Wednesday, February 10, 2010

semalam 365 hari yang lalu

semalam adalah 365 hari yang lalu, aku mula menulis disini setelah sekian lama aku hanya membaca dan mengikuti sesetengah karya asli dari yang kurang dikenali kepada yang terkenal.

semalam 365 hari yang lalu, dengan bantuan kawan ku yang juga suami kepada "sue". aku membuat halaman sendiri dengan tekad untuk berkongsi sesuatu, mencari sekutu bukan seteru dan mencari sedikit ilmu.

semalam 365 hari yang lalu, aku tiada sesiapa hanya sekadar menulis dan membaca, kemudian satu persatu datang bertamu. setiap tetamu datang ku balas dengan ikhlas tanpa ada rasa was-was.

semalam 365 hari yang lalu, dan pada hari-hari yang berlalu aku kumpul sedikit-demi sedikit ilmu yang ku kutip dari setiap karya yang dititip. dan aku yang masih lagi baru tika itu,hanya membuang selongkok sampah pada halaman ini.

semalam 365 hari yang lalu, aku belajar memahami setiap baris dan ayat yang tersurat dan yang tersirat. walau ada kata-kata kesat dalam memberi pendapat tapi itu bukan bermakna mereka seorang yang bangsat.

semalam 365 hari yang lalu, aku jumpa yang baru dan aku kehilangan yang lama, mereka datang dan pergi. dan setiap yang baru aku alu-alukan dan yang pergi tanpa kesan aku tetap merindukan.

hari ini 366 hari telah berlalu, aku masih lagi rasa baru, mamai masih diriku, masih menulis dan membaca kerana setiap hari pasti ada yang baru dan yang berlalu itu adalah pengajaran buat ku.

dan esok pada hari-hari yang mendatang yang aku tidak pasti namun akan ku tunggu...dan ku doakan semoga sejahtera pada semua, agar lebih bahagia pada setiap kesempurnan. dan pada esok yang tak pasti aku mohonkan kemaafan atas keterlajuran kata-kata ku.....

30 comments:

  1. dah setahun berkarya rupanya..banyak yang dikongsi..sejak bertamu kesini..terima kasih..

    ReplyDelete
  2. wah. dah 365 hari..sekejap je kan. saya pun lagi 10 hari genap la 365 gak..=)

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun blog mamai..terus kan bekarya..insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. pakcik!

    tahnia sebab dah setahun menulis!

    teruskan menulis!

    suka hendap2 pakcik dari sisi!

    =]

    ReplyDelete
  5. sungguh setahun jagung,
    tB baru 10 hari mmblog,

    salamm,

    ReplyDelete
  6. tahniah dan teruskan berblogging! :)

    ReplyDelete
  7. selamat ulang tahun untuk bl0g MAMAI

    ReplyDelete
  8. teruskan berkarya uncle...
    sbb teddy sentiasa tggu n3 br dr uncle walaupon kdg2 teddy dtg tp x tgglkn kesan.

    ReplyDelete
  9. setaun dah ye... same la era pasca da dekat dah nih... huhu

    ReplyDelete
  10. selamat ulang tahun u blog nih..sgt menyentuh perasaan~~heu

    ReplyDelete
  11. ulangtahun blog ke ni... truskan berkarya pakcik

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..

    sudah setahun.. harapnya ada tahun lagi yang seterusnya..

    ReplyDelete
  13. Jap aku blur sikit , kiranya dah cukup setahun laa berblogging nie ?

    ReplyDelete
  14. hepii besdaaaaaaaaaaayyyyyyyyy!!Allah selamat kan blog kamu,,Allah selamt kn blog kamu!!

    ReplyDelete
  15. eh dah setahun ke i follow you bro

    ReplyDelete
  16. tahniah uncle!!!!!!!!
    keep on blogging k..=)

    ReplyDelete
  17. aku lupa kira dah berapa hari aku x berblog he he

    ReplyDelete
  18. Begitulah manusia...

    selagi mahu belajar, pasti ada ilmu baru yang diketahui...

    Semoga terus maju MAMAI.. jangan mamai selalu tauu...!

    ReplyDelete
  19. Dah setahun? Teruskan! hihiiiii ...
    Eh, tak dak kek ke?

    ReplyDelete
  20. teruskan perjuang hebat ini...

    tahniah...selamat ulang tahun

    ReplyDelete
  21. semalan 365 hari yang lalu... hem aper aku buat ek.. outstation kot..

    ReplyDelete
  22. semalam 365 hari yang lalu,,, tadi gua dah letak maps...

    ReplyDelete
  23. salam singgah.
    selepas 365 hari kita akan cakap "cepatnya".

    tapi masa nak mulakan 365 hari tu, kita akan rasa "lamanya"

    ReplyDelete
  24. congrats berjaya bertahan sampai setahun sudeyy..hee:)

    ReplyDelete