"woi jangan la kau orang buat "dia" macam tu kesian kat dia"...suara budak yang berbadan kecik itu bernada simpati
"ala bukan nak buat apa pun kita nak test ajer"...budak yang bertubuh tinggi lampai itu menjawab
"yer la kita nak tengok ajer dia tau ker tidak"...sokong seorang lagi budak yang berbadan gempal dan berkulit cerah.
"memang "dia" tak tahu punya dia kecik lagi la"..budak berbadan kecik itu masih tidak putus asa merayu
"kejap ajer la...penakut la kau nie"...sergah budak bertubuh tinggi lampai itu.
"okay la, okay la nak buat kat mana nie"...budak berbadan kecik tu bersetuju...pantang sungguh dia kalau ada yang kata dia penakut. walau dia berbadan kecik tapi dia tidak pernah ada rasa takut.
"tempat biasa la kat mana lagi"..jawab budak yang berbadan gempal yang juga sebaya dengan budak berbadan tinggi lampai itu.
tanpa membuang masa ketiga-tiga budak tersebut berjalan dengan laju menuju ke tempat yang dimaksudkan sambil mengusung sebuah kotak.
"alamak dalam la"...budak berbadan kecik itu bersuara sebaik sampai ke tempat yang dicadangkan.
"tak apa kita campak ajer dalam tu"..cadang budak berbadan gempal
"nanti macammana nak ambil dia...dalam tu lemas dia nanti"..masih ada rasa simpati pada hati budak yang berbadan kecil itu
"hiss kau nie ngok la nanti pakai la timba tu kita ambil la lagi pun mesti dia tahu berenang punya"...dengus budak yang bertubuh tinggi lampai. dia memang sudah mula mahu marah dengan alasan dan pertayaan budak berbadan kecil itu. padanya itu hanya eksperimen bagi membuktikan yang teorinya itu betul
"tapi mak long cakap "dia" mana tahu berenang lagi pun "dia" tu kecil lagi la"...budak berbadan kecik itu masih lagi menaruh harapan agar eksperimen tu tidak dijalankan.
"dah kau nak tengok ker tak..kalau tak nak kau pie balik la penakut betul la"..tiba-tiba budak berbadan gempal menyampuk..."mana kotak tu aku nak ambil "dia"..budak berbadan gempal tu bertanya lagi.
"nah..ambil la "dia"..aku tak takut la"..budak berbadan kecil itu pun hanggat hati juga.
dan tanpa membuang masa budak bertubuh tinggi lampai itu terus mencampak "dia" ke dalam perigi dengan tanpa ada perasaan belas ikhsan.
"hah kau tengok tu kan dia nak berenang tu..kau tak caya"..budak bertubuh tinggi lampai bersuara bangga.
"tapi tu "dia" nak tenggelam tu cepat la ambil..."dia" tak tahu berenang la tu"..budak bertubuh kecil itu memberi arahan bila melihat akan situasi yang mencemaskan itu.
"woit budak-budak apa yang kau orang buat kat perigi tu..kau orang kau orang buang apa tu"..tiba-tiba satu suara nyaring menjerit dari anjung rumah yang tak jauh dari perigi yang juga merangkap tuan punya perigi.
"alamak tok donan la mampus...blah la woit kang kena belasah"..budak berbadan gempal memberi arahan dan tanpa buang masa dia melarikan diri dulu.
"woit tunggu la nie saper nak keluarkan dia nie kang mati dia dalam nie"..jerit budak berbadan kecil pada kawan-kawannya yang sudag lari menghilangkan diri.
memandangkan jeritannya tak diperduli maka dia juga turut lari sama untuk menyelamatkan diri. tinggallah "dia" dalam perigi dan pada kali terakhir budak berbadan kecil itu lihat "dia" sudah pun tenggelam.
dan pada esoknya tok donan tuan punya perigi terpaksa keringkan air perigi bila dia jumpa anak kucing mati dalam periginya.
"kan aku dah cakap anak kucing tak tahu berenang kau tak percaya tengok "dia" dah mati lemas"..budak berbadan kecil itu bersuara sedih kesal dengan kawannya yang berbadan gembal dan tinggi lampai itu.....
p/s "dia" tu nama anak kucing budak yang berbadan kecil itu..budak kecik tu sanggat sedih pasal "dia: amti lemas
Malacca River Cruise Ticket Price
8 hours ago
26 comments:
huhu..
kesiannya 'die'
nak kena piat telinga budak2 ni
astaga...kau ke bdk yg brbadan besau tu bro...hehehe
sape budak kecil tu..
rasanya cam mamai je...hehehe
huhu...shian :(
hurmm,, ni yg marah ni, kalau bebudak x tau mane betul mane salah, ikut nakal dorang jerk, kesian nye DIA...
jadi bahan experimen bebudak tu pulak.
cian anak kucing tuu =(
alaa ciannye..
pakcik donan tak selamatkan?
ala sian nyer miaw2 tuh...napa buang dia dalam perigi....
lerr.. tian tucing tu dah mati lemas, nape tnggalkan plak huhuu
lo..sedihnye..
hish dak2 2 nkl tol..
kesian kt kucing 2..
oi kejam nye.
sekeh kang..
0rg penah nak test jgk..test kal0 kucing jln kt jambatan ke mesti nak halau dy kasi jatuh..tp xjatuh..
jht kn
isk3..dia jugak tadi yang takut2..tak baik btl..
koyuki:
memang budak-budak tu nakal mau kena rotan
abgBro:
hehehe yang besor tu bukan aku
fadzilah:
dah betul latu
mier:
memang shian kat DIA
mamamin:
memang nak kena rotan ajer budak-budak tu kalau la mamai dapat siapa la dia
master teddy:
tapi sian lagi kat budak kecik tu
miss siv:
pakcik donan tak semapt dah DIA dah tenggelam
sayu=pilu:
nak test ajer tengok kucing pandai berenang ker tak
maiyah:
tak sempat nak selamatkan takut punya pasal
sue_pinky:
memang kesian tapi nak test juga
lumut:
jgn la sekeh tu dulu-dulu ajer sekarang tak buat dah
sha:
tu dia kamu lagi kejam tau kalau jatuh jambatan sure berkecai
soleha:
pantang di cabar tu
tragis doee..
zaman bebudak memang nakal kan
ooo pokcik eh yg tinggi lampai tuh...sian miaw tuh sempay minta maaf tak..heheheh
ala comey sungguh budak badan kecik
nakal juga bro masa kecik ye..
cian kucin tu...
tapi pastu ada ke org mandi guna air telaga tu??
kejam.
mengong nye la budak2 tu
comfirm la kucing takot air + tak leh berenang
dah mati
sia2
walaaaaahhh!! kenapa si "dia' tu kau tak bagi kat aku..biar aku bela 'dia'..
aku pencinta kucen woo!
nakal la si budak kecik tu..(ni mst kau kan?)
cik cookie:
satu eksperimentasi bai membuktikan teori
ber_uwang:
nakal sikit ajer tu
sayu=pilu:
kejamnya kamu pakcik tak sekejam budak yang besar tu
@tune:
sampai sekarang pun dia masaih comel
bulan:
memang budak tu megong pun hehehehe
jaja:
pandai kau
tuh lah nakal lagi..hehehe
sedih pun ade ...kesian lo..anak sape la budak gempal dan tinggi yang tak berperikekucingan tu???
ish..sian nya kat 'dia'
sedih lah
Post a Comment