Thursday, June 3, 2010

apa lagi

ingin aku berbakti atas nama kemanusian, namun segala hasrat tersekat di perjalanan. bukan kerana ombak yang ganas, atau tandusnya padang pasir, malah jauh sekali dihalang gunung-ganang dan hutan rimba. tapi hanya kerana manusia yang hatinya lebih hina dan busuk dari binatang.

manusia yang merasakan dirinya dari bangsa yang mulia biar tanpa iktiraf walau dari seekor baghal. tidak sedari hidup dari belas ikhsan kini merasa diri adalah raja di tanah gersang.

manusia kejam yang memijak tulang belulang, menjarah tanah gersang dari sekaki ke sehasta lalu beribu batu jauhnya, menjadi satu negara, lalu dipajak tembok-tembok batu tinggi melangit tanpa sedar itu penjara yang membunuh mereka.

manusia yang tidak layak diangap manusia, yang telah menghujani saudara kita dengan peluru dan besi lebur meranapkan rumah batu menjadi lumpur. yang mengalirkan sungai darah dari tubuh yang lemah.

aku tunduk meratap sedih melihat tubuh-tubuh saudara kaku bergelimpangan tanpa upacara pengkebumian. terkorban kerana berkorban demi agama dan negara melontar batu dan kayu dengan harapan burung besi jatuh bertaburan dengan harapan singa berantai lari bertempiaran.

aku meraung dalam kebisuan menjerit memohon bantuan dari saudara yang katanya beriman. namun hanya perhatian yang mampu diberikan dengan alasan kami tidak berkelengkapan sedang hakikat sibuk bercakaran.

lalu apa lagi yang harus ku harapan hanya doa dapat ku panjatkan biar Tuhan tentukan atau aku turut terkorban demi satu harapan......


p/s: bila manusia merasakan dirinya lebih mulia dari yang lain itulah dia Zionis...

19 comments:

  1. Allahuakbar!

    Allah Maha Besar.

    Doa senjata kita yang tidak berupaya!

    ReplyDelete
  2. sangat benci mereka!

    ReplyDelete
  3. sama2 kita berdoa ya uncle...pndai uncle nerkata2....heheh

    ReplyDelete
  4. Sungguh laknat perbuatan mereka ituh...!

    ReplyDelete
  5. jika tulisan nih dpt dideklamasikan dgn penuh perasaan... ia lebih terkesan.
    (pinjam boleh.... nak buat youtube)
    (^_^)

    ReplyDelete
  6. apakan daya kita hanay boleh mengutuk melalui saluran tertentu, tupun lom tentu dipedulikan. Paling baik hanya berdoa sentiasa agar penderitaan saudara kita di sana akan berakhir juga suatu masa bernama esok, Insyaallah

    ReplyDelete
  7. Sokong Bro... Bila kita rasa kita lebih baik dari orang lain maka kita lah Zionis... PEACE...

    ReplyDelete
  8. Ab Rahman Osman... gua minta maaf kita dekat rupanya

    ReplyDelete
  9. btol tu pak cik..sebak baca tentang mereka...

    kite cume melihat tp mereka yg merasa kan...doakan dari kejauhan..tu yg kite ada skang..

    moga satu masa nanti..janji allah akan terlaksana...kerana mereka semua sentiasa di bawah lindungannye...

    ReplyDelete
  10. Kejam..kejam.sungguh mereka..

    ReplyDelete
  11. bangsa yang tidak berhati perut

    ReplyDelete
  12. weh kawan....sedih kan.aku rasa macam nak jadi halimunan gi israel tembak bagi mati...semua pengkhianat yg berhati haiwan tu...kalau lah aku mampu...tp aku tak mampu ...dan aku jugak tak mampu jadi pejuang kemanusian kita yg snggup redah segalanya.bravo untuk aktivis kita

    ReplyDelete
  13. apalah yang dapat ku hulurkan...

    tenaga tak mampu

    minda tak pasti sanggup menempuh semua derita

    harta terhad nak dihantar..

    hanya

    doa ..moga mereka dilindungi Allah !!

    ReplyDelete
  14. mmg sedih tgk manusia skrg nie.. nyawa tu diorang aggp mcm mainan... sedih sgt2

    ReplyDelete
  15. salam saudara mamai..

    tuhan maha mangatahui... semoga mereka dilaknat tuhan.............

    ReplyDelete
  16. mereka hanya menunggu masa...

    ReplyDelete
  17. seperti selalu ...
    entry yg mendalam

    doa ... bantuan
    sekalipun kecil.
    besar maknanya.

    ReplyDelete