sudah lama aku tak minum di kedai mamak yang dekat office aku tu yang ada suratk khabar free. yang sebenarnya kedai mamak tu dah tutup pasal sewa kedai dah naik lagi katanya. so hari ini aku minum di kedai mamak yang jauh dari office yang tak ada surat khabar free tapi kena beli.
seperti biasa bila dah kena beli surat khabar tu baca kena la kongsi-kongsi, kurang sedikit perbualan sebab masing-masing nak cepat baca kalau tidak nanti di kata mengeja.
cuma summary cerita apa cerita yang di rasa hot untuk hari ini.....selebihnya menikmati roti canai yang dan sejuk bersama kari masam...
First Hot:
pasukkan bola sepak malaysia tewaskan timor leste 11-0 pada kelayakan sukan sea aku terdengar berita kat radio hot fm yang tak panas tu, lepas tu berita kat radio era yang dah tak meriah......wah hebat memang hebat tu gol terbanyak dalam sejarah. kalau kat berita hairan yang sealiran tajuknya lagi best TIMOR LESTE JADI SANTAPAN RAJA.
zaman dulu-dulu pun kita pernah kalahkan Korea Selatan, sekarang nie depa tak pandang nak main dengan kita pun, dulu kita pernah juga kalahkan Vietnam dan Loas sekarang nie nak dapat satu pun susah silap-silap kalah.
kita tak usah cerita pasal Thailand dan Indonesia yang satu ketika dulu pemain dia jadi pemain import kita untuk meriahkan sukan bola sepak kita.
Second Hot:
penantian pasal siasatan kes jambatan runtuh di perak sehingga mengorbankan 3 murid sekolah akhirnya ada keputusan. kontraktor yang buat jambatan tak menepati piawaian dari JKR, sian masa buat projek macam mana entah boleh dapat kelulusan.
dengar berita katanya kontraktor yang buat jambatan telah di senarai hitam oleh kerajaan perak ( ada kerajaan ke perak entah )...komisyen dah abis beri next projek tak mari gulug tikar la nampaknya lepas nie.
JKR tak buat inspection ker masa projeck ngah jalan tunggu siap baru nak siasat itu dah terlambat. Cuma aku respect pasal kes nia kahirnya ada keputusan kalau nak bandingkan kes stadium dan masjid berjuta yang runtuh tu masih sepi dalam lipatan.
Third hot:
banjir di pantai timur dan utara bertambah buruk satu lagi nyawa terkorban di Kelantan. macam biasala kerajaan akan hulurkan bantuan cuma kali ini katanya bantuan on the spot akan diberi di pusat penempatan banjir. katanya dulu bantuan diberi lambat lepas tiga bulan baru mangsa dapat. hmmm nampaknya tiada chance le nak kelepet duit bantuan tu yer pasal kena beri on the spot. dengar cerita kerajaan pusat nak bagi sejuta untuk mangsa banjir di kelantan mungkin itu duit royalti minyak kot.
last hot:
boss ada increment dengan bonus ka tahun depan....
Lirik lagu Bunga Maaf - The Lantis
5 hours ago
20 comments:
yang sejuk2 tak ada ke.. hot aja...
11-0??? patut tengok epl kan?
1. jangan di permulaan je boleh belasah dgn kuantiti yg meriah tu
2. aduhai.. kalau x runtuh x taulah agaknya jambatan tu tepati piawaian ke tak..
3. Awasi anak anda!!
kalau ada bonus boleh kita main bowling .... he he ..
kekadang kita membaca suratkhabar, lebih banyak soalan timbul daripada jawapan! kan?
hehehehe
mamak tetap pujaan hatiku. hehhee
haha fakta la ni?
takdak pengalaman lepak kedai mamak lama2
erm susah nak komen ek
tatau la nak buat mcm mana
:(
bagus gak info ni..kebetulan SJ lum baca paper hari ni..malas tul
harap hot smpi mlm nih.
malam tadi sejuk ehhh sebab hujan smapai pg.
hot.. hot.. sambil bc entry ni pekena milo ais sdp ni.. hee..
pandai dia putaq belit no..dah itu mmg duit rakyat kelantan..org gertak sikit tau pun takut..
nanti hot tempered plak :D
sharin:
sekarang nie musim sejuk so kena hot sikit
bias:
ya baik tengok epl
sItEDI:
itu sudah pasti tak caya tengok la nanti
maza:
ya memang benar tu....makan nasi kandar lagi best
ber_uwang;
boleh sajer
noorlaila:
tak apa just baca ajer kalau tak komen
seroja jinga:
ini summary sahaja dari yang hot hehehehe
cik cookie:
ya harap begitu juga tapi kalau sejuk pun best juga ada orang nak bagi hanggat hahahahaha
zaira:
jgn sampai milo ais tu panas pulak
hehehe~
yg pasal bola tu memang tak menahan~
banyak betul gol~
lawan dengan sapa je kan~
try lawan Thailand ke~
huhuhu~
hot spot tewww..
hot sehot grg pisang panas ker....
*pokcik dah try add pokcik guna email yg pokcik kasi tuh tapi tak leh pun...
soleha:
sian orng kelantan kena tipu aduhai...
maiyah:
hampir juga nie
lord zara:
kita tunggu dan lihat nanti
en.me:
jgn dia sport toto sudah hehehe
sayu=pilu:
tak boleh ker apa yang silap tu yer bagi pakcik add kamu bior pakcik yang try pulak
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku belom bebas lagi...
11-0?
giler ah.
haha
raja dia kata? lagak sungguh!
pandai ler diorang tuding kat kontraktor je kan... dah jadi budaya kat maan-mana
Post a Comment