Friday, September 11, 2009

bila tak mengenal dosa

pada semua yang haram itu
telah kau bersabda halalkan

pada semua yang makruh itu
telah kau berfatwa agar disunatkan

pada setiap keburukan itu
telah kau katakan ada kebaikan

pada semua hukuman itu
telah kau nyatakan kekejaman

pada setiap halangan itu
telah kau jeritkan kebebasan

pada semua dosa-dosa itu
telah kau hebahkan adanya pahala

kau menjerit, melaung, melolong
kata mu memperjuangkan hak
hakikatnya kau memusnahkan yang Hak


p/s: bila kita sendiri meninggalkan harapan
apa lagi yang hendak kita harapkan.....
apa gunanya air mata darah andainya tidak berguna..
apa ertinya penyesalan andai kita megulanginya
apa maknanya hidup sekiranya kita telah lama mati
apa guna berjuang andai tewas sebelum ke medan
apa gunanya impian andai tiada usaha

29 comments:

  1. janji tinggal janji ke ni.? atau harapan palsu semata-?

    ReplyDelete
  2. jawapannye memang tak ade gune melainkan jadi bodoh-bodoh belaka..

    ReplyDelete
  3. apa gunanya kasih dan sayang kalau kita sendiri mengkhianatinye

    ReplyDelete
  4. sItEDI:
    kedua-duanya sekali

    lumut:
    haruskah kita jadi bodoh jika begitu

    solehah:
    insaf sekejap

    azzaliena:
    kalau begitu jangan berkasih sayang jika tiada setia

    ReplyDelete
  5. ila setuju dgn azzaliena...apa gna nya ksh syg kalo dri kita sendri yg tidk menghargainya...uhuhu

    ReplyDelete
  6. Aslmualaikum rbo mamai.

    harapan tggal harapan semata

    Islam menganjurkn kita menutup aib org lain dan menutup dosa yg org lain lakukn.

    Allah tutup aib kita selama ni. Apa hak kita utk buka aib org lain?

    wallahualam

    ReplyDelete
  7. itu dah jadi mcm pembohongan aje!

    ReplyDelete
  8. mamai bila nak sambung part 2 cite suatu waktu

    ReplyDelete
  9. honeyBunny:
    moga kita dilimpah dengan kasih dan sayangnya

    yusuf:
    kau mengerti apa yang aku tahu...semoga masih ada harapan buat kita

    rozita:
    segakanya bermuka-muka demi harga diri

    aku_beruwang:
    kita semua akan pulang juga

    che la:
    kena tunggu musim kedua baru sambung ahaks

    ReplyDelete
  10. salam.. dosa tak nampak tu sbb ada yg tak kisah

    ReplyDelete
  11. apa nak jadi ea man bila semua yang haram tu jadi halal yang buruk tu jadi baik..tapi LIV ko tetap gak mcm tu

    ReplyDelete
  12. amin.....hehhe..pak cik..da smpai umh..best2..haha

    ReplyDelete
  13. apa gunanya 'guna' itu kalau kita tak tahu mngertikan 'guna' itu..

    pasrah jalan terbaaik??

    ReplyDelete
  14. xguna mengharap pada harapan yg xpasti..

    ReplyDelete
  15. maiyah :
    tidak nampak bukan bermakna tiadakan

    ida:
    wah sempat lagi kau nak menenakan aku yer

    adibah:
    sebhaianya

    eny:
    yess sebagai renungan

    honeybunny:
    dah banun tido yer

    cookie devine:
    sayang telah lama pergi

    kimisai:
    kita buat guna-guna

    sha:
    kita cari harapan yang pasti

    ReplyDelete
  16. semoga kite semua tahu membezakan halal dan haram...
    aminn...

    ReplyDelete
  17. apa guna berjuang andai tewas sebelum ke medan<---aku suka yang ini.

    ReplyDelete
  18. ya bro itu yg kita takut bila tidak kenal mana dosa mana pahala...yg kita takut, dah tahu dosa tp masih lg mau lakukn jua...kita bimbang, sudah tahu byk pahal tp masih malas melakukn nye juga...

    paling kita takut, kita lupa hidup ini ada dosa dan pahala...
    sehingga mnjadi geng kepala lembu dan setaraf dgn lembu yg tak berakal...hahaha

    ReplyDelete
  19. hidup ni penuh dgn tipu muslihat… antara intan dan permata, kaca dan berlian… hanya manikam yg mengenal jauhari...
    bila tersesat moga kita kenal & tahu jalan pulang.
    (^_^)

    ReplyDelete
  20. Cabaran hidup?
    Teruskan berjuang ... semoga dibukakan pintu hati!

    ReplyDelete
  21. daliya:
    moga-moga kita dapat membezakan

    bias:
    harap kita belum tewas

    abgBro:
    ada lai kawan geng lembu yang tak setuju dengan kes sebat

    kay:
    yang alpa akn mudah terpengaruh

    al lavendari:
    mereka yang menyerdari hak mereka terancam

    precious:
    berjuang sehingga aku tak boleh banggun lagi

    redynne:
    tapi ini sudah tidak berwarna

    ReplyDelete
  22. Mungkin dorang anggap itu bukan satu dosa...

    ReplyDelete