semalam adalah 365 hari yang lalu, aku mula menulis disini setelah sekian lama aku hanya membaca dan mengikuti sesetengah karya asli dari yang kurang dikenali kepada yang terkenal.
semalam 365 hari yang lalu, dengan bantuan kawan ku yang juga suami kepada "sue". aku membuat halaman sendiri dengan tekad untuk berkongsi sesuatu, mencari sekutu bukan seteru dan mencari sedikit ilmu.
semalam 365 hari yang lalu, aku tiada sesiapa hanya sekadar menulis dan membaca, kemudian satu persatu datang bertamu. setiap tetamu datang ku balas dengan ikhlas tanpa ada rasa was-was.
semalam 365 hari yang lalu, dan pada hari-hari yang berlalu aku kumpul sedikit-demi sedikit ilmu yang ku kutip dari setiap karya yang dititip. dan aku yang masih lagi baru tika itu,hanya membuang selongkok sampah pada halaman ini.
semalam 365 hari yang lalu, aku belajar memahami setiap baris dan ayat yang tersurat dan yang tersirat. walau ada kata-kata kesat dalam memberi pendapat tapi itu bukan bermakna mereka seorang yang bangsat.
semalam 365 hari yang lalu, aku jumpa yang baru dan aku kehilangan yang lama, mereka datang dan pergi. dan setiap yang baru aku alu-alukan dan yang pergi tanpa kesan aku tetap merindukan.
hari ini 366 hari telah berlalu, aku masih lagi rasa baru, mamai masih diriku, masih menulis dan membaca kerana setiap hari pasti ada yang baru dan yang berlalu itu adalah pengajaran buat ku.
dan esok pada hari-hari yang mendatang yang aku tidak pasti namun akan ku tunggu...dan ku doakan semoga sejahtera pada semua, agar lebih bahagia pada setiap kesempurnan. dan pada esok yang tak pasti aku mohonkan kemaafan atas keterlajuran kata-kata ku.....
dah setahun yea huhuu...
ReplyDeletedah setahun berkarya rupanya..banyak yang dikongsi..sejak bertamu kesini..terima kasih..
ReplyDeletewah. dah 365 hari..sekejap je kan. saya pun lagi 10 hari genap la 365 gak..=)
ReplyDeletesyabas dah setahun...
ReplyDelete(^_^)
selamat ulang tahun blog mamai..terus kan bekarya..insyaAllah..
ReplyDeletepakcik!
ReplyDeletetahnia sebab dah setahun menulis!
teruskan menulis!
suka hendap2 pakcik dari sisi!
=]
daun akan terus baca
ReplyDeletesungguh setahun jagung,
ReplyDeletetB baru 10 hari mmblog,
salamm,
tahniah dan teruskan berblogging! :)
ReplyDeleteselamat ulang tahun untuk bl0g MAMAI
ReplyDeleteteruskan berkarya uncle...
ReplyDeletesbb teddy sentiasa tggu n3 br dr uncle walaupon kdg2 teddy dtg tp x tgglkn kesan.
setaun dah ye... same la era pasca da dekat dah nih... huhu
ReplyDeleteselamat ulang tahun u blog nih..sgt menyentuh perasaan~~heu
ReplyDeleteulangtahun blog ke ni... truskan berkarya pakcik
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletesudah setahun.. harapnya ada tahun lagi yang seterusnya..
sy blum lagik
ReplyDeleteJap aku blur sikit , kiranya dah cukup setahun laa berblogging nie ?
ReplyDeletehepii besdaaaaaaaaaaayyyyyyyyy!!Allah selamat kan blog kamu,,Allah selamt kn blog kamu!!
ReplyDeleteeh dah setahun ke i follow you bro
ReplyDeletetahniah uncle!!!!!!!!
ReplyDeletekeep on blogging k..=)
aku lupa kira dah berapa hari aku x berblog he he
ReplyDeleteBegitulah manusia...
ReplyDeleteselagi mahu belajar, pasti ada ilmu baru yang diketahui...
Semoga terus maju MAMAI.. jangan mamai selalu tauu...!
Dah setahun? Teruskan! hihiiiii ...
ReplyDeleteEh, tak dak kek ke?
teruskan perjuang hebat ini...
ReplyDeletetahniah...selamat ulang tahun
semalan 365 hari yang lalu... hem aper aku buat ek.. outstation kot..
ReplyDeletesemalam 365 hari yang lalu,,, tadi gua dah letak maps...
ReplyDeletesatu tahun yang sungguh panjang
ReplyDeletesalam singgah.
ReplyDeleteselepas 365 hari kita akan cakap "cepatnya".
tapi masa nak mulakan 365 hari tu, kita akan rasa "lamanya"
sedih la entri ni....
ReplyDeletecongrats berjaya bertahan sampai setahun sudeyy..hee:)
ReplyDelete