Wednesday, July 1, 2009

Tak Terkata...

aku tak bisu
tapi lidah ku kelu
aku tak buta
tapi aku tak boleh membaca
akal ligat mentafsir
atau mungkin ilmu ku tak setinggi bukit
adakah kata-kata ini terlalu puitis
atau aku mengeja dalam rumi
atau mereka membaca dalam jawi
atau mereka orang-orang suci
yang mulia akal dan budi
yang punya harga diri
atau mungkin aku insan marhen
yang penuh dengan caci
tak punya harga diri
andai dari kata-kata
aku diletak sebegini
aku tak terkata.....


monolog sang pencari sampah......
mencari erti diri...
aku manusia yang tak mengerti....
bukan untuk dipuji...
tapi mencari ruang untuk berkogsi...

27 comments:

  1. bicara tanpa berkata2
    menangis tanpa airmata
    menjerit tanpa suara...

    dah baik sakit? :-)

    ReplyDelete
  2. Sya suka mendiamkan diri..
    Sesekali kena sedar siapa diri.. ;)

    ReplyDelete
  3. u pencinta alam?
    bekerja kah?
    dlm bidang?
    umo?

    ReplyDelete
  4. Akupun tak terkata lepas membaca entry ko kali neh...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Wah, mendalam sungguh kata-kata kau. Aku tak rasa ko pencari sampah la, aku rasa, ko seorang yang suka berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  6. bro..
    minta izin nak link ke blog.
    boleh ya?

    ReplyDelete
  7. patungcendana:
    argh sadisnya....aku dah baik tapi hati jer sakit aduss...

    zachatta:
    diam itu baik untuk kita tapi jagn sampai dibuli bersuara bila perlu

    enyheartsdiamond:
    terima kasih kerana melawat
    aku menghargai alam...
    segala butir diri ada di profile tak tipu

    sulela:
    terimakasih kerana membaca...kalau kau tak ada siapa la aku

    grunge:
    kata-kata biasa ajer...aku cari sedikit keberkatan

    nur:
    terima kasih kerana sudi singgah..permintaan anda dibenarkan sat lagi saya melawat

    ReplyDelete
  8. ade kate² yang tajam..
    setajam mane?
    bagaimana ia menembusi hati?

    ReplyDelete
  9. sakit hati....tak leh la aku nak tolong...huhuhu

    ReplyDelete
  10. @tune:
    bergantung bagaimana kita mentafsirnya...

    ReplyDelete
  11. patungcendana:
    aku ngah sibuk cari penawarnya..tapi susah pulak nak jumpa walau didepan mata

    ReplyDelete
  12. kerana pulut santan binasa
    kerana mulut badan binasa

    baik diam dari berkata kata

    ReplyDelete
  13. atan:
    ada benarnya....
    bukan semua orang suka apa yang kita kata..

    rambut sama hitam hati lain-lain sebab hati tak boleh nak di calor

    tapi diam jangan sampai dibuli

    ReplyDelete
  14. Lebih baik diam dari berkata2....
    Namun diam yang berisi...
    bukan diam2 besi....
    krn lama2 nanti besi menjadi karat...

    :P

    ReplyDelete
  15. bro,
    puitis betul puisi ni..
    waaa
    knapa kurasa feelingku skarang sama macam kamu bro..
    huuuu

    ReplyDelete
  16. Ok. Bro. Mamai hanya perlu bayar derma PIBG = RM25.00 walaupun ada 2orang anak.

    Bayaran tambahan itu kena bayar RM37.00 setiap seorang anak.

    Keseluruhannya RM25.00 + (RM37.00 + RM37.00) = RM 99.00

    Sama-sama kasih.

    ReplyDelete
  17. kadang2 racun juga boleh dijadikan penawar... :-)

    ReplyDelete
  18. hsome skrg mamat batu api tu...tukar wajah...tapi prangai tk tukar wtpe.......

    ReplyDelete
  19. en.me
    terima kasih

    jaja:
    harap aku tak berkarat juga

    basuh baju:
    aku mamai sikit ahaks

    miss gaza:
    jangan ikut cam aku nanti kau mamai plak

    patungcendana;
    andai benar racun itu juga penawar maka aku rela menelanya

    shah;
    hey budak kau kembali juga yer ...yes masih ada sampah yang bersepah

    aloy:
    baru belajar...

    ReplyDelete
  20. a.b geldofg:
    kau tahu apa yang aku tahu....
    atau kita meneka dalam kesamaran

    biar apa pun wajah dia aku tak perlu berprasangka...

    ReplyDelete
  21. hem....hebat lu berseloka beb..

    ReplyDelete
  22. yuk kita kongsi cerita kongsi rasa biar sama gembira biar sama ceria walau diruangan blog.

    ReplyDelete
  23. stomek:
    lu lagi hebat...

    Noorlara:
    mari kita bersama-sama berkongsi ceria jua...gembira kau ada disini

    ReplyDelete