Wednesday, April 8, 2009

Akhirnya terjawab jua

Segala penantian kini telah terjawab
hati yang gundah kini tenteram
kau telah memberi jawapan yang pasti wahai bukit-bukit ku
malam ku lena diulit mimpi indah..

segala dendam kesumat antara bukit kini terlerai
pertarungan yang segit penuh gegak gempita kini reda
bukit-bukit aman tenteram, segala gerombolan dan hantu telah dihalau keluar
sang petapa lari lintang pukang bersama mahagurunya
mereka sedar bahawa hikmat dan kuasa rakyaat adalah yang terkuat

namun sang pejuang sedikit terkilan.....
biar dua bukit dapat dipertahan
namun satu batang tidak dapat digengam
biar apa pun perjuangan belum lagi berakhir kerana ia baru bermula

Tuesday, April 7, 2009

Bila hati berdebar.........

Penantian itu satu peyiksaan
setiap saat yang berlalu bagaikan satu jam lamanya
hati kian berdebar menantikan kata putus dari mu
makin ku hitung saatnya makin ku rasa masa seolah-olah tidak berganjak
biar terdapat bunga-bunga kata yang mengembirakan hati
namum hati ini masih menanti kata putus yang pasti
pertembungan hari ini memberikan seribu makna buat kau dan aku
suasana kian kelam disini namun dapat ku rasakan kemeriahan mu di sana
ingin rasanya ku turut serta tapi apakan daya jarak dan masa menghalang kita
oh bukit-bukit ku hati ini kian tidak tenteram......

Dendam Dua Bukit

Setelah berpurnama berlalu sang petapa telah bangkit dari pertapaan untuk membuat perhitung dihari ini....kekalahan di dalam pertarungan lalu amat memalukan dan petapa bersazam untuk menebus kembali kekalahan yang mengaibkan itu. Kali ini dengan berbekalkan hikmat Hang Tuah ( pantang melayu derhaka peringkat ke 14 setengah ) dan keris taming sari tak bertuan petapa turun dengan penuh keyakinan. Telah ditetapkan pertarungan akan diadakan di dua bukit dan lawan yang ditentang juga bukan calang-calang orangnya. Bagi menguatkan lagi semangat maka sang petapa telah meminta pertolongan dari mahagurunya. Dikhabarkan sang mahaguru ini dahulu amat handal dan sukar dikalahkan namun disebakan tiada persefahaman sesama puak maka merajuklah sang mahaguru membawa diri mengasingkan diri( biasa la sifat orang tua yang dah lanjut usia .

Maka demi tidak mahu tewas lagi maka satu rombongan telah dihantar oleh sang petapa bagi memujuk sang mahaguru agar kembali. Namun tuntutan yang diminta oleh sang mahaguru bukan sedikit petapa harus memastikan bahawa ketuanya melepaskan tampuk pemerintahan dan segala keturunan,saudara mara dan pengikutnya juga harus disingkirkan. Atas nama kemenangan maka segala tuntutan sang mahaguru dipenuhi maka setelah berpuashati sang mahaguru pun megisi borang peryertaan sekali lagi dan bersetuju membantu petapa.

Sebelum hari pertandingan bermula seperti yang ditetapkan maka sang mahaguru sibuk turun padang menjampi serapah di kedua-dua bukit agar petapa menang dalam pertanding. Ini kerana sang mahaguru sedar bahawa lawan yang bakal ditentang di kedua-dua bukit amat handal kalau tidak masakan sang pertapa tewas dipertandingan yang lalu. Sang mahaguru sedar jurus yang digunakan oleh lawanya adalah dari jurus gabungan pakatan rakyaat bertiga yang terkenal amat kental. Maka sang mahaguru dan petapa melipat gandakan lagi usaha dengan cuba membawa segala hantu agar dapat membantu mereka dalam pertandingan.

Malangnya hantu ini amat mahal untuk dibayar namun itu bukan penghalang bagi petapa dan mahaguru kerana mereka orang beruwang. Tapi segala tipu muslihat sang pertapa dan mahaguru dapat dihidu oleh lawan mereka akibatnya ramai hantu telah ditangkap dan dimasukan kedalam botol untuk dihanyutkan ke laut..

Setelah habis segala daya usaha sang petapa dan mahagurunya mampukah mereka megalahkan lawanya yang mendapat sokongan rakyaat....

Asia Pasific Graduation



Siapa kata kalau masuk PAS kita tak boleh maju....gambar ni di ambil semasa majlis graduation pilot dari Asia Pacific flying academy baru-baru ni malang tidak tidak dapat di siarkan text ucapan penuh Tuan Guru tapi yang pasti Islam tak menghalang kemajuan dari segi ilmu,sosial,politik dan ekonomi.....

Monday, April 6, 2009

Mana satu bapak.......



Suatu petang yang indah, empat jejaka maskulin bersiar-siar di sebuah taman perumahan
jangan tertipu dengan penampilan kacak mereka....

Jejaka Maskulin 2009



Status : Bujang ( sedang mencari yang cun sahaja )
Pekerjaan : Entrepreneur yang halam ( tak pasti halal atau haram )
Umur : Rahsia ( sesuai untuk jadi bapa )
Hobi : ZZZZZZZZZZZZZZZ, Gaming, Eating and as you wish



Status : rahsia
Pekerjaan : rahsia
Umur : rahsia
Hobi : rahsia

Sunday, April 5, 2009

Finally win......



Liverpool win the EPL game this morning after long 90 minute game with Fullham....thanks to Yossi Benayoun for late score in additional time.....



another Liv victory away game after beat MU......