Thursday, January 14, 2010

kita yang pilih

situasi dalam kereta semasa balik dari lunch dari seksyen 7, kami lunch di restoran nasi ayam gemas berdepan dengan bangi kopitiam kepunyaan kid search katanya.

staf 1: Encik Raman, budak-budak warehouse mintak buat kem motivasi.

aku: kenapa nak buat kem motvasi lagi bukan ker dah buat team building

staf 2: ya encik Raman, semalam dah kena lecture ngan encik mereka semua rasa tak bersemanggat.
( ya sehari sebelum semalam aku buat briefing untuk yang pertama kalinya pada tahun ini setelah sekian lama kau tak buat)

aku: apa yang saya cakap semalam tu salah ker, apa yang saya marah tu tak betul ker, bukan semua tu mereka buat for the past one year.

staf 1: betul apa yang encik raman cakap semalam tu dan mereka rasa bersalah, so mereka rasa mereka semua perlu berubah sebab tu mereka nak encik raman adakan kem motivasi.

aku: kak, bukan saya tak nak buat tapi rasanya tiap-tiap tahun company buat team buiding dah tu kita hantar traning lagi, tak cukup saya bagi nasihat lagi every week dalam meeting.
( staf aku no 1 nie merupakan seorang perempuan yang sudah berumur dekat 50 tahun tapi masih kuat dan bersemanggat untuk berkerja)

staf 3: betul tu, masalahnya sekarang bukan motivasi tapi sikap, sudah berapa banyak peluang yang encik raman beri kat mereka tapi mereka buat tak kisah ajer.

aku: pada saya walau siapa pun saya panggil untuk beri motivasi, hatta malaikat sekalipun andai mereka tidak mahu berubah maka tak akan ada perubahan dalam hidup mereka. kalau akak tak percaya tengok la lepas seminggu nanti mereka akan kembali kepada perangai lama mereka.

staf 2: ya la encik raman, dah banyak kali cakap pun macam tu juga pentingkan diri sendiri mereka nie. bila dah kena marah tau pulak nak terasa hati pada hal sendiri yang buat salah.

staf 1: terpulang la pada encik raman, akak cuma sampaikan ajer apa yang mereka cakap pada akak.

aku: nanti saya fikirkan, saya tak mahu buang duit company tapi hasilnya tiada, macam team building yang kita buat tiap tahun. pada saya sekarnag ini untuk buat mereka berubah adalah dengan cara punishment rasanya saya terlalu banyak berlembut dengan mereka pada masa lalu. ini buat mereka ambil kesempatan kerana saya tidak pernah ambil tindakan selain nasihat.



p/s; walau seberapa banyak nasihat dan kata semanggat serta dorongan yang diberi, andai diri kita sendiri tidak mahu berubah maka semuanya tiada makna. segalanya kita yang pilih, kita yang tentukan hala tuju kita. andai segala usaha sudah di curahkan dan doa telah dipanjatkan maka kita harus bertawakal. setiap usaha pasti ada kejayaan dan kegagalan satu ujian dan cabaran. kerana apa yang indah dalam hidup ini bila kita mengencapi kebahagian dari setiap kegagalan.

34 comments:

  1. betul. kita saja yang boleh merubah diri sendiri.
    motivasi mungkin suntikan semangat. membantu.

    ReplyDelete
  2. btol tue...membazir gak tetiap tahun kasi motivasi tp xde hasil xde perubahan...

    ReplyDelete
  3. pokok pangkalnya, diri sndr luh kena berubah..kalo diri sndr negatif, bg nasihat 24jam pon x jalan nyer...

    ReplyDelete
  4. salam bro..
    memang diri sendiri yang perlu berubah..kena ikhlas dan bukan di paksa2..

    ReplyDelete
  5. bt0l...semuanya bergantung pada diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  6. erm, betoi la, my dad pun cakap camtu, dia tak caya langsung segala kem motivasi walaupun dari pakar motivasi tersohor negara. yang pentingnya kita sendiri.

    ReplyDelete
  7. salam pokcik sihat....
    betul tuh suma nya berbalik pada diri kita sendiri

    lama tak komen n3 ada yg dah terlepas pandang.... sory kurang sihat sikit...hhhhuuhu

    ReplyDelete
  8. sendiri yang pilih
    mau orang lain rasa?

    heh~

    ReplyDelete
  9. muhdzahari:
    hanya kita yang mampu ubah nasib kita

    kay:
    terima kasih

    O:
    kalau pergi untuk bergembira baik tak payah

    jmr:
    ya kalau kita tak mahu maka tiada apa yang dapat membantu

    TuYA:
    ya perbuatan kena ikhlas kalau paksa tidak kemana

    sharinfoz:
    andai kita lebih negetif thinking pun tak baguskan

    sha:
    ya so perlu apa kita bersedihkan

    nursarah:
    benar kata ayah kamu tu...diri sendiri yang paling penting

    sayu=pilu:
    tak mengapa jamji kamu sihat

    rozita:
    cam perli tu hahahaha

    ReplyDelete
  10. kalau buat motivasi sminggu skali pun..tp masih tetap tk nk berubah...sia2 je...

    ReplyDelete
  11. btol..btol...rugi je pak cik..kalau diorang ni balik motivasi buat benda yang same jugak.... tu nak motivasi ke nak ponteng?...ahax

    ReplyDelete
  12. koyuki:
    itu yang pelikkan

    mamarempit:
    benar itu baik duit tu simpan lagi bagus

    mawar berduri:
    nak bersuka ria ajer tu

    master teddy:
    thank you

    ReplyDelete
  13. ada org kata kalo bab menasihati nih kalo setitik..setitik.. lama2 berlekuk jugak..pokoknya sabar dan konsisten..

    ReplyDelete
  14. btui tu...klu kerap sgt buat motivasi kang jd roti basi la pulak kn bro...hehehe

    ReplyDelete
  15. betul tu..yg penting pucuk pangkal hati sendiri nak berubah atau tak..-->tdo atas meja..zzz..

    ReplyDelete
  16. dorg buat masalah apa en.Rahman?kekadang perlu gak motivasi encik sebab at least bersemangat la jugak dorg..suruh bayar yuran la..bukan apa..kalo suruh bayo yuran yang sanggup bayo tu memang btl2 la tu..hehe

    ReplyDelete
  17. teringat kata arwah cikgu :

    pergi motivasi sana sini.. perangai tetap macam setan!

    Aduhai!
    kenapa sukar lupakan kenangan pahit?

    ReplyDelete
  18. betul tu.. kalo hasilnya memberangsangkan bleh gak wat 2 kali setahun hehe.. parah le the motivator

    ReplyDelete
  19. baginda:
    done

    finaz:
    memang benar tapi berapa lama kita harus beri nasihat, kalau kerja mereka tak memberi kesan pada kerja kita takmenggapa tapi kalau ia mmeberi kesan dan menjejaskan kerja kita macam mana

    abgbro;
    memang dah naik basi dah aku nie

    zia:
    tido tak apa nie siap buat bantal dan tilam lagi supaya senang nak tido

    soleha:
    mmg motivasi penting tapi kalau anak murid dah degil tak nak dengar cakap dah tu disiplin tak ada macma mana nak buat lagi mesti bagi hukumankan

    siTeDI:
    betul la tu kalau pergi motivasi sana sini tapi perangai masih macam yang lama tak nak berubah susah juga. tiada siapa dapat ubah attiude kita melainkan diri kita sendiri

    maiyah:
    andai mereka berubah bukan setakat setahun sekali tapi dua kali aku buatkan

    triple X:
    masalahnya mereka tidak mahu jadi bijak

    ReplyDelete
  20. pucuk pangkal nya...pokok nya di tebang!

    ReplyDelete
  21. salam bro...inyaAllah aku akn wat yg terbaik utuk aku...x lame aku nk nikah ni...nnti aku jmput bro...

    ReplyDelete
  22. kalau dah guna carrot tak berjaya cuba2lah guna stick pulak !

    ReplyDelete
  23. ada orang memang jenis susah beri kerjasama. Degil!!

    ReplyDelete
  24. for things to change I must change first...cakap sambil tengok cermin ni...huhuhu

    ReplyDelete
  25. setuju
    kita ada pilihan
    ya atau tidak jer
    "malas" x ada ubatnya
    semua balik pada diri sendiri
    kata abah wa ...
    kekekkee


    >>_____<<

    ReplyDelete