Thursday, December 31, 2009

surat kepada tuan

kepada tuan
yang bergelar payung negara
usah kau lupa rakyat jelata
sebelum mereka menyembah derhaka

kepada tuan
yang bergelar pemerintah negara
usah kau pentingkan kaum keluarga
masih ramai rakyat yang sengsara

kepada tuan
yang bergelar pemimpin negeri
usah kau terus bermimpi
lena di atas empuknya kerusi

kepada tuan
yang bergelar pak menteri
usah aku pentingkan diri
silap hari bulan kamu tinggal gusi

kepada tuan
yang bergelar tun dan tan sri
kemewahan itu bukan untuk kamu miliki
tapi untuk kamu berkongsi

kepada tuan
yang bergelar datuk dan YB
ingat pada undi yang kami beri
jangan hanya nampak masa hari mengundi

kepada tuan
yang berjawatan tinggi
usah terlalu mendongak langgit yang tinggi
kelak lupa rumput di bumi

kepada tuan-tuan dan diri ku sendiri
ingat pesan mereka ini
hormat itu bukan dapat dibeli
hormat itu datang dari dalam diri



p/s: selamat tahun baru kepada kalian semua dan semoga diri kamu mulia selalu dibulan-bulan yang mendatang.....

44 comments:

  1. btol tue uncle...hormat dari diri sendiri...

    Selamat tahun baru

    ReplyDelete
  2. Slmt tahun baru jua utk kamu....

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru uncle..
    yg tua dihormati..
    yg muda disayangi :)

    ReplyDelete
  4. isi kandungan surat yang baik. jangan lupa letak stem dan poskan ye ! selamat tahun baru dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  5. semoga peneraju semakin sedar..

    selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  6. semoga tuan2 ini sedar diri ~


    kepada tuan
    rakyat yg menunjang tuan
    rakyat juga bisa menjatuhkan tuan



    >>_________<<


    selamat tahun baru jugak bro mamai

    ReplyDelete
  7. sgt sokong kate2 ini!

    slamat tahun br gak.....

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru..hormat lah diri kita sendiri..baru la orang orang akan menghormati kita..betul ke kata orang macam tu

    ReplyDelete
  9. kepada tuan blog ini..sy harapkn ape yg tuan hajatkan akan terlaksana dan dipermudahkan sgala urusan dunia dan akhirat..tp yg pasti tuan..mlm ni akan hanguslah ribuan RM sbb pembakaran bunga api...salam

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru bro..
    heppi weekend..

    ReplyDelete
  11. hormat tak dapat beli ke? patut itu hari cari dekat 7-11 tak ada.

    ReplyDelete
  12. betul tuh sokong 100%.... jangan lupa diri hormat dr diri sendiri

    mari lah kita belajar menghormati....
    lama tak dtg komen sini.... tapi stiap n3 di baca itu yg penting,,,,

    dtg blog amek kad...

    ReplyDelete
  13. saya hormat pakcik
    selamat tahun baru!!

    ReplyDelete
  14. salam....bro mamai,


    terima kasih singgah bagi ulasan di blog saya..

    selamat tahun baru 2010 buat bro sekeluarga..

    moga Allah swt memberi rahmat pada bro hendaknya..amin.

    ReplyDelete
  15. O:
    hormat diri maka orang akan hormat kita

    pentoi:
    salamse jahtera kepada kamu juga

    jaja:
    salam tahun baru jaja

    eny:
    kita saling hormat menghormati

    al lavendari:
    dah postkan tapi alamat tak ada

    laki cikgu kimia:
    harap juga peneraju membaca

    frodo:
    ya rakyat yang mempunyai kuasa menentukan nasib tuan

    beuatiful rose:
    terima kasih kerana bersetuju

    erna:
    betul la tu..jika kita tak hormat orang bagaimana orang nak hormat kita

    abe long:
    nak air ker

    hisham:
    sebab tu tak tengok bunga apa malam nie terasa macam poket terbakar ajer

    tuya:
    salam tahun baru tuya

    bias:
    tu la pasal kena pie giant kot

    sayu pilu:
    pakcik tahu kamu tetap baca walau tak komen tak mengapa...salam tahun baru buat kamu

    ber_uwang:
    selamat hari lafir dan selamat tahun baru

    fadizilah:
    salam tahunbaru buat kamu juga

    koyuki:
    terima kasih dan pakcik juga hormat kamu

    maiyah:
    selamat tahun baru juga

    abgBro:
    selamat tahun baru semoga bulan bercahaya malam ini

    anak laut:
    salam tahun baru terima kasih kerana sering mengunjungi laman ini

    ReplyDelete
  16. bukan mudah nak jd pemimpin ni... apa2 pun kena pimpin kena diri sendiri dulu sebelum nak pimpin2 org lain.. hehehehe

    ReplyDelete
  17. memang bagus sangat peringatan kepada pemimpin.. selamat tahun baru

    ReplyDelete
  18. suka..
    sangat-sangat kena..

    hepi tahun baru!!

    semoga tahun ini tahun yang bagus untuk kamoo ya!! :)

    ReplyDelete
  19. kepada tuan punya blog..

    selamat tahun baru ahaha

    ReplyDelete
  20. slmat thun baru..smoga hari2 mndatang bkal mmbawa sinar dlm hdup kta smua...amin...=)

    ReplyDelete
  21. kepada tuan....

    Selamat tahun baru..ihih

    ReplyDelete
  22. naz:
    mmg tak mudah na jadi pemimpin sebab tu kena tahu kelayakan diri kita.buka main ikut suka

    sharingfoz:
    selamat tahun baru semoga pemimpin kita beringat

    wanita itu:
    selamat tahun baru

    azuan:
    selamat tahun baru kepada kamu juga

    akula:
    semoga hari mendatang membawea bahagia untuk kit asemua

    akudo:
    tahun baru dalam rumah

    honeybunny:
    selamat tahun baru juga

    ReplyDelete
  23. betul2.. aku tengok ramai pemimpin zaman skrg ni bernafsu besar utk dptkan title tu. huhuhu...

    ReplyDelete
  24. mamai,
    byk kali try nak post comments kat your blog selalu x boleh...susah sgt2.. i have no idea WHY!

    (selalu tuh duk tunggu2 sampai terlupa...)

    ReplyDelete
  25. pemimpin pikul amanah yg sgt besar..

    selamat tahun br pakcik..

    ReplyDelete
  26. hormat diri sendiri..happy new yaer uncle ;p

    ReplyDelete
  27. mari pangkah yang laen pula..haha..

    slmt thn bau...eh, silap..baru...

    ReplyDelete
  28. selamat tahun baru pada pakcik mamai

    ReplyDelete
  29. uncle..

    selamat hari raya maal hijrah dan tahun baru buat uncle n family

    surat yg sgt best!
    hope surat ni dpt sampai dgn jayanya dan cmrlangnya buat mreka walaupon skdr ditiup angin kus kus


    p/s : saya sgt kecewa dgn line yg mcm siput sedut ni uncle..ni sudah komen yg ke-3 saya tulis..tak masuk gak tak taulah..

    babai...

    ReplyDelete
  30. selamat thn baru --> sambil tabik hormat he he

    ReplyDelete
  31. setuju.
    HORMATI DIRI SENDIRI.
    kalau kita xhormat diri kita,
    org pun xkan hormat kita.

    ReplyDelete
  32. kepada tuan dan puan2..harga gula dah naik lagi..

    ReplyDelete
  33. RE:u try ambik PABRON-cough tablet
    (non drowsy but relieves cough)

    (^_^)

    ReplyDelete
  34. jgn tindas rakyat jelata lagi

    happy new year uncle

    ReplyDelete
  35. kepada Tuan tanah;

    Selamat Tahun Baru! ^_^

    ReplyDelete