selesai sudah sesi bershopping untuk anak-anak dan wife aku hari ini. harap tiada lagi rengekkan dari mereka bertanya bila mahu bershopping baju raya lepas ini. dari pagi hingga kepetang menghabiskan masa dalam shopping kompelks di shah alam, akhirnya berjaya juga mendapatkan apa yang dihajati mereka. namun aku tidak ada apa-apa yang hendak dibeli tapi itu tak penting yang pastinya baju melayu aku sudah siap walau saat akhir beli kain.
meredah lautan manusia memang amat aku tidak gemar, sebab itu biasanya tugas bershopping nie aku serahkan pada wife aku. manakala aku lebih rela menjaga anak-anak di rumah atau bawa mereka ke tempat permainan. namun hari ini ku gagahkan juga diri meredah lautan manusia yang berbagai rupa dan gaya.
memang banyak ragam manusia aku jumpa dan paling aku suka bila tengok pasangan melayu yang bercumbu macam tak tahu malu walau di bulan mulia. tapi aku percaya mereka berpuasa kerana tak oulak nampak mereka makan.
sesekali terpandang juga gadis melayu yang ayu dan manis sibuk memilih baju cuma rasa terharu bila tengok baju yang dipakai mereka itu. sungguh sopan sekali bila bertudung namun lurah bukitnya masih jelas kelihatan. lenggan mereka sungguh gebu putih dan mulus. bila bergerak ke belakang aduhai lagi sopan terasa seperti aku di kelas aerobik bila seluarnya lebih ketat dari spenda aku.
tidak kurang juga yang lelakinya berseluar tapi nampak bontotnya dan lebih bangga dengan subang dan rantai emasnya. ah mungkin mereka ada penyakit yang sukar untuk di ubati sebab itu mereka memakai tangkal sebegitu rupa.
pagi tadi baca blog sahabat perjalanan jauh, by Yusus Mujahidin sahabat yang tidak jemu dan gentar memperjuang dan mengembangkan islam di kalangan non muslim di malaysia. satu usaha yang murni dan tak ramai individu seperti kita mampu berbuat begitu. teruskan usaha mu wahai sahabat biar ramai yang mengkritik kamu angap itu sebagai satu cabaran dan pasti kau akan dapat ganjaran.
cuma aku tertanya-tanya di mana peranan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan yang mendakwa mereka memperjuangkan islam sedangkan kita semakin tenggelam. adakalnya aku terfikir siapa yang harus kita dahulukan dalam usaha mengembangkan fahaman islam ini.....
p/s:
kala ini aku teringat pada fransico bong @ muhammad dan tan kek wa @ muhammad hidayah....maafkan aku teman kerana tidak dapat bersama kamu semoga kamu tabah mengharungi cabaran sebagai saudara baru. semoga di syawal nanti kitakan ketemu kembali.
Sunday, September 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
34 comments:
semalam aku ke Kampung jawa. bertemu seorang wanita mengandung bersama suami berpimpin tangan..
Yang wanita memakai tudung tetapi lengan bajunyan kontot sampai ke pangkal lengan
yg lelakinya berseluar pendek tetapi bawah lutut lah
seluar lebih ketat dari spenda pakcik?
sbb peha pakcik lagik besar k0t...hik3
hmmm...tepuk dada tanya selera.
pemandang berbaju tapi telanjang memang dah jadi rasmi di kalangan orang kita melayu...
tudung hanya suatu feysen bukan mengikut ajaran agama iaitu menutup aurat...
bila mengingatkan ini semua mungkin juga baik bagi aku yang sendiri tak payah nak menanggung dosa yang di lakukan oleh anak isteri..
tapi seorang diri pun banyak dosa juga...
baju raya uncle kaler apa?
salam.. inilah sebenarnya perjuangan umat Islam utk mengembalikan mereka pada kebenaran sebelum tersungkur, tapi itulah.. mrk labah pntingkan kebendaan didunia :(
muhammad hidayah? sib baik bkn nurhidayah ek bro..hehe..
gi pkns ek tadi..? emm... bila tah nak balik sana..
wahhh bestnyer..
dah siap shopping raya...
(aku gak yg x beraya tahun nih) huhuhuuuuuuu
(^_^)
patutlah bila shopping raya org laki moody je..sbbnya terpaksa jaga anak, terpaksa keluar duit dan terpaksa ikut wife yg tawaf satu shopping complex..hehehe:))
sI tEDI:
atas nama fesyen kalau tidak kita di kata ketinggalan zaman
sha:
pakcik nie hehehe baru 48k ajer percaya tak
bias:
kita jaga diri kita betul tak
ber_uwang:
itulah kelebihan orang bujang kuran sedikit tanggungjawab berbanding dengan yang dah
eny:
baju uncle warna coklat tahun nie
maiyah:
itulah kelemahan yang kita hadapi sekarang ini
nur:
pie the store ajer PKNS terlalu ramai orang
kay:
naper tak beraya pulak...
fadizah:
keluar duit tu tak apa tapi nak tawaf shopping complex tu yang tak larat
huk3..
ske la cara penulisan mamai...
>_<
oh...
pkns ka??
memang..sekarang ramai jeh yg tak malu...
tah pape..kiss depan2 orang bulan pose nih..
berenang dlm lautan manusia..
tu sbb ketat..bju basah huhu
pakcik mamai,
tbe2 dah jadi fan blog ni..
hehe..
suapkan saja kuih bahulu dimulut pasangan itu...puasa ape bercumbu2.
dungu.
shopping lg pak cik??amboi2 raya sakan no pak aman ni!!!
awat pak cik usha lma2 tak pasal2 dh ringan pahala posa tu.. ahaks
macam habis je wit bonus thun nie...ngaaaa...
selamat berhari raya n berbahagia...jd aank elok2
selamat hari raya mamai...:-)
Aslmualaikum
terima kasih
teruskn berjuang cara bro
insyaAllah
mana satu halatuju kita?
mencari redho manusia tapi kemurkaan Allah
atau mencari redho Allah tapi kemurkaan manusia.
Wallahualam.
p.s
hari raya siapa lg akan gembira kalo tk budak2..
tapi bila shopping time puasa seolah2 berbuka puasa sebelum waktunya
salam....bro..
"sesekali terpandang juga gadis melayu yang ayu dan manis sibuk memilih baju cuma rasa terharu bila tengok baju yang dipakai mereka itu. sungguh sopan sekali bila bertudung namun lurah bukitnya masih jelas kelihatan. lenggan mereka sungguh gebu putih dan mulus. bila bergerak ke belakang aduhai lagi sopan terasa seperti aku di kelas aerobik bila seluarnya lebih ketat dari spenda aku..."
haahahhaahhaa..perkara biasa tu bro..dunia skrg kan akhir zaman..tudung sekadar fesyen saja ( tak semua ) ada lagi wanita yang tahu menjaga maruah diri..
salam,
nak cerita juga, siang td, ke tesco, nampak 1 perempuan nie, pregnen, pakai baju ketat lengan pendek, pakai seluar 3 suku (prs lutut), dan pakai tudung pulak! huhu..geleng kepala & senyum sorang2 sy,,
kita doakan yg baik2 ajelah utk mereka, bersangka baik (hehe..boleh ke?) anggab shj mrk dalm transformasi diri nak menutup aurat..
mst la anak2 yg perlu didahulukan...huuhuu.......mst byk shopping kn kn..uhuh
smlm pun aku g beli kasut gn t-shirt laki aku..org berdenyut2....beli dan belah...malas nk tgu2 lagik...tp aku x sempat ushar kiri kanan..maka, x nampak pemandangan yg tidak enak gitew
Kalaulah mereka itu sedar ada 'CCTV BESAR' sedang memerhati.. mungkin baju sendat, lurah bukit, alur bontot tidak akan ternampak, kan?
sayangnya CCTV BESAR tu tak terlihat oleh mata.. cuma dapat 'dilihat' dari iman dan akal.
sonoknyerr shopping raya abang mamai tewww..
Dah jadi lumrah alam....
**ohhooo...kamu pun menyopping sakan jugak yea...
hehehhe
doakan suatu hari nanti mereka berubah..dan orang terdekat dengan kita, cegahla mereka daripada mula berpakaian mcm tu..mula2 memang janggal, tp lama2..Wallahhuaklam
hahahah
sy suka stetmen seluar pjg lebih ketat dr spenda mamai..
huhuhu~ gaya remaja skrg..?
isu yang berat untuk difikir dan dirungkaikan ... dunia akhir zaman!
lepas raya bole shopping lagi...
sudah sampai masa nya undang2 berpakaian/aurat dan berkapel2 ni digubal...gubal undang2 supaya polis berkuasa menyoal siasat kapel2 ni...polis jgn nak mkn rasuah jer memanjang! buat kerja amar maaruf nahi mungkar lebih mulia.
Sudah semakin rosak umat ni nampaknya, rela kah kita hanya mampu melihat ank2 kita, genarasi demi generasi yg lahir di depan mata bergelumang dgn maksiat dan mungkar?byk sudah amaran yg ALlah berikan namun yg maksiat terus lalai dan leka...krn nafsu syaitan mnguasai, melakukn maksiat mmg sronok beb!
salam eidulfitri bro...hati2 di jalan raya :)
sipi nak kn Cik Cookie tang baju.fuhhhh...
anak2 sekarang bila berpakaian...
tanda2 hari kiamat..
Aku shopping kat Midvalley. Pemandangan macam yang ko cakap tu memang aku nampak. Tudung hanya dianggap sebagai fesyen je sekarang neh...berdoa je la anak-anak kita sendiri tak terikut dengan fesyen menjolok mata, mengurangkan pahala pose tu...huhuhuuuu
en. mamai pasti terkurang pahala setelah menjamu mata..
Post a Comment