Thursday, December 31, 2009

surat kepada tuan

kepada tuan
yang bergelar payung negara
usah kau lupa rakyat jelata
sebelum mereka menyembah derhaka

kepada tuan
yang bergelar pemerintah negara
usah kau pentingkan kaum keluarga
masih ramai rakyat yang sengsara

kepada tuan
yang bergelar pemimpin negeri
usah kau terus bermimpi
lena di atas empuknya kerusi

kepada tuan
yang bergelar pak menteri
usah aku pentingkan diri
silap hari bulan kamu tinggal gusi

kepada tuan
yang bergelar tun dan tan sri
kemewahan itu bukan untuk kamu miliki
tapi untuk kamu berkongsi

kepada tuan
yang bergelar datuk dan YB
ingat pada undi yang kami beri
jangan hanya nampak masa hari mengundi

kepada tuan
yang berjawatan tinggi
usah terlalu mendongak langgit yang tinggi
kelak lupa rumput di bumi

kepada tuan-tuan dan diri ku sendiri
ingat pesan mereka ini
hormat itu bukan dapat dibeli
hormat itu datang dari dalam diri



p/s: selamat tahun baru kepada kalian semua dan semoga diri kamu mulia selalu dibulan-bulan yang mendatang.....

Wednesday, December 30, 2009

alahai 1Perempuan itu

kenapa kau lagi yang mesti buat hal, sudah berapa kali aku bilang kalau tak pandai belajar, tak salah kalau belajar walau dari orang bawah, sebab mereka lebih tahu dari kau yang tak tahu.

kau tengok sekarang saper yang susah, tak bolehkah kau biar aku senang sikit hari ini. kau tahu tak dah dua hari aku membuang masa di office. tak bolehkah kau bagi aku peluang bermain badminton dengan rakan-rakan sekejap. pasal kau 1Perempuan aku kalah semua game cisss....you kill my mood nak bersuka. tak pasal-pasal aku kena masuk office semula.

kau tahu betapa susah aku nak selesaikan semua ini. kau tahu tak dua hari masa aku spend kat office terbuang macam tu sahaja kerana kelalaian kau. Tak payah tunjuk pandai kalau tak tahu. Ikut sahaja prosedure yang dah di beri, susah sangat ker, nak kata kau tak reti baca dalam bahasa melayu aku dah buatkan dalam bahasa penjajah. takkan tak paham kot, kata belajar kat negeri penjajah.

oh mungkin aku tak pandai tulis dalam bahasa penjajah, tapi takkan kau tak paham gambar rajah, mungkin gambar rajah aku tak sehebat graf FROEX yang kau hadap tiap hari tu.

alahai 1Perempuan, nak kata kau tak berotak tak mungkin pasal kau bijak, tapi kenapa kau tak guna akal kau tu. JUST CALL ME IF YOU NOT SURE....sikit punya besar aku tulis kat note tu....kau buta ker.

alahai 1Perempuan lupakanlah darjat kau tu, ia tak memberi makna andai kau berfikir seperti seekor kera. belajarlah sebelum kau terus menjadi seekor kera sumbang kelak. tak perlu malu pada orang tapi malu pada diri kau sendiri. jangan tunggu sampai orang mengambil tindakkan kerana jika ia berlaku bemakna sudah terlewat buat kau....


p/s: sorry guys...nampaknya hasrat nak berjalan dan membuang sampah di laman kalian tepaksa di tunda. semoga esok hari cerah untuk aku....

Tuesday, December 29, 2009

aku benci hujung tahun

setiap kali hujung tahun datang aku mesti meradang. bila hujung tahun tiba aku pasti jadi gila. aku benci hujung tahun, kala orang berpesata aku yang bersusah payah. bila sampai hujung tahun aku rasa nak lari dari dunia ini. bila hujung tahun menjelma, aku jadi orang yang paling glamer.

aku benci hujung tahun.....
aku benci dengan huruf dan nombor yang banyak, aku benci dengan kertas-kertas yang bersepah...



p/s: untuk beberapa hari yang akan datang. aku tidak dapat berjalan-jalan dan membuang sampah di laman kamu semua. jadi laman kamu semua akan bersih dari sampah aku....dan beberapa hari yang akan datang aku terpaksa lupa anak bini dan rumah. dan beberapa hari akan datang aku rasa macam kena tido kat opis. tapi kalau mood crazy aku datang apa aku peduli aku terjah juga laman kamu semua

Monday, December 28, 2009

yang ku idamkan


kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti




baru selesai membaca novel ini, sudah lama aku mencari rasanya last aku baca masa aku di sekolah menengah. rasanya tak ramai yang pernah baca novel dari kartunis ujang nie, sebab ini bukan novel cinta macam yang orang suka baca tapi aku tak suka...

walau novel ini tak setebal mana tapi isinya amat padat, bercerita tentang kasih sayang sesama saudara dan pengorbanan. cerita tentang hasad dengki manusia sesama manusia. bagaimana manusia sanggup berlaku kejam terhadap yang lemah hanya kerana ketamakan terhadap dunia. memang tak rugi baca novel yang tak sebarapa mahal nie.



sebenarnya sudah lama aku tak beli majalah gila-gila nie. rasanya sejak dari kartunis ujang keluar dari majalah nie. lalu menerbitkan majalah sendiri UJANG namun beliau telah dikhianati. dan bila ujang keluar dari MOY aku juga turut berhenti membeli majalah UJANG. dan bila dapat tahu kartunis ujang joint balik creative enterprise aku mula start beli semula majalah gila-gila, cuma amat sukar nak dapat majalah gila-gila di puncak alam ini menyebabkan aku selalu ketinggalan.

memang aku minat dengan kartun dan cerita ujang, seperti ABM,IBC,ACA and ATUK...


P/S: GEDUNG KARTUN kalau kamu semua beli dan baca pasti juga tak rugi......tak percaya tanya pakcik ZUNAR

Sunday, December 27, 2009

kasih yang tersisih

bukan dia tidak mahu disayangi dan bukan juga dia tidak mahu menyangi,tapi kasihnya pada saudara dan sahabat mengatasi kepentingan diri. pernah juga dia dicintai dan mencintai tapi hatinya telah dikhianati. hanya kerana dia bukan orang yang terpilih dari darah daging sendiri. namun dia tidak pernah membenci dan menyesali jauh sekali membenci. kerana sedar siapa dirinya, tidak sehebat saudara-saudaranya oleh itu dia bukan keutaman. biar begitu kasihnya pada saudara tidak pernah luak biar sering ditolak walau nyawa jadi taruhan.

dalam dia keseorang menjalani kehidupan, datang seorang gadis yang simpati dengan kehidupanya memberi hati dan harapan. dia merasa sedikit kebahagian kala sepi hidupnya dihiasi kerinduan si gadis. namun bahagia tidak berpanjangan sayang orang yang simpati tidak menjanjikan keikhlasan. lalu cinta si gadis beralih arah pada saudara sendiri bila kemewahan menjadi habuan.

biar janjinya dikhinati namun dia tidak juga berpatah hati, dia rela kerana sedar dia bukan orang yang diutamakan. biar sedih menyelubungi diri dia masih tabah menjalani hidup ini. segala gundah dan gelisah, segala keluh dan kesah dia ceritakan semuanya pada sahabat sejati yang sering di sisi. sahabat yang sama-sama membesar dari dia kecil lagi. seorang sahabat yang dia anggap lebih baik dari saudara sendiri. dan sahabatnya itu juga yang sering memberi dia semanggat dan kesabaran dalam menghadapi liku hidup ini. dan dia pernah berjanji demi sahabatnya, dia sanggup bekorban diri.

ketabahan dia melayari liku hidup ini, membuatkan seorang gadis menaruh hati padanya. lalu si gadis menyuarakan hasrat di hati dengan penuh keikhlsan. disebabkan pengalaman cintanya yang tidak kesampaian membuatkan dia berhati-hati. namun keikhlasn hati si gadis membuatkan dia tidak dapat menolak perasaan cinta itu. kini bahagia sekali lagi kembali dalam hidupnya. ke hadiran si gadis dalam hidupnya membuatkan hari-hari yang berlalu dalam hidupnya seindah warna pelangi.

biar seindah mana warna pelangi munculnya hanya seketika, hilangnya mentari maka hilang la pelangi. tidak diduga bila sahabatnya juga menaruh hati pada si gadis pujaan hatinya. lalu dia menjadi tidak tentu, dia tidak ingin melihat sahabatnya menderita andai tahu yang sigadis itu adalah kekasih hatinya. kerana dia pernah berjanji untuk melakukan apa sahaja demi shabatnya, dan dia tidak akan memungkiri janji itu, kerana dia tahu hanya itu sahaja sahabatnya.

demi sahabat dia rela hatinya luka, demi sahabat dia rela hatinya kecewa dan demi sahabat dia rela melukakan hati si gadis. biar itu yang paling berat untuk dia lakukan. dan demi sahabat dia rela korbankan kebahagian diri kerana dia sudah biasa menjadi orang yang bukan diutamakan.

dia tidak menyesal dan tidak pernah rasa kesal malah dia redha pada tuhan. kerana dia tahu pasti ada bahagia di hujung jalan...........



p/s: kasih yang tersisih adalah sedikit kisah dari perjalanan hidup seorang yang bernama sahabat, semoga dia ketemu bahagia di pertengahan jalan bukan di hujung jalan...

cuma pesan ku tidak menggapa andai kita bukan orang yang diutamakan tapi kita harus utamakan diri kita. tidak salah untuk berkorban asal jangan kita terkorban

Friday, December 25, 2009

sudah ku khabarkan

sudah ku khabarkan, jangan diuji kesabaran orang andai kita tidak menggenali siapa kita. andai diri sendiri kita tak kenal masakan kita mampu menggenali diri orang lain.

sudah ku khabarkan jangan kita bangga dengan kepadaiaan diri , kerana setiap kali kita menunjukkan kepandaian kita maka kerap kali kita mempamerkan kebodohan diri. tapi tak salah kalau kita nak berkongsi sedikit kecerdikan.

sudah ku khabarkan jangan kita takbur dengan kekuatan diri, kerana setiap kali kita mununjukkan kekuatan maka kerapa kali juga kita mendedahkan kelemahan diri sendiri.

sudah ku khabarkan jangan kita ikut rasa hati, kelak merana diri. timbangkan tindakan dengan akal yang diberi sebelum bertindak membuta tuli.

sudah ku khabarkan ikutlah resam padi, bukan lalang yang megah meninggi diri akihirnya mati....tak rugi merendah diri kerana kau akan dipandang tinggi.

sudah ku khabarkan usah kau desak diri ini, usah kau uji kesabaran ini, usah kau cabar kelemahan ini. aku cuma tak mahu tragedi lama berulang lagi....

Wednesday, December 23, 2009

sembang kedai mamak: ohhhh gitu rupanya

hari ini aku pie minum pagi lagi dengan staff aku, tapi kali ini jauh sedikit dari opis, sajer tukar selera. boring asyik tengok muka bai yang sama ajer, kalau dia ada rupa shah rukh khan tak apa juga.

duduk kedai mamak kalau tak bersembang memang tak seronok, umpama minum kopi tak ada gula mana sedap, lain la kalau esperesso. nak cerita pasal bola memang tak boleh blah pasal liverpool kalah.

sedang syok dok layan surat khabar tetiba one of staf aku bertanya "boss..OKU tu apa"

"Orang Kurang Upaya"...jawab aku

"ohh patut la banyak yang runtuh bangunan kat terengganu tu..orang kurang upaya yang buat rupanya"...kata staff aku tu

"mana ada OKU buat bangunan...gila aper kau nie kalau lukis plan ada la"...sampuk aku

"nie boss dia tulis bangunan kat terengganu bnyak runtuh pasal projek OKU"..tunjuk staf aku tu

"cis itu Orang Kuat UMNO la...lain kali baca sampai habis"..sambil campak news paper kepadanya.

"Boss, boss saya ingat mak mintak kerja kat warehouse TUDM la"..celah staf aku yang seorang lagi

"kenapa, kau nak kerja kat sana"...tanya aku

"best boss kat sana barang hilang berjuta-juta ringgit dan dah bertahun-tahun masih tak ada orang yang kena tindakan pun. laqi pun kes baru nak siasat boss masa tu kami dah kaya dan kami dah boleh berenti lepak kat luar negeri"..kata dia

"ya la boss, kalau kat sini barang hilang satu ajer dah tu tak sampai RM seribu pun boss dah bising-bising, kalau tak jumpa dalam sehari boss nak bagi warning letter tak pun potong gaji la. barang kita tak sampai RM juta pun boss nak pasang CCTV kat warehouse". celah staff aku yang seorang lagi tu

"Oh macam tu ker, okay balik nanti kau orang bagi surat resign yer nanti aku tolong kau orang semua apply kerja kat warehouse TUDM tu"...kata ku dengan muka selamba

"eh tak lah boss, gurau ajer tak best pun kerja kat sana. sebab boss dia tak tentu lagi macam boss nie"...kata staf aku yang satu tu dengan tersengih

"ya la boss, walaupun boss nie garang tapi kami tau boss baik hati, mana ada boss yang selalu minum dan lunch ngan staf dia". sokong lagi sorang staf aku

"betul tu boss, lagi best boss selalu belanja minum pagi macam hari nie,...gaji lambat lagi boss"...sampuk staf aku yang mula-mula tadi

"ohhh gitu tu rupanya yer"...sambil geleng kepala. "cheh dalam baik aku terkena"..kata ku dalam hati


p/s : to "hanya aku" dan "kain burok" tahniah

Tuesday, December 22, 2009

senja



siang berlabuh
malam menjelma
telah selesai satu cerita
maka bermula satu kisah
diantara garis pemisah
siang dan malam
satu watak dua cerita
di atas satu pentas
yang berbeza cuma masa
dihujung siang penuh duka
diawal malam senyum mengundang leka
senja berlalu dihujung usia
malam berkata kamu masih muda

hilang

hilang bom, tak sangka
hilang model, tak sengaja
hilang perisik, terpaksa
hilang kerusi, luar biasa
hilang engine, peduli apa
hilang duit, perkara biasa
hilang saudara, sudah diduga
hilang kawan, lumrah dunia
hilang maruah, tiada mulia
hilang akal, ke hospital bahagia
hilang nyawa, dosa dan pahala dibawa bersama
hilang iman, neraka jawapanya


p/s: hidup ini selalu kita kehilangan, namun yang peritnya bila kita hilang harga diri kerana semuanya akan turut hilang

Monday, December 21, 2009

edisi salahkan aloy: Kiri (kanan) kanan ( kanan)

memang tak rugi last saturday pie tengok teater di ASWARA, walau nak cari tempat nie memang tak tentu arah kalau aloy yang jadi penunjuk arah.

nasib baik juga manual navigation aku paham arahan, kalau tak aku pusing satu KL mahu sampai kuatan. KL la katakan....



ini cerita pasal kasih sayang mana taruk...main puteri ( main teri sebenarnya...aloy kalau salah tolong betulkan ). hanya ini ajer yang dapat aku ambil, mungkin ATAN boleh share gambar ngan video. malam tu ada 3 cerita tapi disebabkan atan tak tahu arah maka aku dan patung kena jadi penunjuk arah.



oh ini teater jalanan arahan nurul sykin, pelakon utama atan as hero, PC sebagai heroin di bantu dark ray dan triple x dan krew budak-budak paradoks. cerita berkisar tentang atan yang datang ke KL semata-mata untuk berjumpa wanita idamannya dan berjanji untuk menonton teater bersama-sama. malangnya atan terpaksa bergegas balik ke nilai kerana boss dia suruh kerja. cerita ini dipenuhi adengan kasih sayang mana taruk dan adegan cemas bila mana dua buah kereta berlumba sambil mencelok dari bank negara ke KTM untuk mengejar train terakhir atan.

oleh kerana atan takut boss dia marah kalau tak kerja maka atan telah meninggalkan wanita pujaannya tanpa sebarang ucapan selamat tinggal. atan terlupa yang wanita ini juga menjadi rebutan seorang jejaka yang perasan bujang walau sudah beranak tiga....

untuk mengetahui kisah selanjutnya cerita ini kita tunggu masa event MIMPI bulan Januari 2010 nanti. kerana atan sebelum pergi telah berjanji....

untuk tips sila tempah hotel awal untuk event mimpi januari 2010 nanti, kalau tidak anda terpaksa bertanya kepada peyambut tetamu hotel begini "encik ada tak hotel yang tidak penuh lagi"........



p/s: aloy memang pengarah yang hebat tapi kena faham setiap kali dia beri arahan kerana kiri adalah kanan dan kanan kena tangok tangan aloy...tapi memang tak rugi kalau ikut event paradoks ini

Saturday, December 19, 2009

bukan

bukan aku tidak sudi
bukan aku tidak mengerti
bukan aku berjauh hati
bukan aku merendah diri

bukan kau di hati ini
bukan bermakna aku membenci
bukan kupinta kau pergi
tapi
bukankah lebih baik begini
agar
kita lebih memahami

bukan niat menguris perasaan ini
cuma kenangan masih segar di sudut memori
kini bukan kau pilihan hati....

Friday, December 18, 2009

lima dalam satu: hijrah

Pertama:
rasanya masih belum terlalu lambat untuk aku ucapkan salam ma'al hijrah kepada semua, semoga hijrah tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua. dalam kita mengharungi hidup seharian. segala apa yang berlaku pada masa lalu kita jadikan tauladan sama ada baik mahu pun buruk....kita hijrah minda kita

kedua:
rasanya masih juga tidak terlewat untuk aku ucapkan tahniah pada kejayaan pasukan bola sepak kita yang meraih pinggat emas dalam sukan sea. bila berjaya menewaskan vietnam 1-0. penantian 20 tahun rasanya berhasildan harap bola sepak malaysia juga turut berhijrah tahun ini.

ketiga:
hmmm dalam sibuk kita sambut ma'al hijrah nie aku terkejut juga bila terbaca berita yang pasti tak keluar dalam berita perdana. katanya RM600 ribu telah dihijrahkan ke dubai atas nama isteri Pak Menteri tu. wah sungguh bijak kepala otak isteri Pak Menteri berniaga daripada Pak Menteri sendiri yer.

keempat:
semenjak kerajaan Perak berhijrah dari tangan PAS kepada tangan BN secara rampas, cerita kat perak sentiasa panas. baru-baru nie dengar khabar semua ajk masjid yang dilantik PAS dulu telah dibuang dari senarai. hmmm masih tak berhijrah lagi minda kepala otak orang politik nie

kelima:
yang ini aku sentiasa pelik dan tak paham dengan sistem perundangan Malaysia. aku tak pasti siapa lebih tinggi antara mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. setiap kali mahkamah tinggi buat keputusan, bila kes berhijrah ke mahkamah rayuan pasti ada pembatalan terutama bila melibatkan kerajaan. tak tahu siapa yang perlu buat penghijrahan kat sini sama ada sistem perundangan kita or orang dalam sistem itu. tapi yang aku pasti kita harus ada hijrah untuk pemerintahan sekarang ini.

Thursday, December 17, 2009

jangan

jangan diduga kesabaran orang andai kita tidak kenal siapa kita.
jangan dibangga dengan kelebihan kita kerana ia kelemahan yang nyata.
jangan dihina kelemahan orang kerana itu kekuatan mereka.
dan jangan kita lupa kerana kita ciptaan yang maha Esa.

Wednesday, December 16, 2009

indahnya dunia ini

indahnya dunia ini tanpa sempadan
tiada kau atau aku yang ada cuma kita
bercerita tentang yang lalu untuk dijadikan tauladan
bercerita tentang mimpi kesinambungan kehidupan

indahnya dunia ini tanpa sempadan
biar idealogi berasingan
kita cipta kesefahaman
untuk mencari kedamaian

indahnya dunia ini tanpa sempadan
kita belajar sedikit kelebihan
buat diri yang serba kekurangan
agar kita jadikan pedoman

indahnya dunia ini tanpa sempadan
kita buangkan kebencian
kita semaikan kemaafan
kita nikmati indahnya kehidupan




p/s: pada semua para bloger yang telah aku jumpa dan bakal aku jumpa dan yang tidak pernah aku jumpa, mengenali kamu semua itu satu yang amat istimewa. terima kasih kerana berkongsi tentang makna hidup ini.

Tuesday, December 15, 2009

adat or ibadat

"biar mati anak jangan mati adat"...

pepatah orang melayu dulu-dulu, setiap perkara yang dilakukan pasti adat yang didahulukan walau dalam melakukan ibadat.

tapi bukan untuk aku menuruti semua adat yang ditetapkan, biar aku mati adat namun tidak untuk aku mati anak. ibadat aku jauh lebih penting dari adat.

adat belum tentu lagi bawa aku ke syurga tapi pasti untuk neraka, namun ibadat sudah pasti menunjukkan aku jalan ke syurga selagi aku ikhlas melakukannya.

andai kerana aku tak menuruti adat maka aku dikata tidak campur masyarat, biarlah aku rela begitu.




p/s: abang dan adik bersunat tidak ada bunga mangar atau paluaan kompang atau bersiram jauh sekali di arak. bukan aku yang tak sudi tapi mereka juga tak nak

sakit

"ayah sakit, tolong ayah sakit"..abang meronta menahan kesakitan

"sabar, abang tahan sikit, abangkan kuat"..aku cuba menenangkan abang yang bekerut mukanya menahan kesakitan.

"tolong ayah tak nak..sakittttttttttt"..abang meraung lagi saat doktor memotong kulit anunya petang tadi.

"okay dah siap dah doktor tak buat apa-apa"..kata doktor sebaik selesai.

"dah abang dah boleh bangun sakit sikit ajerkan"..pujuk aku pada abang, aku memang kenal sanggat dengan abang nie dia memang tak tahan sakit walau luka sikit pun. cuma petang tadi masa di masuk bilik doktor dia kelihatan konfiden sanggat.

tak seperti abang adik amat senang sekali, dia amat selamba bila doktor memotong anunya petang tadi. siap dia boleh lihat macam mana dotor menggerjakan anunya dari mula sampai habis. suasana dalm bikik doktor amat sunyi tiada sebarang jeritan.

cuma malam tadi ada menangis sedikit, mungkin baru terasa kesakitannya bila bius sudah habis, tapi bila di beri ubat tahan sakit dia terus senyap. memang senang jaga adik berbanding abang.

saat ini sudah pukul 5 pagi abang masih lagi menangis kesakitan, lagi parah bila dia amat takut dengan ubat. dan untuk malam ini rasanya sudah kali keempat aku banggun pujuk abang, sehingga mata pun sudah tidak menggantuk lagi rasanya. tapi aku tak kisah aku dah biasa. dari kecil aku jaga abang. setakat bangun malam buat susu dan tukar lampin dia dah biasa dah. dan rasanya untuk seminggu ini menggurus abang adalah cabaran aku yang paling besar.

syukur adik tidak banyak kerenah walau kadang-kadang dia ada rasa cemburu bila aku lebih beri perhatian pada abang.

"sakit, sakit"..abang masih meraung lagi pada masa ini sedang adik sudah lama lena tidurnya. dan setiap kali dia menangis sakit aku terpaksa peluk dia dan itu akan melegakan kesakitannya.........

dan saat ini kala aku melihat mereka berdua lena tidur rasa amat kasihan pula, tapi lebih baik sekarang dari terlewat nanti.



P/S: aku tak sanggup nak kejutkan jasmine, kerana dia harus berkerja esok..

Monday, December 14, 2009

jurang yang curang

pedih mata menunggu, tongkat ali menjadi bertambah pahit biar gula McD yang alloy rembat masih lagi tak mampu memaniskan pagi aku. babak gembira hanya seketika pada 45 minit yang pertama.

mengapa harus arshavin menjadi durjana biar kau yang ku damba setiap kali kau berlari. dan torres serba tak menjadi. jurang semakin besar harapan kian pudar namun masih belum untuk mengalah............

the gunners kita akan jumpa lagi.........the reds semakin hanggat terbakar

Sunday, December 13, 2009

kadangkala

kadangkala
kita jadi kaku
kita jadi lesu
kita jadi bisu

kadangkala
kita kerap tertipu
kita kerap menipu
kita kerap buat tak tahu

kadangkala
kita jadi pemerhati
kita kerap diperhati
seringkali kita buta hati....

semalam dimarathon puisi
seorang brader menyuarakan isi hati
tentang kisah nasib diri
tentang kepincangan ideologi
meraih simpati di pasar seni

semalam di pasar seni
bukan mereka menjual harga diri
hanya mencari sesuap nasi
di bawah panas terik mentari
mengharap kemurahan rezeki

semalam di pasar seni
ada cerita tentang diri
ada cerita tentang hipokrasi
ada cerita tentang ideologi
ada cerita tentang rezeki
ada cerita tentang mimpi
hidup kita di alam realiti

Thursday, December 10, 2009

semalam kenangan terindah

semalam yang berlalu ada kenangan terindah segar umpama seroja
yang mekar disinar nur mentari

kenangan terindah kuabadi di dalam buku diari kecil comel
ku simpan dilipatan kain burok
agar ia tidak berlumut. kerana aku bukan beruwang atau juga aishwarya rai

semalam berlalu esokku tunggu, kenangan terindah adakah hanya aku atau jen yang punya cerita tentang patung kertas yang pelik-pelik

sorry tak letak gambar selagi tak dipersetujui oleh ahli-ahli perjumpaan............



P/S: semalam kenangan yang terindah di sogo buat aku terasa seperti ada FRU memerhatiku. seperti aku ternampak kepulan asap dan manusia berlari, seperti terasa ada percikan air hancing menyembur ke badanku. dalam lori biru aku nampak kawan ku berbaju merah dan hitam tersenyum.....

Tuesday, December 8, 2009

semunya salah aloy

petangnya semalam aku telah merajinkan diri sambil memontengkan diri sekejap dari duty untuk bertemu dengan cikgu NUR dari alor star. kebetulan dia dah sampai shah alam jadi kalau tak jumpa rugi pulak, so lokasi perjumpaan di giant shah alam. akhirnya aku bertemu juga dengan cikgu kanak-kanak ribena yang ceria ini. oh orangnya kecil molek dan manis sungguh dipandang nasib baik aku dah tak bujang. dua orang rakan cikgu nur juga turut menemani cuma aku dah lupa namanya ( sungguh aku dah tua memori sudah lemah ).

balik office aku sms kawan aku nie yang dari kuantan,dah beberapa hari di KL tapi masih tak berkesempatan untuk bertemu kerana dia terlalu busy. setelah berbalas sms kami set untuk berjumpa malam. jam lapan malam kami berjanji, aku akan ambil dia di hotel memandangkan dia tak biasa dengan bandar KL mahu juga shah alam. takut nanti dia drive nak ke shah alam dari PJ akan memakan masa 5 jam (huh kalau dia balik kuantan dan sampai tu).

malangnya disebabkan hujan malam tadi maka aku terlewat sampai ke hotel untuk mengambil kawan aku tu. Kl la katakan kalau hujan jalan mesti jem, tapi tak hujan pun kl tetap jem, KL la katakan.

boring juga kalau berdua ajer berjumpa jadi kawan aku call budak aloy nie supaya malam tak boring. set katanya jumpa di shah alam SS3, aku ingat nak diner bawa diner sama kat tempat yang istemewa rupanya hanya di McD. sian kawan aku dari kuantan datang hanya makan burger di McD (di sebabkan aloy takut hujan)....aiseh lupa nak bagi tahu yang dark ray juga dengan aloy di McD.

tapi malam tadi merupakan satu perjumpaan yang berkualiti bila ramai lagi bloger lain turut serta kami sehingga lewat pagi. walau dari segi kuantiti tak berapa banyak tak gitu aloy..

tengahari tadi aku sekali memontengkan diri dari duty bila kawan aku call, grunge ajak lunch kat qaseh. this is first time aku jumpa grunge walau dia cukup dekat dengan tempat kerja aku. turut serta lunch tadi seorang lagi bloger namanya masy dia datang dengan grunge, oh lupa bloger akudo juga turut serta lunch tadi.

esok tengahari esok aku plan nak jumpa bloger lumut dan juga bloger seroja jingga dan juga bloger ber_uwang juga mahu turut serta dan juga cikgu NUR katannya jam 2 petang di SOGo, besar kemungkinan aku aku pergi bersama dengan bloger azza ke sana......

p/s: rasanya minggu ini adalah minggu aku berjumpa dengan para bloger rasanya.....tapi kenapa tajuk entry ini macam tak kena ajer

Monday, December 7, 2009

kita juga sebenarnya

kita lebih suka menyalahkan daripada kita menerima kesalahan, lebih seronok jika kita melihat orang yang disalahkan menerima hukuman.

jauh sekali untuk kita belajar dari kesalahan kita sehingga kita terus mengulanginya lagi dan lagi dan lagi menjadikan ia sebagai satu tradisi dalam hidup ini.

bagi pihak yang disalahkan pasti merasa sakit hati dan terus memendam perasaan sehingga menimbulkan dendam. dan dendam membawa kepada satu permusuhan yang akhirnya merugikan.....

biar memaafkan itu sesuatu yang indah namun hakikatnya itu perkara yang paling sukar untuk kita lakukan. kerana memaafkan itu pada zahirnya adalah sesuatu yang merugikan kita.




p/s: kita menuntut kejujuran dan benci pada kepura-puraan tapi kita sebenarnya tidak pernah jujur pada diri kita. tanyalah pada mereka yang sedang bercinta sejauh mana jujurnya mereka pada diri sendiri.

seronok juga dapat jumpa bloger NUR tadi cuma masa yang terlalu singkat.......

Sunday, December 6, 2009

in memories

rasa macam dah lama tak update new entry, aku masih tak ada mood tambahan pulak beruk di awan biru aku macam hampeh. so aku cuma berjalan ke blog kawan-kawan ajer.

hari ini aku nak buat entry terakhir untuk bob, sekadar untuk kenangan pada aku. aku jumpa bob masa di sini kala dia masih kecil lagi.

sesungguhnya aku memang tak sangka yang bob akan pergi dengan begitu cepat, sebab aku sangka dia dah sembuh dari kemalangan dulu.

last week thursday evening masa balik dari kerja seperti biasa bob akan tunggu depan rumah dan seperti biasa tiap kali aku buka dia yang akan masuk rumah dulu. tempat biasa dia tuju sofa aku yang tak mahal tu. bob akan mencakat sofa tu untuk tajamkan kuku. aku tak marah dia pasal aku tahu jasmine aku pasti akan minta sofa baru.

petang itu aku lihat bob macam biasa la dengan mengada-ngada dia tu mengesel kepala kat kaki aku sambil minta makan. kalau tak di beri makan selagi tu dia akan mengikut kemana sahaja aku pergi. aku biasanya beri dia makan kat luar sebab mama,big sis dan julie tak berani masuk rumah.

lepas makan bob masuk semula dalam rumah macam biasa dia bermain dan melepak dekat aku sambil bermanja. oleh kerana aku sibuk berjalan ke laman kawan-kawan so aku kurang layan bob malam tu. tiba-tiba aku lihat bob tak ada, aku tanya kat adik mana bob, adik cakap bob kat luar. memang menjadi kebiasan aku akan biarkan bob keluar untuk dia membuat aktiviti dia yang sepatutnya sebelum masuk tidur.

tapi malam tu aku sedikit hairan bila dah lewat bob masih tak masuk lagi, lalu aku suruh adik panggil bob masuk, tapi adik cakap bob tak ada. aku tak sedap hati lalu keluar cari dia nak pulak malam tu hujan gerimis. aku panggil dua tiga kali nama bob tapi dia tak datang. biasanya kalau aku panggil sekali ajer nama dia pasti dia dah datang kadang-kadang tu dia dengar aku petik jari ajer pasti dia dah belari masuk.

aku tak puas hati aku keluar untuk cari dia, sebaik ajer aku keluar aku nampak bob baring di depan pintu pagar. pelik juga kenapa dia baring kat situ sedang hari hujan. aku panggil lagi dia tak banggun. aku bertambah cuak bila aku lihat bob masih tak bergerak bila aku datang kat dia. bila sampai dekat aku lihat bob dah kaku tapi tubuh dia masih panas lagi waktu itu. cuma aku lihat hidung dan mulut dia dah biru. aku jadi kelu sekejap bila lahat bob macam itu. terus aku inform wife aku yang bob dah tiada. wife aku macam tak percaya sebab bob amat sihat masa petang itu dan sewaktu dia keluar bermain masa wife aku ngah menyidai baju masa tu.

aku check badan bob untuk pastikan sebab kematiannya takut dia bergaduh atau di patuk ular atau dilangar kereta. tapi aku dapati tiada sebarang kesan cedera dan luka pada badan bob. menyebabkan kematian bob menjadi satu misteri pada aku, nak kata dia sakit aku tak nampak dia sakit pun. dengan berat hati aku tanam jasad bob pada malam itu juga kerana tak sanggup aku tengok bob yang kaku itu. sorry bob kubur mu tak ada pohon kemboja yang ada cuma pohon inai sebab kau selalu menyorok kat situ.



ini aku suspek adalah bapa kepada bob sebab dari ciri-ciri fizikal dan dia datang rumah aku masa malam bob mati. aku lihat dia mencium tempat bob mati tu dan pernah juga aku nampak dia bersama mama bob masa musim mengawan hari tu. kucing ini bertuan tapi mungkin tak di jaga berdasarkan bulunya yang kotor. dan malam itu aku mandikan dia dengan shampoo bob. masa mandikan dia aku angap itu adalah mandian terakhir bob. sepatutnya aku mandikan bob last saturday dan plan nak bawa dia ke klinik. yang pasti kucing ini tidak melawan masa aku mandikan dia sama macam bob.



dan ini mama bob, memang susah nak ambil gambar mama nie amat liar kecuali waktu makan sahaja. dua tiga kali tangan aku kena gigit masa nak ambil gambar nie. oh ya mama ni rasanya bunting la pasal perut dia amat besar dan bulan lepas aku lihat dua tiga ekor kucing jantan asyik mengekori mama. dan malam aku tanam bob mama juga memberi penghormatan terakhirnya dia tengok ajer aku tanam bob.



ini big sis kakak kepada bob berusia setahun lebih, amat liar jangan harap nak pegang dia nie. tapi dia baik selalu jaga bob dan teman bob masa bob sakit. big sis juga tidak suka masuk rumah.seperti mama, big sis juga susah untuk aku ambil gambarnya. ini adalah gambar paksa setelah aku umpan dia dengan friskie.



yang ini julie adik beradik bob juga. seperti mama dan big sis julie juga amat liar dah susah aku nak ambil gambar dia. dan untuk entry ini aku korbankan tanggan aku masa ambil gambar julie, dia dah cakar dan gigt tangan aku tadi. aku geram ajer dengan budak nie bila aku dapat mandikan dia macam bob. dia suka masuk rumah tapi jika bob masuk itu pun separuh jalan ajer lepas tu dia keluar balik.



dan ini gambar bob, pada malam itu sebelum dia pergi. bob memang suka tolong aku lipat baju, walau dia lebih banyak mengacau aku dari menolong. sedih juga bila aku marah dia malam tu pasal kacau aku.

tiga hari bob tak ada memang terasa, kerana dia yang akan kejut aku tiap-tiap pagi. dia akan duduk depan pintu toilet sampai aku sudah mandi. lepas tu tunggu aku bersiap kat bilik and turun sama-sama sebelum aku beri dia sarpan pagi. kalau waktu malam memang bob tidur dengan aku kadang-kadang tidur kat jasmine.

masih terkenang bila malam sebelum dia pergi itu, aku makan satay dengan dia dan menjadi kebiasaan aku beri dia makan dari mulut aku. bob makan apa sahaja yang aku beri tapi friskie adalah kegemarannya.

dan pada malam aku tanam bob si comel aku tak kasi aku tanam bob, katanya bob sakit suruh aku bawa ke klinik. dia sayang kat bob walau takut kalau bob datang dekat dia geli katanya. tapi bila aku cakap aku nak buang bob tak kasi dan siap menangis lak tu.....

sesungguhnya pemergian bob memang amat terasa masaih terbanyang bob kala aku update entry ini. kerasa setiap kali aku beronline pasti dia ada di sebelah aku kadang-kadang tu dia sajer dok atas laptop nie.......good bye bob

Friday, December 4, 2009

kau pergi jua: tribute to bob



aku tak banyak nak cerita kerana terlalu sedih cuma nak beritahu bahawa aku baru sahaja selesai mengkebumikan jasad bob.

akhirnya bob pergi jua jam 11.00 malam tadi. terlalu banyak kenangan dengan bob, akan ku ceritakan kemudian nanti.

semoga bob tenang di sana......terlalu berat hati melihat bob pergi

Thursday, December 3, 2009

sembang kedai mamak : what hot today

sudah lama aku tak minum di kedai mamak yang dekat office aku tu yang ada suratk khabar free. yang sebenarnya kedai mamak tu dah tutup pasal sewa kedai dah naik lagi katanya. so hari ini aku minum di kedai mamak yang jauh dari office yang tak ada surat khabar free tapi kena beli.

seperti biasa bila dah kena beli surat khabar tu baca kena la kongsi-kongsi, kurang sedikit perbualan sebab masing-masing nak cepat baca kalau tidak nanti di kata mengeja.

cuma summary cerita apa cerita yang di rasa hot untuk hari ini.....selebihnya menikmati roti canai yang dan sejuk bersama kari masam...


First Hot:
pasukkan bola sepak malaysia tewaskan timor leste 11-0 pada kelayakan sukan sea aku terdengar berita kat radio hot fm yang tak panas tu, lepas tu berita kat radio era yang dah tak meriah......wah hebat memang hebat tu gol terbanyak dalam sejarah. kalau kat berita hairan yang sealiran tajuknya lagi best TIMOR LESTE JADI SANTAPAN RAJA.

zaman dulu-dulu pun kita pernah kalahkan Korea Selatan, sekarang nie depa tak pandang nak main dengan kita pun, dulu kita pernah juga kalahkan Vietnam dan Loas sekarang nie nak dapat satu pun susah silap-silap kalah.

kita tak usah cerita pasal Thailand dan Indonesia yang satu ketika dulu pemain dia jadi pemain import kita untuk meriahkan sukan bola sepak kita.

Second Hot:
penantian pasal siasatan kes jambatan runtuh di perak sehingga mengorbankan 3 murid sekolah akhirnya ada keputusan. kontraktor yang buat jambatan tak menepati piawaian dari JKR, sian masa buat projek macam mana entah boleh dapat kelulusan.

dengar berita katanya kontraktor yang buat jambatan telah di senarai hitam oleh kerajaan perak ( ada kerajaan ke perak entah )...komisyen dah abis beri next projek tak mari gulug tikar la nampaknya lepas nie.

JKR tak buat inspection ker masa projeck ngah jalan tunggu siap baru nak siasat itu dah terlambat. Cuma aku respect pasal kes nia kahirnya ada keputusan kalau nak bandingkan kes stadium dan masjid berjuta yang runtuh tu masih sepi dalam lipatan.

Third hot:
banjir di pantai timur dan utara bertambah buruk satu lagi nyawa terkorban di Kelantan. macam biasala kerajaan akan hulurkan bantuan cuma kali ini katanya bantuan on the spot akan diberi di pusat penempatan banjir. katanya dulu bantuan diberi lambat lepas tiga bulan baru mangsa dapat. hmmm nampaknya tiada chance le nak kelepet duit bantuan tu yer pasal kena beri on the spot. dengar cerita kerajaan pusat nak bagi sejuta untuk mangsa banjir di kelantan mungkin itu duit royalti minyak kot.

last hot:
boss ada increment dengan bonus ka tahun depan....

bulan menangis



pernah kau lihat bulan menangis
cahayanya indah sedikit suram
di balik awan berwajah kelam

wahai bulan menggapa bermuram
bukan pungguk tidak rindukan bulan
atau bintang engan berteman

kala kulihat bulan menangis
buat hati kian gundah
umpama malam berteman resah

bila bulan menangis
hilanglah seri malam
yang tinggal kenanggan nan silam


p/s: bila bulan menangis pasti ada hajat yang tidak kesampaian...........

Tuesday, December 1, 2009

dan semakin

dan
semakin aku membencimu
semakin kuat sayangku
dan
semakin aku melupakanmu
semakin kuat rinduku
dan
semakin aku menjauhimu
semakin kuat kasihku
dan
semakin aku dekat padamu
semakin aku tidak mengenalimu
dan
semakin aku menyangimu
semakin pudar cintamu



p/s: for my sweet little butterfly.....wondering ke mana hilangnya dia

task force

back to year 2005, aku joint one company yang berstatus MNC berlokasi di selangor. aku joint company tu pun pasal ex boss kat tempat kerja lama dulu yang call mintak aku kerja dengan dia. well untuk tidak menghampakan dia aku terima tawaran tu of course la di offer gaji yang bagus sesuai dengan bidang tugas aku. mulanya rasa bangga juga bila dapat kerja dengan MNC nie bukan senang nak dapat kerja kat situ. but bila aku start joint aku jumpa terlalu banyak benda yang tak kena.

patut la boss ajak aku joint dia, bila one day masa lunch boss citer masalah dia dengan tempat tu, so aku cakap tak apa boss nanti aku tolong sattlekan. so dengan berhemah dan teliti aku buat kerja, aku panjat bangunan miti,mida,sirim dan aku redah juga pejabat kastam. untuk dapatkan kelulusan aku buat paper work, aku buat SOP, aku buatkan budget dan submit pada semua yang berkaitan. so hasilnya semua permohonan aku diluluskan and the same time company dapat save duit.

habis bab tu aku tolong boss buat procurement pulak walau itu bukan bidang tugas aku, oleh kerana supply chain nie dah jadi bidang aku dari dulu so tak jadi masalah langsung. cuma masa aku buat supplier audit nie banyak yang tak betul aku jumpa. dan aku mula syak ada yang tidak betul dengan group procurement satu lagi dalam approve vendor.

sebagai pekerja yang baik aku laporkan pada boss aku, tapi malangnya boss aku nie ada agenda tersendiri mungkin dia terlalu ingin cepat naik. lalu dilaporkan terus pada HQ di uk, tanpa melalui pengetahuan boss-boss di Malaysia. maka terjadilah satu peperangan antara MD dan Director di UK dan Malaysia.

lalu dengan satu arahan satu TASK FORCE telah dihantar ke office aku untuk membuat siasatan. mulanya aku sangka TASK FORCE ini untuk menyiasat sebab-sebab kepincangan yang berlaku masa dulu yang menyebabkan berlakunya penyelewengan tapi sebaliknya yang berlaku.

TASK FORCE ini dihantar hanya untuk menyiasat kerja aku, pelik juga aku waktu itu, tapi aku tak kisah sebab aku buat atas arahan boss dan untuk company bukan untuk diri aku. hasil dari siasatan aku telah diberi surat tunjuk sebab kerana membuat kerja diluar bidang kuasa aku. sementara boss aku pulak dipaksa letak jawatan kerana salah guna kuasa katanya dengan memberi arahan di luar bidang kuasa. terperanjat juga aku waktu, tak sangka bila kita buat satu kerja yang menguntungkan company tapi lain pulak balasannya pada kita.

aku mula tak puas hati, lalu aku jawab surat tunjuk sebab itu beserta dengan bukti sekali dan bersama-samanya aku sertakan surat berhenti kerja. hati aku sudah mula tawar nak bekerja disitu. cuma aku tidak bodoh waktu itu satu salinan telah aku hantar kepada Independence Department di Company tu. dan akibatnya satu lagi TASK FORCE dihantar untuk menyiasat TASK FORCE yang terdahulu.

aku tak tahu apa yang mereka siasat kerana aku sudah selamat bekerja di tempat baru. namun dari apa yang aku dengar TASK FORCE yang siasat aku dulu telah diberhentikan beserta dengan MD sekali. rupanya TASK FORCE yang siasat aku itu adalah dari group procurement yang tidak puas hati dengan aku dan boss aku.

pernah juga Operation Manager ditempat tu call aku ajak joint semula tapi aku tolak dengan baik,tak mungkin aku kembali ke sana. dan hati aku juga sudah tidak berminat dengan company yang berstatus MNC.....


p/s: TASK FORCE bukan sahaja ada dalam politik kita....dan selalunya TASK FORCE bukan untuk kebaikan tapi lebih kepada menjaga kepentingan

Monday, November 30, 2009

hidup ini memang singkat

segalanya cepat dan lagi pantas meninggalkan aku dan hidup ini terasa amat singkat, namun seringkali aku terlupa kerana memburu waktu yang berlalu. sedang hari yang mendatang kian jauh kehadapan.............


p/s: kita masih mempunyai 24 jam sehari, namun nafas terasa kian pendek dan sesak langkah kian cepat tapi masih jauh ketinggalan.............

Sunday, November 29, 2009

belajarlah

belajarlah susah agar kau kenal erti senang
belajarlah benci agar kau kenal erti rindu
belajarlah marah agar kau kenal erti maaf
belajarlah menanggis agar kau kenal erti duka
belajarlah berkorban agar kau kenal erti ikhlas
belajarlah kenali diri agar kau mengerti siapa itu Ilahi

Thursday, November 26, 2009

kemenagan yang kalah




riang ria meraikan kemenangan dari satu perjuangan

telahku matikan gendang perang
telahku hentikan tarian perang
telahku lucutkan panji-panji perang
telahku simpan perisai perang
telahku tambat kuda perang
telahku runtuh tembok perang
telahku kambus kolam perang
telahku bakar mentera perang

kerana ku sedar aku telah lama kalah.....

Wednesday, November 25, 2009

aduhai

tiga hari MC akibat diserang demam selsema dan batuk menyebabkan kerja di office banyak yang terbengkalai. hari ini dalam rasa tidak sihat aku gagahkan juga diri untuk ke office memandangkan hari ini terlalu banyak benda yang harus aku selesaikan sebelum cuti raya haji. anak buah aku dah kerisauan claim mereka tak lagi disain takut tak dapat duit nak balik kampung, cuti raya mereka tak lagi aku approve. shipment ke Algeria masih lagi tak sattle sedangkan air cargo dah book, flight pada jumaat. ISOTS16949 internal audit masih tak selesai masing-masing tunggu aku sebab takut nak audit CEO ngan GM. budget untuk next year masih tak siap, KPI report untuk end month pun belum submit, apprisal budak-budak rupanya masih boss tak submit, biz plan untuk next year sudah hampir ke due date tapi satu apa pun aku tak sentuh lagi, aduhai.......

aku ingat masa aku MC boss aku datang office so boleh la dia tolong sattle apprisal or buat budget and biz plan untuk next year. rupanya dia pun sama tak datang sibuk dekat office lagi satu katanya. aduhai....dengan lemah kaki melangkah ke office sambil memikirkan mana satu harus aku dulukan.

kusangka aku boleh duduk diam-diam dalam office sambil sattlekan benda-benda yang urgent dulu. aduhai....belum pun panas kerusi aku dah dapat satu call ada urgent meeting new projek customernya Honda. dah sah meeting nie makan masa yang lama so aku angkut lap top sekali, sambil meeting boleh juga aku selesaikan biz plan or budget next year.

selesai satu meeting selesai juga satu tugas budget dah siap, aku lega lepas ini boleh concentrate dengan benda lain pulak. baru nak keluar dari bilik meeting dapat call dari seketeri GM. urgent meeting katanya ada qualiti issue dengan Toyota, aduhai... bila masa aku jadi QA manager pulak nie, kena attend meeting yang mencarut pasal qualiti agaknya. dah terlanjur aku meeting dengan GM aku ambil kesempatan buat ISO audit sekali, setakat nak audit management review tu kacang ajer bukan susah pun. so selesai dah satu perkara lagi.

balik office semula cepat-cepat sain claim dan approve cuti budak-budak, nak cepat punya pasal claim pun aku tak check sekali kantoi dengan finance, sejak bila la company aku bayar claim untuk anak yang bersunat...aduhai budak-budak ku kalau nak kaya pun berpada la kan dah kena sekolah...

skip lunch hari ini sebab aku nak buat business plan untuk next year, cuma ada masa satu jam untuk siapkan fikir punya fikir berjaya juga hehehehehehe otak mau kreatif beb copy ajer last year punya modified letak target baru letak KPI baru siap dah. sebelum hantar bagi boss review kalau dia tak suka weekend nie aku modified lagi.

aduhai yang ini aku amat benci sekali, apprisal unruk budak-budak nak kena review la sekali lagi. yang ini pasti banyak soal jawabnya nanti, so tak jadi tangguh dulu esok baru aku buat dengan perasaan tenang dan aku kena pastikan tiada perasaan marah masa review ni.

sekali tengok hari dah petang da lupa yang shipment untuk algeria tak sattle lagi, dengan segera aku buat kerahan tenaga dalam masa kurang sejam siap semuanya. terus update repott KPI untuk this month nasib baik data semua dah ready dari last week just masukan dan email pada top management. aduhai...sekali buka email tu dia 530 email need to read and reply terus hilang mood, off laptop pergi main badminton lagi baik.....

p/s: disebabkan jadual yang pack hari ini aku tak dapat nak menjengah blog kawan-kawan dan lagi tak best bila aku dah ketinggalan 4 hari dengan cerita baru kamu semua. tapi aku pasti kembali esok hari meyelesaikan hutang aku dengan kamu semua....lagi hampeh bila kat rumah beruk band di awan biru ini lebih banyak padam dari menyala lampu birunya...alahai lelah aku dibuatnya

Tuesday, November 24, 2009

deadliest catch:monsoon season

bukannya expdc ke laut bearing memburu king crab macam kapten sig and the crew with their ship northwest, but this expedition also quite advanture and challenging walau tak sehebat deadliest catch.

sabtu:
jam 10.15 pagi demam aku tiba-tiba rasa baik bila dapat sms dari my big brother kat puchong "man, nak pergi mancing kat pulau ketam hari ini naik boat kol 2.00 petang bertolak"...aku terus setuju memang dah lama tak memancing nie gian pun ada. aku berikan arahan pada anak-anak ku agar mandi cepat dan cakap kat my jasmine get ready king mau pergi fishing. paling lewat pikul 12.30pm mesti bertolak dari puncak alam ke puchong. sempat lagi aku lipat kain baju yang berlongok atas sofa tu bukan apa itu trick nak pancing hati jasmine, kalau tak tunggu ahad la baru aku lipat baju tu hahaha

tepat jam 4.00 petang kami bertolak dari kuala sireh ke pulau ketam bersama dengan tiga orang kawan abang aku dan seorang lagi pembantu tekong. di sebabkan air surut maka perjalan menjadi amat lambat kerana tekong terpaksa mencari alur air yang dalam agar dapat keluar dari kuala.



semasa menuju ke pulau ketam langit sudah nampak seperti mahu hujan, tapi xpdc diteruskan juga. dah sampai takkan nak balik yer tak.



sedikit kesibukkan di pelabuhan kelang utara dengan kapal dagang bersaiz kecil tapi boat kami lagi kecil kalau nak dibandingkan dengan kapal tu. kali ini kapal besar agak kurang berbanding hari biasa mungkin kebanyakkan dah belayar kot.

jam 5.30 petang kami sampai di jeti pulau ketam tekong boat mencari jeti kawannya untuk membeli ais,sebelum pergi membeli udang dan sotong untuk dijadikan umpan. hati ku sudah mula tak best pasal tiada udang hidup untuk di jadikan umpan, ini tanda tidak baik seperti xpdc bakal gagal. sempat juga aku bershopping ketam di jeti tu memang murah beb ketam fresh dengan harga RM4.00 sekilo,kalau kat pasar mana nak dapat. tapi ini tak ada gambar pulak pasal HP tinggal dalam boat.

setelah selesai kami memulakan perjalanan mencari lubuk ikan,sasaran kami sudah pasti ikan bersaiz besar macam ikan merah, tebal pipi,jenahak,pari paling tidak pun sembilang.



ini adalah ikan bersaiz besar yang pertama dapat dinaikan ( sayang sekali kenapa bukan aku yang berjaya) nama ikan ini tebal pipi memang spesis yang di idamkan tuan punya ikan senyum lebar sampai tak nampak pipi.

tapi aku agak bernasib malang pada malam itu apabila hanya gelam,duri dan tuka a.k.a anak pari yang sudi menjamah umpanku. lebih malang lagi pada malam hari kami telah di timpa hujan dan keadaan laut yang bergelora membuai boat kami. mujur tekong sempat bawa berlindung di kuala pulau ketam.



namun hujan tidak dapt mematahkan semanggat kami xpdc diteruskan juga biarpun hujan dan gambar tu adalah hasil tangkapan kami pada malam itu. tak dapat nak ambil gambar banyak kerana terlalu sibuk memancing dan melayan ikan gelama dan duri yang tak henti-henti menyambar umpan.



sesi membahagi ikan seperti diduga ikan-ikan besar tidak berapa minat dengan umpan yang dah mati. so hanya empat ekor ikan merah yang bersaiz sederhana dapat dinaikkan. itupun setelah puas beralih lubuk baru dapat mungkin ikan ini masih belum pandai memilih lagi.



tapi ikan merah yang besar ini aku dah book dulu pasal aku yang dapat so aku masukkan dalam coleman siap-siap dan ikan sembilang itu juga. nampak gayanya kena repeat lagi xpdc ke pulau ketam ini, mungkin disebabkan faktor cuaca dan umpan menyebabkan tangkapan tidak memuaskan.

p/s: balik dari memancing demamku datang balik akibatnya aku kena selsema dan batuk dah dua hari aku MC dan hari ini baru rasa segar dan dapat mengupdate blog nie....

Friday, November 20, 2009

ke mana hilang mereka

dah lama aku tak nampak dia,kalu dulu memang hari-hari aku akan nampak dia especilly waktu tengahari dan petang bila aku balik kerja. dengan sebuah troli dia akan meronda dari giant sehingga ke area kawasan glenmarie dan shah alam. dia yang aku rasa berumur dalam lewat 20an akan bersama-sama dengan tiga orang anaknya yang aku rasa yang sulungnya berumur dalam lingkungan 6-7 tahun, sementara yang no 2 itu mungkin berumur 5 tahun. manakala yang kecil mungkin dalam setahun sentiasa dikendongnya dalam kain batik yang disilangkan di dadanya.

segala besi buruk,kotak,tin minuman alaminium dan botol plastik yang bersepah di tepi jalan akan dikutip, kemudian akan dihantar kepusat pengumpulan barang lusuh untuk di jual. setiap kali aku melihat keluarga ini aku menjadi sanggat sedih terutama pada anak-anaknya. kala anak-anak aku riang bermain di sekolah bersama rakan-rakan, mereka pula mengadaikan nyawa di tepi jalan yang sibuk mengejar tin-tin buruk dan kotak-kotak lusuh untuk dijadikan duit demi sesuap nasi.

pada satu hari,kali pertama aku dengan rasa simpati berhentikan kereta lalu aku panggil kedua orang anaknya. ku hulurkan beberapa note kepada kanak-kanak itu namun dengan rasa rendah diri mereka menolaknya. dengan alasan mak marah ambil duit dari orang lain. setelah aku aku pujuk dan nyatakan hasrat ku itu maka dia teriam juga,dengan ucapan terima kasih mereka berlari ke arah ibu mereka dan memberikan wang itu kepadanya.

lalu aku jadi sedih bila teringatkan anak-anak ku yang mewah dengan berbelanja. pantang dapat duit pasti kedai yang dituju, kalau berjalan pasti nak itu dan ini kalau tak dapat pasti merajuk. kalau ke sekolah tak dapat duit belanja juga mahu merajuk, sungguh sayang mereka tak sedar yang ada diantara mereka yang tidak berpeluang kesekolah.

pada satu hari yang lain sekali lagi aku dengan berani memberhentikan kereta kala terserempak dengan keluarga ini. kali ini aku memberanikan diri berjumpa dengan ibu muda itu dan melalui perbulan singkat kami baru ku tahu yang mereka ini berasal dari sabah dan menetap di sebuah pondok di area glenmarie. kata ibu muda itu suaminya bekerja di KFC klang sebagai operator. dia terpaska bekerja dengan memunggut barang lusuh untuk membantu suaminya. sebelum beresar aku hulurkan sedikit sumbangan kepada ibu itu dan kepada dua orang anaknya namun seperti biasa mereka menolaknya. namun setelah aku desak mereka menerimanya juga.

kini sudah hampir dua bulan aku tidak ketemu keluarga ini sejak hari itu, aku tertanya-tanya ke mana hilangnya mereka. pernah juga aku bertanya pada orang di sekiling tempat keluarga itu mencari rezeki namun mereka juga tidak tahu....


p/s: tiap kali aku terlihat keluarga ini aku terasa bertapa aku masih lagi bertuah dan harus ku bersyukur, kala aku enak bekerja dalam office yang berhawa digin namun di luar masih ada mereka yang berhujan dan berpanas mencari rezeki di celah-celah sampah. dan kala anak-anak aku seronok bersekkolah ada lagi kanak-kanak yang menggadaikan nyawa di pinggir jalan mencari sesuap nasi.

Thursday, November 19, 2009

meraikan sahabat

siang tadi sedang syok layan facebook tetiba dapat satu masej dari someone yang aku cuma kenal dia kat dalam blog ajer. dia ialah cik raihan pemilik laman cahayachenta. well orangnya peramah dan bersahaja walau pada mula malu-malu tapi cepat menyesuaikan diri. kalau tak mau kekok pakcik tadi nak layan kamu hehehehehe....

oleh kerana pertemuan amat singkat cuma dapat bawa dia pie lunch sahaja di restoran ani sup utara di seksyen 9 shah alam. kemudian bawa dia beli tiket bas di sek 17 kerana dia terpaksa balik esok dan kemudian hantar dia balik ke rumah kawanya di sek 10. kami hanya dapat berborak dalam kereta ajer la sebab masa yang singkat.

ada rasa sedikit terkilan kerana tak dapat nak layan tetamu yang datang dari jauh dengan sempurna. hope raihan tak kecil hati yer next time kalau mai lagi pakcik bawa jalan. Jasmine pakcik pun nak ikut juga tadi tapi dia tak berpeluang nak keluar waktu kerja.


p/s: harap tak ada yang malu-malu bila jumpa pakcik sebab pakcik akan jadi lagi malu hehehehe...masih menunggu peluang nak ketemu sahabat aku si lela alam desa

banyak lebih ini budak

aku rush balik dari perjumpaan pakatan rahsia di mid valley last week di sebabkan budak inilah. dah lama aku nak kerjakan dia tapi tak berkesempatan dan ketiadaan bahan-bahannya nak kerjakan bidak nie. sudah seminggu aku tak benarkan dia masuk rumah pasal badan dia kotor main hujan.



sebelum balik aku singgah kat wonderland pet cari shampoo untuk budak atas tu. cari punya cari jumpa satu shampoo yang murah tapi masih lagi lebih mahal dari shampoo mandi aku. tu dia baru lepas mandi. padan muka dia, aku suruh mandi sendiri dia tak nak kan dah kena manndikan dengan aku.

tapi aku respect juga budak nie dia tak melawan masa aku mandikan dia, siap aku beruskan badan dan kaki dia ingatkan dia takut. tapi dia rilex ajer cuma mungkin dia syok layan bau shampoo dia yang lebih wangi dari shampoo aku tu. memang lebih budak nie dah lepas mandi bukan tau nak lap badan sendiri aku juga nak kena buatkan.



lepas badan dah kering dia minta aku sikatkan pulak bulu dia tu, cehh banyak cantik muka dia, mentang-mentang la bulu dia tu dah lembut dan wangi. dia ingat aku nie mama dia ker. tapi tak apa aku baik hati aku buatkan juga tak nanti merajuk pulak dia.



tapi dia nie memang banyak lebih betul la, dah aku mandikan dengan shampoo mahal dn wangi, dah keringkan dia dan sikat dia dah siap semua. sekali dia boleh landing atas tilam kegemaran aku hampeh tul la dia nie.....



tau la dah seminggu lu kena tidur luar tu la saper suruh main kotor....

Wednesday, November 18, 2009

di sini

di sini kita bertemu walau tak bersua namun aku tetap dapat merasa akan kemesraan mu. di sini aku belajar sesuatu yang baru dari yang lama. di sini aku menilai dan dinilai mungkin ada terlebih tapi kerap kali aku terkurang. di sini aku terkenang di waktu itu sesungguhnya kita ini memiliki sesuatu pada tiap satu........

Tuesday, November 17, 2009

sunday weekend ahad

last sunday weekend ahad aku memenuhi undangan perjumpaan atau yang lebih tepat perjajian (bukan ba'iah )untuk menonton 2012 dikalangan bloger kecil-kecilan. perjumpaan yang diorganise oleh si kecil molek bertempat di mid valley.

perjumpaan separa rahsia ini di hadiri oleh mereka-mereka ini. di bawah adalah minit mesyuarat.

tarikh: 15/11/09

masa: 12:30 pm (janji 12.00am biasala KL jem )

attendance:

1. pengurusi miss siv
2. naib pengurusi ber_uwang
3. setiausaha beskot
4. bendahari ah fatt
5. ajk tetap mint
6. ajk gelap acap
7. ajk separa tetap aku la sebab aku bawa jasmine aku bersama 2 bodyguard

vanue:
di bulatan berhadapan pet wonderland pasai tempat lain semua penuh, pengurusi lupa nak buat booking.

agenda:
nak tengok citer apa, 2012 tiket dah abis.

suggestion:

1. doremon
2. pisau cukur
3. tubuh jenifer seksi
4. phobiah 2
5. tak tengok apa-apa

hasil dari perbincangan maka cadangan satu ditolak pasal bodyguard mamai kata kat tv boleh tengok. cadangan 2 memang siang-siang dah reject oleh ajk separa tetap pasal sebelum keluar rumah dia dah cukur misai agar nampak ensem.

yang tinggal cadangan 3 dan 4 oleh kerana majoriti hari itu ramai lelaki maka cadangan 3 telah dipersetujui.

lepas perbincangan maka perut lapar dan masa amat suntuk lalu makanan segera jadi pilihan pakcik Donald sedia menanti walau tak cukup kerusi tapi tak apa janji perut berisi.

lupa nak beritahu yang seat extra satu pasal jasmine ajk separa tetap telah di rasuah oleh mamai agar pie bershopping untuk mengelakkan dari kanak-kanak bawah umur itu turut serta.

result :
berdasarkan cemuhan dan kritikan dari ahli-ahli pakatan boleh dikatakan cerita tubuh jenifer seksi kurang tepat untuk di tonton.mungkin doremon lagi best.

next action:
perjumpa seterusnya akan ditetapkan sekali lagi oleh tuan pengurusi dan lebih tersusun. rasanya tiada bantahan dari ahli pakatan separa rahsia. dan pesanan next time tolong bawa camera pasal perjumpaan pertama tak ada yang nak ambil gambar si beskot yang hensem, si siv yang comel, ber_uwang yang tinggi lampai lu patut jadi model. ah fatt yang tak sepet, si mint yang pemalu dan acap wa tak sempat nak borak panjang dengan lu.

tak mengapa

tak mengapa kalau bodoh cuma jangan diperbodohkan dan jangan pula memperbodohkan.tak mengapa kalau tak celik cuma jangan kurang cerdik. tak mengapa kalau nak ikut hati cuma jangan ikut mati...........

Monday, November 16, 2009

dan rindu bertandang lagi

cintaku telah kau bawa pergi
bersama janji yang kau khianati
yang tinggal hanya sebuah hati
bersama sayu yang menemani
bersendu pilu ku meratapi
namun tidak ingin ku membenci
jauh sekali ku mendendami
kerna ku tahu cinta mu bukan sejati
ku pasrah itu ketentuan ilahi

dan bila rindu itu bertandang lagi
izinkan aku menanggis sepuas hati
di situ ku temui kekuatan diri
pada kasih yang ku relakan pergi
tak akan aku bermimpi
tidak ku pinta sayang mu kembali

dan bila rindu bentandang lagi
biar sayu dan pilu hati ini
tidak rela aku sendiri
di daerah sunyi beteman sepi
oh tuhan kau kuatkan hati ini
untuk aku terus mencintai
agar aku menggecapi nikmat rindu ini.....




p/s: aku dah janji dengan sayu=pilu untuk buat satu enrty tentang dia...tapi aku tak ada idea cuma puisi ajer yang ada, okaykan sayu=pilu.......dan roda itu pasti akan berpusing pada satu hari nanti cuma kau harus sabar menanti..

Sunday, November 15, 2009

berlumutlah....

berlumutlah ukiran di jiwa
dengan rela ku lepaskan
dengan nada lagu dan irama
kuluahkan jua rasa kecewa
pada cinta yang kita ukirkan bersama
di ruang asamara.......

"perlahankan radio tu encik"....aku meminta pemuda itu memperlahankan radio keretanya

"itu bukan radio encik itu...kaset saya nyanyi tu"..jawab anak muda itu

"kamu artiskah"...tanya aku lagi

"tidak encik..sajer suka-suka"...jawab anak muda itu

"sedap suara kamu...bagi IC dan lesen memandu kamu"...aku meminta pada anak muda itu

"kenapa encik...saya ada buat salah ker tadi"...tanya anak muda itu sambil menghulurkan lesen dan IC pada aku.

"ber_uwang...nama kamu ke ini"...tanya aku pada anak muda itu sambil terus terus menulis

"kamu pandu dengan laju nie nak ke mana"...tanya aku lagi

"saya nak ke KLIA encik nak jumpa kawan saya LUMUT...jawab anak muda bernama ber_uwang itu.

"kalau nak jumpa LUMUT buat apa datang KLIA...LUMUT tukan kat Perak"...kata ku pada anak muda itu.

"saya tau encik tapi nie LUMUT kawan saya dia baru balik dari oversea encik dia belajar kat sana'...jawab anak muda itu

"baiklah LUMUT punya pasal awak tolong sain autograf nie"...sambil menunjukkan tempat di mana harus dia sain.

dengan tidak banyak cakap anak muda itu terus sain ciss ingatkan dia nak sattle dengan aku tadi. ciss hilang duit kopi aku mentang-mentang la dia ber_uwang....

>>>>>>............>>>>>>>>>>....................

pada suatu hari seperti biasa aku meronda lagi dengan kereta kerajaan berwarna putih yang ada lampu biru di atas bumbungnya. tiba-tiba aku terlihat satu kereta dipandu dengan laju melepasi aku. sungguh tidak hormat pada ku nampaknya dan dengan tidak membuang masa aku terus mengejar kereta tersebut. dan terus memaksa kereta itu berhenti ketepi.

"maaf encik saya salah saya nak cepat nie"...seorang anak muda keluar dari kereta tersebut. sib baik nie malaysia kalau kat oversea mau mati kena tembak anak muda itu kalau keluar dari kereta bila di tahan polis

"bagi lesen dan IC...nie kenapa bawa laju-luju nie" tanya aku pada anak muda itu

"saya kecemasan encik saya kena ke hospital sekarang nie"...jawab anak muda itu sambil menghulur lesen dan IC pada ku.

"nama kamu nie bagus yusuf...siapa yang kat hospital tu"...tanya aku

"kawan saya encik nama dia LUMUT..." jawab anak muda bernama yusuf itu

"LUMUT lagi..hari semalam pun kena saman pasal LUMUT"..runggut ku

"nie kamu nak saya saman atau nak bayar ajer kat saya"...tanya aku pada budak yusuf itu direct pasal takut melepas la nanti macam budak ber_uwang tu.

"maaf encik...encik saman saje sayer lagi pun saya tak sanggup bersubahat dengan orang yang makan rasuah nie..berdosa encik. Ingat encik haram makan rasuah nie,lagi pula kalau kita beri pada anak bini tak berkat."...kata budak yusuf pada aku padan muka aku dapat ceramah free.

"baiklah sebab saya ini amanah menjalankan tanggungjawab encik yusuf tolong sain autograf ini yer"...aku hulur pada dia dan dalam hati berkata melepaslah lagi.

>>>>>......>>>>>.........>>>>....>>>....

dah sebulan lebih sejak aku kena ceramah dengan budak yusuf tu, aku berhenti dari ambil duit kopi tapi nak buat macam mana gaji polis macam aku bukan besar mana nie semua kerana Kerajaan taknak bagi naik gaji dah tu tak nak bayar bonus pulak. tapi kalau bagi kroni buat projek cepat ajer dia hulur duit....kadang-kandang baut aku nak tukar kerajaan pun ada.

tiba-tiba sebiji BMW yang dipandu laju melepasi aku,"wah rezeki" kata ku dalam hati dan dengan tanpa membuang masa aku mengejar BMW tu dan memaksa dia berhenti.

"encik sila keluarkan IC dan lesen memandu"...kata ku pada pemandu itu

"encik cepat sikit kalau nak saman tu yer"...berkata pemandu BMW tu pada aku sambil hulur IC dan lesen

"encik nak ke mana tergesa-gesa nie merbahaya bawa kereta laju-laju malam-malam nie" kata ku pada pemandu itu dari IC dan lesennya baru ku tahu yang pemandu tu Abe Long taukey besar

"abe long nak ke mana nie"..tanya ku lagi

"nak jumpa awek lama saya LUMUT"..jawab abe long

"la LUMUT lagi....dah berapa ramai yang kena saman pasal LUMUT nie...abe long sain ajer la kat sini"..kata ku pada abe long. terpaksa aku matikan hasrat ku nak minta duir kopi.

"baik-baik bawa kereta abe long...kirim salam kat LUMUT"...aku menyerahkan IC dan lesen padanya.

otakku ligat berfikir siapa dia LUMUT nie sungguh istemewa sehingga ramai yang sanggup disaman hanya kerana LUMUT.

dan kerana LUMUT juga aku tak dapat duit kopi....LUMUT siapakah gerangannya....

..............TAMAT.................

okay ini entry aku untuk contest lumut aku tak tau sama ada di terima atau tidak pasal dah last minit nie...

btw aku suka blog lumut pasal semuanya best tak ada yang tak
dan blog esok semalam tak best pasal semuanya best....

Friday, November 13, 2009

DVD seorang awek

dulu-dulu aku cuma kenal cd atau vcd yang diulang cetak yang dijual di pasar malam oleh pemuda cina yang bertatu naga di dada atau lelaki india yang sarat dengan rantai emas di leher.tapi kedua-duanya serupa masih ramah dan manis tutur kata buat aku sering tergoda.

kini dvd dah ambil alih kepopularitian cd dan vcd dulu. setanding dengan kegelameran dvd maka tidak layaklah pemuda cina dan india yang menjualnya. sebaliknya telah digantikan dengan awek malayu cun. awek melayu cun tak perlu rantai emas atau tatu cuma perlu berbaju yang mampu menampakkan lurah bukitnya yang gebu atau berseluar ketat yang menonjolkan mangkuk tandasnya yang bulat. dengan sedikit suara manja mengoda pasti jualannya laku. sehingga pak aji balik surau juga tertipu tak cukup satu datang balik beli lagi satu.

mungkin ini strategi terbaru kerana jarang juga aku nampak pakcik baju biru datang serbu. walau meja dvd lalu sebelah kereta berwarna biru persis seperti pura-pura tak tahu. mungkin si baju biru tergoda dengan senyum awek melayu cun yang bermangkuk tandas bulat itu.

walau aku tak maksum seperti dulu-dulu (merujuk kepada komen jebatsari pada aku semasa minum di malam rabu). namun aku memang tak lalu nak beli dvd ulang cetak ini kecuali si bungsu yang sering berjaya memujuk rayu, bukan kerana kualitinya yang tak bagus. tapi sering tertipu dengan sarikata yang menyakitkan mata dan memenatkan minda.


p/s: dan yang pastinya di rumah aku tiada dvd player..bertapa retronya aku........

simfoni alam




telah hilang merdu lagu unggas
terlepas antara gemersik daun
bergetar lembut dihembus bayu
melepas gundah dijantung waktu

sayu bergema deru ombak
kala menyusuri tepian pantai
mendampar cerita sepelusuk dunia
namun hilang ditelan masa

redup siang dipayung awan
terang malam dihias kunang
simfoni alam tinggal kenangan
kemana hilang iramaku berdendang



dan pada mu simfoni lagu kasih ku masih berkumandang............

Thursday, November 12, 2009

belum sampai seruan betul ke

peristiwa di kompleks tabung haji beberapa tahun yang lalu sewaktu aku menghantar abah ke sana untuk dia pergi menunaikan tanggungjwab yang ke empat itu. aku terdengar perbualan abah aku dengan seorang pakcik yang juga menghantar one of saudaranya untuk ke sana. perbualan yang aku ringkaskan di sini.

"untung pakcik sebab dah dapat pergi sana, dah sampai seruan tu...saya nie tak tahu lagi bila nak merasa mungkin seruan belum sampai lagi kot"...pakcik tu berkata pada abah aku

"alhamdulillah, rezeki dah ada dapat la pergi lagi pun anak-anak yang bantu...bukan pasal sudah sampai seruan. tapi sebenarnya seruan tu sudah lama ada sejak kita mengucap dua kalimah syahada sejak kita pecaya pada rukun islam, sejak kita percaya pada rukun iman dan seruan itu telah ada lama"...jawab abah aku pada pakcik itu.

"sebenarnya tidak elok kita kata yang seruan itu belum sampai lagi seolah-olah kita menidakkan rukun islam itu..seelok-eloknya katakan sahaja rezeki belum ada kerana itu lebih baik"...sambung abah pada pakcik itu lagi.

lalu aku berfikir sekejap, ada logiknya juga apa yang abah aku katakan itu...tapi mungkin kita sudah terbawa dengan kebiasaan......

pernah juga terfikir bila kita ini dikatakan islam....sewaktu kita mengucap dua kalimah syahadah atau bila kita dilahirkan.....




p/s: oh ya belum sampai jodoh atau belum sampai seru atau belum ada rezeki untuk berkhawin yang mana satu yer...

Wednesday, November 11, 2009

dead tree with rose



masa zaman aku sekolah dulu actually sampai kini, aku suka tengok pokok mati. malah gambar pokok mati pun aku suka tengok. sampai obsess aku pada pokok mati ini menjadi trade mark aku. setiap kali kalau ada kelas lukisan maka aku akan lukis gambar pokok mati dan dekat setiap buku aku juga pasti ada gambar pokok mati.

pernah sekali masa ketika waktu di U, pernah dia bertanya pada aku kenapa aku letak gambar pokok mati pada setiap buku aku. katanya gambar pokok mati itu melambangkan orang yang patah semanggat dan mati jiwanya. lalu aku kata tukarkan pandangan kamu pasti kamu akan ketemui sesuatu dari gambar itu. fikirkan perjalan pokok itu sebelum ianya mati. lalu dia tidak betanya lagi pada ku.



dan di waktu itu juga aku sering memberi dia sekumtum bunga rose yang belum mekar. malah aku juga sering melukis gambar bunga rose yang belum mekar di bukunya. lalu dia bertanya padaku lagi mengapa sering beri dia bunga rose yang belum mekar. kata bukankah bunga rose yang mekar lebih wangi dan berseri dan ia melambangkan kebahagiaan.



lalu ku berkata kerana cinta ku masih belum mekar dan masih belum harum. andai cinta sudah mekar maka nikmatnya hanya seketika dan harumnya hanya sementara. kerana bunga yang mekar itu akan cepat layunya.

dan pada hari itu di waktu itu dia telah menghadiahkan aku sekuntum bunga rose yang mekar dan harum tapi sayang mekarnya telah layu harumnya telah pudar.




p/s: tapi kini aku ada sepohon jasmine yang bunganya sepanjang tahun harumnya sepanjang masa...biar tak secantik rose

Tuesday, November 10, 2009

1Perempuan yang....

ada 1Perempuan yang minta tarafnya sama dengan lelaki, berdiri sama tinggi duduk sama rendah. lalu dengan suka hati diperkenankan permintaanya itu agar tidak dikata diskriminasi. alangkah sukanya hati 1Perempuan itu tidak terkata dengan bangga berkata akulah yang bijaksana. pandainya sampai tak boleh dengar kata, tapi 1lelaki tu kata tak mengagap kita tengokkan sahaja.

hari ini 1Perempuan gelabah tak tentu hala, segala kebijaksanaan sudah jadi bebal belaka. hari ini 1Perempuan susah hati bila berdiri tak sama tinggi bila duduk tak jejak kaki . tapi harus hormat pada 1Perempuan ini akalnya tak mati hatinya penuh dengki lalu katanya 1lelaki mesti mati. sayang seribu kali sayang 1Perempuan tak tidak cukup bijak menghapus bukti padahnya menjerat diri.

hari ini 1Perempuan diadili hukuman telah sedia menanti,1Lelaki itu ambil cuti tak sampai hati nak lihat 1Perempuan berlalu pergi. sudah puas 1lelaki itu menasihati tapi tidak diambil peduli. 1perempuan tak guna kau bersedih lagi segala ego memakan diri. lain kali kalau tak pandai belajarlah lagi tak rugi, walau kamu lulusan luar negeri.


p/s: kadangkala ilmu yang kita rasa cukup tinggi ada kekurangannya, nak makan nasi tak perlu sains dan teknologi...........duduk rumah hari ini terasa sunyi.

Monday, November 9, 2009

di pentas dunia

di pentas dunia
kita menyanyi irama kita
kita menari rentak kita
kita melakon watak kita
kita bercerita tentang kita

di pentas dunia
siapa bertepuk untuk kita
siapa berdendang irama kita
siapa menari lagu kita
siapa ketawa dengan kita
siapa menanggis bersama kita

di pentas dunia
di mana penonton kita
di mana juri kita
di mana diri kita

Sunday, November 8, 2009

sudah ku kata

betul aper aku cakap semalam, mesti ada beritanya, tadi citer banjir kat kedah semakin buruk banyak sawah musnah, pak menteri tu cakap tiap-tiap tahun macam nie banyak kerugian berlaku. Ohhh kita mesti bantu tahun lalu kita dah bantu tahun nie kita bantu tahun depan kita bantu lagi. saban tahun macam tu saban tahun pun pak menteri dan pak perdana menteri buat budget katanya mesra rakyat.

cuma pelik dalam budget tak ada pulak kata nak buat budget untuk pikir macam mana cara nak atasi banjir guna teknologi terkini. yang ada cuma gotong royong bersih parit, gali sungai dan lebarkan sungai.macam biasa la pak mneteri datang tunjuk muka pegang cangkul dengan but yang tinggi, kais sekali lepas tu bagi ceramah next pilihanraya jangan lupa undi sekali lagi. lepas ceramah ada kenduri buat pak menteri untuk dihargai bukan menghargai. lepas makan pak menteri entah mana pergi tak nampak lagi.

rasanya budget RM60 Billion yang buat hari tu masih ada lebih lagi walau dah pakai separuh untuk poket kroni. apa kata kita peruntukkan untuk buat satu projek tebatan banjir, aku suka tengok teknologi yang dan daya ffikir orang kat belanda tu buat projek tebatan banjir mereka. kalau dah usaha dengan seperti itu andai berlaku banjir juga barulah kita kata itu takdir dari yang maha esa.

dalam boring-boring pagi nie baca juga la news paper sealiran yang hairan seperti biasa cerita muka depan cerita picisan yang sama taraf macam baca cerita ruangan hiburan. aku baca ruang dalam ada sedikit rasa begang katanya kerajaan selangor benar semula projek lereng bukit dengan sedikit penambahan. sebagai seorang anti pencemaran alam dan hutan maka aku anggap ini satu tindakan bodoh sama seperti yang dulu juga. esok lusa bila terjadi lagi tragedi maka sibuk lagi buat siasatan yang tak selesai pastu buat kajian yang tinggal dalam lipatan. akhirnya yang mati yang susah kita sendiri.

ada satu lagi aku baca katanya wakil rakyat akan jadi mata dan telingga kerajaan dalam menjayakan projek kerajaan sempena budget mesra rakyat yang di umumkan. hahahahaha bagus satu pendekatan yang bagus, cuma aku harap bukan rakyat yang akan jadi mata dan telingga kerajaan untuk pastikan wakil rakyat buat kerja. sebab dah banyak kali rakyat yang kena wakilnya entah hilang ke mana.



p/s: banyak sangat kritik nie nanti aku pulak kena black list susah pulak aku nak mencalon jadi YB.....ada sesiapa nampak atau rasa oppss silap merasa budget RM60 bilion tu tak.

Saturday, November 7, 2009

hujan dah turun, banjir dah kembali

sudah seminggu hujan turun setiap hari menyirami bumi malaysia, semalam dalam kereta sempat dengar berita kat sinar fm (aku orang lama) kelantan dan terengganu banjir telah kembali. lebih 2 ribu orang telah dipindahkan akibat rumah ditengelami air. maka tak lama lagi akan kedengaran berita tajuk sama banjir meragut nyawa di tv, radio mahu juga akhbar lama (tak ada permit melainkan untuk akhbar sealiran).

cerita yang sama, tragedi yang sama, amaran yang sama, bantuan yang sama, simpati yang sama, dari bencana yang sama dan semuanya sama seperti tahun-tahun yang lama...

dan metaliti kita masih sama tak belajar dari yang lama walau ceritanya sama....

kalaulah malaysia ini seperti netherland@holland@dutch@belanda dah lama kita lenyap dari peta dunia....

Friday, November 6, 2009

ada kisah dari zaman sudah

ada sebuah kisah dari zaman sudah tapi tak ada yang nak ambil kesah. kerana dia hidup susah yang berkuasa juga buat tak endah. sudah hidup dia susah maka pagi-pagi dia toreh getah sebelum pergi sekolah. tapi dia tak pernah mengalah penat lelah dia tetap redah. cuti sekolah dia kerja kat kilang buat sarung tangan getah tapi tak apalah asal dapat duit sudah. biar dia susah tapi dia belum mahu mengaku kalah kerana itu untuk orang yang lemah. berkat doa mak dan abah dia berjaya dapat segulung ijazah, alhamdulillah.

walau ada ijazah dia tak kesah kerja kilang walau gajinya murah, kerana hajat hati cuma nak bantu mak abah. dari bawah dia kerja sikit-sikit lama-lama nanti naiklah sebab semanggatnya tidak pernah punah. dia tak pernah nak marah kerana dia susah sebab dia tahu rezeki dari allah.

allhamdulillah sekarang dia sudah rasa sedikit mewah dengan rezeki allah. mungkin juga berkat doa mak dan abah. walau dia berjaya sudah tapi orang bawah tak pernah dia dilupkanlah. sebab dia pun pernah jadi orang bawah sebab dia pun pernah rasa susah. dia tak suka nak marah-marah orang bawah walau kerja tak pernah sudah walau orang bawah sering bagi masalah.

tapi hari ini dia ada sedikit marah dengan orang bawah, dia dah penat nak bagi nasihatlah ada sahaja masalah. bila ambil tindakan dikata tak adillah tak berperikemanusianlah, lupa daratanlah, hai macam-macamlah. dia dah malas nak susah-susah nasib kamulah kalau dah tahu susah tak payahlah nak hidup cara orang mewah.

bersyukurlah dengan rezeki allah, kalau nak lebih kena usahalah. kalau nak harap rezeki datang bergolek wahhhh payahhhhh. bukan susah nak senang tapi memang senang kalau nak cari susah, dah berkali-kali pesanlah.

Thursday, November 5, 2009

salah boss ker

boss: Customer telah bersetuju untuk tukar delivery trip dari 4 ke 2 sahaja per day. ini bermakna tiada lagi OT pada waktu malam dan kamu semua akan kembali kepada normal working hours.

staff 1: tapi kenapa boss.

boss: customer mahu kita kurangkan kos barangan dan dengan ini juga syarikat dapat menjimatkan kos penghantaran dan kos operasi serta elektrik.

staff 2: boss kami akan menerima kesan jika OT tiada, gaji kami kecil boss.

staff 3: betul boss, bukan sahaja OT tiada elaun kerja malam juga tiada boss.

staff 1: boss kami ada banyak tanggungan, nak bayar kereta dan rumah lagi boss.

staff 3: ya la boss masa beli kereta dengan rumah kami dah budget kalau ada OT mesti cukup gaji kami.

staff 2: boss tak bolehkah berbicang semula dengan pihak atasan dan customer.

boss: saya telah membawa perkara ini ke pihak atasan dan juga berbicang dengan customer tapi telah di tolak. namun kamu tidak perlu risau kerana kamu semua masih lagi berkerja seperti biasa dan cuma OT sahaja akan berkurang.

staff 1: boss ini tak adil pada kami, boss jangan la sekat periuk nasi kami, kalau OT tak ada susah kami. boss tak apa gaji dah banyak ( dengan nada marah )

staff 2: ya boss lagi pun kami dah lama kerja kat sini.

boss : tiada siapa yang sekat periuk nasi kamu kecuali kamu sendiri yang menyekat periuk nasi kamu. kamu selalu kata syarikat tak adil, boss tak adil tapi pernahkah kamu berlaku adil pada syarikat dan saya. waktu OT malam kamu masuk lambat saya tak marah, masa OT juga kamu semua tidur siap dengan bantal dan tilam syarikat tak marah.
bila rehat kamu sering terlajak tapi bila gaji lambat masuk kamu memekak. itu tak kira lagi harta syarikat yang kamu guna untuk kepentingan sendiri. Van rosak kamu pandai komplen tapi kamu guna van buat catering, company tak dapat komisyen pun. kamu tak datang kerja ambil cuti pasal kedai buger tak ada orang jaga tak ada pulak saya kata tak boleh. kamu MC lebih dari 14 hari tak pulak company potong gaji. basuh kereta baru yang lebih mahal dari kereta saya pakai air company tak pulak company mintak bayar bilnya.

staff 3: susah kami macam nie boss banyak benda nak kena bayar nie.

boss: habis tu salah saya dan company ke. sudah saya katakan dari dulu OT bukan untuk kamu nak joli beli benda yang tak kamu perlu sebab OT belum tentu selalu.

staff 1: nampaknya kena cari kerja baru macam ni kalau boss tak boleh tolong.

boss: silakan saya tak halang kerana ada berpuluh ribu yang menanti tempat kamu.


dan hari ini staff 1 tak datang kerja. boss pun tak tanya dan malas nak cari bukan company nie tutup pun kalau dia tak datang kerja.

p/S; staff lain hanya tunduk membisu walau ada kelat di wajah tanda tidak setuju. nak buat macam mana kalau hidup terlalu nak bergaya