Friday, October 30, 2009

semalam



tika mentari berlabuh di hujung alam
lalu menyingkap tirai malam
sedetik ku terpandang semalam
terlihat dosa-dosa nan silam
terasa hidup menjadi kelam
kala menyusuri denai alam
liku perjalan penuh curam
umpama sungai melewati jeram
terasa hidup hujungnya suram
ingin ku bermunajat disepertiga malam
mengharap hati setenang kolam
terleraikah dosa-dosa nan silam






301009..PPUM....10.00 am

31 comments:

  1. puitis..

    insyaAllah.

    bulatkan hati
    memohon keampunan dariNya

    ReplyDelete
  2. mamai pun tahu kan ... Allah itu maha pengampun kepada manusia yang benar2 bertaubat.

    ReplyDelete
  3. pakcik buat apa kat ppum?
    sama2 bermuhasabah..tq pakcik..

    ReplyDelete
  4. seperti pasir dosa nan silam
    doa lah di malam kelam
    terampun tuhan sebelum mata ku pejam

    ReplyDelete
  5. kisah semalam biarkan suram...
    ambil pedoman dosa nan silam..
    munajat padaNya dispertiga malam
    mohon cahaya menyuluh yang kelam...

    ReplyDelete
  6. suka2 entri neh..besh..tpi sgt susah utk bgun sepertiga mlm huuu

    ReplyDelete
  7. muhasabah diri disepertiga malam....bagus..baguss...

    ReplyDelete
  8. nak tumpang bersedih kat sini boleh tak?

    -nanges-

    ReplyDelete
  9. selalu lah memohon keampunan dari nya,
    insya-allah..akan pudar dosa2 nan lalu

    ReplyDelete
  10. Tuhan sentiasa bersama hambanya yang sentiasa ingat padanya

    ReplyDelete
  11. air di k0lam p0n kadang2 berk0cak jgk

    ReplyDelete
  12. kay:
    alhamdulillah

    Yusuf:
    tiada apa

    nur:
    sama-sama kita memohon keampunan

    al lavendari:
    semoga kita diampunkan olehnya

    nobuta:
    sekadar meluhakan

    soleha:
    tiada apa-aoa sekadar berjalan

    abgBro:
    dia yang maha pengasih lagi maha pengampun

    cik cookie:
    moga kita menginsafi diri

    fndrocka:
    semoga segala dosa nan silam di ampunkan

    mier:
    seandai hati tulis dan ikhlas pasti tuhan mengampunkan

    imheppie:
    sedikit niat dan berbekal sedikit usaha pasti boleh

    mawar berduri:
    tapi setahun jarang sekalikan...

    koyuki:
    sila la...tapi pakcik tak ada tisu nak beri nie

    rozita:
    namun sering kali rasa tidak mampu

    bulan:
    dia sentiasa mengingati kita walau kita sering terlupa dia

    sha:
    andai air di kolam berkocak pasti ada sesuatu yang besar melanda

    ReplyDelete
  13. seswai la pix penghias entri dgn puisi ni;)

    ReplyDelete
  14. mamaiku
    mama rasa mama dah post komen N3 ni.. tapi manakah?

    demo wak gapo di ppum?

    ReplyDelete
  15. salah ke berpuitis?

    ReplyDelete
  16. yesss muhasabah diri
    bagus untuk diri sendiri
    Yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
    pasti akan mengampuni...
    PEACE

    ReplyDelete
  17. teringat dosa2 semalam jugak...
    cepat tobat...!! hehe..

    tp dosa ngan Allah bile2 leh mintak ampun.. tp kalo dosa ngan org tu yg ssh tu..

    ReplyDelete
  18. Semalam aku menangis padaNya lagi
    Semalam aku merayuNya lagi
    Semalam aku menghiba-hiba dihadapNya lagi

    Semalam aku mengaku kalah lagi

    Semalam kembali kuurai asa
    ku untai rasa
    kupahat rindu
    kulukis kasih
    kurenda sayang
    kupeluk cinta..


    p/s: puisi bro memnag puitis..

    ReplyDelete
  19. kalo hti setenang kolam, saatnyalah utk meleraikan yg terikat :)

    ReplyDelete
  20. kemanalah en mamai dak bob ni ilang!!

    ok ke semusa?

    harap semua ok ok sahaja :)

    ReplyDelete