Wednesday, September 2, 2009

dalam kepala mu itu ada otak lembu



dalam kepala mu itu ada otak lembu, apa bezanya antara kamu dan mereka andai ini caranya kamu menyuarakan perasaan kamu. tahukah kamu bahawa agama mu tidak mengajar kamu melayan agama lain sedemikian rupa malah agama mu itu mengajar agar menghormati agama kaum lain. kenapa..itu kerana agama kamu itu suci dan benar tapi kamu telah mencemar kesucian agama kamu itu.

sekarang apa bezanya kamu dengan mereka, kamu marah bila mereka mencaci agama kamu..hakikatnya kamu serupa dengan mereka sebenarnya. agama kamu menyuruh kamu agar mengajar mereka dengan harapan agar terbuka hati mereka mengikuti agama mu. tapi nampaknya kamu yang mengikuti cara agama dan budaya mereka.....hmmm kesian kamu.

kamu malu kerana ada rumah berhala mereka yang akan di bina di sana, tapi kamu tak malu bila terlalu banyak masjid yang di bina dengan tiang berhias seribu, berkilau cantik dan megah di mata dunia tapi jemaahnya hanya satu....

kamu tak malu bila anak bangsa mu berpelisiran di taman bunga dan sibuk bercumbu, kamu tak malu bila anak dara kamu berbaju tapi nampak bulu. kamu tak malu bila anak lelaki mu berseluar tapi terkeluar anunya. kamu tak malu bila isteri kamu bertudung tapi terserlah punggungnya...

kenapa kamu malu untuk menegur mereka, kenapa kamu tak berdemo di depan mereka. kenapa kamu tak pijak kepala mereka, kenapa...ya kerana kamu tak malu akan itu.

kenapa kamu tidak hormat mereka sebagaimana kamu minta mereka hormat kamu...


p/s maaf kalau ada yang rasa terganggu tapi inilah hakikat kita ingin di hormati tapi tidak mahu menghormati.

34 comments:

  1. sedang mencari lembu utk raya haji nnt.

    ReplyDelete
  2. Apabila fikiran jumud, maka terjadilah perkara-perkara sebegini.

    ReplyDelete
  3. salam.. bila manusia dalam pemikiran yg diluar batasan.. camtu ler jadi

    ReplyDelete
  4. Aslmualaikum.
    Ramadhan Kareem.

    kebodohan begini akan menyusahkan usaha2 utk membuktikan Islam itu agama kasih syg.

    ReplyDelete
  5. ya...perlu menghormati jika mahu dihormati...

    re:...silver bullet masih dalam genggaman aku...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Itulah lumrah manusia.Mahu dihormati tetapi diri sendiri tak menghormati orang lain.

    ReplyDelete
  7. itulah lumrah manusia.Mahu dihormati tetapi diri sendiri tak menghormati orang lain.

    ReplyDelete
  8. kalau dalia...dalia akan hormat ngn sape reti nak hormat je..yang tak tu..babai...
    out of topic--->nnt dalia bunje pakcik ayaq kosong na....hahaha...
    slaam ramdhan...

    ReplyDelete
  9. salam bro mamai..

    teringat pula fia cerita ayat-ayatcinta..

    hmmm yela..

    ISLAM mengajar kite berbaik sesama manusia.

    even dengan binatang sekalipun..

    ISLAM bukan paksaan..

    ReplyDelete
  10. "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak ampak"...

    (^_^)

    ReplyDelete
  11. lumut:
    kesian kat mereka kan...

    azzalina:
    bukan suka hati tu tapi tak ada hati perut

    sha:
    ya mereka mmg begitu

    cookie devine:
    nak lembu korban banyak...

    grunge:
    kurang guna akal tu

    maiyah:
    terlebih dari batas tu namanya

    yusuf:
    ya saya bersetuju dengan anda...bagaiman kita hendak mengembangkan agama kalau begini caranya

    patungcendana:
    aku akan lebih menghormati kali ini..

    simpan silver bullet untuk last shot

    aie:
    itu namanya sombong bodoh

    dalia:
    ya kita hormat pada yang hormat tapi memaafkan pada yang kurang..

    air kosong perasa oren ada tak

    fia:
    islamajar kita agar kita lebih menyangi dan menghormati sesama mahluk

    kay:

    gajah depan mata susah nak nampak pasal tak pakai cermin mata...

    ReplyDelete
  12. mamai..hang nak kenai, itu lah lembu jadi-jadian nak tunjuk hero, pijak kapla lembu ori...hah molek la tuu lembu..haha

    ReplyDelete
  13. Isu sensitip nih! Tapi dunia kita memang tengah nazak, kan!

    ReplyDelete
  14. salam...

    memang sedih apa yg berlaku..mungkin ada tangan-tangan ghaib di sebalik semua ni bro..

    ReplyDelete
  15. kalo nak di hormati, kena la belajar menghormati org lain dulu kan...

    *kesian lembu tu kena pijak*

    ReplyDelete
  16. abgbro:
    teringat pulak kat lembu korban yang 80 ekor tu

    precious:
    dah nak ujung-ujung dah nie

    anal laut:
    mungkin juga ada yang tukang jadi dalangnya...

    ReplyDelete
  17. bila bertindak mengikut emosi, akal fikiran dah tak berguna lagi...

    jadi sama lah dengan yang jalan empat kaki serta punya ekor...

    ReplyDelete
  18. mana satu manusia mana satu lebu ek kat dlm gambar tu?

    ReplyDelete
  19. apa salahnya haiwan tu..bila terlalu emo begitulah jadinya..tk memikir perasaan org lain.
    Islam menganjurkan berbaik sesama insan tk kira agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  20. p/s anak2 idalara bukan sekolah di seremban tp di bandar baru salak tinggi sepang..di taman seroja.tempat tinggal idalara..tq

    ReplyDelete
  21. tepat dan panasss ... memang mereka telah tersilap memilih cara untuk menunjuk rasa. Setuju 100% !

    ReplyDelete
  22. Ape perasaan 'kamu' jika kaum yg mengagung2kan lembu itu sbgai 'binatang suci'...memijak kitab suci al-Quran 'kamu'???

    Klu tak mahu 'mereka' buat 'kamu' begitu, 'kamu' kena hormat pd agama 'mereka'.

    **harapan & doa aku..jgn lah jadi spt di India, yg bakar Al-Quran sesuka hati...Nauzubillah!

    ReplyDelete
  23. Ntah pape la dorang tu. Pening fikir pasal perangai orang ni sebenarnya. Islam tak ajar kita buat camtu. Secara tak langsung aku setuju sesangat dengan apa yang ko katakan dalam entry ko kali neh. Akhir zaman...masjid sikit punya cantik de. Kos nak buat juta-juta tapi orang yang solat lak takde...huhuhuu. Kesian si lembu...

    ReplyDelete
  24. ye..mereka semua mamai..
    apa org lain buat mereka nampak..depan mata sendiri, buat2 tak nampak

    ReplyDelete
  25. ber_uwang:
    mereka harus di tukar jadi itu lembu

    basuh baju:
    aku ingat itu tuan lembu la...

    bias:
    pahit bak hempedu...tapi yang pahit itu ubat

    idalara:
    itu yang islam pinta tapi lain pula kita amalkan..

    o sekolah kat slak tinggi ingat kat seremban

    akupentoi:
    cerita dongeng sang kelembai

    al-lavendari:
    aku harap mereka mohon maaf

    jaja:
    ya aku juga tak mahu itu berlaku

    sulela:
    masjid cantik tapi tak boleh nak buat sembahyang jumaat jemaah tak cukup

    rozita:
    harap merela lebih celik di kemudian hari

    ReplyDelete
  26. itulah kehidupan...

    xfaham kenapa ade perasaan sebegitu.walhal..smua orang hya hamba di bumi ini

    ReplyDelete
  27. aku x perasan gambo tu...jap aku tgok balik

    ReplyDelete
  28. ulasan isu yang bagus.dlm kepalanya ada otal lembu..phrase yg terbaik!!

    mamai aku link blog kau kat blog aku k..

    ReplyDelete
  29. ilmu tanpa amal sia2..
    amal tanpa ilmu gila..

    depa tu kategori mana ek..

    ReplyDelete