

why blame the whole world

hidup ini memang la tidak selalunya indah sebagaimana yang kita impikan dan sebagaimana yang selalu kita harapkan. namun harus juga kita sedar bahawa sebahagian dari hidup kita yang tidak indah itulah yang membuatkan hidup ini bertambah manisnya.

memang mudah bagi kita menyalahkan dunia dengan setiap kegagalan yang kita tempuhi terutama bila kita sudah berada dipuncak. tapi kita sering terlupa untuk menyalahkan diri, kita juga sering terlupa bahawa setiap kegagalan dalam hidup ini adalah berpunca dari diri kita sendiri.

keangkuhan diri tika berada dikemuncak itu adalah satu kesilapan dari hidup ini, biar tamudun yang terdahulu telah menceritakannya namun untuk kita belajar darinya adalah tidak sama sekali. dan yang terlebih silapnya bila kita tidak belajar dari setiap kegagalan hidup ini. kerana sifat kita lebih suka meletakan kesilapan itu pada dunia dengan harapan kita lepas dari bebanan.......



p/s: mencari siulan kedamaian disebalik tanggisan, terasa diri lebih bertuah bila berada di bawah, bila mana di atas penuh dengan pergolakan, memingirkan minda mengagungkan darjat. di hati penuh dengki disanjung itu emosi, yang dilupa itu takdir ilahi.................

Thursday, June 3, 2010

apa lagi

ingin aku berbakti atas nama kemanusian, namun segala hasrat tersekat di perjalanan. bukan kerana ombak yang ganas, atau tandusnya padang pasir, malah jauh sekali dihalang gunung-ganang dan hutan rimba. tapi hanya kerana manusia yang hatinya lebih hina dan busuk dari binatang.

manusia yang merasakan dirinya dari bangsa yang mulia biar tanpa iktiraf walau dari seekor baghal. tidak sedari hidup dari belas ikhsan kini merasa diri adalah raja di tanah gersang.

manusia kejam yang memijak tulang belulang, menjarah tanah gersang dari sekaki ke sehasta lalu beribu batu jauhnya, menjadi satu negara, lalu dipajak tembok-tembok batu tinggi melangit tanpa sedar itu penjara yang membunuh mereka.

manusia yang tidak layak diangap manusia, yang telah menghujani saudara kita dengan peluru dan besi lebur meranapkan rumah batu menjadi lumpur. yang mengalirkan sungai darah dari tubuh yang lemah.

aku tunduk meratap sedih melihat tubuh-tubuh saudara kaku bergelimpangan tanpa upacara pengkebumian. terkorban kerana berkorban demi agama dan negara melontar batu dan kayu dengan harapan burung besi jatuh bertaburan dengan harapan singa berantai lari bertempiaran.

aku meraung dalam kebisuan menjerit memohon bantuan dari saudara yang katanya beriman. namun hanya perhatian yang mampu diberikan dengan alasan kami tidak berkelengkapan sedang hakikat sibuk bercakaran.

lalu apa lagi yang harus ku harapan hanya doa dapat ku panjatkan biar Tuhan tentukan atau aku turut terkorban demi satu harapan......


p/s: bila manusia merasakan dirinya lebih mulia dari yang lain itulah dia Zionis...

Monday, May 31, 2010

kekurangan ini

acapkali menolak mereka ketepi karana merasakan mereka itu tiada apa yang hendak dibandingkan. Kelebihan yang dimiliki sering membuat diri terasa bangga sehingga terlupa pada kekurangan sendiri.

mereka tidak pernah terasa hati bila diperlaku sebegitu, malah mereka terima dengan hati terbuka. mungkin sedar akan kekurang yang mereka ada, lalu untuk apa diperkata kerana hati-hati itu telah lama mati. mana mungkin menerima kekurangan yang mereka miliki walau itu bukan pilihan diri tapi ketentuan ilahi.

kini bila bersendiri baru menyedari bahawa kelebihan diri yang dimiliki adalah satu kekurangan. sedangkan kekurang yang mereka miliki itu adalah jauh lebih baik dari kelebihan diri ini.....


p/s: bila meletakan mereka di hujung penyapu terasa diri ini adalah sampah itu.

Monday, May 24, 2010

hidup

hidup ini bukan makin lama makin panjang jadinya tetapi semakin pendek sebenarnya. tapi kerap kita keliru antara tujuan hidup dengan kehendak untuk hidup.

lalu kita rasa bahawa hidup kita adalah hak kita. demi untuk hidup yang lebih panjang kita sanggup pijak prinsip dan nilai hidup kita.

berada di atas itu adalah satu kemegahan biar yang kita injak itu adalah tulang-tulang dari sebuah kezaliman yang mencipta keagungan....


p/s: semakin kita mencari semakin ia menjauh biar hanya sejengkal jari

Tuesday, May 18, 2010

nikmatnya lupa

terlupa atau lupa itu adalah sebenarnya satu nikmat yang tuhan berikan kepada kita. kerana terlupa, kita sering terlepas dari hukuman dan kerana terlupa juga kita sering dimaafkan. Lalu terlupa itu menjadi satu budaya dalam kita menjalani kehidupan seharian.

namun sering juga kita terlupa bahawa kerapnya terlupa itu merupakan satu alamat dari tuhan untuk kita. kerana terlupa juga kita kehilangan nikmat hidup dalam dunia ini dan kerana terlupa itu juga tandanya kita menghampiri penghujung hidup ini....


p/s: kadang-kadang aku terlupa macam mana nak update dan komen blog, tapi aku tak pernah lupa pada kalian yang datang megunjungi laman ini

Tuesday, May 11, 2010

Tiada Lagi

tiada lagi kau rasai
terik panasnya mentari
perit membakar diri
mengalir keringat ke bumi

tiada lagi kau rasai
pilunya irama hujan terlerai
segar membasahi diri
membasuh debu di pipi

tiada lagi kau rasai
rintik embun di hujung pagi
sejuknya membangkit berahi
dalam pelukan menghangatkan diri

tida lagi kau lalui
denai yang penuh onak dan duri
gelak dan tawa menikam diri
tanggis dan sendu tetap sendiri

tiada lagi kau bermimpi
tentang indah hidup ini
biar lenamu di daerah sunyi dan sepi
kerana semuanya telah kau laluli

kini tinggal hanya kami
bersama sebuah memori
tiada lagi kau di sisi
yang dipanjat doa ke hadrat Ilahi


p/s: untuk sahabat ku unrestmind aka hisyam semoga kau damai di sana, biar kita tak sempat bersua tapi kau terasa seperti di depan mata

Monday, May 3, 2010

sebulan

sebulan, satu tempoh yang pendek untuk dinilaikan namun terlalu banyak harapan yang diletakan. sebulan terasa seperti tiada beban batu digalas, namun demi menjungjung kasih dan menurut perintah biar berlelas badan batu tetap digalas. bukan kerana setia membabi buta umpa hang tuah kepada sultannya tetapi demi kepuasan kepada diri sendiri.

sebulan juga ada banyak cerita duka dan nestapa, melihat gelak ketawa bersama derai air mata, bersama manisnya mulut bersulam gunting dilipatan, tepat menikam jantung namun semanggat tidak pernah luntur.

Dalam sebulan tiada banyak beza ceritanya dengan lima tahun, plot dan watak masih sama cuma pelakonnya berbeza. pembuka bicara sudah terduga penutup ceritanya namun masih harus berjaga-jaga kerana tidak mahu seperti pelanduk yang sering terlupa akan jeratnya.

cukup sebulan, adakala seperti terasa ingin melangkah kebelakang, untuk berundur masih belum terlalu lewat. namun hati masih belum ingin jadi seperti bacul yang lari sebelum berjuang. alang-alang meyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, jika tidak ditempuh halangan masakan kita jumpa kegemilangan.........

Friday, April 23, 2010

earth day dan lawak politiknya

semalam kita sambut hari bumi aka earth day dan sempena earth day maka satu kempen tanam pokok dilancarkan oleh kerajaan BNla katakan...

katanya sebanyak 26 juta pokok dirancang untuk ditanam sehingga 2012 kalau tak silap. tapi semalam aku tengok berita Pahang rugi RM1juta pasal pembalakan haram. semalam aku balik kerja nampak bukit digondolkan atas nama pembanggunan untuk perumahan sedangkan masih banyak rumah kosong dan rumah untuk dilelong disiarkan dalam akhbar.

yang peliknya bila cerita pasal pembalakan haram nie mesti pemberita dapat tahu dulu dari orang sepatutnya ambil tahu. alasan mereka kekurangan maklumat dan kakitangan, sedangkan rakyaat malaysia masih ramai lagi yang menganggur, dan yang menganggur tu bukan tak ada kelulusan. bila bercakap pasal maklumat rasa macam lawak pulak sedang kita dalam zaman IT, rata-rata orang bercakap pasal GPS and GPRS yang ada banyak kegunaannya...

...kempen pilihan raya Hulu Selangor makin hanggat, aku ada juga terbaca blog-blog politik especilly budak-budak BN dan umno nie la, sampai ada yang keluar cerita pasal minum arak la kaki judi la. pelik juga aku dengan perangai dia orang nie, masa si Zaid tu dalam UMNO dan BN tak pulak mereka keluarkan cerita nie. mereka rasa marah bila orang tu ada memiliki kuda lumba, tapi tak pernah pulak nak marah bila kerjaan lulusan lesen lumba kuda, lesen empat nombor ekor, lesen judi kat genting dan macam-macam lesen lagilah yang meyumbangkan kepada maksiat.

ada juga aku terbaca blog yang keluarkan fakta kenapa BN harus menang kat Hulu Selangor. tapi bila aku fikirkan balik fakta itulah yang berlaku semasa pemerintahan BN dulu....

apa-apa terpulang pada kita semua untuk buat penilaian hak di tangan kita. 50 tahun ada banyak cerita jika hendak dibandingkan dengan cerita dua tahun.......

kita bukan lagi orang bodoh untuk dimomok dengan cerita basi yang sama dari dulu kini dan selamanya....


p/s: kereta aku penuh dengan sampah tak tahu mana nak buang....

Wednesday, April 21, 2010

detik berlalu



detik waktu yang berlalu
buat degup jantung bergetar laju
tiap pacaindera menjadi kaku
yang terlintas cuma bayangan mu
mengheret perasaan menjadi pilu
memaksa hati menjadi sayu
memberontak diri di sudut kalbu

kenangan diwaktu itu
yang manisnya adalah hempedu
yang pahitnya adalah madu
yang sendu itu aku
yang tertawa itu kamu

dalam diri merenung detik berlalu
apakah harus terus menunggu
menanti harapan yang palsu
tinggal aku menjadi sang perindu

Tuesday, April 20, 2010

jangan panggil saya boss

minggu ini merupakan minggu ketiga aku berkhidmat di company baru ini, dan dalam masa tiga minggu ini ada bermacam-macam cerita dan drama yang aku saksikan.

dalam masa tiga minggu juga terlalu banyak perkara yang harus aku lakukan, terlalu banyak pembetulan yang aku perlu dilaksanakan. Untuk aku bandingkan tempat sekarang dengan tempat dahulu terlalu jauh bezanya. Di sini segalanya aku harus mulakan semula dari kosong, terus terang aku katakan seandainya minda tidak kuat pasti aku kembali ke syarikat lama. memandangkan aku masih lagi dalam tempoh bercuti tiada masalah untuk aku berbuat demikian, lagi pun boss lama alway call aku tanya bila nak balik semula.

tapi aku gembira di sini biar terasa amat penat dan sibuk, namun aku gembira kerana ada sesuatu yang baru dapat aku belajar dan yang paling penting aku ada cabaran baru. di mana aku dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang aku miliki dengan mereka. Walaupun aku bukan seorang yang bijak pandai tapi sedikit ilmu itu jika kita kongsi bersama pasti akan menjadi banyak.

cuma aku rasa janggal di sini bila setiap kali staff aku panggil aku dengan pangillan BOSS. aku jadi kurang selesa dengan status itu, aku lebih gemar mereka panggil dengan panggilan En Rahman or just call my name.

pernah aku beritahu mereka masa aku first day joint, aku kata purpose aku datang ke sini adalah untuk berkhidmat untuk mereka bukan untuk menjadi boss mereka. aku cuma di beri sedikit kelebihan dan kelebihan itu sebenarnya adalah tanggungjawab aku untuk menjaga dan membantu mereka agar mereka rasa mudah untuk bekerja. pernah juga aku beritahu mereka masalah mereka adalah masalah aku oleh itu mereka haruslah beritahu aku apa juga masalah mereka.

kerana pada aku prestasi kerja mereka adalah merupakan prestasi kerja aku dan andainya, mereka tidak mampu bekerja dengan baik kerana masalah yang ada maka itu adalah kesalahan aku......


p/s: to be a good leader you must understand how to develop your subordinate.....

Wednesday, April 14, 2010

masihkah kita si bodoh yang lalu...

aku sudah lama tak mengikuti cerita dan perkembang politik semasa, cuma akhir-akhir ini agak berminat nak tahu. maklum lah hulu selangor tenggah hanggat sekarang nie.

cuma pelik juga bila fikirkan bila mana setiap kali ada pilihan raya kecil pasti akan ada projek mee segera dari mereka (BN la biasanya buat kerja nie). katanya untuk kebajikan rakyaat kawasan tersebut. dan bila cerita pasal projek mee segera nie biasa la naik taraf jalan sehingga la membesarkan longkang (standard orang BN punya pemikiran dan mind set).

bila berhadapan dengan situasi ini, terasa macam kita, terutama mereka yang tinggal dikampung seperti diperbodohkan oleh mereka. seolah-olah mereka menganggap kita seperti tiada harga kecuali bila masa mereka perlukan undi dari kita. bila hajat mereka tercapai maka segalanya hilang, jalan raya kembali berlubang, longkang kembali tersumbat sehingga datangnya pilihanraya baru.

dan aku terasa seperti bertambah bodoh bilamana RM77juta setahun dibayar kepada APCO ( syarikat luar ) untuk projek 1Malaysia. sedangkan kita sudah lama tahu yang kita sudah lama menjadi 1Malaysia yang cuma hanya perlu kita terapkan adalah nilai-nilai murni sahaja. Terasa bahawa kita rakyaat Malaysia adalah rakyaat yang bodoh sehingga tidak mampu untuk melaksankan kerja sebegini.......


p/s: sering tertanya-tanya pada diri apakah kita masih lagi mewarisi sifat bodoh ini

Monday, April 12, 2010

bila rindu

bila rindu
ku renung ke langit
ku lihat awan melukis wajah mu
di dada langit yang biru
lalu aku terharu

bila rindu
ku pandang ke laut
ku dengar ombak mengalunkan nama mu
di bibir pantai yang putih
lalu aku bersedih

bila rindu
ku dongak ke langit malam
ku lihat lukisan wajahmu dibalik sinaran bulan
dihias kerlipan bintang
lalu rindu ku bertukar menjadi dendam...


p/s: rindu betul dengan kalin semua...

Thursday, April 1, 2010

welcome to the board

terasa seperti aku terpaksa bermula dari kosong semula, terlalu banyak yang harus dilakukan. first day sudah nampak halangan dan cabaran yang harus aku tempuhi, memang terasa kali ini lebih banyak masa harus aku luangkan untuk kerja.

mungkin kali ini aku tidak akan ada banyak masa untuk berjalan ke laman-laman kalian untuk membuang sampah, malah untuk aku membuang sampah ke laman sendiri juga amat terhad kali ini.

namun pada setiap kesempatan yang datang akan aku ikhtiarkan juga untuk merayau-rayau ke laman kalian demi sedikit ilmu yang ditinggalkan.

benar kata mereka aku tidak bijak bila meninggalkan kelapangan dan kesenangan yang aku miliki dulu. tapi aku terasa akan menjadi lebih bodoh andai aku terus lena dalam kesenangan dan kelapangan itu. sekurang-kurangnya halangan yang bakal aku tempuh memastikan sel-sel otakku berjalan agar tidak beku dalam kelapangan



p/s; seandainya aku tidak mampu menziarah kalian, lalu ingin aku ucapkan selamat berbahagia buat semua. semoga kalian diberkati dan kejayaan sentiasa mengiringi dalam hidup.

Wednesday, March 31, 2010

hari ini 18 tahun yang lalu....pergi jua

tak sampai satu jam DD dah sampai semula kat rumah aku, dengan kereta maknya,cepat betul dia bersiap. lagi pun rumah dia ngan rumah aku tak la jauh sangat dalam 2KM ajer.

"woit...kau tak siap lagi ker, tadi cakap nak pie JJ. nie mandi pun tak lagi"..DD menjerit ke arah aku sebaik saja dia tengokaku masih algi tak mandi.

"cepat kau bersiap...kau mandi kerbau ker...tunggu jap aku mandi"..jawab aku selamba

"aku tak mandi...basuh muka ajer nanti, kalau aku mati kau tolong mandi lakan"..DD pulak membalas kata aku.

"DD apa cakap macam tu...tak baik, tak elok kita minta mati nie, biar ingat mati tapi jangan minta mati. semua tu kerja tuhan"...tiba-tiba suara Mak meyampuk dari dapur.

"entah mak budak nie dah buang tabiat agaknya"..aku pulak meyampuk dan terus berlalu ke bilik air. sementara aku mandi DD berborak ngan mak aku. disebabkan DD nie dah macam famali aku, jadi bila berborak dd lebih suka panggil mak aku dengan panggilan "mak' juga .aku tak pasti apa yang mereka borakkan tapi pasti ianya agak serius bila aku tengok DD hanya tunduk dan jelas kelihat air mukanya yang sedih.

"dah jom pie aku dah siap nie".aku mengajak DD pergi setelah aku bersiap yang tak sampai setenggah jam

"mak, aman pergi dulu"..aku minta izin dari mak

"mak, dd pergi dulu yer"..dia juga minta izin sambil meyalam tangan mak aku serta menciumnya.

"ya lah, elok-elok jalan tu..DD ingat pesan mak tadi"..mak bersuara serta memberi keizinan. aku tertanya-tanya apa yang mereka borakkan tadi. dalam perjalanan ke JJ dd tidak banyak bercakap dan ini satu perkara yang jarang berlaku.

petang 29/03/1992:

sebaik balik dari JJ kami singgah di pasar ramadhan merlimau untuk cari juadah berbuka puasa sambil cuci mata. DD memang berhajat nak berbuka puasa kat rumah aku petang tu. dan petang tu Mak buatkan nasi goreng kegemaran aku dan dd, kami makan sama dalam satu pinggan kerana itu memang dah jadi tabiat dia suka makan dari pinggan aku.

"man, malam nie lepas tarawikh teman aku pie urut badan boleh. aku rasa sakit-sakit la badan nie"..dia memulakan perbualan sedang kami lepak di depan rumah lepas berbuka.

"tak boleh la DD aku kena kerja malam nie masuk kol 9...pie esokla. esok aku tak kerja"..aku terpaksa menolak permintaan DD kali ini, biasanya aku jarnag berbuat demikian. tapi maalm itu aku sememangnya tidak boleh temankan dia.

"tak yah la kerja malam nie, saper nak teman aku malam nie"..DD memujuk aku.

"tak boleh ler, ingat tu kilang bapak aku ker"..aku berseloroh."kau ajak la ujie ngan fazall or mail teman kau malam nie"..aku memberi cadangan

"kalau kau tak ada tak best, fazall dan ujie pun nak urut sekali...tapi aku malas nak ajak mail nanti dia kecoh ngan bapak aku"...dia cuba memujuk lagi

"tak boleh, nak pie malam esok aku temankan"..aku bertegas tapi ada juga rasa kesian di hati.

"okaylah, okaylah pie malam esok ajer nak suruh teman pun susah"..ceh merajuk la tu, apa ingat aku nie balak dia ke nak merajuk

"dah aku nak bersiap pie kerja nie...kau nak lepak sini ker nak balik rumah. kang mak kau risau la pulak"...aku segera banggun dan bersiap kerana kejap lagi van datang.

"tak ada dia cari ler aku nie,mungkin dia orang ingat aku dah mati kot"..dia menjawab dengan nada yang agak keras sikit.

"DD..dah la tu, kau balik dulu, aku nak kau cakap ngan ayah kau lagi sekali dan jelaskan pada dia, aku nak kau minta maaf dulu pada dia. mungkin hati dia sejuk dah tu"..aku memberi arahan, macam la aku nie baik sanggat tak pernah kena marah ngan abah aku.

"ya la, aku buat la nanti, nie aku nak balik dulu"..dia minta diri sambil salam tangan aku serta minta maaf dari ku. dalam hati aku berkata kenapa dia lain benar hari ini.

30/3/1992 awal pagi:


jam 3.00 pagi aku dalam van pulang dari kerja, sepatutnya aku tamat kerja pukul 7.00 pagi tapi badan aku rasa tak sihat jadi aku minta kebenaran pulang awal dari supervisor. aku tumpang van yang bawa budak balik dari OT.

dalam perjalanan pulang aku van yang bawa aku berhenti di pulai kerana ada kesesakan sedikit. biasanya awal pagi jarang berlaku kesesakan jalan. menurut kata pemandu ada berlaku kemalangan di hadapan. dan bila melewati kawasan kemalangan itu aku lihat sebuah kereta terperosok di bawah lori tangki minyak. tapi mangsa telah di kejarkan ke hospital yang ada hanya polis yang sibuk mengambil gambar

dan kebetulan pada pagi itu van yang aku tumpang itu melalui hadapan rumah DD untuk menghantar seorang perkerja yang tinggal di kawasan itu. aku lihat rumah DD pagi itu terang benderang semua lampu terpasang. aku tiba-tiba menjadi tidak sedap hati terasa seperti ada sesuatu perkara yang buruk berlaku.

sebaik sampai di rumah aku menceritakan pasal kemalangan yang aku lihat dan pasal rumah DD yang terang benderang tu pada mak dan abah aku yang sedang makan. aku cakap kat mak yang aku tak sedap hati pagi tu aku risaukan DD. mak cuma cakap mungkin mereka sedang bersahur waktu itu...

sedang aku berborak dengan mak dan abah, tiba-tiba telepon rumah ku berdering. aku memandanga mak dan abah. siapa pula yang call pagi-pagi buta nie bisik hati kecil ku.

"hello"..aku segera jawab telepon yang berdering.

"man...aku nie mail"..jawab orang ditalian tu

"ha kenapa mail call aku pagi-pagi nie"..jawab aku

"man, DD, fazall dan Ujie accident"..mail membalas pertanyaan aku

"mail..kau jangan bergurau pagi-pagi nie"..aku macam tak percaya

"betul la man, aku tak bergurau. mereka sekarang dah di hantar ke hospital"..mail menjelaskan pada aku.

"teruk ke kat mana dia orang kena"..aku bertanya dan aku berharap bukan kemalagan yang aku lihat tadi.

"kat pulai..accident dengan lori minyak..semuanya kritikal 50-50 rasanya..sekarang dah ada kat ICU..polis yang bagitau tadi"..mail memberi perincian dan saat itu aku rasa seperti tidak mampu berdiri lagi. segalanya jadi lemah.

"aku ngan atie nak pie hospital melaka sekarang kau nak ikut tak" mail meyambung semula.

"nak, kau datang ambila ku sekarang"..perintah aku pada mail. sementara menunggu mail aku tak putus-putus berdoa agar mereka diselamatkan.dan mak aku tak berhenti menangis. mereka semua sudah seperti anak sendiri.

beberapa minit kemudian mail dan atie sampai ke rumah aku dan tanpa membuang masa kami segera ke hospital melaka. terasa perjalanan ke hospital melaka amat jauh pagi itu. dalam kereta atie tak henti-henti menangis dan aku terpaksa mententeramkan dia walau hati aku juga tak tenteram.

"mail..mereka pergi mana malam tadi" tanya aku pada mail

"entah malam tadi ujie ajak aku pie urut badan kat umbai, tapi aku tak nak ikut"..jawab mail dan jawapan itu buka yang aku harapkan.

sebaik sahaja sampai di hospital kami bergesa ke wad kecemasan aku lihat ayah dan mak DD sudah berada di sana kecuali keluarga fazall yang belum tiba. jantung aku berdegup kencang bila aku lihat mak DD menangis dengan kuat.

"DD dah tak ada"...mak DD meraung sebaik sahaja nampak aku, mail dan atie sampai. dan bila aku mendengar perkataan itu aku rasa jantung aku seperti berhenti berdegup. kaku sebentar, atie yang jatuh terjelepuk aku biarkan sahaja. tak mampu aku nak meyambutnya sedangkan aku sendiri tidak mampu berdiri. mail terduduk di atas kerusi sambil air mata berlinangan jatuh. cuma aku masik cekal untuk tidak mengalirkan air mata.

saat itu sama juga seperti saat ini aku tak mampu lagi berkata.......

Tuesday, March 30, 2010

hari ini 18 tahun yang lalu

pagi 29/3/1992....dia datang ke rumah dengan muka yang suram. ditangannya sebatang cangkul memberitahu yang dia baru pulang dari kebun.

"kenapa nie DD..muka monyok ajer"..aku mulakan bicara bila aku lihat dia hanya senyap sahaja di depan tangga rumah.

"tak ada apa-apa la man"...dia meyandarkan badan ke tiang tangga rumah sambil melabuhkan pubggung di atas simen. dia masih lagi membisu, tidak seperti selalu kalau jumpa aku pasti ada cerita yang nak disampaikan terutama sekali pasal projek kebunya.

"kau tak pergi kebun ker"..aku bertanya

"aku baru balik dari kebun la nie"..dia menjawab pendek

"awal kau balik"..tanya aku lagi pelik dengan sikap dia yang menjawab hanya sepatah sahaja setiap pertnayaan aku.

"awal apanya dah kol 11 pagi la...kau tu yang baru bagun tido"..aduh aku pulak yang kena.

"aku balik kerja lewat la malam tadi buat OT. kol 3 baru tido"..jelas aku pada dia. aku masa tu kerja kilang sementara aku menunggu panggilan masuk U. Nak kumpul duit, lagipun keluarga aku bukan orang senang. abah cuma menoreh getah dan berkebun ajer.

"apa yang tak kena dengan kau nie DD..cuba cerita kat aku"..sambil aku mengosok mata masih terasa mengantuk lagi waktu itu.

"man...aku ingat, aku nak mati ajer la"...dia bersuara lemah

"apahal kau nie DD dan buang tabiat ker..apa dah banyak amal" aku meyampuk "kalau dah banyak amal boleh le bagi kat aku sikit. kau dah sarapan ker lom nie??"...aku cuba lari dari tajuk. malas aku nak layan dia masa-masa begini

"yer la dari hidup menyusahkan orang ajer baik mati. tak adalah orang nak sakit hati tengok aku. tak payah nak jaga aku lagi"..dia masih dengan tajuknya

"kau tak posa ker man tanya aku dah sarapan ker belum"...dia pulak yang tanya aku, macam mana la kau boleh lupa hari tu dan 27 Ramadhan la....

"kau bergaduh dengan ayah kau lagi yer"...aku cuba meneka tapi yang sebenarnya nak lari dari malu lupa bulan posa la...

"biasala man, aku nie anak derhaka tak dengar cakap dia. bukan macam "atie"...yang ikut ajer apa dia cakap"..dan seperti aku duga memang itu puncanya

"DD..jangan cakap macam tu. ayah kau tu sayangkan kau dan sebagai ayah, mesti la dia nak tengok anak-anak dia berjaya. kau kena la dengar cakap dia, dan kalau kau tak setuju cakap la baik-baik. aku tahu minat kau kat mana mungkin kau boleh bincang dengan dia." aku cuba tenangkan dia, aku paham perasaan dia yang tidak sehaluan dengan ayahnya yang pada aku terlalu memaksa.

"aku tak kisah man tapi kalau dia selalu compare aku dengan "atie", pada dia
hanya atie yang baik yang dengar cakap dia yang akan berjaya. aku hanya menyusahkan dia sahaja nanti. aku tahu apa aku buat dan aku tak akan menyusahkan sesiapa. cuma aku nak dia faham aku ada minat lain. bukan aku tak suka belajar cuma aku tak suka bidang yang dia nak aku ambil tu"....dia mula bercerita. aku tahu "atie"..kakak dia memang budak yang cerdik sebab dulu pernah satu kelas dengan aku.

"dah la tu DD...sabar ajerla...si ujie mana"...aku cuba alih topic lagi dengan bertanyakan adik kembarnya actually tak kembar pun cuma lahir tahun yang sama sorang awal tahun sorang akhir tahun.

"ada kat rumah jaga wawa.....Man, kau ingat kalau aku mati dia (ayahnya) mesti sukakan. hilang satu beban dalam hidup dia, sebab lepas nie just jaga wawa ajer"...wawa adik bonsu DD seorang kanak-kanak istimewa. kadang-kadang aku juga selalu tolong jaga wawa kalau mak DD ada kelas petang.

"apa la kau nie mencarut DD..dah la tu kau pie balik mandi lepas tu datang ambil aku kita pie JJ jap...aku nak cari baju"...aku cuba hentikan perbualan dengan harapan dia lupa sekejap masalah dia.

"okay lepas pie JJ kita pie pasar ramadhan, aku nak berbuka puasa kat rumah kau"..jawab dia tanda setuju dengan cadangan aku. tanpa membuang masa dia menghidupkan enjin motar Honda Cup lalu memecut pulang.

dan aku masih di tangga memikirkan tentang konflik dia dan ayahnya. tentang minat dia dan kehendak ayahnya. dia lebih cenderung pada bidang pertanian itu memang jelas pada aku. sebab aku dapat lihat dari hasil kebun yang dia usahakan.

manakala ayahnya lebih suka kalau DD melanjutkan pelajaran selepas SPM dalam bindang perguruan agar menjadi seorang pendidik sepertinya. ayah DD seoarang pensyarah yang amat dikenali di IB dan pada aku amat tegas dan tiada tolerate. pernah juga aku argue dengan ayah DD sehingga aku di cop tak hormat orang tua.

aku dan DD memang rapat, malah bukan kami berdua sahaja tapi termasuk juga ujie adik DD, fazallah, dan Mail sepupu DD. kami berempat akrab dan aku sebagai orang paling tua antara kamai. maka kau selalu menjadi tempat mereka mengadu bila ada masalah. lagi pun masa tu aku masih maksum lagi menurut kata fazallah. dan rumah aku biasanya menjadi tempat melepak. kena hari aku tak kerja mau lepak sampai pagi.

cuma aku tak faham macam mana kami boleh tiba-tiba menjadi akrab sedangkan ada perbezaan umur diantara kami. bukan aku dan mereka satu kelas or satu sekolah pun. cuma kami kenal disebabkan DD adalah adik pada atie yang satu kelas dengan aku masa form six dulu, itu pun sekejap ajer.....

Monday, March 29, 2010

susah dua dalam satu

biasa la hari sabtu dan ahad memang aku berhenti buat entry sebab hari itu unutk aku bersama keluarga dan rakan-rakan kecuali kalau ada kelapangan. so kira ini entry untuk cover saturday and sunday la.

saturday 27/03/09:
untuk kali terakirnya aku datang office, sebelum aku menamatkan kerja di company nie. aku datang sebab aku nak update semua procedure untuk ISO/TS16949 and ISO14001. next week 6-10 april 10 ada surveillance audit. rasa sedih juga bila procedure yang aku buat since year 2005 tu akan aku tinggalkan pada orang lain. bukan setakat procedure department aku tapi department lain pun aku review juga untuk ensure tak ada missing link.

cuma sedih bila masa dan tenaga yang kita beri itu tidak dihargai oleh orang lain, bila tiada siapa nak refer procedure masa buat kerja dengan alasan dah cukup pandai. kecuali bila dah ditimpa masalah, susah jadi manusia macam nie.....

kalau tak kerana BOSS dan GM aku yang minta tolong pasti aku tak akan attend masa audit day 6-9 april nanti. aku peduli apa kalau ada NCR/CAR masa audit nanti, bukan aku ada kena mengena dengan company masa tu. tapi aku kenangkan BOSS dan GM yang aku anggap sebagai kawan tu, aku promise untuk datang tolong dia orang masa audit nanti.

selepas tu terpulanglah pada mereka untuk run the operation,dan dia orang ada masa selama setahun untuk guna nama aku sebagai skip boat.....

ahad 28/03/2010:
aku bangun awal pagi, kerana hari ini ada majlis gotong royong di kawasan perumahan aku. seperti biasa aku dah melaporkan diri seawal mungkin kerana katanya program akan bermula jam 7.30 pagi. tapi malangnya jam 9.00 pagi masih tak start lagi..

menurut kata tuan pengurusi tunggu YB BN/UMNO datang rasmikan program, tunggu punya tunggu YB datang dengan muka tak bersalah buat aku rasa menyampah. sudah la datang YB datang lambat, yang aku tak tahan tu bila pengampu nie YB nie berebut nak salam YB. cuma aku dengan beberapa orang ajer tak bangun dari tempat duduk YB yang datang salam kat aku, dan rasanya itu memang wajar kerana dia harus belajar menghormati waktu dan rakyat.

alasan YB hari ini dia ada banyak majlis nak kena pergi....hahahaha dalam hati ku berkata YB, kau sememangnya tak cerdik. Kalau tahu ada banyak majlis datang la awal, dan program kami bermula jam 7.30 pagi YB oittt....

dipendekan cerita majlis bermula Jam 9.30 pagi setelah YB memberi ucapan yang tak related dengan program yang dirasmikan. susah betul la jadi manusia macam nie bila hanya tahu bercakap tanpa memahami apa yang dicakapkan.....

lagi susah rasanya bila tak semua orang yang ada dalam kawasan taman aku itu turut serta dalam majlis gotong royong, biar tika itu kami sedang membersihkan longkang di belakang dan hadapan rumah mereka yang semak itu. dan mereka lebih seronok berbaring di hadapan TV......

Friday, March 26, 2010

jalan pulang

bertahun berkelana
mencari di mana hujungnya dunia
terleka pada indahnya maya
yang nyata itu palsu
yang jauh itu di depan mata
yang dikendong itu berciciran
yang dekat itu tak terjangkau

mencari jalan pulang
tersesat dipangkal jalan
di depan mata itu nun menjauh
baru kini meyedari
yang dikejar kehilangan
yang manis itu hempedu
yang pahit itu madu

menyusuri jalan pulang
melewati liku di hujung simpang
menggenal erti onak dan duri
itu bukan halangan tapi pengajaran
langkah ini baru permulaan
buat satu perjunggan
untuk hidup yang kecundang.




p/s: mengenali erti hidup bukan dari apa yang kita miliki tapi apa yang kita lalui

Thursday, March 25, 2010

di waktu itu...bukan aku benci III

"betul...Man tak marah dengan N ker"..dia mengulangi pertanyaan yang sama lagi..dan dalam hati kalau dia tanya lagi mesti aku marah kali nie

"tiada sebab Man nak marah pada N"...jawapan yang sama aku beri dengan sedikit nada suara yang agak keras...kira marah latukan

"Man, sebenarnya sudah lama N ingin suarakan hasrat hati ini, tapi N malu dengan Man. kerana Man sudah banyak membantu N biar sering hati Man, N sakiti. Tapi N tidak dapat nak tipu diri N ini, biar kita tidak lagi ada sebarang ikatan. namun Man masih sudi menerima N sebagai sahabat. N sebenarnya tidak dapat melupakan Man, seringkali N berharap Man berada di sisi seperti dahulu, memberi semanggat pada N dan menemani N dalam kensunyian....."..N diam seketika

"N sbagai seorang sahabat Man sentiasa ingin membantu dan Man akan cuba membantu setakat mana yang mampu. lagi pun perkara yang dahulu sudah lama berlalu"..aku pun masih keliru sebenarnya waktu itu apa hajatnya.

"Man, seandainya masih ada ruang di hati, sudikah Man menerima N kembali dalam hidup Man, seperti mana Man menerima N waktu mula-mula dahulu. N faham andai permintaan ini agak keterlaluan buat Man, setelah apa yang N lakukan terhadap Man. Tapi hati N masih ada rasa sayang terhadap Man, sukar untuk N lupakan apa yang kita pernah lalui dahulu. N faham seandainya Man tidak dapat memberi jawapannya..."..aku jadi terpaku seketika senyap tak terkata. biar benar hati ini masih ada ruang namun permintaan ini benar-benar buat aku rasa sukar. otak ligat mencari perkataan yang sesuai..

"Man...kenapa senyap, Man marah ker dengan N"...tiba-tiba N bersuara setelah kami diam seketika

"sorry, tak Man tak marah cuma...."..sukar untuk aku berkata-kata

"N memang benar masih ada ruang di hati Man ini, tetapi ada benyak perkara yang harus man fikirkan kali ini. sukar untuk Man memberi jawapan buat kali ini...kalau dulu, bila N kata dia suka kat aku, aku terus rasa macam dunia ini ana yang punya. tapi kali ini dunia bukan milik aku sorang setelah apa yang aku lalui.

"N...satu perkara yang harus kita ingat bahawa hidup ini bukan hanya tentang diri kita. tapi juga tentang mereka yang berada disekeliling kita. setiap keputusan yang kita buat, kita juga harus memikirkan tentang mereka. dan adakalanya kita harus ketepikan apa yang penting dalam hidup kita demi kebahagian hidup orang lain.." aku mula meyusun ayat.

"begitu juga dengan cinta dan kasih sayang, adakalanya kita harus beralah demi kebahagian orang yang kita sayang. Man lepaskan N dahulu bukan kerana tidak sayang akan N tapi, tiada guna Man mempertahankan cinta andai orang yang Man sayang kelak merana"...ceh ayat baik tu.

"kita juga harus fikirkan tentang hari esok dan masa-masa yang akan datang, dengan apa yang pernah kita lalui semalam. Man tidak mahu hanya kerana perasaan sayang kita hari ini, kerana rasa cinta kita hari ini, kita kecundang dikemudian hari. Man tidak mahu kelak apa yang pernah kita alami dahulu menjadi satu penyebab kepada perpisahan yang lebih teruk. perjalan hidup kita masih jauh dan banyak yang perlu kita tempuh"...aku cuba bermain dengan kata-kata dan aku harap dia fahma maksud aku itu

"N..faham semua itu Man. dan N berjanji tidak akan mengulangi seperti yang pernah berlaku dahulu. N rela seandainya apa juga yang berlaku kelak kerana N sedar semua itu silap N"..dia bersuara setelah sekian lama aku yang bercakap.

"N...apa yang Man cakap itu bukan bermakna Man membenci N. tapi kali ini biar kita menjadi seorang yang dewasa dalam membuat keputusan. N kena fikir tentang perasaan "dia" juga. N kena beri "dia" peluang dan Man akan bantu setakat mana yang mampu. lupakan tentang perasaan kita dahulu."..aku cuba menenangkan N yang sudah mula kembali menangis.

"tapi Man, bukan dulu Man juga yang kata kita harus utamakan diri kita dahulu sebelum orang lain. fikirkan tentang hati kita, tentang perasaan kita, itu yang penting"...tu dia aku kantoi la pulak, banyak sanggat bercakap la aku nie kan sendiri yang susah.

"memang benar itu tapi kita harus lihat pada situasi juga, adakalanya kita yang harus beralah, seperti yang Man kata hidup ini bukan tentang kita sahaja"..weh mesti pandai putar tu.

"kenapa N rasa Man kali ini berbeza dengan dahulu, man banyak berubah sekarang, N tahu Man tidak suka dan sayang N lagikan"..N bersuara dengan nada sendu, dah susah nie.

"N, macam Man cakap tiada sebab untuk Man membenci N, dan Man tidak berubah masih seperti dahulu. cuma ingin belajar menjadi tidak terburu-buru, mungkin masanya untuk Man berubah juga."..raja cinta mana boleh mengalah beb.

"okay la N rasanya sudah larut malam nie Man kena balik dulu lagi pun N ada kelas esok, nanti esok malam Man call lagi, Man janji akan tolong N"...aku minta izin mengundur diri. gila aper dah dekat tengah malam aku masih kat office lagi.

"okay, janji esok Man call yer, N tunggu"...dia bersetuju lega hati ku dan nampaknya aku harus segera selesaikan masalah ini dan si "DIA"...aku sudah tekad akan call dia nanti...

Wednesday, March 24, 2010

mengukur kepuasan

jika ada satu alat untuk aku mengukur kepuasaan ini, berikanlah pada aku. ingin aku sukat dan timbang apakah tahap kepuasan hidup ini. berapa banyak atau berapa sedikitkah untuk aku merasa kepuasan ini.

andai ada satu penyukat untuk aku sukat kepuasan ini, pinjamkanlah kepada aku. biar aku sukat berapa tinggi atau berapa rendah kepuasan hidup aku ini. agar aku tahu di mana harus aku berhenti atau terus mencari

kalau ada penimbang untuk aku timbang kepuasan ini, ingin ku timbang berapakah berat atau berapa ringankah kepuasan hidup aku ini. agar dapat aku imbangi beban yang ku galas ini.

makin ku cari, makin tidak ku ketemui melaiankan nafsu yang tidak pernah ada puas dan jemu..........


p/s: bila aku merasakan semuanya itu gila, maka yang gila itu adalah aku, bila aku rasakan nikmat, yang hadir itu adalah sampah, mengalir dari sungai resah, untuk hidup yang tidak pernah kita kesah......

Monday, March 22, 2010

diwaktu itu...bukan aku benci II

note: ini adalah kisah hidup yang lalu tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati kecuali aku...

"N...biar Man call balik..jauh nie"...aku mintak N letakkan call agar aku dapat call dia semula maklum la dia bukan call dari sebelah rumah tapi dari seberang. sudah tentu banyak billnya nanti. tanpa banyak soal N letakkan phone dia menanti aku call semula dari office (okay perbuatan menggunakan harta office demi kepentingan peribadi adalah tidak baik).

"Okay N..cerita ngan Man apa sebenarnya berlaku antara N dengan "dia".." aku terus meminta N menceritakan masalahnya sebaik aku membuat panggilan kepadanya.

"entahlah Man banyak yang tidak kena sekarang nie antara "dia" dengan N.."dia" bukan macam dulu lagi, "dia" sudah jarang call dan sms N. bila call mesti "dia" cakap "dia" sibuk, takkan malam-malam pun sibuk. bila berborak pun dah tak macam dulu tak ada nak panggil sayang tak ada kata rindu pun"..N mula bercerita pada aku..aduhh masalah kecil ajer tu pada aku. tapi aku memang sungguh faham dengan perangai N nie yang sering mahukan perihatian..hahahaha tu yang buat aku kantoi dulu.

"mungkin "dia" betul-betul sibuk kot, lagi pun mahal nak call N kat Semporna tu so tak boleh la nak call selalu..so N kena la faham"..aku cuba bagi simple nasihat

"alah bukan dia yang call..N yang call "dia"..kalau tunggu dia call memang tak adalah seminggu sekali pun tak ada, tahu tak Man pun call N seminggu sekali kat sini, rasanya Man lebih ambil berat pasal N dari "dia". tanya pasal N life N kat sini, tanya apa masalah N, tanya pasal kerja macam mana..tapi "dia" lansung tak ambil tahu"...N sudah mula bercerita masalahnya dengan dia.

"N ada beritahu "dia" tak yang Man selalu call N nie"..aku mula rasa bersalah mungkin sebab aku selalu call N menyebabkan "dia" rasa aku cuba merampas N semual..

"ada juga N beritahu "dia" tapi macam tu juga"..jawab N

"mungkin "dia" marah Man call N kot sebab tu dia tak call N"...aku cuba meneka, kadang-kadang rasa macam mengatal la pulak aku nie call N, tapi nak buat camner dah jadi kebiasaan, lagi pun aku call sebab N masih lagi kawan aku.

"Taklah dia tak kisah, lagi pun masa bukan sekarang nie "dia" jarang call dari dulu lagi, dari masa kat semanjung dia dah macam tu. masa N datang ker Semporna nie pun "dia" tak hantar N ke aiport cuma call ajer cakap selamat jalan, sedih N masa tu "dia" tak datang"...dan suara N sudah mula tersekat-sekat..aku tahu dia mula menangis.

"pernah juga N tanya dia kenapa dia jarang call dan banyak berubah sekarang tapi dia cakap tak ada apa-apa, bila tanya dia sayang N atau tidak "dia" cakap masih sayang N lagi macam dulu-dulu"..N menyambung kembali ceritanya

"sekarang nie N rasa seperti "dia" tidak pedulikan N lagi, terasa seperti "dia" cuba melarikan diri dari N, bila N tanya pasal masa depan dia cakap tak tahu lagi, tengoklah dulu katanya,"dia"...betul-betul buat N rasa kecewa sekarang nie"..dan suara N yang tadi tersekat-sekat kini mula berselang dengan tangisan.

"sabar la N..nanti Man fikirkan macamana, mungkin Man akan cuba call "dia" dan tanya sendiri dengan dia"..aku dengan sukarela menyusahkan diri dalam masalah yang bukan masalah aku. tapi sebagai seorang kawan aku harus tolong kawan. lagipun N pernah menjadi someone yang aku sayang dahulu.

"Tak apalah Man...biarlahkan "dia"...lagi pun Man dan banyak tolong N selama nie, cuma N yang tidak pernah hendak menghargai diri Man"...bodohkan N nie"..N mula meredakan tanggisannya..

"ala N semua tu cerita lama, kita manusia memang tak lari dari kesilapan. lagipun itu semua cerita lama yang penting hidup N sekarang. tiada apa yang Man tolong pun hanya sekadar mendengar sahaja"..aku cuba low profile takkan la pulak aku nak cakap memang dia bodoh...tak baikan..cakap orang bodoh.

"Man, tadi man cakap masih sayangkan N lagikan, kalau N minta sesuatu dari man boleh tak..itu pun kalau Man sudi, tapi N tahu mungkin tidak untuk kali ini"...ada nada simpati dari suara N di sana..

"N nak mintak apa tu..kalau boleh tolong pasti Man akan tolong"..aku benar-benar rasa tak best masa itu seperti ada sesuatu yang penting hendak N minta dari aku....

Friday, March 19, 2010

dunia ini

dunia inikah yang semakin kejam
atau kita yang semakin zalim

dunia inikah yang semakin gila
atau kita yang semakin tidak siuman

dunia inikah yang semakin sempit
atau kita yang semakin haloba

dunia inikah yang semakin ganas
atau kita yang semakin tidak berilmu

dunia inikah yang semakin tua
atau kita yang semakin berusia

dunia inikah yang semakin kehujungnya
atau kita yang baru memulakan perjalanan

dunia ini bukan hanya ada kita
tapi bersama makhluk yang tercipta olehNya
yang berbeza pada akal yang mulia
namun kerap kita nampak lebih hina
menjarah,menjajah,melahap setiap benua
biar ada yang merana

dunia ini bukan milik kita
kita hanya seorang pegembara
yang sesat mencari jalan pulang
pada setiap persimpangan
sering kecundang membuat perhitungan
tengelam dalam jurang pada jalan yang terang

Wednesday, March 17, 2010

benar tapi

memanglah benar kata pujanga bunga bukan sekuntum dan kumbang bukanlah seekor.

tapi bukan semua bunga itu wangi dan bermadu dan bukan semua kumbang itu mengharap manisnya madu. bukan juga semua bunga yang wangi itu berseri dan tidak juga semua kumbang itu tertarik pada serinya bunga.

memanglah benar kata pepatah barang yang patah pastikan tumbuh semula dan barang yang hilang pasti berganti jua.

tapi bukan semua yang tumbuh dari yang patah sama tunasnya, dan bukan semua yang berganti sama coraknya dengan yang hilang. dan setiap tunas belum tentu ada bunganya mungkin juga lebat buahnya.

bukan semua yang kita miliki hari ini kekal untuk selamanya, bukan juga setiap yang kita hajati kita akan miliki. apa yang penting kita hargai apa yang kita miliki hari ini dan usah kita bersedih pada apa yang telah pergi.

tapi harus kita ingat setiap yang datang pasti akan pergi dan setiap yang pergi belum tentu akan kembali. segalanya takdir dari Ilahi.....


p/s: apa yang aku merapu tengah malam nie....dalam kita cuba mengembirakan orang pasti akan ada hati yang terluka....

Tuesday, March 16, 2010

di waktu itu...bukan aku benci

beberapa bulan sejak N dan aku berpisah secara rasmi, itupun setelah berlakunya tragedi pagi raya. aku seperti biasa meneruskan kehidupan bak kata orang putih "life must go on". tak kira apa juga apa yang melanda biar hati terluka dan kecewa. lagi pun akukan seorang "raja cinta" so raja tidak boleh tunjuk rasa kecewa biar jiwa parah.

seorang raja tidak boleh mengalah hanya kerana kalah sekali. seorang raja mesti tabah dan kuat, mesti bijak mengatur strategi untuk berjuang. apa yang penting takhta hidup itu harus dipertahankan, kalah itu bukan pilihan bagi seorang yang berstatus raja.

untuk tidak terlalu terasa kekosongan aku mula menyibukan diri dengan kerja, kalau dulu aku hanya buat kerja aku sekarang kerja orang pun aku buat. sekurang-kurangnya aku dapat menambah pengalaman, tidak ada apa yang rugi kecuali masa aku yang terluang.

satu petang yang sudah malam lebih kurang 9.30 malam sedang aku sibuk menyiapkan kerja di tempat kerja, tiba-tiba satu panggilan masuk ke talian telephone aku. "ah siapa pulak yang call aku malam-malam nie, waktu pejabat dah berakhir"..bisik hati ku.

"hello"...pangilan terus aku jawab dengan segera kerana aku memang tak suka mendengar bunyi telephone yang menyakitkan telingga. sekarang nie pun aku tak suka dengar bunyi telephone walau dari Handphone yang ada bermacam-macam lagu.

"assalamualaikum...boleh cakap dengan Man"...berkata suara lembut dari hujung talian

"waalaikumusalam, ya man cakap nie"...jawab ku ringkas namun dalam hati penuh dengan tanda tanya

"Man..nie N sorry call Man kat office and ganggu Man"..perempaun itu memperkenalkan diri...yang pasti aku memang sudah cukup kenal dengan suara itu.

"tak apa..Man pun dah habis kerja nie"...biar waktu tu aku sedang sibuk nak siapkan report.

"Man...macam mana sihat ker"...satu pertanyaan yang tak perlu sekadar mengambil hati

"Man kat sini okay ajer sihat...N macam mana..nie call darimana"..gilirian aku pula membuat ayat lazim sebagai pemula bicara.

"N call dari rumah la kat Semporna"...jawab N, sedangkan aku memang sudah tahu yang dia call dari Semporna sebab dia kena posting ke sana sebaik sahaja tamat KPLI.

"Man...N ada perkara nak cakap dengan Man boleh tak, tapi N takut Man marah nanti"..tiba-tiba suara dia menjadi sayu seperti menahan tanggisan..

"cakap la, apa perkara yang N nak cakap tu. tak ada sebab Man nak marah pun"..aku sedikit curiga, pasti dia ada masalah.

"Man...sekarang nie masih solo lagi ker atau sudah ada penganti N"..apa punya pertanyaan la

"masih solo lagi, Kenapa N tanya"...balas ku ringkas

"Man masih ingat kat N lagi ker, masih sayang N lagi ker...kenapa tak cari penganti N"...satu pertanyaan cepu mas

"N, sebagai orang yang Man pernah sayangi pasti sukar untuk Man melupakan N jauh sekali membenci N. lagi pun tiada sebab untuk Man lupakan N walau hati pernah terluka, tapi Man anggap itu semua hanya sebagai satu kesilapan kita sebagai manusia. Pasal penganti tu Man rasa sekarang ini bukan masa yang sesuai, biar la Man sendirian dulu."...huh ayat tak boleh blah tu

"Man...maafkan N kerana kecewakan Man dan tiada niat di hati untuk menyakiti hati Man, cuma N tak mengerti dengan diri ini, N terlalu sunyi waktu itu"......N bersuara sendu sambil teresak-esak menahan tangisan, ini yang buat aku rasa kalah nie..

"Man...baru sekarang N sedar bertapa Man terlalu baik buat N dahulu. tapi N tak nampak semua itu waktu itu N terlalu mengikut perasaan, Man tidak pernah menyakiti hati N tak pernah rasa marah dan benci pada N, biar N sering menyakiti hati Man. sesungguhnya Man terlalu berbeza dengan "dia" ( merujuk kepada kawan aku tu )Man selalu ada masa untuk mendengar semua masalah N"....sudah apa pulak masalah yang menimpa dia kali ini, sebagai seorang lelaki budiman aku memang pantang tengok orang perempuan dalam kesusahan nie tambahan pula dia itu berstatus bekas kekasih merangkap tunang aku dulu.

"N..sudah la tu, semua tu cerita lama tak perlu nak dikenang dan dikesalkan. lagi pun N sekarang ni sudah ada "dia" dan Man pasti "dia" akan menjaga N dengan baik malah lebih baik dari Man"....aku cuba menangkan N.

"tak Man.."dia" memang tak sama dengan Man, apa yang Man cakap itu tak seperti mana yang N alami sekarang. terlalu banyak halangan dan masalah dalam hubungan kami, dia tak seperti yang N kenal dulu"...alamak masalah sudah bermula..

sambung la esok aku ada kerja nak buat

Friday, March 12, 2010

di atas garisan

berdiri di atas garisan
berjalan satu-satu
mencari benar dari yang palsu
kiri itu syurga menuju neraka
kanan itu duka di dalamnya cahaya
dosa dan pahala itu pilihan

berjalan di atas garisan
bertapak satu persatu
jejak bukan untuk hidup
tapi hanya satu persingahan
di belakang itu pengalaman
di hadapan itu cabaran

di atas satu garisan
hujungnya satu penentuan
kiri dan kanan jurang percaturan
depan dan belakang ranjau bukan pilihan
hati dan akal itu bekalan
nafsu itu bukan tuhan

Thursday, March 11, 2010

bila benci

usah kau berpaling dari sesuatu yang dibenci, kerana kau tidak akan dapat lari darinya. tetapi belajarlah menghadapinya agar kau boleh menerima dan diterimanya.....


p/s: benci itu hanya satu penyakit yang lebih teruk dari barah

Wednesday, March 10, 2010

sukarnya hendak ucapkan selamat tinggal

cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk menghabiskan masa dan kerja di sini, setelah 5 tahun mengabdikan diri pada kerja dan company. banyak kenangan pahit dan manis selama 5 tahun, ramai kawan-kawan yang datang dan pergi.

terasa berat di hati untuk mengucapkan selamat tinggal pada mereka semua, terutama pada para staf yang setia dan sering membantu. mereka semua umpama keluarga bagi aku, berkongsi segala masalah. sering terfikir apa yang akan berlaku kepada mereka andai aku tiada, siapa yang akan menjaga mereka kelak, siapa yang akan menyelesaikan masalah mereka. ada rasa belas di hati apabila memandang wajah mereka yang tidak ceria setiap pagi.

namun aku juga harus memikirkan tentang masa depan, tentang kerjaya dan peluang yang datang bukan selalu. telah lama aku berhajat untuk bertukar bidang kerja, rasanya sudah sampai masa aku meninggalkan industri automotive. pengalaman yang aku perolehi dalam bidang ini amat bermakna, dan aku perlukan cabaran yang baru.

namun untuk mengucapakan selamat tinggal di sini bukan satu perkara yang mudah biar ini bukan pertama kali aku berpindah tempat kerja. namun keputusan telah dibuat dan langkah harus diteruskan.........

aku tidak akan mengucapkan selamat tinggal tapi aku ucapkan sehingga kita ketemu lagi....

Monday, March 8, 2010

pandang

hidup ini harus pandang ke hadapan untuk terus berjaya, tapi jangan lupa untuk pandang ke belakang agar kita tidak terlupa bila berada di hadapan......

segala yang jelas pada pandangan mata biar sama terang dengan pandangan mata hati...
agar apa yang kita miliki tidak berlalu pergi

Friday, March 5, 2010

bila kita berkata

bila kita berkata kita benar
kita sering mendustai

bila kita berkata kita sayang
kita sering membenci

bila kita berkata kita ikhlas
kita sering mengungkiti

bila kita berkata kita percaya
kita sering meragui

bila kita berkata kita setia
kita sering mengkhianati

bila kita berkata kita teman
kita sering menjauhi

bila kita berkata di mulut bukan di hati

Thursday, March 4, 2010

aku tak paham

satu perkara yang aku tidak faham dengan perundangan kita ini, adalah menjadi satu kesukaran apabila kita hendak melaksanakan undang-undang islam walau kita mengatakan kita ini adalah negara islam....

satu perkara yang aku sukar nak faham, bila kita mengatakan kita sayang pada islam tapi kita tak pernah nak ikut cara islam...

satu perkara yang aku tak pernah faham, bila islam itu kita kata satu agama yang mudah tapi kita yang beragama islam itu sendiri menyukarkannya....

satu perkara yang mungkin aku seorang sahaja tak faham bila islam itu satu agama yang diangap cantik, lembut dan sesuai untuk semua tapi tidak dapat diterima oleh orang islam itu sendiri....


p/s: aku masih percaya dan terus percaya bahawa ALLAH itu ada pencipta sekian makhluk dan kejadian di muka bumi ini. dan segala yang terjadi adalah atas keizinanya. dan aku percaya ALLAH dan ISLAM itu untuk semua

Wednesday, March 3, 2010

segalanya depan mata

orang kata hidup ini satu pencarian, oleh itu kita tidak pernah berhenti mencuba untuk mencari apa yang kita mahu, kita sering berkata hidup untuk mencari kebenaran, hidup untuk mencari kesempurnaan, hidup untuk mencari kebahagian, hidup untuk mencari cinta, hidup untuk mencari tuhan, hidup untuk mencari kepuasan.

lalu untuk ketemu dengan apa yang dicari, kita guna semua cara sama ada dengan cara baik mahu pun cara buruk, bergantung pada individu. adakalanya dalam melalui proses pencarian ini kita sanggup melepaskan apa yang kita ada. ada diantara kita ketemu dengan apa yang dicari dan ada pula yang kecundang dalam misi pencarian mereka.

namun hakikatnya kita sering terlupa, sebenarnya apa yang kita cari itu sering berada di depan mata cuma kita yang tak mampu melihatnya. bila kita mencari kebenaran kita lupa bahawa kebenaran itu telah lama wujud. bila kita mencari kesempurnan kita lupa bahawa kita adalah kesempurnaan itu. bila kita mencari kebahagian kita sering meninggalkan kebahagian itu, bila kita mencari cinta sebenarnya kita yang mengkhianati cinta itu. bila kita mencari tuhan kita lupa siapa kita.

bila kita mencari kepuasan....sebenarnya kita manusia tidak akan pernah berjumpa dengan kepuasan..

p/s: kita sering menghargai sesuatu bila ianya telah pergi dari kita tapi tidak semasa ia bersama kita

Monday, March 1, 2010

biarkan



biarkan mawar itu berduri
biarkan langgit itu kelabu
biarkan laut itu bergelora
bairkan ombak itu menghempas pantai
biarkan bayu itu menghembus sayu
biarkan malam itu terus sepi
biarkan bintang itu tidak bersinar
bairkan bulan itu tidak bercahaya
biarkan pungguk itu terus merindukan bulan
biarkan hati ini terus berdarah
biarkan perasaan ini resah
biarkan jiwa ini kian parah

biarkan diri ini menyangi mu
izinkan aku terus mencintai mu
kerana hanya itu yang aku tahu.......



p/s: akan sampai harinya kita akan berjumpa dengan satu situasi yang sukar untuk kita membuat pilihan

Saturday, February 27, 2010

mimpi pasar malam di rumah anai-anai galeri shah alam



shah alam tak mungkin akan sesat biar dari jauh mahu pun dekat....

entah saper la yang lukis peta nie...

Thursday, February 25, 2010

fikirkan...

hidup ini penuh dengan cabaran dan tekanan, membuatkan kita rasa resah dan gelisah. kita sering rasa takut akan ketinggalan dalam perlumbaan hidup ini. kita takut bila berada di bawah kerana khuatir kita akan dipijak lantas kita pantas bertindak. kadangkala dalam membuat dalam tindakan kita terpaksa menggunakan orang lain, salah dan tidak bukan lagi persoalan yang pasti matlamat harus kita capai. namun harus kita ingat setiap tindakan yang kita buat pasti ada balasan dan bersediakah kita menghadapi "tindakan" dari setiap tindakan yang kita ambil.....



p/s: jangan berlari andai kita masih belum berlajar bertatih kelak kita juga yang letih....

Wednesday, February 24, 2010

jalan kelam

jalan kelam ke hujung alam
wajah siang nampak berbalam
sekelip cahaya disayup malam
yang tinggal pasti semalam
yang pergi berkirim salam
yang datang mengucap salam
jalan kelam ke hujung alam
munuju tammatul kalam



p/s: hidup ini singkat untuk satu perjalanan yang panjang

Tuesday, February 23, 2010

misi mencari hotel yang tak penuh



pergh gila lama betul tak buang sampah kat sini, aku sibuk sekarang nie pasal ada misi hujung minggu nie. entah apa ke MIMPI budak-budak PARADOKS nie, suruh aku jual minyak kat PASAR MALAM dah tu kat LAMAN BUDAYA SHAH ALAM jam LAPAN MALAM hari SABTU 27/02/10 nie. kata mereka tak boleh lambat kalau tak MBSA tarik lesen semula, almaklum la kita menumpang depan rumah orang.

lu orang kalau mau beli minyak atau tengok aku jual minyak datang la, harap maklum kat pasar malam tak ada kerusi yang di sediakan, kalau rajin bawa la tikar or surat khabar buat alas tempat duduk.....

Thursday, February 18, 2010

its must be someting wrong

hidup kalau tidak ada masalah, maka pasti ada yang tidak kena dengan hidup ini. hidup itu masalah dan masalah itu hidup itu pada pandangan aku, orang lain aku tak tahu. biar sejauh mana kita belari, walau sedalama mana kita bersembunyi pasti ada masalah datang menghantui.

sebenarnya yang menjadi masalah itu adalah bila kita tidak menyelesaikan masalah tapi cuba sembunyikan masalah. masalah itu sebenarnya untuk kita kongsi agar dapat kita selesaikan masalah itu. bayangkan kalau kita berkongsi masalah dengan sepuluh orang maka kita akan dapat sepuluh cara penyelesaian masalah(pandang dari sudut positif).

dalam realitinya masalah kita semua ini lebih kurang sama sahaja dan dan setiap dari kita pasti akan mengalami masalah yang sama. cuma dalam situasi dan masa yang belainan sahaja, satu masalah sebenarnya mempunyai lebih dari satu cara penyelesaian bergantung pada situasi.

masalah juga ada dua cara penyelesaian, pertama penyelesaian secara segera, tapi penyelesaian cara ini tidak menjamin ketahahannya kerana ia cenderung unutuk berulang kembali. peyelesai kedua adalah penyelesaian jangka panjang. cara ini memerlukan masa yang panjang dan analisis namun ia amat berkesan dan memastikan ia tidak berulang lagi.

cuma masalah mati sahaja yang kita tidak boleh selesaikan kerana itu kerja Ilahi. jadi usahlah kita mengeluh bila tiap kali kita menghadapi masalah. sebaliknya kita hadapi dengan tenang dan penuh kewarasan.



p/s: masalah itu sebenarnya mendewasakan kita bukan membebankan

Wednesday, February 17, 2010

melewati hidup

bahagian I.

melewati hidup yang berlalu
bermula dari rahim seorang ibu
dikendong dibelai sepanjang waktu
menangis tika lapar dan dahaga pada susu

melewati hidup yang berlalu
berlajar satu persatu
merangkak, bertatih, berlari usah terburu-buru
ibu dan ayah adalah guru.

melewati hidup yang berlalu
mengenal apa tu darjah satu
berlajar A,B,C, 1,2 dan 3 itu pintu U
dalam hati ingat selalu

bahagian II.

melayari hidup ini
bahtera hidup adalah diri
nakhoda itu adalah akal dan hati
buat pedoman menempuh onak dan duri

menyusuri hidup ini
terasa kecil akan diri
kala berlari tersebam ke bumi
pengalaman adalah tongkat untuk berdiri

melepasi hidup ini
masih lagi tidak mengerti
untuk apa hidup ini
untuk siapa diri ini

melewati hidup yang berlalu
masih lagi seperti dahulu
belajar satu persatu
alam ini adalah guru...

Friday, February 12, 2010

misi tak mau rugi

hari ini aku kerja separuh hari, bukan sebab aku nak sambut tahun baru cina tapi sebab aku nak ke sini.

sepatutunya aku ada interview pukul 4.30 pm hari ini tapi aku minta tangguh sampai next week pasal aku nak ke sini

kenapa kau nak ke sini sebab aku tak mahu rugi peluang hanya ada sekali tak datang rugi...bukan pasal ada orang nak bagi free tapi aku minat seni mereka ini..

kalau dok rumah pun rugi minggu nie tak ada EPL citer pun tak best, balik kg pun jalan jem rugi masa dalam kereta atau bas. jadi kalau tak nak rugi mari ke sini....



tak rugi R10.00 kalau tengok citer nie, tapi rugi duit RM10.00 kalau belanja awek makan kat kedai mamak atau KFC

Thursday, February 11, 2010

the sky



people said the sky's no limit...
people said the way not in the sky but in heart...
people said don't look for the god in the sky but in our own body...
people said we live under same sky but we don't have same horizon...
what I said its all about our self....

langit itu tidak selalu cerah...
untuk melukis hidup di dada langit...
hitam,putih dan kelabu warna-warna hidup...
what you said its up to you...

Wednesday, February 10, 2010

semalam 365 hari yang lalu

semalam adalah 365 hari yang lalu, aku mula menulis disini setelah sekian lama aku hanya membaca dan mengikuti sesetengah karya asli dari yang kurang dikenali kepada yang terkenal.

semalam 365 hari yang lalu, dengan bantuan kawan ku yang juga suami kepada "sue". aku membuat halaman sendiri dengan tekad untuk berkongsi sesuatu, mencari sekutu bukan seteru dan mencari sedikit ilmu.

semalam 365 hari yang lalu, aku tiada sesiapa hanya sekadar menulis dan membaca, kemudian satu persatu datang bertamu. setiap tetamu datang ku balas dengan ikhlas tanpa ada rasa was-was.

semalam 365 hari yang lalu, dan pada hari-hari yang berlalu aku kumpul sedikit-demi sedikit ilmu yang ku kutip dari setiap karya yang dititip. dan aku yang masih lagi baru tika itu,hanya membuang selongkok sampah pada halaman ini.

semalam 365 hari yang lalu, aku belajar memahami setiap baris dan ayat yang tersurat dan yang tersirat. walau ada kata-kata kesat dalam memberi pendapat tapi itu bukan bermakna mereka seorang yang bangsat.

semalam 365 hari yang lalu, aku jumpa yang baru dan aku kehilangan yang lama, mereka datang dan pergi. dan setiap yang baru aku alu-alukan dan yang pergi tanpa kesan aku tetap merindukan.

hari ini 366 hari telah berlalu, aku masih lagi rasa baru, mamai masih diriku, masih menulis dan membaca kerana setiap hari pasti ada yang baru dan yang berlalu itu adalah pengajaran buat ku.

dan esok pada hari-hari yang mendatang yang aku tidak pasti namun akan ku tunggu...dan ku doakan semoga sejahtera pada semua, agar lebih bahagia pada setiap kesempurnan. dan pada esok yang tak pasti aku mohonkan kemaafan atas keterlajuran kata-kata ku.....

Tuesday, February 9, 2010

janji

setiap kali kau berjanji
seringkali juga kau khianati
lalu kau berjanji tidak akan ulangi
namun masih lagi kau mungkiri

semalam kau berjanji sepenuh hati
dengan lafaz mengharap simpati
agar dosa-dosa janji diampuni
dengan harapan agar diri kembali suci

hari ini, seperti semalam, kau ulangi
janji yang terpateri sepenuh hati
masih lagi kau khianati
dan janji kini tinggal janji

Monday, February 8, 2010

semua ada misi



NAUTIKA! sudah sampai ke minggu terakhir untuk dipentaskan. Jumaat ini show pertama akan bermula, sabtu dan ahad selesai.

kenapa aku nak tengok NAUTIKA?

1 . Ada cerita cinta.
2 . Pelakon semua belum kawin/single.
3 . Ada pelakon muka macam Will Smith.
4 . Suatu hari nanti diaorg akan popular, so baik ajak tangkap gambar awal awal.
5 . Lepas teater leh lepak luar isap rokok.kalau tak isap rokok pun leh lepak
6 . Leh usha usha mana tau jumpa jodoh kat situ. kalau masih solo
7 . Kalau Sabtu balik Kg sambut raya boleh tengok ari Jumaat.Kan best!
8 . Kalau jumaat bizi tengok Sabtu, best nye tengok sabtu!
9 . isteri aku tak sambut Hari Valentine so aku tengok NAUTIKA!
10 . Pengarah berasal dari Teluk Intan, sama dengan wife aku.
11 . Tak perlu datang pakai seluar slack gosok tepi. jimat tenaga wife aku
12 . Tak perlu baju kemeja tuck in. aku tak ada kemeja..
13 . Tak Ada mekap mekap, sikat sikat rambut, senang kerja aku.
14 . Tempat tu ada air cond.
15 . AKUDO kata nak datang.
16 . Ada scene bukak bukak. ini yang aku tunggu sebab mesti gempak

Sunday, February 7, 2010

takut

setiap dari kita pasti ada perasaan takut, dan perasaan takut ini sebanarnya baik untuk kita. kerana perasaan takut ini memastikan kita terus hidup untuk menikmati nikmat dunia yang sementara ini.

namun perasaan takut ini juga membuatkan kita terus ketinggalan dalam hidup kerana sifat kita yang sering berhati-hati. demi memastikan kita terus hidup dalam dunia yang masih tak pasti ini.

perasaan takut menentukan ke mana arah tujuan kita sama ada kita kedepan atau kebelakang, sama ada kita mahu berjaya atau gagal....

perasaan takut itu juga "make us somebody or nobody"....bergantung bagaimana kita mengawal perasaan takut itu...

percayalah kita sering melakukan perkara yang kita takut setiap masa, sama ada kita sedar atau tidak..


p/s: tak salah bila kita ada perasaan takut kerana ini menjadikan kita lebih berani..

Friday, February 5, 2010

antara nyawa dan dosa

antara nyawa dan dosa yang mana kau pilih,
kerana dosa menyelamatkan nyawa,
tapi nyawa membersihkan dosa.

antara nyawa dan dosa yang mana kau pilih,
kerana dosa menjanjikan mewah,
tapi nyawa menegakkan maruah.

antara nyawa dan dosa yang mana kau pilih,
dosa itu pasti menjanjikan neraka,
nyawa itu harus kau timbang sebelum ke syurga.

antara nyawa dan dosa mana kau pilih,
antaranya membezakan hidup dan mati,
namun hidup kita bukan menongkat dunia........



p/s: sebenarnya kita lebih sayang nyawa biar kita kata kita sayang agama dan tuhan kita

Thursday, February 4, 2010

drama tahun ini

skrip dan jalan ceritanya telah pun disediakan, pengarahnya telah pun dipilih dan memang amat terkenal dengan arahannya yang popular dengan cerita mongolia. katanya anak didik dari pengarah termahsyur tanah air yang menjadi pengarah terbaik selama 22 tahun. pelakon utamanya pegangang dua watak hero dan heroin al maklumlah muka ala-ala "jambu" gitu. pelakon tambahan pun ramai mungkin bayarannya agak lumayan. hanya watak penjahat masih pelakon yang sama seorang tua yang pernah biru matanya gara-gara tak puashati dengan pengarah dahulu.

secara ringkasnya drama tahun ini, pada aku adalah satu kesinambungan dari drama yang dahulu paling tidak pun hanya satu ulang tayang tapi dalam versi yang baru. seperti biasa kalau drama melayu kita sedia maklum akan akhir ceritanya walau tak tengok cerita sampai habis.

prinsip cerita melayu amat mudah, orang jahat mesti kalah mesti kena hukum walau dia tak ada bukti sahih, tapi apa ada kisah bukti pengarah boleh create. manakala hero a.k.a heroin tetap menang kerana dia berlakon ikut arahan.

malas la nak citer panjang-panjang kita ikuti ceritanya yang lebih hot dari drama nur kasih ( aku tak tahu pasal tak tengok nur kasih ). dan sebagai penonton kita nilai sendiri jalan ceritanya dan kalau rajin hayatilah dengan teliti setiap skirp dan lakonan, pasti akan terjumpa dengan kesilapan yang tidak disengajakan...... but kesilapan bukan satu penghalang unutk menjayakan sebuah filem...

Wednesday, February 3, 2010

peronda keselamatan baru

"B, rumah yati semalam dimasuki pencuri"..kata jasamine pada aku, sambil menunding kepada rumah jiran kami yang sebaris itu.

"bila masa pencuri tu masuk....tak dengar apa-apa pun"..aku sedikit teperanjat kerana setahu aku tidak pernah kawasan kami itu ada kes kecurian.

"pencuri tu masuk waktu siang..ikut pintu depan lagi tu"...terang jasmine ku.

"wah terror pencuri tu masuk siang hari...banyak ke barang yang hilang"..satu soalan standard aku tanya macam polis dan wartawan dan orang kampung selalu tanya bila ada berlaku sebarang kecurian.

"entah la tapi kata yati barang kemas dan duit tabung anak dia hilang"...jawab confidence macam dia adalah seorang mangsa

"patut la malam tadi nampak rukun negara buat rondaan, awak tak nak joint rukun negara kat kawasan kita ke"...tanya jasmine pada aku.

"rukun negara, ada ke rukun negara buat rondaan kat kawasan kita"...tanya aku sedikit pelik sambil mengerutkan dahi tanda tak mengerti

"ada la tiap-tiap malam dia orang buat rondaan...awak ajer tak nak joint"...jawab jasmine dengan yakin.

"Ohhhh, rukun tetangga...tak apa nanti kalau saya joint saya bacakan rukun negara sebelum meronda"...jawab aku sambil tersenyum...



p/s: pada sesiapa yang ada joint rukun tetangga tu elok juga kalau baca rukun negara sebelum meronda sebab ramai yang dah terlupa.....

Monday, February 1, 2010

problem solving concept

as we all know hidup tak lari dari masalah dan masalah tak akan selesai kalau kita lari dari masalah. there is so many way to solve our problem sama ada masalah besar atau kecil, no matter how big or complecated sesuatu masalah itu but it still ada jalan penyelesaian kecuali masalah mati.

In manufacturing untuk kita selesaikan masalah,pertama sekali kita kena faham product kita dan process untuk hasilkan product kita. from there only we can determine what is the method should we use to solve the problem. sama juga macam hidup ini jika kita tidak tahu tujuan hidup kita dan process menjalani kehidupan maka susah untuk kita selesaikan masalah.

untuk selesaikan masalah ada banyak cara, terpulang pada kita macam mana nak guna, in industrial operation especially in japanes company mereka suka guna 5 WHY's METHOD. kaedah di mana kita mengenal pasti punca masalah dengan mencari 5 WHY's...susah juga nak terangkan nie tapi in simple word like lagu bangau oh bangau la.....cari punca masalah sehingga ke akar umbi kemudian di situ kita selesaikan punca segala masalah. kalau company dari Europe or US mereka suka guna 8D REPORT sama concept lain approche sahaja. rasanya kalau kita cuba guna kaedah ini dalam hidup kita pasti akan ada hasilnya.

one more thing dalam manufacturing line, before kita start dengan sesuatu product or process kita akan buat FMEA (Failure Mode Effect Analysis) satu method di mana kita kenal pasti potensi masalah sebelum kita memulakan sesuatu process. dan bagi product pula kita akan buat DFMEA (Design Failure Mode Effect Analysis). sorry can't go in detail sebab banyak nak kena terangkan nak tahu boleh le email hahahahaha...btw FMEA and DFMEA nie kalau kita guna dalam hidup ini pasti kita dapat minimize masalah kita.
or kata orang pencegahan before happendkan...bealive la this method our goverment should apply before buat sesuatu projek well kurang la sikit yang runtuh...

bila semua kaedah ini kita apply and still ada masalah juga so kita buat Kaizen or Improvement, and follow up dengan continues improvement. well kalau ada juga masalah so that the time kita serahkan pada DIA. kerana padaNya jugalah tempat kita menggadu dan memohon petunjuk.....



p/s: yang pasti mati bukan satu masalah tapi mati untuk menyelesaikan masalah itu adalah masalah pada yang hidup....sorry guys latelly aku banyak merapu

Sunday, January 31, 2010

saturday and sunday no entry

hari sabtu dan ahad tak ada entry kerana hari untuk anak dan bini, dan juga bersama kaum famali, kadangkala untuk kawan-kawan sekali especially bila dah dapat gaji...

nanti bila dah free jumpa lagi sorry kalau tak ada komen untuk entry...



p/s ini bukan kira entrykan...

Friday, January 29, 2010

interview

one of aku punya hobi adalah pergi interview, kadang-kadang tu bukan sebab nak kerja tu tapi suka sajaer suka-suka.

last year total aku pie interview 8 kali dan dari lapan tu 3 darinya telah offer aku kerja. tapi aku tolak atas beberapa sebab but bukan sebab salary tapi more on enviroment kerja kat tempat tu.

last monday, 25.1.10 aku telah menghadiri temuduga pertama aku untuk tahun ini, aku pergi sebab aku teruja dengan company tu kerana all the time aku ingat company tu milik orang luar tapi bila aku buat research rupanya milik bumiputera. aku dipanggil temuduga tak sampai dua jam dari masa aku apply job tu trough jobstreet oleh HR manager mereka.

on that day termasuk aku ada tiga orang yang hadir untuk jawatan yang sama, dan sempat juga aku berborak dengan mereka both of them mempunyai master,kecuali aku yang hanya ada degree buruk.

mungkin sebab aku tak ada master aku jadi orang pertama masuk bilik interview. and what a supprise this is first time in my experiance bila yang temuduga aku itu terdiri dari board of director, tiga orang semuanya dua perempuan dan satu lelaki. well kalau dah board of director yang interview pasti soalanya susahkan.

tapi tak tahu kenapa aku rasa macam interview biasa ajer hari itu, semua soalan aku jawab degan tenang dan hujah sekali. banyak juga mereka tanya pasal aku dan experiance aku. dan macam biasa mereka tanya kenapa aku nak berhenti kerja dari tempat sekarang. aku cuma jawab aku tak tulis pun yang aku nak berhenti kerja dan aku suka dengan kerja aku. aku cuma tulis aku ingin mencari pengalaman baru jika berpeluang.

lama juga la aku dalam bilik tu dari 9.30am - 11.00am, seperti biasa la memang interview aku tak pernah kurang dari sejam, record paling lama aku pernah diinterview 3 jam dari pukul 5.00pm to 8.00pm. itu last year bila one of MNC company call untuk interview aku. but at the end aku reject juga sebab company tu productnya melibatkan drug so aku kurang yakin dengan diri aku.

well seperti biasa dalam bilik interview aku yang lebih banyak bertanya berbanding mereka. that should be because kita kena tahu macam mana keadaan tempat yang kita hendak kerja nanti. about their culture, about product, about sales and most important what is company target and direction.

at the end off interview aku bagi tahu kat intiviewer tu.."sesi interview pada saya adalah tempat di mana kita bertukar pendapat dan pandangan, tempat kita berkongsi pengalaman dan mungkin kita boleh guna pakaidi kemudian hari. sesi interview bukan sekadar mencari siapa yang layak. that why aku suka pergi interview kerana aku suka belajar dari yang lain. bukan kerana aku desprate untuk dapat kerja"...dan ada sedikit perubahan pada muka mereka. dan aku pasti aku tidak akan dapat kerja itu.

bila keluar dari bilik interview kedua-dua mamat tadi datang menghampiri aku, "lamanya kat dalam, apa yang dia tanya"...dengan muka yang cuak. aku cuma cakap tak ada apa-apa cuma mereka tanya about our self. cuma aku bagi tahu mereka just tell the true to them tak payah nak tipu-tipu sebab mereka tahu.

petang tadi HR manager tempat tu call, kita akn buat second interview next week. aku cuma cakap "nanti saya fikirkan"...

sebenarnya hati aku tak segairah mula-mula dapat call interview bila mana aku menyaksikan bertapa stress muka staff yang lalu lalang semasa aku isi form. tiada sedikit senyuman yang diberikan dan hati aku mula gusar dengan susana office yang suram dan sempit....


p/s; kadangkala kita harus fikir dalam bekerja ini bukan sahaja gaji dan pangkat jadi keutamaan. tapi kepuasaan bekerja yang penting no meaning andai kita get big salary tapi hati tak happy. stress boleh buat kita cepat mati beb.....

Thursday, January 28, 2010

CO2 Emission Reduction Presentation

hari ini aku dibagi last minute tugasan untuk buat presentation kat UMW AUDIOTRIUM TOYOTA. Tajuk tugasan aku CO2 Emission Reduction, presentation ini talk about what is our company contribution to our enviroment to reduce the CO2 Emission.

biasa la bila dah last minute memang tak banyak bahan dapat aku prepare, sepatutnya presentation nie di buat oleh lain department yang pergi training hari tu tapi entah macam mana GM suruh aku yang buat, pasal that department tak buat apa-apa pun.

tempoh masa presentation cuma 15 minit ajer, so kelam kabut juga la pagi tadi aku buat dan cari bahan, nasib baik department aku ada buat kaizen improvent untuk route deliver, so mind aku kata this is the thing yang aku talk about how the simple change in route of delivery can give us big impact in saving and reduce our CO2 Emission.

dan kerana presentation ini juga la aku terpaksa batalkan temu janji dan plan ayang aku baut dengan beberapa orang para bloger semalam. sorry guys tak boleh make it today. maybe next week kita jumpa la.

back to aku punya presentation tadi, mula-mula rasa malu juga la pasal dari 6 company yang buat presentation tu semuanya well prepare, presentation mereka canggih lengkap dengan gambar dan data, yang boleh memeningkan kepala. sedangkan aku hanya simple slide ajer.

but at the end of presentation tak sangka pulak aku punya yang terpilih, ingatkan company yang siap ada bagi quote from najib punya target year 2010 on malaysia punya komitment in enviromental policy yang katanya nak kurangkan pencemaran by 40%. company yang cerita tentang pencapai yang diperolehi oleh mereka dalam mengurangkan pencermaran alam sekitar tapi bukan di malaysia sebaliknya di Jepun....

one thing, bukan nak cakap aku bagus tapi bila kita buat presantation kita kena faham objektif dan kehendak audian, bukan syok sendiri, slide yang kita tunjuk biar ringkas tapi meeningfull. and most important jangan nak kutuk presentation orang lain jangan pertikai data yang orang lain collect. lebih-lebih lagi bila kita tak faham apa sebab mereka collect data itu.

kalau setakat nak bodek Najib yang hanya bercakap nak reduce 40% pencemaran masa kat copehengen denmark dulu, baik tak payah kita sedia maklum bahawa mereka hanya bercakap tapi action plan tak akan ada in fact mereka la peyumbang kepada pencemaran. kalau tak percaya kamu pergi sahaja ke mana-mana pejabat kerajaan berapa banyak pembaziran yang mereka lakukan, tak usah jauh tengok sahaja penggunaan elektrik mereka, biar seorang sahaja berada dalam office tapi lampu yang terpasang hampir seluruh bangunan. itu tak termasuk penggunaan aircond, dan kenderaan.