Wednesday, June 30, 2010

demi mimpi dan realiti

hidup mengejar mimpi
di celah-celah lorong sunyi
mengadai maruah diri
atas alasan bukan kehendak diri
tapi takdir dari ilahi
tuhan yang tentukan begini
lalu biar tubuh terus dinodai
biar mimpi menjadi realiti

hidup mecari realiti
dari segengam mimpi
bulat tekad menebus harga diri
penghuni singahsana di langit tinggi
kala malam hari mencemar duli
turun ke lorong sunyi
rakus melahap tubuh suci
demi hidup mengejar mimpi

tercicir itu realiti
yang dikesali takdir ilahi
yang dibuang itu akal dan harga diri
kaku dan keras di lembah sepi


p/s: otak dah jem nak kena buang sampah-sampah nie

19 comments:

  1. jarang sekali realiti seindah mimpi !

    ReplyDelete
  2. bila realiti lebih indah dari mimpi,... seakan tak ingin memejamkn mata walaupun sedetik.... wekk...larii topik..pape tah...hee~

    ReplyDelete
  3. salam,
    Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dlm kerugian. Kecuali mereka yg beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dgn kebenaran serta berpesan-pesan dgn kesabaran.

    Surah Al-Asr

    ALLAH Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana DIA lah yg mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, ALLAH bersumpah bahawa semua manusia dlm kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
    1.mereka yg beriman
    2.beramal soleh
    3.menasihati atas kebenaran dan
    4.menasihati atas kesabaran

    Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yg menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.
    (^_^)

    ReplyDelete
  4. jangan kejar mimpi tapi kejarlah cita2!!! =)

    ReplyDelete
  5. BUTA HATI KERANA NIKMAT DUNIA YANG MENJADI KEUTAMAAN........

    ReplyDelete
  6. skang ramai sgt yg da lupe dri..
    pelbagai alasan dign pakai ntok benda yg sememangnye slh..

    ReplyDelete
  7. mamai..ada masa..ada mimpi yang kita tak mau ia jadi realiti..

    ReplyDelete
  8. suami yg baik..buang sampah...

    ReplyDelete
  9. ohh tidak..idop perlu di teruskan....mimpi xseindah realiti..ehhe

    ReplyDelete
  10. mimpi hanya mainan tidur!

    aku jua ingin tidur skrg..sbb dah jejak pukul 1.15am...semoga mimpi yg indah2 yg menjelma dlm tidurku...

    selamat malam.....
    err, pagii!!

    ReplyDelete
  11. sbelum tido selalu harapkan mimpi yang indah2 je~ ...

    ReplyDelete
  12. realiti dan fantasi..tajuk lagu hehehe

    ReplyDelete
  13. mimpi tidak akan menjadi realiti selagi kita tidak bangun dari tidur...hehe...

    ReplyDelete
  14. rindunya dgn puisi uncle!!! :)

    dream is boring.. reality is fun :))

    ReplyDelete
  15. SALAM MAMAI
    rindu lama tak kesini...blog aku buat hal lately..

    reality tak selalunye indah..tapi ape pun yg terjadi sume atas ketentuan NYA

    ReplyDelete
  16. Mimpi itu indah tapi tak mustahil menjadikan hidup ini seindah mimpi

    ReplyDelete
  17. malam semalam mimpi indah ...realitinya bangun basah kena mandi wajib... seronyoknya cuma mimpi realitinya termenung kat katil 10minit ...sejuk pagi pagi niii

    ReplyDelete