Tuesday, October 20, 2009

hidup kena kreatif....

hidup di dunia ini berbagai bentuk dan kerenahnya, dan masalah ada di mana-mana. adakala masalah yang sama kita temui namun penyelesaianya berbeza kerana manusia berbagai ragamnya.

kita bukan hidup bersendirian dalam dunia ini tapi bersama-sama,walau adakala kita kata aku ingin berdikari namun pada hakikatnya kita perlu bantuan untuk berdiri, yang ini kita tak boleh lari.

teguran bukan bermakna membenci tapi mengambil peduli kerana kita punya sifat mengasihi. walau sering disalah erti malah kerap kali yang berkata "ada aku kesah". tapi itu usah diambil hati kerana tugas kita sebagai khalifah harus menegur benda yang salah. atau kita juga turut akan ditimpa musibah.

memberi tidak bermakna kita tidak boleh menerima walau adakala kita nampak seperti hina. namun itu adalah lebih mulia dari sombong kita yang tidak bertempat.

hidup ini harus berani, andai takut jatuh usah berlari tapi harus ingat jika lambat kita yang rugi. kecewa bukan bermakna itu pengakhiran pada hidup ini. biar esok tidak pasti tapi pengalaman pasti jadi pengajaran untuk hidup yang bakal dilalui.

memaafkan itu lebih baik dari membenci kerana dendam bukan sifat terpuji tapi yang dikeji. tiada guna amal berhari-hari andai hati tidak murni.

hidup ini memang tak pasti tapi perlu kreatif, dewasa itu bukan pada usia baik yang muda, remaja atau yang tua tapi pada masa dan keadaan yang disesuaikan.....

31 comments:

  1. Hidup ni kena kreatif ...
    kreatif nak selesaikan masalah
    kreatif nak "selamatkan diri"
    kreatif nak mengena orang ...??
    kreatif merancang perbelanjaan ..

    semua ni memerlukan kemahiran kreatif ..hihihi :P

    ReplyDelete
  2. kak KT ibrahim: hidup ini tiada apa yg pasti Osman!


    kita harus flexible... zaman skng xleh terlalu rigid.. perlu disesuaikan dgn keadaan...n bersikap lebey terbuka...

    ReplyDelete
  3. kreatif itu kurnia tp jgn dislh guna..

    ReplyDelete
  4. betul tu pakcik..terima kasih nasihat beguna mcm tu..kemana pun kita kat dunia ni mesti hidup dikongsi..mana ada hidup sorang2 bawah tempurung, katak pun tanak duk bwh tempurung saja..btl ckp pakcik kene kreatif dan pandai menyesuaikan diri..

    ReplyDelete
  5. dulu mada darjah 1 dok kelas 1 kreatif...kira org kreatif la ni kan pakcik...

    ReplyDelete
  6. kembali & ikut aje ajaran Islam.
    insya-allah tak tersesat & tak tersasul..
    kreatif biar kena tmptnya :)

    ReplyDelete
  7. mawar berduri:
    kalau tak mati kita kena pijak nanti

    mamamin:
    that what we call life

    miera:
    siapa kak KT Ibrahim tu...sorry bro tak tahu. ingin sekali mengenalinya

    akupentoi:
    ya jgn salah guna tapi perlu di gunakan bro...lu memang kreatif wa tau

    soleha:
    cuma pandangan dari seorang yang jauh ajer

    chipsmore:
    kamu memang kreatif..pakcik nampak dari entry kamu

    imheppie:
    itu terlebih kreatif tu

    ReplyDelete
  8. Wahhh ... tazkirah bagus ni. Peringatan untuk hati yg lalai ...

    ReplyDelete
  9. btol²..hidop kne kreatif.
    x slh nk memberi dan menerima..asalkn kne pd tmptnye..

    *kop bley mng x mlm ni??hikhik..

    ReplyDelete
  10. "hidup ini harus berani, andai takut jatuh usah berlari tapi harus ingat jika lambat kita yang rugi. kecewa bukan bermakna itu pengakhiran pada hidup ini. biar esok tidak pasti tapi pengalaman pasti jadi pengajaran untuk hidup yang bakal dilalui.""

    big clap!!!
    bro wa nak copy ayat ni.izinkan.

    hidup kena ada pendirian,supaya kita tak dungu kalah bila berperang.

    ReplyDelete
  11. setuju yg memaafkan lebih baik dr membenci..
    itu apa yg selalu eny praktikkan;)

    ReplyDelete
  12. berlari atas landasan kebenaran dan kejujuran.. pasti tidak tergelincir.. :)

    ReplyDelete
  13. uit... iklan yang ada khatijah ibrahim la... iklan planta kot..

    dia nga hafal skrip... ank dia dtg ckp lpr...

    ReplyDelete
  14. life is so complicated, just live it simple.. tapi ada orang suka wat menda ni jadi complicated that influence aku blik.. adoyai...

    ReplyDelete
  15. rozita:
    itu sebaik-baiknya akal di anugerah untuk kita berfikir...

    precious:
    sekadar berkongsi...

    aku beskot:
    malam nie mesti menang bro kalah teruk dah nie

    bias:
    kamu semua memang kreatif

    lumut:
    go ahead...seklai nampak kamu di sini dengan wajah yang lama terasa besar di hati

    tetapkan pendirian seru semanggat agar kita banggun biar tersungkur di medan perang tapi kita belum tewas selagi ada nafas

    eny:
    ya sweetbutterfly kamu bertindak bijak

    sItEDI:
    jangan lari atas landasan kereta api yer merbahaya

    mier:
    hahahahaha baru ingat thanks..

    schakeyra:
    ya tidak susah untuk hidup cuma susah kalau tak nak hidup

    ReplyDelete
  16. Ada orang kata kreatif itu lahir daripada orang seni. Barangkali orang itu menidakkan seni berada di dalam dirinya, kerana seni itu terlalu sensetif dan berada di dalam ketidakpastian (misteri). Bagi saya semua orang patut ada seni dalam diri masing2. Saya percaya dengan itulah kreatif lahir.. ;)

    ReplyDelete
  17. hidup kreatif merupakan sikap inisiatif yang diawali dgn cara berfikir luar biasa..

    kagum kpd hasil karya Walt Disney dengan kegembiraannya utk melakukan hal2 yg tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  18. terharu bro.may God bless u.
    hidup terlalu pendek utk ditangisi.

    ReplyDelete
  19. dulu mmmg berlumba untuk kreatif...tp skang seakan malas untuk ke arah tuh..
    haih

    ReplyDelete
  20. zachatta:
    kreatif itu seni yang lahir dalam semua orang cuma kita tak tahu membangkitkan

    kay:
    ya mereka kreatif menukarkan sesuatu biasa menjadi luar biasa

    lumut:
    kamu sudah ketemu jawapannya...

    tune:
    jgn la malas-malas kamu adalah satu dalam seribu

    ReplyDelete
  21. saya setuju benar dengan apa yang awak nukilkan. semua betul dan benar. tapi nak amal dengan sepenuhnya, sulit sekali. tapi ia satu 'benchmark' yang elok untuk dijadikan sasaran atau pedoman.

    ReplyDelete
  22. teringat time sekolah KBKK.

    kemahiran berfikir secara keatif dan apa ntah.

    ReplyDelete
  23. adjla:
    oleh itukita kena selalu peka

    al-lavendari:
    kalau tidak nanti kita kena makan dek harimaukan hehehehe

    suxx:
    salam ziarah...crative thinking hahahah aku juga ada belaajr itu masa di U dulu

    ReplyDelete
  24. pernah amik subjek creative thinking & problem solving masa di kampus...tapi ku tak tau samada aku kreatif ke tak...hehehehe

    ReplyDelete
  25. salam.. pendatang baru.. bwu stat nak bejinak2 ngan penulisan blog.. sila beri tunjuk ajar

    kongsi sikit sal kreatif.. saya x berapa faham sgt sal the word kreatif itself.. tapi btol la tu.. kite x ble hdup di takuk lamanye, kene ade anjakkn paradigma, kene kreatif dan kene jd berbeza dari yang lain untuk dapat hasil yg berbeza (wlupun untuk jd berbeza byk dugaannya)..

    ReplyDelete
  26. Aku tengah dok pikir2 lagi. Nak kretif tapi takde daya. Ikut je apa yang aku mampu...hehehe

    ReplyDelete
  27. Mlm td aku rasa aku dah anto komen..pesal tak kluar??

    kau sabotaj ekk bro?

    **aku yg tak kreatif... xS

    ReplyDelete
  28. satu peringatan yg berguna utk eiza tu bro..tq :)

    ReplyDelete