Wednesday, September 2, 2009

aku puas dan bebas



setelah berhari-hari aku merayau mencari segenap kedai dari yang sebesar-besar kedai kepada yang sekecil-kecil kedai. dari sebesar-besar bandar ke sekecil pekan akhirnya aku berjumpa juga dengan apa yang aku cari hanya depan mata. Ya majalah gedung yang jadi kontroversi akhir-akhir ini bila mana ramai yang kecut perut dengan majalah yang hanya berharga RM4.00 ini yang jauh lebih murah dari C4 dan komisyen sebuah kapal selam.

majalah yang jauh lebih enak dibaca dari majalah yang menjolok mata tapi isi tak ada yang umpama buku cerita "mona gersang"...akhirnya aku faham kenapa majalah kartun ini jauh lebih berharga dari projek PKFZ dan rumah yang beharga RM3.5 juta tu. sehingga ramai yang berebut nak baca termasuk KDN dan orang dari Kementerian juga rasanya.

aku puas dan lebih puas pasal aku dapat majalah ini pada 31 Ogos 09. harap ini bukan yang pertama dan terakhir dari gedung kartun dan andainya yang pertama dan terakhir aku sudah mempunyai edisi pertama yang masuk dalam koleksi.



okay lupa pasal kartun itu...sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku puas dan bebas semalam bukan hanya sebab aku menyambut hari kemerdekaan tapi aku puas dan bebas sebab aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai umat islam. aku sudah bayar zakat fitrah ku semalam dan kau orang tahu apa yang aku rasa sebaik sahaja aku bayar zakat ini.

aku rasa amat puas dan amat bebas seperti satu beban yang diletakkan atas bahu ini telah diangkat. aku rasa amat ringan semalam sesungguhnya aku amat merasakannya seperti hutang seumur hidup aku telah aku lunaskan. ini bukan pasal berapa banyak yang aku bayar untuk zakat atau berapa cepat aku bayar tapi ianya lebih kepada nilai di sebalik bayaran zakat itu.

walau berapa banyak kita bersedekah tapi kalau zakat ini kita tak mampu nak bayar sedangkan kita antara orang yang mampu maka kita adalah orang yang paling miskin di muka bumi ini.

pasti kamu semua akan merasakanya juga nanti....kepuasan dan kebebasan yang tak terkata

25 comments:

  1. salam.. sy mintak tlg abang byrkan zakat utk anak2

    ReplyDelete
  2. edisi merdeka tu lah yg buatkan depa kena serbu kan?? kesian kan...

    ReplyDelete
  3. bro,
    nak pinjam meg itu sama kamu.
    bolehkan?
    =P



    suatu masa kupasti merasa sepertimana kamu rasakan itu bro..
    =)

    ReplyDelete
  4. btol tu..:)
    zakat!!!

    tu paling utama pada saya..
    tahniah!!!;p

    ReplyDelete
  5. abah selalu bayar zakat pagi raya..
    =)

    erm..buku tu pasal org2 berjawatan kan?
    i mean, ape yg diorg buat selama ni..

    ReplyDelete
  6. salam dan selamat pagi....
    (^_^)

    ReplyDelete
  7. TR blom bayar lg....
    mgkn mgu depan atau mgu lg 1...
    maklomlah yg jd amil adelah Pakcik sdri....hehehhe!!

    Dulu masa arwah abah aku jd amil..aku suke tgk senarai nama2 ahli yg ditanggung....

    :)

    ReplyDelete
  8. cepat nya bayar zakat fitrah ye..bagus

    bes ke kartun tu, padat isi kandungan nya??? siapa yang kena :P

    ReplyDelete
  9. erk..aku jumpa majalah tu dlm beg sekolah budak jah 3 tadi...
    dah bayar zakat ni, bole lah shopping baju raya yer..

    ReplyDelete
  10. maiyah:
    mereka masih mempunyai waris....

    sha:
    kepuasan itu tiada batasnya

    bias:
    ya aku dah bayar hutang aku

    naz:
    mereka takut dengan kartun

    miss Gaza:
    boleh kalau nak pinjam...cam ner nak psotkan ker

    azzalina:
    kamu masih lagi dalam tanggungan...

    banyak yang sinis...

    miez sha:
    dah bayar tak...

    miss Siv:
    bukan tak boleh tapi takut tak sempat.

    buku tu banya,k yang sinis

    kay:
    selamat pagi juga

    jaja:
    tak apa asal dia bayar..

    ya kau pun sama dapat engok macam-macma nama dan best boleh tolong kira duit

    rozita:
    takut tak sempat...kartun tu ramai yang kena

    akudo:
    kartun tu tak elok untuk budak sekolah...huh shopping waaa masih tak merdeka

    ReplyDelete
  11. aku bayar next week. anak2 aku uncle dia orang bayarkan...:-)

    ReplyDelete
  12. Masih berhutang zakat. Tapi akan dijelaskan jua ... InsyaAllah!! Mau rasa bebas ...

    ReplyDelete
  13. hahahaha... kartun sungguh depa kan??

    ReplyDelete
  14. patungcendana:
    janji kita bayar...uncle yang bertanggungjawab tu

    precious:
    bayar jangan tak bayar nanti tiada bebab batu di galas

    naz:
    depa tu terlebih dari kartun

    ReplyDelete
  15. lepas bayar zakat memang terasa hepi

    ReplyDelete
  16. elok la tu..bayar awal2
    takde kelam kabut nnt.

    ReplyDelete
  17. eny":
    nak pinkam boleh sajer

    monkey d luffy:
    ya terasa tiada beban

    fadzilah:
    ya kalau last minit pasti ada yang tak sempat

    ReplyDelete
  18. Best ke buku tu Mamai? Nanti aku cuba carik kat sini lak...hehehe

    Cepatnya kau bayar. Lepas ni shopping raya lak...hehehe

    ReplyDelete
  19. zakat itu kewajipan..
    jgn kau anggap beban...
    sbb pada aku..Islam itu tidak membebankan..

    tp aku tau maksud kau..jika kite xbayar zakat...mmg berdosa besar..dan 8 asnaf tidak akan dapat hak mereka..

    tahun depan ayah aku xbayar zkata fitrah untuk aku..hihiihi

    untung die tuk satu kepala

    ReplyDelete
  20. itu baru tunai zakat...
    kalau disebat ikut syariah perasaan itu juga barangkali yg akan dirasai oleh pelakunya... puas dan bebas ..

    ReplyDelete
  21. Manusia itu diberikan dengan perasaan dan terlalu kompleks untuk dibicarakan.Perasaan bersalah akan mengekori kita dan dosa juga menekan kepala kita.Kita tak dapat lari dari menguasi perasaan kita dengan cara yang betul.Fikirkan manusia yang bebas-sebebasnya.Satu hari dia tak akan merasa seronok lagi dengan kebebasan yang dikecapinya.Dia tetap mahu kembali kepada keadaan asalnya.Didalm hatinya pasti akan terdetik keinsafan dan penyesalan.Jadi sebelum kita terlanjur dan merasa penyesalan yang besar aturlah hidup kita mengikut jalan yang benar.

    ReplyDelete