Sunday, July 19, 2009

Kapal Karam



Sejenak berada di sini
buat aku terpaku
otak ligat memacu
mamai ku henti terpaku

berapa banyak nyawa nelayan hilang di sini
hanya kerana sesuap nasi
buat bekal anak bini di rumah menanti
sedang aku ke sini kerana hobi

di sini ada rezeki
mereka datang berulang kali
laut bergelora tidak di peduli
dengan tekad nyawa milik Ilahi.



aku bukan anak laut
tapi aku sering ke laut
laut itu ada seribu rahsia
bukan sekadar untuk bersuka

trip ke one phantom bank berakhir dengan separuh jaya. Walau tiada ikan besar yang berjaya di daratkan tapi selar dan kembung penuh tong.

cuma sedikit kekesalan masih ada lagi mereka tak amalkan tangkap dan lepas terutama ikan yang kecil.

juga dikesalkan masih ada lagi mereka yang suka buang sampah ke laut terutama plastik walau dah puas ditegur.

22 comments:

  1. Anto la sekilo dua ikan kembong kat sini, aku tak ber_uwang nak jadikan kelaut sebagai hobi

    ReplyDelete
  2. hehe..entry ney inspirasi dr keliwon ke??

    laut hitam;)

    ReplyDelete
  3. ber_uwang:
    kau lambat semua ikan sudah di agih-agihkan kepada jiran tetangga di puchong perdana ikan selar ada lagi

    eny:
    sedikit dari keliwon tang lain kisah benar...

    Nur:

    ya laut memang menenangkan tapi ganas bila bergelora

    ReplyDelete
  4. adeyyy.. kaki memancing ker.. emm.. same r cm abg ipar sy. ske g laut.. hobi la kononnyer.. tp best gak, blh dpt ikan free..

    ReplyDelete
  5. slam...bro mamai,

    terima kasih singgah memberi ulasan..ulasan bro sangat saya hargai..

    P/s: entri yg bes..!!

    ReplyDelete
  6. laut memang sumber rezeki segelintir manusia. tetapi kebanyakan manusia jarang menghargai susah payah segelintir manusia tersebut.... aku tersentuh dengan entry ini...

    ReplyDelete
  7. shah:
    sayang aku tak reti buat laksa

    zaira:
    boleh ler aku berkenalan dengan bang par kau yer

    anak laut:
    sekadar renungan

    naz:
    ya laut tempat setengah orang mencari rezeki....

    abgbro:
    suka-suka...bro tak mau joint ker

    ReplyDelete
  8. bestnya keindahan di laut...

    Aku teringin nak ke tengah laut, tp aku ni mabuk laut...baru gelomgang kecil....perot ku dah mulas2 bergelombang besar plk jadinya...haih!!!

    ReplyDelete
  9. bro... aku amat tertarik dengan poem Kapal Karam ko ni... mohon kebenaran dari ko utk aku buat lagu... tp dah siap pun malam td... :-D

    ReplyDelete
  10. jaja:
    kau takut ombak yer ambil la pil tahan mamuk tu

    Naz:
    di persilakan tak jadi masalah

    ReplyDelete
  11. en.me:
    karam di darat lemas di lautan

    pentoi:
    di darat lagikan kita mabuk inikan pula di lautan ahaks

    ReplyDelete
  12. pergi memancing ke? :)
    salam bro..

    ReplyDelete
  13. qza:
    sekadar hobi meluangkan masa ajer
    terima kasih ziarah

    ReplyDelete
  14. walaupun memancing bukn hobi, tp sy suka dok di rumah rakit pemancing..
    nak pulak klu stay overnite..
    beshnye..

    ReplyDelete
  15. redynne:
    kau memancing kat rumah rakit kat mana tu bestnya. bila nak ajak aku nie

    ReplyDelete
  16. bro... lagu dah siap di haplod... ;)

    ReplyDelete
  17. Owwwhhh...aku dah dengar lagu Kapal Karam neh. Hayati liriknya dalam keinsafan. Two thumbs up untuk ko dan Naz...

    ReplyDelete